BAB 2

Horror & Thriller Completed 175

Akhirnya bot yang mereka tunggu sampai. Barang-barang yang dibawa
dipunggah ke dalam bot.

“Kenapa kau nak bawa kami ke sana lagi Iffah?” Bisik Lutfya.

“Ada la” Iffah seakan malas untuk menjawab.

“Kitaorang cadang nak buat family trip untuk semua keluarga, kau tak
nak. Sebenarnya, Eddy dan anak-anak aku tergedik-gedik nak ikut tau.
Mujur aku bagi alasan dah fully book. Itu pun diaorang nak ajak ke sini
next trip. Bagi aku survey apa yang best dulu kat situ” Hanna mencelah.

“Itu untuk yang ada family, yang tak ada, cammnana?” Lutfya masih mahu
mengenakan Amira.

“Huh!..aku diam pun kena jugak” Luah Amira. Yang lain tersenyum.

“Janji Free trip. Mak Datin belanja. Aku ikut jer” sambungnya.

“Janji boleh lari kejap dari anak dan laki!” Celah Hanna pula.

“Hi..dari tadi senyap” Lutfya menegur Iffah. “Truma lagi dengan apa yang
jadi sepuluh tahun lepas”

Iffah hanya tersenyum tawar. Jelingannya tajam pada Lutfya.

“Kawan kita tu hilang macam tu jer. Sampai sekarang. Hidup ke, mati ke?.
Sapa pun tak tahu. Trajis sangat”

Lutfya hanya mengangguk. “Sebab tu ke kau bawak kami ke sana semula?”

“Tak. Sampai sana nanti aku cerita”

“Kau ni. Benda macam tu pun nak berahsia.Hanna tadi puh rahsia jugak.
Korang ni,.. Ish!!”

Sebuah van siap menunggu mereka di jeti. Seorang lelaki berkaca mata
hitam dan berbaju batik berdiri di tepi van. Bermuka tegang dengan
sebatang rokok terselit di bibirnya, sambil bersandar di van. Riak
tubuhnya seakan menahan marah!.

“Pulau Hanyut kami datang lagiii..” Hanna seakan menjerit di dalam hati.
Kenangan indah semasa mereka pertama kali ke situ bermain di fikirannya.
Namun semuanya terpadam sebaik dia mengenangkan tragedi yang berlaku
kepada sahabat mereka, Laila!.

“Lain betul pulau ni sekarang. Masa kita ke sini dulu, kedai-kedai depan
ni mana ada lagi. Orang pun dah ramai datang. Mat Salleh pun ada. Hilang
privacy kalau nak sunyi-sunyi bercuti kat sini” Kata Lutfya. Kaca
matanya dinaikkan ke atas. Baru jelas dia menikmati suasana di situ.

“Tapi still cantik!”

“Lain benar bunyinya kau ni. Nak sunyi-sunyi dengan laki. Anak kau dah
masuk empat tau” Usik Hanna.

“Tau pun dah masuk empat. Tapi korang tak tahu cammana nak dapat empat.
Aku dan Amir tiap-tiap tahun celebrate our annivassary dekat
tempat-tempat peranginan macam ni tau” Balas Hanna bangga.

“Dah sepuluh tahun. Ingatkan tak datang dah ke sini” Ulas Amira perlahan.

“Kau bawak apa tu Mira, almari ke lesung batu. Berat semacam jer aku
tengok.”

“Ai, tak kan kau tak faham perangai anak dara. Kurang-kurang dalam tu
ada tujuh lapan pasang baju tu. Kita yang dah kahwin ni lainlah” Lutfya
turut memerli.

“Dalam ni, ada jugak souvenir untuk korang la!” Bela Amira sambil
menarik keluar begnya dari perut bot.

“Nak ke Chalet Impian ke?” Lelaki berbaju batik tadi datang bertanya.
Puntung rokoknya segera dicampak ke laut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience