BAB 3

Romance Completed 77516

DAMIA, seorang gadis yang cantik, tinggi lampai, pandai bergaya, bijak dan berketurunan British membuatkan gaya pemakaiannya tidak seperti seorang gadis melayu. Dia merupakan seorang model pakaian muslimah di salah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia.

Hakeem berjalan laju memasuki syarikat tempat Damia bekerja untuk menemui Damia setelah mendapat mesej daripadanya. Dia menapak ke sebuah bilik persalinan yang diberitahu oleh Damia. Gadis itu sedang duduk ralit bermain telefon bimbit. Azmeer mendekati gadis itu dan menghadiahkan renungan mata yang tajam kepadanya.

"Hai you. Datang jugak kan. I ingatkan dah taknak jumpa I.." kata Damia lalu bangun untuk mendekati Azmeer.

"You nak apa?!" soal Azmeer tegas. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Matanya tajam memandang Damia yang berjalan ke arahnya.

"You ni, kenapa selalu garang dengan I, jangan lupa, I banyak pegang rahsia you.." ugut Damia. Bibirnya ingin mengucup pipi Azmeer tetapi Azmeer lebih pantas mengelak. Tangan Azmeer mencengkam lengan Damia.

"Jangan ugut I! I takkan pernah sekali pun takut dengan betina macam you!" bentak Azmeer sambil melepaskan genggamannya.

"Sakitlah!" jerit Damia. Dia memegang tangannya yang dicengkam Azmeer dan membetulkan rambutnya. Dia masih tidak berpuas hati dengan sikap Azmeer, sengaja dia ingin menyakiti hati lelaki itu. Susah betul nak dapatkan cinta lelaki ni, gumam Damia. "Azmeer, I tak pernah ugut you. Susah sangat ke you nak buka hati you untuk I, banyak yang I dah buat untuk you.." suara Damia mendatar, ada getaran di suara itu.

"Huh? Tolong? Apa jer yang you tolong I, menyusahkan I ada lah.." kata Azmeer sambil senyum sinis. "Semua plan you, hancur lebur. Hurm tapi I ada plan baru, you kena tolong I.." kata Azmeer sambil memegang dagunya. Dia senyum puas ke arah Damia.

"Plan apa?" soal Damia tidak sabar. Melihat sahaja senyuman Azmeer, Damia dapat mengagak Azmeer pasti ada rancangan yang besar.

Azmeer berpusing dan berjalan laju menuju ke pintu. "Nanti bila I perlukan You, baru I contact you." ujar Azmeer lalu meninggalkan Damia yang masih terpinga-pinga.

"Azmeer! Tunggu! I belum habis cakap lagi! Isk tak tak guna betul jantan ni!" Damia mencekak pinggang dan tangan kanannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Macam mana aku nak buat ni? Kau kena fikir Damia, kau kena fikir. Hurm.. Ha aku tahu. Kau jaga lah Azmeer, berlagak sangat kan. Siap kau! Hahaha." Suara ketawa Damia bergema di dalam bilik persalinan tersebut.

* * *

Azmeer berjalan masuk ke dalam rumahnya. Sofa empuk menjadi sasaran dia melabuhkan badan. Dia baring sambil melihat siling, tangan kanannya di letakkan di atas dahi.

"Hurm macam mana yer aku nak buat bagi plan aku menjadi.." gumam Azmeer.

"Plan apa tu?" soal Puan Mariam secara tiba-tiba.

Azmeer yang terkejut dengan pertanyaan ibunya secara tiba-tiba itu segera bangun dan membetulkan duduk. "Eh ibu, takda plan apa lah. Saja jer teringat pasal kerja yang si Fakhrul bagi tu. Ibu nak pergi mana ni? Cantik lain macam jer.." tanya Azmeer ingin mengubah topik perbualan.

"Owhh. Ingatkan plan nak kawen dengan Damia. Jangan ek, ibu tak suka perempuan tu datang rumah kita ni. Pijak kat laman pun taknak tau. Jangan harap. Ibu nak keluar kejap, nak jumpa Puan Hayati.." ujar Puan Mariam sambil membetulkan tudungnya.

"Owh, kawan ibu tu ke? Patut lah pakai lawa-lawa. Si Aqilah tu ikut ke?"

"Kenapa tiba-tiba kamu tanya dia? Dah berkenan dengan dia?" Puan Mariam memandang anak terunanya itu dengan wajah hairan.

Azmeer ketawa. "Mana ada lah ibu. Dia tu kan tunang orang, takkan la adik nak kat dia.." ujar Azmeer. Dia ingin memancing perasaan ibunya. Mungkin ibunya akan tersentuh dengan kata-katanya dan berusaha untuk menjodohkan mereka.

"Yer lah kan tapi baru tunang jer, belum jadi suami lagi. Mana tahu jodoh dia dengan kamu. Lagi pun Aqilah tu ibu tengok baik orangnya, sopan-santun, lemah lembut. Ibu suka jer kalau dia jadi menantu ibu. Abang kamu pun dah takda kan.." kata ibunya dengan rasa sebak. Puan Mariam cuba menahan tangisnya. Dia tidak mahu Azmeer melihat air matanya tumpah lagi.

Azmeer yang melihat wajah ibunya mula berubah terus mendakap Puan Mariam. "Ibu, jangan la sedih. Abang dah bahagia dah kat taman syurga. Kita doakan yang terbaik jer untuk abang. Ibu kata nak keluar, nanti lewat kang.." kata Azmeer apabila melepaskan rangkulan.

"Oh yer lah. Ibu pergi dulu yer. Anything call me okay.." ujar Puan Mariam, laju langkah kakinya meninggalkan Azmeer di ruang tamu rumah itu.

"Okay ibu. Hati-hati tau. Kirim salam Makcik Hayati.." laung Azmeer.

"Insyaallah.."

Kedengaran enjin kereta dihidupkan. Perlahan-lahan kereta yang dipandu Puan Mariam meninggalkan halaman rumah mereka. Azmeer masih lagi memikirkan rancangannya ingin memikat hati gadis yang bernama Aqilah. Selagi aku tak balas dendam, kau tak kan bahagia Aqilah!! Desisnya.

* * *

Puan Mariam tiba di restoran yang di beritahu oleh Puan Hayati. Suasana restoran yang cantik diterangi cahaya lampu itu menarik ramai pelanggan daripada golongan muda hingga golongan tua untuk ke kedai tersebut.

"Mariam, sini.." panggil Puan Hayati. Dia melambai-lambai Puan Marian yang baru sahaja masuk ke dalam restoran.

"Yati, sorry lambat. Dah lama sampai?" tanya Puan Mariam sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya. Dia menyambut tangan Aqilah untuk bersalam sambil melemparkan senyuman manis.

"Taklah, kita orang pun baru jer sampai ni. Jangan risau. Makanan kat sini sedap tau. I pernah datang sebelum ni.." beritahu Puan Hayati.

"Owh yer ker. Tak sabar nak makan kan. Aqilah cuti ke hari ni?" Wajah Aqilah ditatap.

"Yer makcik. Hari ni ada hal sikit. Tu yang ambik cuti.." balas Aqilah sambil tersenyum manis.

"Hari ni Ila dengan Fahmi nak cari cincin nikah, tu yang dia ambik cuti.." beritahu Puan Hayati.

Puan Mariam menggangguk faham. "Owh yer ker. Nanti tunang dia datang sini lah?"

"Yer, ha tu dia dah datang.." kata Puan Hayati sambil menunjuk ke arah pintu.

"Assalamualaikum.." sapa Adam penuh sopan.

"Waalaikumsalam." Salam di sambut ketiga-tiga mereka serentak.

Adam segak bergaya dengan baju t-shirt berkolar lengan pekdek dan seluar slack berwarna hitam. Dia tersenyum melihat tiga orang wanita di hadapannya.

"Duduk lah dulu, kami baru jer nak order makanan.." sapa Puan Hayati.

"Yer makcik. Terima kasih tapi kami takleh lama sebab dah buat appointment, kan sayang.." ujar Adam pula.

"Betul ibu. Kita orang buat appointment dah, takut lewat pulak.." beritahu Aqilah kepada mereka.

"Ya lah. Ibu lupa kamu ada bagitahu. Nampak sangat I ni dah tua Yam. Haha.." gurau Puan Hayati.

Gurauan Puan Hayati di sambut dengan gelak ketawa mereka berempat. Mereka berhenti ketawa apabila pelayan restoran menghampiri mereka dan fokus kepada menu yang ada pada buku menu. Pelayan restoran berlalu pergi setelah mengambil pesanan.

Selepas dua puluh minit, Aqilah dan Adam meminta diri untuk meninggalkan restoran tersebut. Puan Hayati dan Puan Mariam mengekori kelibat mereka dengan ekor mata.

"Baiknya bakal menantu you kan. Sopan jer.." puji Puan Mariam.

Puan Hayati tersenyum manis. Bangga bila bakal menantunya itu di puji. "Biasa jer lah. I dah lama kenal dengan Adam tu, dia orang dah lama bercinta. Sejak zaman universiti lagi.."

"Owh yer ker. Bagus lah kan. Tunggu kawen jer nanti. I happy tau, you dah tak lama nak ada menantu lelaki.." kata Puan Mariam. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

"Alhamdulillah. I pun doakan untuk you semoga cepat dapat menantu. Aamiin."

Mereka ketawa gembira. Sementara menunggu makanan sampai, banyak cerita-cerita dan gosip yang mereka berdua berkongsi.

* * *

Adam dan Aqilah sampai di sebuah kedai cincin yang terletak hanya dua kilometer dengan restoran tadi. Wajah Aqilah sangat ceria kerana dia ingin memujuk Adam untuk belikan cincin yang dia suka. Adam dapat melihat wajah Aqilah tersenyum sejak daripada dalam kereta.

"Sayang, jom masuk.." ujar Adam.

Aqilah menggangguk perlahan. "Wahh cantiknya. Tak sabar nak tengok cincin. Hehehe.." kata Aqilah dengan wajah yang ceria.

"Sayang pilih nak yang mana. Jangan salah pilih tau, dah takleh tukar nanti.." Sengaja Adam ingin mengusik tunangnya itu.

"Ala. Okay-okay, sayang pilih tau. Nak yang besar dan mahal," beritahu Aqilah kepada jurujual tersebut.

"Mak ai. Pandai ek.." Adam mengerling Aqilah dengan ekor matanya.

"Hahaha biar lah. Tadi kata suruh pilih. Hehehe. Cik, saya gurau jer. Erm saya nak yang ada batu boleh?" Kata Aqilah.

Aqilah mengambil sebentuk cincin batu permata berwarna putih untuk dijadikan sebagai cincin nikah di hari perkahwinan mereka nanti.

Mereka meninggalkan kedai emas tadi dan hendak berjalan ke tempat letak kereta yang berada di seberang jalan. Tanpa sengaja, Adam terlanggar seorang wanita yang kebetulan juga berada di situ.

"Ahh.."

Adam dan Aqilah menoleh ke arah wanita tersebut. "Maaf cik, saya tak sengaja.." ujar Adam.

"Kau buta ke hah?! Tak nampak aku ke?!" balas wanita tersebut dengan kasar. Dia mencapai beg tangannya yang terjatuh di atas lantai.

Mereka terperanjat mendengar kata-kata wanita itu. Siapa sangka seorang wanita tinggi lampai, memiliki wajah yang cantik dan susuk tubuh yang menawan rupanya tidak beradab.

"Maaf cik, tunang saya tak sengaja terlanggar cik.." kata Aqilah sambil senyum.

"Yer lah tu tak nampak. Or sengaja nak langgar I. Lelaki memang macam tu, pantang nampak perempuan cantik kan. Tengok lah you, selekeh, kampung.." Wanita itu berlalu pergi selepas menghamburkan kata-kata hinaan kepada Aqilah.

"Kenapa dengan dia tu. Takda adab lah.." kata Aqilah dengan wajah masam.

"Sayang. Sabar yer. Jom kita balik.."

Mereka berjalan ke arah kereta dan perlahan-lahan kereta Adam meninggalkan kawasan tersebut.

"Huh! Lelaki tak guna. Habis kotor handbag I ni.." Matanya liar melihat kereta yang di pandu oleh Adam.

Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak publish bab 3 ni. Ayana dah lama tulis sebenarnya cuma nak siapkan sikit jer lagi, akhirnya siap jugak. Semoga korang enjoy yer ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience