BAB 2

Romance Completed 1249

“WAIT for me. Saya akan sampai dalam setengah jam lagi. Jalan jam and tak ada tanda-tanda akan surut. It’s okay, right?” kata Farikha dengan lembut.

“Don’t worry, my love. I’m okay. Hurry up. I will miss you so so much.”

“Okay. See you soon.”

Talian dimatikan. Senyuman lebar mula menghiasi wajah comel Farikha . Sungguh, indah benar perasaan cinta ini. Harinya seperti di alam fantasi. Apa yang diucapkan oleh kekasih hati membuatkan dirinya diawang-awangan.

Sudah berapa kali dia melihat jam di dashboardnya. Tak lupa juga jam tangan pun dikerling. Dia tidak sabar untuk sarapan bersama orang yang tersayang.

Setelah hampir 15 minit terperangkap dalam kesesakan laju lintas, cepat-cepat Farikha memandu ke rumah tunangannya, Farid. Farid sudah janji mahu menemaninya sarapan. Bahagia hatinya.

Akhirnya sampai juga di rumah Farid. Tak sampai setengah jam yang diberitahu tadi. Farikha terus keluar dari kereta dan menuju ke pintu. Pintu pagar yang terbuka membuatkan Farikha pelik. Ada orang datangkah? Biarlah.

Pintu utama diketuk. Tiada respon langsung. Tidur lagi ke? Sudah naik merah tangannya mengetuk.

Matanya tertacap pada kasut tinggi. Kasut tinggi? Sejak bila Farid pakai kasut tinggi? Takkan tunang aku ni gay kot. Atau pun... Farikha terus mendongak dan menolak pintu utama.

Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada. Tiba-tiba dia terdengar suara orang ketawa di tingkat atas. Langkahnya terus laju mendaki tangga seperti lajunya jantung dia berdegup.

Semakin nyata suara itu. Farikha mengagak pasti arah suara itu dalam bilik. Farikha berlari ke arah bilik itu dan menolak daun pintu. Terkejut! Terpana! Tergamam! Ya Allah apa semua ni? Adakah aku bermimpi?

“Farikha ,” panggil Farid.

Tak guna. Selepas dia buat benda macam ni. Benda jijik macam ni, masih lagi mahu seru nama aku. Tanpa sedar air matanya jatuh berjujuran. Laju dan semakin laju. Apa semua ni? Apa salah aku?

Farikha terus berlari ingin meninggalkan rumah itu. Farid mengkhianati cintanya. Sampai hati. Apa kurangnya dia? Hancur luluh hatinya apabila melihat keadaan Farid yang separuh bogel itu bersama seorang wanita seksi di atas katil. Sesiapa pun dia takkan perlu melayan sampai ke katil?

Langkahnya terhenti apabila Farid menarik kasar tangannya. Terdorong Farikha ke belakang. Mata mereka saling bertentangan. Dia benci mata itu. mata yang penuh kebohongan. Tak guna. Dia sungguh bodoh mempercayai kata-kata manis Farid.

“I have a explaination,” pujuk Farid.

“No need. I think better you go and layan dia puas-puas. From now, hubungan kita putus,” putus Farikha .

Farikha membuka cincin pertunangannya dan membalingnya tepat ke dada Farid. Lelaki semua tak guna. Mulai dari saat ini dia takkan mudah percaya kata-kata lelaki. Hanya manis di bibir tetapi langsung tak bertanggungjawab. Dah dapat satu nak tambah satu. Tak cukup lagi ke satu tu? Kenapa perlu tambah? Nafsu. Hanya kerana nafsu.

Farikha yang memejamkan mata itu terus mengeluh. Dia sudah menutup pintu hatinya. Kedatangan Edison pula seakan-akan melarangnya untuk mengunci pintu hati itu selama-lamanya. Dia takut Edison sama seperti Farid. Hanya tahu mengeluarkan janji tetapi semuanya dusta belaka.

“Buang masa aku fikir pasal benda ni. bukan bagi aku kaya pun,” kata Farikha lantas terus memejankan mata serapatnya.

Harapannya masalah itu akan hilang dan dia mudah untuk tidur lena.

“GOOD morning, bos,” tegur Laila, pekerja butik Farikha .

“Yes, good morning.”

“Ouh ya bos. Ada tetamu sedang menunggu bos dekat pejabat. Dia kata ada perkara penting.”

“Hmm.. okay. Hari ni saya ada appoinment ke?”

“No. You free today.”

“Thanks.”

Farikha mulakan langkahnya untuk mendaki tangga dan menuju ke pejabat. Mana tahu tetamu yang sedang menunggunya itu sangat penting dan memerlukan dia datang dengan segera. Tetapi sebelum tu....

“Laila, tetamu tu lelaki atau perempuan?” tanya Farikha ingin tahu.

“Lelaki. Kacak gila bos. Terpegun saya,” jawab Laila teruja.

Farikha mencebik.

“Dah kacak gila pula tu,” kata Farikha lantas berlari anak menaiki tangga.

Siapa pula lelaki yang nak jumpa aku? takkan Edison kot? Kalau Edison mesti si Laila beritahu aku. Hmm.. tertanya-tanya Farikha dibuatnya.

Apabila pintu pejabat dikuak, rahang Farikha jatuh ke bawah. Terkejut. Kebetulan sewaktu dia membuka pintu, jejaka itu menoleh ke arah pintu. Beg yang dipegangnya juga jatuh menimpa kaki. Tetapi itu tidak menyakitkan berbanding hatinya yang sedang menahan amarah.

“Hai, sayang.”

Farikha tersenyum sinis. Sayang? Kepala otak dia sayang mayang segala. Dia ingat aku apa? bongok betul. Sekarang baru nak munculkan diri. Lupa ke? Pertunangan putus wahai Encik Farid. Bisik hati Farikha , menyampah.

“Hmmm....”

Beg yang terjatuh diambil dan dia berjalan ke arah mejanya. Riak wajahnya dikawal supaya kelihatan tenang. Jangan kelihatan lemah di hadapan lelaki kasanova tak guna ni.

“What do you want? I don’t have time so please don’t waste my time.”

“I miss you.”

Ketawa kecil Farikha dibuatnya. Senang sekali kata rindu. Luku karang kepala tu baru tahu.

“I don’t miss you and I do not know you.”

“Jangan degil, Farikha . I tahu you masih cintakan I.”

“Macam saya cakap tadi. Saya tak kenal awak then kenapa tiba-tiba kata cinta? Saya kelirulah. Awak salah orang ni. mungkin kekasih awak tu mirip macam saya. tapi saya bukan kekasih awak. So sorry. Boleh keluar sekarang?”

Farid mendekati Farikha . Kedua-dua bahu Farikha dicengkamnya kuat supaya mata mereka saling bertatapan. Senyuman sumbing terbit pada wajah Farid apabila melihat perubahan mimik muka Farikha .

“I takkan lepaskan you. You milik I. Forever.”

Selepas itu, Farid terus melepaskan Farikha dan berjalan keluar meninggalkan butik itu. Farikha merengus.

“Forever. Kepala hangguk kau.”

Disebabkan itu satu kerja pun tak jalan. Apa lagi Farid mahu? Tak cukup ke dia sudah menyakiti hatinya? Mahu apa lagi?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama yang tertera di skrin membuatkan dia rasa keliru. Suka ada, penyibuk ada. Hish, macam-macamlah. Tetapi lebih kepada perasaan yang berbunga-bunga gitu.

“Hello, Farikha sayang.”

Tersedak Farikha mendengar panggilan Edison tadi.

“Hello. Apa awak ni? Demam ke? Wayar putus?”

“No. Memang saya sayang Farikha . Sangat-sangat.”

“Merepek!”

“Dapat bunga dari saya?”

“Bunga?”

“Hish, lambat posmen ni.”

Tiba-tiba pintu diketuk.

“Masuk!”

“Macam mana saya nak masuk? Saya tak muat nak masuk telefon.”

“Bukan awaklah. Sengal lah awak ni. Tu ada orang datang pejabat. Sekejap eh?”

Sejambak bunga yang dipegang lelaki itu kuat mengatakan bahawa itu pemberian Edison . Tanpa membuang masa, Farikha terus menandatangan dan mencium bunga lily yang segar sekali. Lily putih adalah bunga kesukaannya. Tahu-tahu saja si Edison ni.

“Thanks,” ucap Farikha sambil mencium bunga itu.

“Ouh sudah dapat? Suka?”

“Sangat-sangat suka.”

“That’s great. Kad?”

“Kad? Ouh tak perasan. Sekejap eh? Saya nak baca. Wait.”

Farikha mengambil kad yang terselit di celah bunga itu. Hampir menitis air matanya apabila membaca ayat pada kad itu. Sungguh romantik. Dirinya rasa sangat dihargai.

Bunga lily ini umpama orang yang membacanya. Putih, bersih, wangi dan anggun. Kerana dia hati ini sentiasa berdegup laju walaupun sudah ditahan. Kerana dia hari-hariku menjadi tidak keruan. Ada sahaja bayangannya menghiasi segenap ruang mata. Jadi untuk mengelak diri ini gila... ehem.... Sudikah Cik menjadi milik saya? Dakap saya seperti cik mendakap bunga ini?

“Romantiknya.” Farikha memuji.

“Suka? So your answer?”

Farikha diam. Menimbang semula untuk menerima atau tidak. Dia takut hatinya dipermainkan sekali lagi.

“Saya takut untuk bercinta. Saya takut awak tipu saya. cukup sekali saya ditipu. Saya tak nak sakit hati lagi.”

“No. Saya bukan macam tu. saya ikhlas dan takkan tipu awak. Walau apapun masa silam awak jangan menghukum lelaki lain yang benar-benar ikhlas kepada awak. Saya janji akan menjaga awak. Tolong saya. Percayakan saya.”

“Diha ?”

“Hanya teman tapi mesra. Couple dalam drama saja. Not more than that. Please Farikha . Saya tidak menerima jawapan ‘tidak’.”

Suasana sunyi seketika. Hanya mendengar deruan nafas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience