Persiapan perkahwinan Emma sedikit sebanyak telah dilakukan..namun, hati Emma masih belum dapat melupakan Ammar.. tiada dendam yang terbuku di dalam hati Emma.. cuma Emma masih belum mampu menerima hakikat yang pahit ini.. Emma juga masih belum mengenali bakal suaminya.. sudah banyak kali pertemuan di atur.. tetapi ada sahaja halangan yang mendatang.. tapi tidak pada hari ini.. hari ini suatu pertemuan yang tidak dijangka oleh Emma akan berlaku..
Emma kelihatan sedang menunggu di suatu sudut di dalam Restoran.Mata Emma meninjau keadaan sekeliling Restoran tersebut. Sungguh cantik hiasan serta rekaaan Restoran ini.Sedang Emma asyik memerhatikan hiasan , tiba-tiba seseorang muncul..
"Assalamualaikum.. sorry lambat, tadi ada jam sikit.. ".
Emma memerhatikan wajah jejaka yang berada di hadapannya.. wajah lelaki ini seperti pernah dilihatnya.. tapi dimana?? wajahnya mirip dengan seseorang..tapi siapa??! Emma merasakan seperti pernah berjumpa dengan lelaki tersebut..
"Waalaikumussalam.. emm.. muka encik ni.. macam saya pernah lihat sebelum ni.. tapi kat mana ye..??!".soal Emma ingin mendapatkan kepastian..
"oohh.. memang lah kau pernah jumpa aku, kau yang langgar aku tempoh hari.. ".Emma kehairanan..
Aikk.. bila masa pulak aku langgar dia.. takde pon.. main-main ke mamat ni, aku tanya serius ni.. asal muka dia macam pernah kenal.. haish.. peliknya..
"Hahaaha.. kau saja tanya macam tu kan sebab nak dapatkan perhatian aku.. hahaha.. kau ni memang tak berubah.. ".
Ciss.. kurang asam punya mamat ni.. dia kata aku nak perhatian dia??!! Eeeii.. menyampahnya.. wait a minute ...Perhatian!! ye.. ye.. aku dah ingat dah.. kemalangan 3 tahun lepas.. What!!! kau ke calon suami aku..
"Ohh.. encik, saya dah ingat dah encik.. "
Lelaki itu senyum segaris..
"Awak... betul ke awak nak kahwin dengan saya?? ataupun ni semua atas permintaan mak awak?? ".Emma menatap wajah lelaki di hadapannya yang asyik menatap Iphone 7s.
"Ha'ah.. Mummy yang minta semua ni.. "balas lelaki itu malas..
"Ouh.. ye ke.. ".
Patutlah.. aku sendiri pon pelik, takkanlah seorang lelaki yang handsome, kaya, berkerjaya macam ni nak dekat aku yang biasa-biasa je ni.. Tak kisah lah.. Aku kahwin ni pon untuk tunjukkan dekat Ammar yang aku dah bahagia.. Hmm.. Ammar.. kenapa kau buat aku macam ni.. huhuhu.. :( .
"Ehh.. encik ni nama apa ye?? sorry la baru bertanyakan nama encik.."..
"Adam"
jawab lelaki itu ringkas seperti tidak mahu memanjangkan lagi perbualannya dengan Emma..
********************
Suasana malam yang dingin bersama langit yang berwarna hitam pekat disusuli bunyi daripada sekumpulan cengkerik telah memecahkan kesunyian di Sungai Petani, Kedah..
Emma berada di dalam biliknya seorang diri.. kepalanya ligat memikirkan alasan yang akan diberikan kepada Ammar. Dia tidak mahu ke majlis perkahwinan Ammar. Emma takut dia akan menangis apabila berjumpa dengan Ammar.. Dia begitu menyayangi Ammar.. Emma merasakan seperti baru semalam dia mendengar permintaan daripada Ammar untuk meminangnya..
Emma berharap semua ini adalah mimpi.. dia ingin segera bangun daripada mimpi ngeri ini.. namun.. apakan daya, ini semua adalah realiti.. Realiti yang perlu Emma tempuhi.. Ammar.. betul ke Ammar mencintai Syuhada.. kenapa Ammar tak pernah ceritakan fasal Syuhada dekat Emma sebelum ni... Ammar dah lupakan janji Ammar dekat Emma 6 tahun lalu??
"Assalamualaikum, Ammar.. Emma nak minta maaf.. Emma tak dapat hadir ke majlis perkahwinan Ammar.. Emma tak sampai hati nak tinggalkan ibu sorang-sorang.. lagipun Ibu tak berapa nak sihat sekarang ni.. maafkan Emma.. ".
..."""send"""..
Ammar.. Emma tak mampu.. Emma tak kuat..
""tut.. tut.. "..
"Waalaikumussalam..Betul ke ni Emma?? ?? Ammar betul-betul berharap yang Emma akan datang ke majlis perkahwinan ni.. tapi takpe..Ammar faham situasi Emma sekarang ni..jaga kesihatan ibu Emma ye.. diri Emma juga.. "
..
Ammar.. kenapa Ammar terlalu baik.. Emma rasa semakin susah Emma nak move on..
******************
""kokkokokkokk""..
"Emma.. bangun Emma ..jom kita sarapan sama-sama.. dah pukul 8:30 ni.. ".
Emma menggeliat sebelum bangun..Puan Asiah ternampak satu kad di atas meja Emma..
"Emma.. esok kawan kamu kahwin ke.. Ammar?? ".
Emma yang pada mulanya mengantuk tiba-tiba segar mendengarkan pertayaan ibunya.. Emma hanya terdiam..
"Emma kamu dengar ke tak ibu tanya ni.. kawan kamu ke Rafiqul Ammar ni?? yang datang rumah kita tempoh hari.. "...
"Emm.. betul la tu mak..".Jawab Emma malas..
"Dia datang kesini semata-mata nak bagi kad jemputan dekat Emma..Kalau macam tu.. kita pergi sama-sama ye.. ibu teringin nak lihat bakal isteri dia.. ".
Emma tersentak mendengarkan butiran yang baru saja keluar daripada mulut ibunya..
Apa??? NO!!!!!
Share this novel