Karlisa menyambut huluran tangan itu..Masih merenung Megat Haider kaku bagai tidak percaya. Tangan dan otaknya tidak berhubung.
Megat Haider hairan melihat.
"Ji......"
Nurjihan bagaikan hilang dari radar bila di selimuti kegugupan.
Isyarat bunyi ketukkan pada ear bud di telinganya yang membingitkan di ketuk oleh Benjamin melalui ear bud itu menyentakkan lamunan Karlisa.
"err Karlisa !".
Benjamin melepaskan nafas lega. Hampir tersasul Nurjihan membongkarkan identitinya sebagai Karlisa.
Kebetulan apakah ini. Macam mana Dr.Haider boleh tukar jadi Megat Haider ini? atau dia yang tidak tahu nama penuh pensyarahnya itu?
Yang pasti kini dia di landa masalah. Ingin bermain dengan api namun kemunculan Megat Haider ibarat menyepit dirinya di antara ruang yang kosong tanpa boleh berfikir cara untuk bermain.
"Nice to meet you." Jawab Megat Haider.
Mereka kembali duduk di tempat masing-masing.
"Wait i think i know you. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Tegur Megat Haider semula.
Hah !! Nurjihan dan Benjamin panik. Baru je nak tenang....
"Erm? tak kot..." Balas Karlisa.
Benjamin mengeluarkan sapu tangannya mengelap peluh di dahi walaupun keadaan bilik itu sejuk suhu biasa.
"Ouh...my mistake, i nampak you di muka depan megazine hari tu." Megat Haider menepuk dahi.
Hah, Benjamin menayangkan mata putihnya melepas nafas lega. Eh dia yang terlebih insecure pula.
"Eh...ke pernah jumpa?". Tanya Megat Haider lagi sekali !
"Haider... stop it." Panggil Puteri Qisha. Sudah dia kenal sifat kuat menyakat adiknya itu.
Tergelak kecil Megat Haider.
"Jangan layan sangat Haider ni Karlisa. Memang habit dia nak kenakan orang." Tambah Puteri Qisha.
"Nah it's okay." Karlisa terbitkan ketawa untuk menutup gugup di hati.
"Karlisa, ini la anak bongsu Uncle. Dia la yang paling degil sekali ni." Kata Megat Rusydi.
Ketawa kecil Karlisa. "Why Uncle?".
"Erm actually i sorang je bukan dari bidang macam you all. I lecturer."
Balas Megat Haider bila melihat Megat Rusydi mengerlingnya untuk menjawab pertanyaan Karlisa itu. Dia rasa kerdil bila bersama dengan mereka.
"Well that's great. Itu mesti profession yang you suka kan? Not bad la Uncle. Everybody has their own way."
Balas Karlisa membela Megat Haider.
Megat Haider terkejut. Baru ini kali pertama ada orang yang membelanya. Tidak merendah-rendahkan cita-cita pilihannya.
Terdiam Megat Rusydi.
She so different. Megat Haider kagum dengan personaliti Karlisa.
Karlisa terasa getaran dari telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Lalu di keluarkan secara sembunyi.
JIHAN, SAYA NAK JUMPA AWAK SEKEJAP PETANG NI BOLEH KE? - Dr.Haider
Terkejut dia bila pesanan itu di hantar oleh Dr.Haider kepada Nurjihan. Di angkat wajahnya memerhati Megat Haider di sana yang sedang ralit memandang telefon.
Ya Tuhan...masa aku jadi Karlisa ni la kau sibuk nak cari Nurjihan wahai Dr.Haider.
Bagaimana harus dia lalukan? kalaulah badannya ini boleh belah dua, pasti selesai masalah.
PUKUL BERAPA? - balas Nurjihan.
SHOULD BE 2 JAM DARI SEKARANG.
Karlisa membiarkan telefon itu bergetar dalam mood silent. Jangan nampak sangat dok tengah main phone ni.
"So Karlisa, you dah berapa lama berada dalam dunia bisnes ni?". Tegur Megat Hanif.
Ermm, apa aku nak jawab ni? matanya di kerling ke arah Benjamin. Terlihat tanda 5 jari dari Benjamin, terus dia berpaling semula ke arah Megat Hanif yang menanti jawapannya.
"Baru lagi. 5 years."
"Wow, baru 5 years tapi you dah ada company sendiri? great!".
Karlisa menyelak anak rambut yang berjuntaian di tubir matanya.
"Tak adalah. Syediq Group tu bapa saudara i punya. I di training oleh dia sebelum i ambil alih. I just bantu dia uruskan je."
Terangguk-angguk mereka yang ada di situ. Megat Haider? masih ralit menanti balasan pesanan dari Nurjihan.
Seketika jatuh cebisan ketulan isi udang dari dalam gulungan popia yang di gigitnya ke atas pinggan.
Kejap, udang ?! bulat mata Karlisa memandang.
Damn, aku alah dengan udang !
maknanya dia telah selamat menelan 2 biji popia dan ini adalah popia yang ke 3 !
Terus tangannya mencari ubat elergik di dalam beg tangan. Tiada ! saat ini dia berfikiran seperti Nurjihan.
Mana ubat aku ?? mana ubat tu!!!!!
Di ketuk-ketuk kepalanya untuk berfikir.
****
"YEAY makanan i dah sampai. jemput makan." Teruja Hawa mengkipas-kipas bau yang keluar melalui asap pada bihun supnya itu.
Deringan telefonnya berbunyi. Terhenti tingkah Hawa mengerling telefonnya di sebelah. Rizal juga begitu.
"Hmm..Jihan?". Kata Hawa
"Angkat la Honey mana tahu penting ke?". Rizal teruskan memakan.
"Hello beb?".
"Hawa kau kena tolong aku." Kata Nurjihan setelah Hawa menjawab panggilannya. Mundar mandir dia di dalam bilik air itu kegelisahan.
Hawa je yang boleh tolong dia. Benjamin? biar dia yang mengawal keadaan semasa ketiadaan Karlisa di atas.
"Hmm tolong apa?". Air teh'o ais laici di sedutnya dan telefon di kepit di sisi telinga menggunakan bahu.
"Ubat aku ada kat dalam beg kau kan?".
Pantas Hawa mengagau beg sandangnya. Ye. ada padanya bila Nurjihan minta untuk di simpankan dua hari lepas kerana lupa untuk memasukkan ke dalam beg semula semasa mereka di cafe. Itulah sikapnya Nurjihan asyik malas nk buka semula zip beg, di paskan dahulu kepada Hawa untuk menyimpan.
"I need it now. Aku tak boleh keluar sekarang aku nak minta tolong kau hantarkan dekat aku please urgent." Rayu Nurjihan.
"Eh beb, kau makan udang? adoiii....Tapi aku tengah makan ni. Ermm yelah-yelah bagi aku location." Pantas Hawa mengutip barangnya di meja makan itu.
"Biy, tolong hantarkan i pergi dekat Jihan. Dia makan udang and ubat dia ada dekat i."
Terkejut Rizal bila Hawa menarik tangannya untuk pergi.
"What, woo...woo relaks. You pergi tunggu dekat kereta i nak bayar kejap. Nanti i datang." Kunci kereta di serahkan kepada Hawa.
NURJIHAN menggigit Jari. Dia berharap Hawa akan segera datang. Dia kini berada di dalam kereta menunggu Hawa.
"Lamanya Karlisa dekat toilet tu. Okay ke dia?". Megat Rusydi hairan tidak melihat kelibat Karlisa yang di tunggu dari tadi.
Akhirnya Hawa sampai di hadapan lot parking MR Holdings.
"Biy, you tunggu kejap i nak keluar cari kereta Jihan."
Rizal mengganguk. "Be Careful Honey..."
Setelah dia berlari mencari satu persatu kereta yang ada di parking lot itu akhirnya dia terjumpa kereta Audi A3 hatchback berwarna hitam di situ. Dengan pantas dia membuka pintu dan duduk di sebelah pemandu.
Nurjihan menahan rasa perubahan suhu yang semakin lama semakin terasa sejuk pada badannya.
Alangkah terkejutnya Hawa bila tersilap masuk ke dalam kereta orang lain.
"Err... sorry.. sorry saya ingatkan kereta kawan saya. Sorry miss." Bertalu-talu kata maaf yang terbit daripada mulutnya kepada wanita itu.
Malu bukan kepalang ! lalu dia membuka semula pintu untuk keluar dari kereta itu.
Pergerakkan Hawa terhenti bila dia terasa tangannya di tarik.
"Hawa, aku la ni."
Terjerit Hawa melihat wanita itu.
"Omg, Jihan?!!"
Terangguk-angguk Karlisa di situ.
"Aku dah transform jadi Karlisa."
"Weh, gila lahh.. memang tak kenal langsung di buatnya !". Kata Hawa kagum melihatkan Karlisa itu.
"Now, mana ubat? aku tak ada masa nak sembang sekarang." Tangannya di hulur pada Hawa.
Laju Hawa meletakkan bekas berbentuk syilinder kecil di telapak tangan Karlisa. Dan dengan laju Karlisa mengambil 2 biji kapsul dan di kemam di mulutnya tahan untuk di telan bersama air.
Air? air mana? di cari botol mineral di dalam kereta tiada.
"Air..kau bawa air tak?". Tanya Karlisa.
Hawa yang ralit memerhatikan cantiknya Karlisa itu tersentak. Hawa menepuk dahi. Dia tak beli air. Panik punya pasal.
"Aku tak sempat Jihan. aku ingatkan kau ada air... sorry beb macam mana ni?".
Karlisa menggeleng. Dia harus naik ke atas dan mencari air.
"Haider, kau pergi tengokkan Karlisa tu sekejap. Takut apa-apa jadi pula." Arah Megat Rusydi.
Panggung kepala Benjamin, dia juga ingin bangun tetapi di tahan oleh Megat Rusydi.
"It's okay Benjamin. Anak saya pergi tengokkan. Don't worry".
Benjamin duduk semula dan jelas riak wajahnya gelisah. Adakah Nurjihan lari?
"Sure, excuse me." Megat Haider bangun dan keluar mencari Karlisa.
Seketika di tangga, dia berselisihan dengan Karlisa. Hah, syukur la Ingatkan dah kena culik.
"Hey, are you okay? kenapa lama sangat kat toilet?." Tanya Megat Haider.
"I sakit perut! you cari i ke? " Bohong Karlisa.
"Yes...semua orang risau you tak balik-balik semula ke dalam".
Tidak tertahan, Karlisa menelan ubat di mulutnya tanpa air.
Dup !
"Karlisa!!". Panggil Megat Haider.
Semuanya terlambat. Karlisa jatuh pengsan dan di sambut Megat Haider.
NURJIHAN tersedar. Di lihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6 petang. Terkejut dia melihat Tuan Syed di sebelah katilnya itu sedang memandang tajam ke arahnya.
Kini dia bukan Karlisa. Sudah kembali menjadi Nurjihan.
"Macam mana awak rasa sekarang? okay sikit?". Tanya Tuan Syed Iqwal.
"Lama ke saya tidur?".
Tuan Syed Iqwal tersenyum. "Lama jugak."
"Why tak bagitahu awak ada elergik?".
Nurjihan meraup mukanya. Buat hal la Jihan..
"Err.. jarang berlaku...saya rasa tak penting nak bagitahu hehe sorry."
Tuan Syed Iqwal menggeleng. Risau dia saat Benjamin memberitahu bahawa Nurjihan pengsan petang tadi akibat elergik dengan udang. Apa nasib benda dah jadi.
"Tuan Syed, macam mana dengan Megat Rusydi..kantoi ke? saya minta maaf saya yang cuai."
"It's okay. Lepas awak pengsan tadi terus di bawa oleh Benjamin masuk dalam emergency ward, dah tiada siapa yang boleh melawat awak buat masa ni.
Leganya !
"It's okay, awak rest dulu. Saya teman kat sini".
Nurjihan tersenyum dan memejamkan mata. Terasa badannya sangat lemah saat ini.
“Jihan mengalami Anafilaksis. Anafilaksis adalah situasi yang berbahaya apabila kesan alahan yang serius menyebabkan beberapa fungsi badan terganggu termasuk kemerosotan tekanan darah, masalah pernafasan dan pitam." Penerangan Doktor lelaki itu jelas kedengaran di telinga Benjamin dan Tuan Syed Iqwal.
"Memang akan pitam ke Dokter kalau alahan dia terjadi lagi?". Tanya Benjamin.
"Melewatkan pengambilan ubat boleh menyebabkan pitam. Pastikan Jihan bawa sentiasa ubat dengan dia kalau tak mahu lagi perkara macam ni berulang." Balas Dokter itu.
"Understood Doctor. Thank you." Balas Tuan Syed Iqwal.
"You're welcome. Saya keluar dulu Tuan Syed."
Hanya anggukan mengiringi kepergian Dokter itu.
Tergeleng-geleng Benjamin melihatkan Nurjihan yang belum sedarkan diri.
"Haih...awak buatkan jantung saya nak tercabut Nurjihan."
Kata Tuan Syed Iqwal sendiri mengenangkan perbualannya mereka bersama Dokter itu tadi.
DR.HAIDER hanya menunggu di bangku taman itu. Kelibat Nurjihan tidak muncul. Adakah dia terlupa? atau ada hal yang yang lebih penting terjadi pada Nurjihan?
Share this novel