"Cepatlah sikit." arah Adi Ashraf kepada Ariana Atilia yang masih tergopoh-gapah keluar dari kereta. Gadis itu merengus geram tanda tak puas hati. Beg tangannya disilangkan ke bahu dengan kasar. Dia berjalan melepasi Adi Ashraf dengan laju. Sempat dilagakan bahu mereka.
"Lah marah lagi ke?" ucap Adi Ashraf dari belakang. Dia mengikuti langkah Ariana Atilia supaya mereka dapat berjalan beriringan. Ariana Atilia segera memberhentikan langkah. Jelingan tajam ditujukan ke arah suaminya.
"Kau tanya aku marah lagi ke? Perempuan mana tak marah kalau kau rosakkan awning dia!" ucap Ariana Atilia meninggikan suaranya sedikit. Mulutnya meniup kasar awning tudungnya. Cuba menenangkan perasaan daripada mengamuk dekat situ juga.
Bayangkanlah punya lama dia bersiap nak pakai elok-elok siap jari dia tercucuk jarum, dah elok dah suami dia tolong rawat. Punyalah dia melting. Tapi boleh pula suami dia dengan selambanya sentuh awning dia yang cantik lagi indah. Sehingga jadi macam rumah nak roboh. Siapa tak marah? Siapa!
"Whoa, whoa, whoa... Aku dah mintak maaf kan? So, cepatlah beli barang nak masak nanti." balas Adi Ashraf tanpa serba salah. Dia menarik troli lalu ditolakkan ke arah isterinya.
Troli itu disambut oleh Ariana Atilia dengan segera. Risau terkena sesiapa yang sedang lalu. Gila ke apa suami dia ni? Troli itu tadi ditolak ke tempat barangan yang dikehendaki.
Senarai barangan yang perlu dibeli telah disediakan di dalam telefon pintar milik Ariana Atilia. Nasib dia sempat memeriksa barangan yang tiada di rumah mereka. Nak harapkan Adi Ashraf? Makan nasi lemak tepi jalan tu je la setiap pagi. Huh.
Ariana Atilia yang sedang sibuk memasukkan barangan di dalam troli menoleh ke arah suaminya. Sejak dari tadi lelaki itu asyik memegang telefon saja membuatkan Ariana Atilia naik rimas. Memang dia seorang saja perlu buat kerja. Haish.
"Ash, dah la tu. Kata cuti. Tapi dari tadi asyik pegang telefonnya. Tolonglah aku ni." rungut Ariana Atilia bercekak pinggang. Dah buat salah tak reti nak ambik hati orang balik. Kenapa dia dapat suami macam Adi Ashraf?
"Yelah. Ha nak beli apa ni?" balas Adi Ashraf acuh tak acuh. Dia menyelukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Perhatiannya diberikan kepada isterinya.
Ariana Atilia pergi mengambil sebiji troli lagi lalu diserahkan kepada Adi Ashraf. Senarai yang perlu dibeli dihantar kepada suaminya dengan segera. Dapatlah dia beli barang-barang dia pulak lepas ni. Yes!
"Senarai barang yang nak kena beli aku dah hantar kat kau. So, nanti kita jumpa balik dekat sini. Okay?" pesan Ariana Atilia kepada Adi Ashraf. Lelaki itu mengangguk berkali-kali tanda faham.
Ariana Atilia tersenyum lebar. Bagus. Adi Ashraf hanya menurut kata-kata isterinya. Mahu segera membeli barang agar dia dapat bekerja semula dengan segera juga.
Pasangan suami isteri itu berpisah. Seorang ke barangan basah, seorang lagi ke bahagian makanan ringan. Terpisat-pisat Adi Ashraf mencari ikan yang ditulis oleh isterinya. Mana satu pulak ikan kembung ni?
Sementara itu, Ariana Atilia sedang ralit memilih segala jenis makanan ringan untuk dijadikan kudapan. Bersinar-sinar mata gadis itu apabila melihat keropok kegemarannya kini didatangkan dengan perisa baru. Tanpa membuang masa, tangannya pantas mengambil keropok tersebut lalu dimasukkan ke dalam troli.
Kini, dia beralih pula ke bahagian aiskrim, jiwanya meronta-ronta dalam kegembiraan. Sebatang aiskrim Magnum diambil lalu diletakkan di dalam trolinya juga.
Tak cukup dengan itu lagi, beberapa aiskrim kon berjenama Cornetto diambil lalu diletakkan bersama barangan yang lain. Dia tersengih seorang diri. Matanya menangkap pula bar coklat berjenama Cadbury dari jauh. Bagai memanggil dirinya untuk mendapatkan coklat tersebut dengan segera.
Tanpa ragu-ragu, langkahnya diatur ke tempat tersebut dengan cepat. Hilang terus rasa geramnya tadi kepada Adi Ashraf. Nasib baik ada benda yang boleh buat dia gembira. Tanpa dia sedari, seorang lelaki berhoodie hitam memerhatikannya dari jauh.
??????
"Ikan tenggiri...ikan pari...ha ikan kembung ada pun kau." ucap Adi Ashraf seorang diri dengan gembira. Dia menghela nafas lega sebaik ikan yang dimahukannya ditemui pada akhirnya.
Rasa ingin tahu mula menguasai diri lelaki itu. Selalunya ibunya akan memilih ikan yang segar sahaja. Sempat jugalah dia dengar bebelan Puan Ratna tentang bagaimana untuk mengetahui kesegaran ikan-ikan yang dijual di pasar raya. Baru sahaja dia ingin mengangkat ikan tersebut, jarinya terluka terkena sirip ikan yang tajam itu.
"Ouch." desis Adi Ashraf sesekali. Entah mengapa terasa pedih benar luka di tangannya walaupun hanya luka kecil. Dia membersihkan jarinya pada singki yang disediakan. Perasaan tidak sedap hati mula bertandang membuatkan dia teringatkan isterinya yang sedang berseorangan.
Tanpa berlengah, dia segera meminta pekerja di situ untuk membungkuskan ikan tersebut. Usai itu, langkahnya dibuka untuk mencari Ariana Atilia yang boleh berada dimana-mana sahaja di dalam pasar raya tersebut.
Dia berharap dia dapat tiba pada masa yang tepat sekiranya ada apa-apa yang buruk berlaku kepada isterinya. Dia tak henti-henti berdoa agar Ariana Atilia berada dalam keadaan yang selamat.
"Please be safe, wife."
??????
Ariana Atilia merasakan seperti ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh. Matanya meliar ke sekeliling cuba mencari sebarang figura yang mencurigakan. Namun hampa, tiada apa yang ditemui oleh dirinya. Dia mengeleng kepala.
"Perasaan aku je kot." gumam Ariana Atilia perlahan. Walaupun sebenarnya dalam hatinya, dia mula risau tentang keselamatan pada ketika itu. Namun dia hanya beriak biasa.
Telefon pintarnya mula berdering meminta untuk diangkat. Perhatiannya segera dialihkan ke arah telefon tersebut. Nama yang terpapar di skrin telefon membuatkan dia menarik nafas lega. Panggilan disambungkan tak lama kemudian.
"Ash, kau dekat mana?" soal Ariana Atilia terlebih dahulu. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan cuba mencari kelibat suaminya. Langkahnya dipercepatkan.
"Kau dekat mana sekarang? Aku datang dekat tempat kau. Kau tunggu situ sampai aku datang. Kalau ada apa-apa, jerit nama aku." pesan Adi Ashraf sambil kakinya berjalan laju.
"Aku dekat tempat aiskrim-" kata-kata Ariana Atilia terpotong apabila telefon pintar itu terjatuh dari genggaman tangannya.
Seorang lelaki yang serba hitam sedang berada dihadapannya sekarang. Kakinya mengundur ke belakang cuba menjauhi lelaki itu. Wajahnya yang terlindung dengan topeng muka dan cermin mata yang berwarna hitam membuatkan dia sukar mengenal pasti identiti lelaki misteri tersebut.
Namun dia dapat merasakan mereka pernah berjumpa sebelum ini. Cuma dia tidak dapat mengingati mana-mana maklumat yang berkaitan dengan lelaki misteri tersebut. Ariana Atilia hanya beriak tenang. Cuba untuk tidak panik di situ.
"Kau langkah setapak ke depan, aku jerit." kata Ariana Atilia memberi amaran. Betapa malangnya nasib Ariana Atilia pada ketika itu apabila tidak ramai pelanggan yang berada disitu. Lelaki itu ketawa sinis. Dengan beraninya, dia menapak selangkah ke depan membuatkan Ariana Atilia menjerit sekuat hati.
"Ash!" jerit Ariana Atilia menarik perhatian orang ramai. Termasuklah Adi Ashraf sendiri. Lelaki itu bergegas mendapatkan isterinya. Manakala, lelaki misteri tersebut mendekatkan diri ke arah Ariana Atilia untuk menutup mulut gadis itu.
"Riana!"
Jeritan Adi Ashraf mengejutkan lelaki itu membuatkan dirinya tertolak tubuh Ariana Atilia ke arah rak yang terdapat di pasar raya tersebut. Dia segera melarikan diri apabila Adi Ashraf mula mendekati mereka berdua.
Adi Ashraf segera mendapatkan isterinya yang telah terjatuh terduduk di lantai. Luka yang masih baru pada lengan Ariana Atilia membuatkan gadis itu meringis kesakitan. Kakinya yang masih belum sembuh sepenuhnya tercedera dengan lebih teruk.
Adi Ashraf memeriksa keadaan isterinya dengan perasaan risau. Dahi isterinya yang turut terluka ditiup lembut cuba menghilangkan kesakitan yang dialamj oleh gadis itu. Matanya mengerling ke arah laluan lelaki misteri itu tadi melarikan diri.
Kalau diikutkan hati, mahu saja dia mengejar lelaki itu sehingga dapat. Namun apabila melihat keadaan isterinya yang tercedera membuatkan dia membatalkan saja niat tersebut.
"Kau okay tak ni?" soal Adi Ashraf prihatin. Ariana Atilia cuba berlagak kuat. Dahinya terkerut itu disembunyikan.
"Okay." ringkas Ariana Atilia membalas. Dia cuba bangun berdiri sendiri namun tak berjaya apabila dia kembali terjatuh pada kedudukannya tadi. Adi Ashraf tahan senyum.
"Ha okay tak tu?" kata Adi Ashraf berbaur sindiran. Ariana Atilia mengalah. Dia mengeleng kepala. Adi Ashraf tersenyum sebelum memapah isterinya.
"Ouch, Ash! Perlahan sikit. Sakit sangat." marah Ariana Atilia apabila luka lengannya yang masih baru tergesel dengan lengan lelaki itu. Matanya mula berair.
"Sorry." ucap Adi Ashraf lalu memapah isterinya dengan lebih berhati-hati. Dia menoleh ke arah isterinya buat seketika. Air mata yang mula bertakung pada kelopak mata isterinya membuatkan hatinya terasa sakit. Tanpa amaran, tubuh Ariana Atilia dicempung oleh Adi Ashraf. Dibisikkan sesuatu pada telinga isterinya untuk menenangkan gadis itu.
"Shhh...aku ada. Jangan nangis."
??????
Kelihatan seorang lelaki memerhatikan keadaan suami isteri itu dari jauh. Penumbuknya dikepalkan pada sisi tubuh.
Topeng muka dan cermin mata yang dipakai sebagai penyamaran dibuang begitu saja ke dalam tong sampah berdekatan.
Hoodie yang menutupi sepersalinan sut kemejanya dibuka lalu dibuangkan bersama barangan tadi ke dalam tong sampah itu. Perasaan serba salah menerpa ke dalam diri apabila dia tak sengaja menolak buah hatinya sehingga tercedera.
Niatnya hanya untuk memerhatikan cinta hatinya dengan lebih dekat selepas lama tak berjumpa. Dia mahu membuat kejutan kepada gadis itu. Namun semua itu hancur serta-merta apabila Adi Ashraf menjadi penghalang dengab datang secara tiba-tiba.
Dia berjanji pada dirinya sendiri akan membuatkan hidup lelaki itu lebih menderita dari sebelum ini. Dia akan pastikan lelaki itu akan merana sepertimana lelaki itu merana apabila kehilangan Mawar Adriana. Dia tersenyum sinis.
"Kau memang malang, Adi Ashraf."
??????
"Jangan gerak banyak. Biar aku yang buat kerja. Makan ubat ikut masa, jangan skip. Faham?" bebel Adi Ashraf sebaik mereka berdua berjumpa dengan doktor.
Nasib tiada apa-apa yang serius hanya cedera ringan sahaja. Cuma pergelangan kaki Ariana Atilia yang terseliuh memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Ariana Atilia angguk berkali-kali tanda faham.
Padahal masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Rasa nak berdarah jugalah telinga ni kena bebel dengan Adi Ashraf sejak dari tadi.
Aiskrim Magnumnya yang berada di belakang terlintas di fikiran.
"Dengar tak aku cakap ni, Ariana?" tegur Adi Ashraf apabila melihat isterinya beralih ke belakang cuba mengambil seseuatu. Baru tadi cakap jangan gerak banyak. Degil!
"Ya dengar." balas Ariana Atilia tanpa melihat suaminya. Matanya hanya tetap pada batang aiskrim yang membuatkan dia terliur itu. Terasa nikmat dirasakan sebaik cecair sejuk berperisa itu mengenai deria rasanya. Matanya terpejam menikmati kelazatan.
"Ha tengok tu. Makan benda tak berkhasiat. Mana tak sakit?" tegur Adi Ashraf dari sebelum namun tak diendahkan oleh isterinya. Keretanya dipandu laju menuju ke rumah mereka.
Adi Ashraf mengingatkan dirinya sendiri untuk memaklumkan perkara yang terjadi hari ini kepada Alif Zafran untuk siasatan lanjut. Risau sekiranya akan berlaku lagi buat kali kedua.
Setelah lebih kurang sejam memandu, akhirnya tiba juga mereka di pekarangan rumah. Adi Ashraf keluar dari kereta terlebih dahulu untuk membuka pintu isterinya. Ariana Atilia tersengih sendiri apabila dilayan seperti seorang puteri.
"Kau ni, makan tu janganlah comot." tegur Adi Ashraf mengeleng kepala. Dia beralih ke bonet kereta untuk mengambil barang yang dibeli. Lalu, dibawa ke dalam rumah.
"Dah tu, tolonglah lapkan. Hmmm." gumam Ariana Atilia sambil mengelap bibirnya yang tercalit krim coklat dengan comot. Tak silap dia makan sopan je.
Baru saja dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah, tangisan budak kecil kedengaran. Kakinya menghentikan langkah. Ha sudah.
Dia mencari dari mana datangnya suara itu walaupun sebenarnya dah takut. Kakinya mengikut arah suara itu membuatkan dia menarik nafas lega. Anak jiran rupanya. Aku ingatkan apa la tadi.
"Hai adik, kenapa nangis?"
??????
Adi Ashraf segera menghubungi Alif Zafran untuk memaklumkan perkara yang terjadi kepada isterinya. Dia mengangguk sesekali tanda faham apa yang diucapkan oleh lelaki itu.
Namun, baru dia tersedar isterinya tiada di sisi. Dia mula panik risau sekiranya Ariana Atilia diculik atau diserang buat kali kedua. Panggilan bersama Alif Zafran segera diputuskan. Matanya mencari kelibat di dalam rumah namun tiada.
Langkahnya diatur keluar rumah. Dia semakin risau apabila isterinya masih tak ditemui. Akhirnya, matanya menangkap figura yang dicarinya bersama seorang budak kecil. Perlahan-lahan, dia mendekati mereka berdua.
"Akak ada aiskrim, adik nak yang mana? Pilihlah." pelawa Ariana Atilia sambil membongkokkan tubuhnya sedikit cuba menemui pandangan dari kanak-kanak lelaki yang comel itu. Dua jenis batang aiskrimnya disuakan kepada kanak-kanak itu.
"Adik nak akak boleh?" ucap kanak-kanak lelaki itu membuatkan Ariana Atilia tertawa halus. Anak siapa ni ya Allah. Agaknya macam ni lah anak Akid nanti.
Adi Ashraf tersenyum herot. Tubuh kecil kanak-kanak lelaki itu diangkat ke dalam dakapan. Tangannya mengeletek sisi badan anak kecil itu sehingga ketawa. Ariana Atilia tersenyum lebar. Seronok melihat suaminya ketawa sebegitu.
"Siapa ajar adik cakap macam tu hmm?" soal Adi Ashraf sambil terus mengeletek membuat kanak-kanak lelaki itu ketawa dalam kegembiraan.
"Akak tu abang punya. Bukan adik."
Hello my lovely readers!
Special thanks sebab sudi baca story ni!
Enjoy reading!
Don't forget to vomment!
-ftnfzyyy-
Share this novel