Bab 6

Romance Completed 207871

"Mira ni.. Cakap kerja senang suruh kemas je tapi ni, apahal suruh buat air pulak. Black coffee kurang manis." Ajuk Intan dengan gaya dan suara.

"Nak minum, call je la room service suruh buatkan. Pahal aku pulak kena bancuh. Mengada-ngada. Saja la tu nak sakitkan hati aku ni..."

"Eh, tapi apahal pulak dia nak sakitkan hati aku, tak ada kena mengena kot. Ish, dah la Intan oi, bancuh cepat kopi tu nanti tak pasal muncul kat dapur ni pulak"

"Hai Intan"

Terpelanting sudu yang baru nak ceduk gula. Ambik kau.

Sudu yang jatuh dikutip lalu memandang wajah orang yang menegurnya tadi. Sama dengan je dengan boss dia.

Intan meletakkan sudu tadi ke dalam sinki dan mengambil sudu lain. Gula diceduk dan air panas dituang dalam mug hitam tu. Elok la, air hitam, mug pun hitam. Kalau di tilik-tilik, semua pinggan mangkuk kat dapur ni warna hitam. Tak de warna lain ke.

"Intan.. Dah dua kali saya panggil Intan." ulang Carlos sambil tangan digoyang-goyangkan di depan wajah Intan.

"Eh Carlos. Sorry. Awak nak air juga ke. Saya boleh buatkan." soal Intan dengan senyuman manis dilemparkan. Nak cover perangai berangan tak habis.

"It's okey. Saya saja datang jenguk awak" balas Carlos sambil bersandar pada kabiner dapur di sebelah kiri Intan. Kedua-dua tangan pulak diseluk poket. Indah permandangan. Hihihi..

"Ye ke.. Ke, boss cengeng awak tu yang suruh datang tengokkan saya?" kata Intan yang masih lagi membancuh air. Ikut kau la air, nak sedap ke tak nak.

Ketawa Carlos dengan soalan Intan. Handsome wei, jadi pakwe I boleh. Gatai.

"Tak baik buruk sangka. Saya yang nak datang tengokkan awak. Tapikan, cengeng tu apa?" soal Carlos. Hadoi.. Tadi kemain gelak.

Ketawa Intan dengan soalan Carlos.

"Awak ni, yo yo ooo.. je dok ketawa tadi. Ingatkan faham. Cengeng tu garang. Kan boss awak tu garang. Muka tak de senyum" balas Intan lalu bergerak ke kanan mengambil dulang kecil untuk meletakkan mug dan wood coaster untuk melapiknya.

"Nak tanya la, awak asal mana ye?" soal Intan confius. Mesti mix juga mamat ni, kulit putih, tinggi lampai, muka nak kata macam orang putih pun ya tapi macam pakistan atau india pun ada.

"Saya asal sabah tapi keluarga saya mix, bajau, india dan mat salleh. So.. Jadi la macam ni" jawab Carlos sambil tersenyum mempamerkan lesung pipitnya.

"Awak tau tak, dengan awak je Tuan Caden banyak cakap. Biasanya, Tuan Caden akan cakap perkara yang penting-penting saja. Kalau ada apa-apa, saya yang akan sampaikan pada orang berkenaan." sambung Carlos.

"Maksud awak?" soal Intan tak faham.

"Sejuk nanti kopi ni, baik hantar sekarang. Nanti mengamuk pulak" aik, lain aku tanya. Lain pulak jawapannya. Mengelak...

"Ye lah.. Saja kan tak nak jawab soalan saya" kata Intan lalu dulang diangkat.

Carlos hanya tersenyum pada Intan dan mengekori dari belakang.

Eh.. Dah tukar baju.. Tapi masih dengan kemeja dan slack cuma warna sahaja yang lain.

"Lama tunggu air, sempat saya mandi" ucap Caden sebaik Intan meletakkan mug di atas meja.

Sekilas Intan menjeling. Perli la tu.. Macam tak faham.

Mug dicapai, asap masih kelihatan. Disisip perlahan dan terhenti seketika seakan cuba menikmati rasa. Aduh.. Nervous la pulak. Macam dalam pertandingan Master Chef bila juri nak bagi markah masakan dah..

Caden kemudian meneguk air kopinya dan meletak semula pada wood coaster tanpa sepatah kata. Sedap la tu..

"Okey, you can go now" kata Caden tanpa memandang Intan.

"Saya?" soal Intan sambil jari telunjuk menunding pada diri sendiri.

"Eh tak lah. Saya cakap dengan makcik bawang rumah sebelah" katanya dengan pandangan mata yang dikecilkan.

Hahahaha.. Lawak lawak..

Tersenyum Carlos di sebelahnya.

Tapi bila lihat wajah Caden yang serius dengan mata hitam dia tu tegak tengok aku, yang lawak dah tukar jadi seram. Okey kawan-kawan, ni kalau orang nak kentut pun, angin kentut masuk dalam balik.

"Thank you Sir. Saya keluar dulu." balas Intan laju langkah diatur ke dapur untuk menyimpan dulang dan membasuh sudu yang digunakan tadi.

Selepas itu terus kaki menuju ke pintu. Button ditekan, pemegang pintu ditarik dan terus keluar tanpa menoleh ke belakang.

"Fuh! Lega" Intan bersandar sebaik pintu dirapatkan dengan mata tertutup.

Lama-lama dok dalam tu, boleh sakit jantung jadinya.

Sebaik membuka mata dan ingin melangkah ke arah lift, terperanjat Intan yang entah ke berepa kali apabila wajah Cleine tercokoh di depannya.

Dada pantas digosok. Kena pergi hospital juga aku ni, kalau dah asyik terkejut aja.

"Tuan Cleine, terkejut saya" tegur Intan lalu berdiri tegak.

"Kenapa muka pucat? Caden buat apa dengan you di dalam dalam tu?" soal Cleine yang segak berkemeja lengan panjang yang hujung lengan dilipat hingga siku. Tangan sebelah kanan di dalam poket manakala tangan kiri memegang telefon bimbit. Hm.. Handsome cuma perangai tak handsome.

"Hello... I'm talking to you" ucap Cleine dengan tangan digawangkan di hadapan wajah Intan.

"Hah? Eh, mana ada apa-apa. Saya baru siap kemas bilik Tuan Caden. Carlos pun ada sekali" jawab Intan.

Ketawa Cleine dengan tingkah Intan.

Adoi.. Kenyang mata Intan hari ni dengan sajian yang handsome-handsome.

"Saya terkejut dengan Tuan Cleine tadi. Buka je mata, tengok-tengok Tuan Cleine kat depan muka. Mana tak terperanjat" jelas Intan.

"Oh.. Ingat anything happen tadi" kata Cleine sambil tersenyum dan berlalu pergi ke arah pejabatnya.

"Hai la.. Penat asyik terkejut macam ni."

Akhirnya berjaya juga Intan turun ke ground floor. Laju kaki melangkah ke bilik rehat. Jam di lengan di tilik, uih dah dekat pukul dua belas. Lamanya aku kat atas.

Sebaik wajah dipandang ke depan.

'Buk'

Terjatuh Intan. Nasib baik carpet tebal. Kalau tidak, sakit punggungnya. Itu pun digosok perlahan juga.

Laju kepala didongak untuk memandang orang yang melanggar atau yang betulnya dilanggar.

Lah... Latifah a.k.a Latif rupanya. Nampak lembut, badan keras cam kayu.

"Sorry... tak sengaja" auw.. Lenggok suaranya kalah I yang perempuan ni U.

"It's okey" kata Intan yang sudah pun bangun berdiri.

Apa la malang nasib hari ni. Tadi asyik terkejut, ni dah kena langgar pulak.

"Sakit kat mana-mana ke? Nak saya tolong?" soal Latif sambil badan Intan ditilik.

Lembutnya la hai suara, tak padan dengan badan.

"Eh, tak payah. Betul saya tak apa-apa. Okeylah saya gerak dulu ye. Nak ke bilik rehat" Intan minta diri.

"Okey.. Bye Intan" jawab Latif lalu beredar ke arah masing-masing, siap lambai-lambai lagi.

"Eh, mana dia tau nama aku? aku ada cakap nama aku ke tadi?" soal Intan sendirian.

Eleh.. Kau pun sama, mana dia ada sebut nama dia pun tapi kau kenal nama dia Latif kan.. Betul jugak, ada la tu dengar kat mana-mana. Kata Intan sambil terangguk-anguk dengan langkah diteruskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience