BAB 10

Family Completed 10579

Pap!! Bunyi sesuatu yang jatuh ke atas lantai menyentak lamunanku yang panjang. Aku menoleh. Diari hitam yang aku genggam di dalam pelukan sudah jatuh di atas lantai. Aku merenung diari itu.

“Aku sanggup mati kalau kau bongkar rahsia ni!!”

Buat ke sekian kalinya kata-kata itu menghempas gengendang telingaku. Seakan Fasha berada di hadapanku. Adakah kau benar-benar bernekad, Fasha? Aku atau kau kah yang menjadi mangsa? Sesungguhnya akulah mangsa kau Fasha. Akulah mangsa cara hidup kau yang terlalu sosial. Sudah seringkali aku mengingatkan. Namun kau tidak pernah peduli.

Di saat aku cuba berdiri di atas kaki sendiri, di saat aku mahu menjadi diri aku sendiri…. sekali lagi kau berdiri menjadi penghalang di hadapanku. Mengapa Fasha? Lepaskanlah aku.

Sesungguhya aku menyesal melayan rasa kasihan untuk membantu kau. Baru aku sedar bahawa rasa kasihan yang aku taburkan selama ini tidak bertempat. Kerana kau senang-senang memperalatkan perasaanku. Hingga akhirnya aku sendiri yang rasa sakitnya. Sedangkan kau bersenang lenang.

Air mataku mengalir lagi. Apa yang aku harus lakukan? Walau apa pun yang berlaku, Fasha tetap sahabatku. Bersusah senang bersama sejak di tahun satu pengajian. Hingga kini berada di tahun akhir. Tapi aku tidak sanggup menahan rasa bersalah ini lagi Fasha? Terutamanya terhadap ibu kau. Aku tidak pernah menipu seorang ibu. Ibu yang melahirkan kita ke dunia ini, Fasha.

Aku mahu membetulkan kesilapan.

“Aku sanggup mati kalau kau bongkar rahsia ni!!”

Ahh….. benar-benarkah kau mahu lakukan itu Fasha? Benarkah kau sanggup mati?? Bila aku bongkarkan semuanya… dan kau benar-benar menunaikan apa yang telah kau katakan itu….. adakah aku juga yang bersalah?

Aku akan jadi penyebab kematian sahabatku? Ohh…. tidak! aku tidak sanggup menanggung hukuman seberat itu. Apa yang harus aku lakukan?? Fasha… aku sayang kau sebagai sahabat baikku.

Bunyi deringan SMS di telefon bimbitku memeranjatkan aku sekali lagi. Ah…. terlalu mudah aku mengkhayalkan diri. Aku tatap nama pengirim SMS di skrin telefon bimbit…….. “1 pesanan daripada Fasha”

“Dilah, aku minta maaf. Aku tau selama ini aku dah banyak menyusahkan kau. Terima kasih sebab kau sudi menjadi kawan, dan sudi membantu aku bila aku di dalam kesusahan. Aku sedar, aku manusia tidak sempurna. Aku bertuah kerana berpeluang untuk mengenali kau sebagai sahabat. Ini kali terakhir aku rayu pertolongan kau. Tolonglah jangan bongkarkan rahsia aku. Masalah keluarga, Ikram, Hairi dan Dr. Mazlan, biarlah aku saja yang selesaikan sendiri. Aku janji takkan libatkan kau lagi. Kalau ada sesiapa selepas ini yang menelefon kau, mahu bertanyakan aku…. tak payahlah kau layan. Biarkan aje. Terima kasih banyak-banyak dilah. Maaf sekali lagi. Anggaplah kau tak pernah kenal orang macam aku. Aku pun tak akan kacau kau lagi. Selamat tinggal. Halalkan segala makan minum aku”

Berjuraian air mataku membaca pesanan ringkas daripada Fasha.

“Anggaplah kau tak pernah kenal orang macam aku.”

Kata-kata itu amat menyentuh hati kecilku. Begitu mudahkah kau melupakan aku Fasha? Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya. Tidak berjaya. Apakah maksud kau ini Fasha? Adakah ini bermakna putusnya hubungan persahabatan kita? Sanggupkah kau Fasha?

Jika kau rasa inilah yang terbaik buat kau dan aku…… aku tidak punya pilihan lain. Aku doakan kau bahagia di sisi orang yang kau sayangi. Tapi aku nak kau ingat…. kau tetap sahabat aku… dunia dan akhirat.

Aku pejamkan mataku rapat-rapat… hingga akhirnya aku terlena tanpa sedar. Melupakan segala masalah yang bertamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience