BAB 14

Humor Completed 9296

Semasa melayan tetamu, Iman Soraya mencuri-curi memandang Izzat. Suaminya itu sentiasa berada di sisi dan menggenggam tangannya. Tapi sebenarnya dia yang lebih erat menggenggam tangan suaminya itu. Seperti tidak mahu berpisah pula. Soal malu sudah dia tolak ke tepi. Setakat ini, apa yang dapat dia katakan mengenai Izzat adalah dia seorang yang bersopan dan menjaga hati orang lain. Dan perasaan yang paling tidak dapat dia nafikan sekarang adalah seperti Aidil kembali semula ke dalam hidupnya. Dia harus bertanyakan Izzat adakah dia ada pertalian darah dengan Aidil. Sejak dari tadi Izzat akan memanggilnya dengan nama ‘my Pearl’ seperti Aidil yang dahulu pernah memanggilnya ‘Pearl’. Cumanya Izzat menambah ‘my’ dihadapan mungkin kerana dia kini sudah menjadi milik Izzat.

“My Pearl, abang tahulah abang handsome. Tak payahlah my Pearl ni nak curi-curi pandang abang. My Pearl ada the rest of your life untuk pandang abang. Waktu tu jangan muntah-muntah pulak. Ok, kalau my Pearl muntah-muntah sebab ada ‘isi’ takpe tapi tak nak muntah-muntah sebab dah muak tengok muka abang.” Kata Izzat yang sudah tersenyum lebar sambil memandang isterinya yang sedikit rendah dari dirinya. Iman Soraya sudah tertunduk malu. Kantoi pula curi-curi pandang suami sendiri. Dia memberanikan diri memandang suaminya.

“Aidil, please stay with me. Forever and after. Saya takut kehilangan awak lagi.” Iman Soraya berkata kepada suaminya sambil genggaman tangan mereka dieratkan.

Serentak dengan itu Izzat berubah riak. Genggaman tangan diregangkan. Tangan mereka masih bertaut hanya kerana genggaman erat dari Iman Soraya.

“Who’s Aidil? Your ex?” Izzat bertanya kepada isterinya. Dahinya sudah berkerut.

“Aw.. Awak… I mean, abang, what I meant to say is… aaa… erm…” Iman Soraya kehilangan kata-kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience