Bab 3

Romance Completed 991105

Bab 3

Dua tahun yang lalu... 

“FIEYA! Kau nak sambung belajar pakai duit apa? Kau ingat kau ada mak bapak ke nak tanggung kau? Tu... adik kau lagi. Kau ingat aku ni mampu ke nak tanggung korang adik-beradik. Dulu yalah pak ngah kau sihat. Sekarang dia dah sakit aku sorang kena kerja tanggung semua orang dalam rumah ni! Anak-anak aku pun nak sekolah jugak, jangan fikir kau sorang aje!” tengking Zainab sekuat hati. Panas betul hatinya, balik-balik isu sambung belajar juga yang dia dengar. Sudah habis tingkatan 6 pun sepatutnya anak saudara suaminya itu sudah berasa cukup. 

“Keputusan STPM Fieya bagus mak ngah. Rugi kalau tak sambung. Cikgu-cikgu Fieya semuanya kecewa kalau Fieya tak sambung belajar. Tolonglah, mak ngah. Fieya janji akan belajar betul-betul. Lepas tu Fieya akan kerja bagus-bagus untuk tolong mak ngah dan pak ngah!” Fieya merayu dengan linangan air mata. 

Firdaus berada di ruang tamu sedang membuat ulang kaji bersama dua orang sepupunya, Aina dan Ammar. Aina pelajar tingkatan 2 dan Ammar sebaya dengan Firdaus pelajar tingkatan 3. 

“Kau ni sama je perangai macam arwah mak kau dulu. Degil! Nak aku cakap pakai bahasa apa lagi! Eh... Boleh makan pakai pun dah cukup bersyukur tau, kau nak apa lagi? Kau dan adik kau tu cuma anak saudara suami aku. Sekarang aku pulak yang kena susah payah jaga korang! Baik kau terus aje kerja di restoran tu. Lepas tu kau carilah kerja lain pakai STPM kau yang bagus sangat tu!” kata Zainab sebelum meninggalkan Fieya di situ. 

Air mata Fieya mengalir ke pipi. Firdaus menutup buku dan terus mendapatkan kakaknya. 

“Kak... Kak sambung je belajar. Biar orang aje kerja lepas SPM nanti untuk tolong mak ngah. Sekarang pun orang ada buat part time.”

Fieya terus memandang wajah adiknya itu. “Kau jangan nak pandai-pandai. Kau tu lagi bijak daripada akak. Kau nak jadi arkitek kan? Kau pergi baca buku sekarang!” tegas Fieya dengan hati yang hancur berkeping-keping! 

MALAM yang tidak pernah tidur di bandar raya Kuala Lumpur. Di sebuah kelab malam terkenal di tengah bandar raya itu, seorang gadis kelihatan teragak-agak untuk melakukan kerjanya dan dia sangat kekok dengan suasana di dalam kelab itu. 

Fieya cuba untuk bertahan, jika kerja itu tidak sesuai untuknya dia akan berhenti malam ini juga. Sebelum ini, pada waktu siang dia akan bekerja di sebuah restoran dan pada waktu malam dia hanya duduk di rumah. Tetapi Zainab tidak berpuas hati dan menyuruhnya mencari pekerjaan pada waktu malam. Jika tidak, Fieya dan adiknya akan dihalau dari rumah itu. 

Fieya menahan rasa pedih dengan segala kekuatan yang dia ada. Zainab tidak pernah kisah kerja apa yang dia harus lakukan. Asalkan mendatangkan pendapatan. Air mata Fieya jatuh satu per satu. 

“Hei! Kau buat apa tercegat kat sini! Pergilah hantar minuman ke pelanggan kita! Kau kerja kau tahu!” sergah seorang lelaki dari belakang Fieya. Suaranya begitu kuat sehingga dapat melawan bunyi muzik yang bergema di dalam kelab itu. 

“Ba... Baik.” Fieya terus mengangkat dulang yang berisi bir dan berjalan ke arah tetamu yang membuat pesanan. 

“Eh, ada budak barulah,” kata salah seorang lelaki yang duduk diapit dua wanita. 

“Fresh lagi ni... Studen ke?” tanya lelaki lain pula sambil melihat Fieya dari atas ke bawah dengan lirikan yang nakal. 

Fieya tidak menjawab soalan itu, selepas menyusun cawan di atas meja. Dia terus bangun dan membawa dulang kembali ke bar. 

“Fieya!”

Fieya terus menoleh apabila namanya dipanggil oleh seseorang. 

“Mia!” Fieya terkejut melihat rakan sekolahnya itu. Mereka saling mengenali walaupun kelas mereka berbeza. Mia sambung ke matrikulasi selepas tamat SPM dan Fieya hanya sambung tingkatan 6. Bukannya dia tidak layak masuk matrikulasi, tetapi mak ngah tidak mengizinkannya. Untuk masuk tingkatan 6 pun dia harus merayu seperti hamba! 

“Kau buat apa kat sini?!” soal Mia dengan tegas. Mia tahu rakannya itu bukanlah seorang yang sosial sepertinya. 

“Aku... Aku kerja, Mia.” Entah kenapa air mata Fieya bergenang. 

“Weh! Kau gila ke kerja tempat macam ni! ” Mia terus menarik tangan Fieya untuk keluar bercakap di luar. 

Fieya yang masih memegang dulang terpaksa mengikuti langkah Mia ke luar kelab itu. 

“Fieya... Dah lama ke kau kerja sini?” soal Mia. 

“Ini hari pertama aku.”

“Weh... Apa cerita ni? Kau tak sambung belajar ke? Kau budak pandai kan!” tanya Mia. 

Fieya terus menangis teresak-esak. Mia mengetap bibit melihat rakan sekolahnya itu. 

MIA meletakkan secawan coklat panas di hadapan Fieya. Dia melihat wajah mendung Fieya dengan rasa kasihan. Hari itu, dia mengajak Fieya datang ke rumah sewanya untuk berbincang. 

“Kau tahu tak. Hidup kau akan musnah sekelip mata je kalau kau kerja kelab malam. Kat sana tu... Kalau kita pergi dengan pasangan kita, okeylah jugak. Sebab ada orang akan lindung kita. Tapi, kalau kerja... Dia orang akan layan kau macam pelacur tau.”

Fieya menelan liur. “Mia, aku kena buat apa? Aku betul-betul nak sambung belajar. Aku nak kehidupan yang lebih baik. Aku kena sara adik aku, termasuk famili bapa saudara aku. Dia orang jaga kami dari aku sekolah rendah lagi.”

Mia mengeluh berat. “Situasi kau ni tak jauh berbeza dengan aku. Mak ayah aku bercerai. Aku belajar ni bergantung pada PTPTN aje. Tapi tak cukup nak sara hidup kat KL ni. Ini baru semester pertama aku. Tapi aku rasa teruk gila. Pelajar akaun banyak nak kena beli buku. Aku sampai makan Maggi je sebulan pertama. Nak minta duit kat mak ayah aku pun. Aku dah malas. Lepas tu, masing-masing bergaduh sebab aku.”

Fieya mengerutkan dahi. “Habis, macam mana kau boleh sewa rumah besar ni? Kau duduk sorang ke?”

“Ada sorang lagi student law. Tapi dia busy... Ada tu study dalam bilik dia.”

“Bestnya korang. Dapat belajar di universiti yang terbaik dalam negara kita. Tapi, apa yang kau nak cakap dengan aku sebenarnya.”

“Kau boleh aje masuk second intake. Buatlah permohonan.”

Fieya menggeleng. “Kau pun tahu kan...”

 Mia melepaskan nafas lelah. “Aku pun tak nak cerita benda ni kat kau. Tapi, aku akan cerita untuk kau fikir aje. Aku baru je dua tiga bulan terlibat dalam hal ni. Memang semua masalah aku selesai.”

Fieya membuka matanya lebih luas. “Apa tu Mia?”

DUA minggu Fieya termenung memikirkan perkara yang diceritakan oleh Mia. Perkara yang paling tidak masuk akal yang pernah didengarinya. Namun, dia harus melakukan sesuatu untuk keluar dari kemelut yang melanda dirinya. Akhirnya beberapa hari lepas, dia memberi jawapan kepada Mia. Dia ingin cuba! Oleh itu, sekali lagi Fieya melangkah ke rumah Mia setelah keputusan dibuat. 

“Kau betul dah fikir panjang ni?” soal Mia sambil menyolek wajah Fieya. Wajah itu sudah cantik dengan semula jadi. Jadi, Mia hanya membuat riasan yang ringkas. Fieya sememangnya gadis yang nampak matang dari usianya, mungkin kerana dia telah melalui banyak perkara dalam hidup. Tubuhnya tinggi lampai dan langsing. Persis model! Mia membantu Fieya untuk kelihatan lebih anggun pada petang ini kerana mereka akan menghadiri Sugar Dating! 

“Ini adalah pilihan terakhir aku...”

Mia tersenyum. “Memang benda ni tak baik. Aku tak akan menegakkan benang yang basah. Tapi, setiap orang tak melalui apa yang kita lalui...”

“Boleh kau cerita tentang your daddy?” soal Fieya. 

Mia sekali lagi tersenyum. “Dia lelaki berusia 43 tahun. He is taking care of me. Aku hanya perlu belajar tanpa fikir apa-apa. Kalau dia ajak jumpa, selalunya pada hujung minggu, aku akan pergi.”

“Macam mana cara bayaran yang kau terima and how much?”

“Ada je sugar daddy yang akan bayar cash setiap kali jumpa. Sebab kalau bayar elaun bulan-bulan, tapi dia orang busy. Jumpa pun jarang-jarang. So, dia orang akan rugi kat situ. Tapi, kontrak aku dengan dia. Memang dia akan bayar elaun aku setiap bulan. Sebab kami kerap berjumpa. Hmm... aku terima 6K per month!”

“What?!” Fieya menjerit sehingga tangan Mia yang memegang maskara tertonyoh ke dahi Fieya. 

“Weh!” jerit Mia. 

SEBUAH restoran eksklusif menjadi pilihan klien mereka untuk mengadakan pertemuan bagi perbincangan kontrak. Mia dan Fieya duduk di sebuah meja bulat yang berada di hujung restoran mewah itu. 

Fieya terasa debaran di hatinya semakin memuncak. Tangannya sudah sejuk sehingga dia terasa seperti kebas! Wajahnya yang dirias cantik itu menjadi semakin pucat. 

“Relaks, Fieya. Take a breath.” Mia menepuk paha Fieya di sebelahnya. 

Fieya menarik nafas dalam-dalam, lalu menghembuskannya perlahan. 

“Aku nak balik, Mia!” Kali ini Fieya menggigil. Dia tidak mampu bertenang walaupun sudah cuba. 

“Kau gila ke? Kita dah sampai kut!” Mia menepuk dahi. 

Dalam masa yang sama seorang wanita cantik berpakaian formal mengatur langkah menghampiri mereka berdua. 

Mia pantas menyedarkan Fieya di sebelahnya. “She is coming!”

Fieya pantas mendongak kepalanya memandang 90 darjah ke hadapan. Kelihatan seorang wanita cantik berskirt pendek paras lutut berusia lingkungan 30-an mendekati mereka. Mia pantas menarik tangan Fieya untuk bangun berdiri bagi menyambut kedatangan wanita itu. 

“Hi, I'm Emelda. His secretary.” Emelda menghulurkan tangan kepada Mia. Setelah Mia menyambut, beliau memberi huluran tangan kepada Fieya pula. 

Akhirnya, mereka duduk semula di meja bulat. Ketika ini, jantung Fieya sudah hampir meletup! 

“Okay... Let's start with our discussion.” Emelda tersenyum sambil mengambil beberapa helai kertas dari dalam briefcase. 

“Maaf, puan. Tapi... Mr. R tak datang ke?” soal Mia yang panasaran. Nama Mr. R adalah yang ditulis pada profile lelaki itu di dalam laman website yang mereka layari. 

“Saya yang berurusan dengan anda menggunakan profile itu. Mr. R telah serahkan segala urusan kepada saya. Dia akan datang ke sini jika kontrak dipersetujui,” jelas Emelda. 

Mia seperti tidak berpuas hati. Sudahlah tiada gambar profile. Diletakknya gambar penguin. Cuma yang pasti, jika beliau berjaya daftar sebagai sugar daddy di dalam website itu, maknanya beliau memang sah orang berduit.

Fieya masih kaget di sebelah Mia. Dia hanya diam tidak bersuara kerana tidak berpengalaman menghadiri sugar dating. Eh... Secretary dating! Cis... Kenapa Mr. R sendiri tidak datang? Sah lelaki tua perut buncit. Celaka. Dia mahu pergi dari sini! 

“Ini adalah kontrak pihak kami.” Mia menghulurkan sehelai kertas kepada wanita itu. 

Emelda mencapai kertas itu dan meneliti satu per satu sambil tersenyum. 

“Ini pula adalah tawaran daripada pihak kami.” Emelda menolak beberapa helai kertas sehinga dekat dengan Fieya. 

Fieya mencapai kertas itu dan Mia turut rapatkan badannya kepada Fieya untuk melihat isi kandungannya. Terbuntang mata mereka berdua apabila membaca kontrak tersebut. Tangan Fieya menggigil! 

“Jika kontrak Cik Fieya yang mahukan hubungan platonik... or close relationship, that is non-romantic Mr. R tidak berminat.”

Fieya menelan liur. Mia memandang wajah Fieya yang berubah. Dia tahu Fieya mempunyai pendirian. 

“Mr. R akan taja sepenuhnya pengajian Cik Fieya sehingga graduate tanpa perlu buat pinjaman pelajaran. Elaun akan dibayar setiap bulan. Termasuk gift, credit card dan pelbagai lagi... Tetapi semuanya itu jika Cik Fieya setuju dengan kontrak itu.”

“Boleh bagi kami masa untuk berfikir dulu?” soal Mia apabila Fieya sudah kehilangan kata-kata. Sebenarnya dia tidak bersuara sejak tadi! 

“Sebenarnya, Mr. R seorang yang banyak travel. Dia jarang nak ada kat Malaysia buat masa ni. Esok dia akan fly ke Spain. Dia tak ada masa nak tunggu jawapan. Jika Cik Fieya tidak berminat. It's okay.”

“Bagi saya lima minit. Mia, jom pergi tandas kejap.” Fieya terus bangun berdiri. Mia pantas mengikuti langkah Fieya meninggalkan Emelda sebentar di situ.

Fieya memegang jantungnya yang berdegup kencang di hadapan cermin. Dia melihat wajahnya pucat lesi! 

“Fieya! Kau baca tak tawaran dia? Serius weh, kau tak akan dapat tawaran sebagus tu lagi! Memang... Pergh!” Mia pula yang teruja. 

“And he will expect something in return!” kata Fieya sambil memandang tepat ke arah Mia. 

“Fieya! Kau nak kembali ke hidup kau sebelum ni ke? Atau kau nak ke hadapan?”

Fieya dan Mia saling memandang satu sama lain. Satu keluhan terbit di bibir Fieya bersama air mata. 

Mereka kembali ke meja bulat itu dan Emelda masih setia menanti. Wanita itu kelihatan tenang dan bersahaja. Seolah-olah dia sudah biasa menguruskan hal peribadi majikannya itu. 

Fieya kembali duduk bersama Mia. Emelda mengangkat kening sebelah. 

“So, how?”

“Saya setuju dengan kontrak ini.” Akhirnya, Fieya bersuara. 

Emelda tersenyum. “Okay... Lets him be your sugar daddy and take care of your finances. Kita boleh tandatangani kontrak sekarang.” Emelda menyerahkan sebatang pen kepada Fieya. 

Fieya mengambil pen itu dan terus tandatangan tanpa berlengah. Jika tidak dia pasti akan berubah fikiran. Dia perlu mengubah nasibnya. Tidak boleh tidak! 

Mia menggengam tangan Fieya di bawah meja untuk memberi semangat. 

“Okey, I dah selesai kat sini. Dato' Rizalman akan datang dalam five minutes. Thank you babies.” Emelda terus bangun dan mencapai briefcase lalu melangkah pergi dengan bergaya.

Tersandar Fieya ketika itu seraya bernafas dengan kuat. Dadanya turun naik. 

“Relaks, Fieya. Orang tua-tua tak selalunya buruk, okey. Yang penting duit dia!” kata Mia. Fieya masih termenung panjang memikirkan keputusan yang baru dibuat itu bakal mengubah hidupnya 360 darjah. Dia sudah bergelar sugar baby! 

“Fieya...” Mia menggoncangkan tangan Fieya. Fieya terus memandang ke hadapan bersama Mia.

Satu figura sedang mengatur langkah satu per satu ke arah mereka. Seorang lelaki bertubuh tinggi lampai, berbahu lebar, melangkah dengan penuh gaya dengan sut lengkap. 

Mia menelan liur. “Ini bukan sugar daddy, Fieya, ini hot daddy, sial!”

Fieya terasa jantungnya sudah tidak berfungsi! Shit! Mana pergi perut buncit, kepala botak?!

Share this novel

Ina Sakina
2024-11-14 15:40:55 

saya dh buat bayaran coin rm4.99 tpi masih lock utk terus bacaan

Hazwanihussain Ninie
2021-08-16 13:08:44 

amazing..best

alyaaaleesya
2020-08-21 09:08:27 

amazing!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience