(ottantatotto) 88

Other Series 152486

"Hey handsome.." bayi lelaki di atas katil bersebelahan si ibu itu dirapatinya.

Zen mendukung si kecil Faraz perlahan-lahan agar tidak menangis dan menganggu Aleena yang lena, kepenatan di sebelah.

Wajah kemerahan itu ditatapnya sayang. Sesekali dikucupnya pipi tembam itu. Comel, polos saja.

Bayi seberat 3.5 kg itu berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah semasa proses kelahirannya.

Hanya kondisi Aleena yang teramat lemah setelah melahirkan Faraz saja yang kelihatan sedikit menggusarkan.

Oleh sebab itu, Aleena dan bayinya telah ditempatkan di salah sebuah makmal Forrestor berdekatan bagi tujuan pemantauan.

Terpegun Zen semasapertama kalinya dia melihat mata si kecil yang membuatkan dia merindui seseorang yang sudah lama meninggalkan mereka.

"How are you hmm? Don't disturb your mummy okay, she needs some rest. Can you do it?" bualnya lembut seolah-olah si kecil yang memandangnya kini memahami kata-katanya.

"My name is Uncle Zen dear.. I'll take care of you and your mummy.."

Agak lama juga dia melayan Faraz sehinggalah bayi itu mulai dibuai mimpi. Dengan selembut mungkin, diletakkan kembali Faraz ke sebelah si puan.

"I love you both more than anything.." dikucupnya sekali lagi dahi si kecil sebelum melangkah ke luar.

Pintu tidak dikuncinya. Dia mahu membersihkan diri dan berehat sebentar semasa berkesempatan ini.

Dua orang jururawat khas juga telah diarahkan agar menjaga Aleena dan bayi sepanjang tempoh itu.

~~~~~~~~~~~~

"Prenditi cura di loro. Voglio vendere mio figlio." (Uruskan mereka. Aku mahu bertemu anakku.) ujar Dom perlahan dari dalam kereta yang diberhentikan di bahagian belakang bangunan.

Dua orang anak buahnya menguruskan si jururawat dan memperoleh kebenaran. Dimaklumkan pula pada Dom yang menunggu di bawah.

Tak menunggu lama, Dom terus menuju ke bilik Aleena di aras 2 binaan tersebut. Fasiliti lif digunakan berikutan kondisinya.

Dia diikuti beberapa orang pengikutnya dari belakang berjalan perlahan dengan menggunakan sebelah tongkat, bagi menampung kestabilan tubuh.

Bilik tersebut dihampirinya dan berhenti seketika di hadapan. Teragak-agak dia mahu masuk ke dalam.

Bagaimana jika Aleena masih terjaga? Sudah pasti wanita itu akan melihat dirinya kini. Tidak.. tidak..

Aleena tak boleh lihat aku begini.. tapi hati ini tak dapat menahan lagi perasaan yang bertamu. Aku mahu bertemu mereka, tapi bagaimana reaksinya nanti?

Gembira? Sedih? Simpati?

Sedang dia terkaku dengan keputusannya itu, seseorang muncul di selekoh koridor di hadapannya.

Pandangan mereka bersatu.

"Dom." tergamam si dia melihat tubuh si tuan di hadapannya.

Bibir terketar-ketar mahu membicarakan sesuatu yang tidak pasti.

"Andiamo." (Mari pergi.) Dom yang turut terlihatkan Zen terus mengalihkan pandangan dan berpaling, berjalan pergi.

Kedengaran bunyi derapan kaki sedikit kuat yang semakin mendekatinya.

"Dom! Please.. stop. I know it's you." suara Zen menggamamkan belakang tubuh itu.

Beberapa orang pengikut Dom menghalang Zen daripada mendekati si tuan.

"S-sei ancora vivo.. ma come-?" (Tu-tuan masih hidup.. tapi bagaimana-?) soalnya bagai berbicara sendiri.

Terkejut bukan kepalang apabila melihat tubuh yang amat dirindui itu muncul kembali.

Dom di hadapan aku. Ya! Aku yakin ini dia. Tapi..

Atas bawah diri yang membelakanginya itu dipandang teliti.

"What happened to you Dom?" tanpa dia sedari, sepasang matanya mula berkaca, menyoal lemah.

Tubuh itu kelihatan mengeluh berat sebelum perlahan-lahan berpaling pada Zen. Terkedu Zen melihat wajah si tuan.

"Yes Zenny.. I'm not dead yet." serak suara itu bersuara.

Sebelah mata tuannya itu putih, tiada retina dan punya parut sedikit dalam dari atas keningnya ke pipi bersih itu. Hodoh.

Sayu keadaan Dom dilihatnya. Lelaki yang sempurna, penuh kemampuan itu tidak lagi seperti dulu. Wajah itu cekung, penuh duka yang ditanggung.

"Why.. why are you doing this? To me, to them?" berkaca mata Zen bersabung dengan Dom.

"Aku terpaksa Zen.. Aku terpaksa. Aku tak bermaksud-" halkum itu naik turun sambil mengigit bibir bawahnya kuat, dia berdesis.

"Piange ogni notte desiderando de. She misses you so much until depressed. How could you cheated on us.." (Dia menangis setiap malam kerana tuan.) sedikit kecewa nada Zen bertutur. Kesal.

Fikirnya lelaki itu sememangnya mati semasa pertemuannya dan Martin pada beberapa bulan yang lepas. Tetapi mengapa ini pula yang berlaku?

"You don't understand how I feel now. Non voglio che sia triste quando mi vede. You look at me. Sono disabile. Brutto!" (Aku tak mahu dia bersedih dengan keadaan aku. - Aku cacat. Hodoh!) balas Dom berani.

Bukan Aleena saja yang berasa kehilangan. Jika wanita itu kemurungan kehilangannya, dia bagaikan mahu mati saja apabila berjauhan dengan keluarganya!

"I don't want to meet her sehinggalah aku puas hati. I'll not protect her, take care of her anymore.. Non. Non posso proteggerlo e prendermi cura di lui! Do you get it?!" (Bukan. Aku tak mampu lagi lindungi dan jaga dia!) macam orang gila Dom berbicara.

Wajah itu sesekali berang apabila dituduh meninggalkan Aleena tetapi niatnya terlalu baik. Dia tak berniat.. dia tak mahu pun semua ini berlaku..

Sayu.. kesal.. marah.. segala perasaannya bercampur-aduk apabila masuk dek Aleena. Hilang tujuannya kemari tadi apabila bertikam lidah dengan Zen.

"Whatever happens, you should not do this, not like this." menggeleng Zen perlahan.

"You blame me? Am I the only one who is wrong here? All of this happened because of her! It was her fault for coming into my life! My world!" amarah Dom bergema pada laluan koridor sunyi itu.

Anak-anak buahnya yang turut ada bersama hanya berdiri si belakang, berdiam diri. Membiarkan saja dua orang atasan itu bertikam lidah.

"..because of her, I became like this." tubuhnya ditunjukkan sekilas dari kepala hingga ke bawah.

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang mendengar segalanya dari dalam. One-side mirror itu membolehkan si dia melihat insan yang terlalu dirinduinya itu.

Mahu menjerit Aleena apabila terlihatkan susuk tubuh Dom. Suaminya kembali! Dia yakin Dom tidak mati.. lelaki itu tak akan meninggalkan dia.

Because he loves her so much.

"Mik-Mika? Mika sayang.. Mika!" terjerit kecil Aleena apabila betul-betul pasti bahawa itu adalah suaminya.

Senyuman mula terukir sambil air mata tak henti mengalir. 'Ya Allah, kau makbulkan doaku.'

Kesakitan di tubuh tidak mampu melawan keinginan hatinya. Dengan sedaya-upaya, tubuh cuba dikesotnya ke birai katil untuk keluar.

Dia mahu bertemu Mika! Suaminya sudah pulang..

Tetapi, kata-kata Dom menyentakkan dirinya. Dunianya bagai terhenti..

"You blame me? Am I the only one who is wrong here? All of this happened because of her! It was her fault for coming into my life! My world! ... because of her I became like this." suara Dom marah.

Sekali lagi hatinya diragut pilu yang amat apabila wajah Dom menoleh ke tepi, menghadap cermin kaca biliknya.

Barulah dia melihat kesengsaraan pada wajah itu. Wajah yang terlalu berjuang untuk dirinya, sehingga sanggup mengorbankan nyawa lelaki itu sendiri.

'Is it because of me that you are being like this?'

Terlorot Aleena jatuh ke lantai apabila mendengarkan kata-kata Dom tadi. Wajah lelaki itu berparut besar, menggunakan tongkat.. cedera parahkah dia?

Mahu saja Aleena keluar memeluk Dom, berkata padanya bahawa dia amat merindui lelaki itu.. tetapi hati dan fikirannya menegah keras.

Adakah Dom mahukan perpisahan? Itukah yang membawa lelaki itu ke mari dengan berang hari ini? Atau Dom mahu mengapa-apakan dirinya dan Faraz?

Tidak.. tidak.. Suaminya bukan begitu.. Dom tidak akan berbuat begitu.

Tetapi disebabkan lelaki itu terlalu berkorban untuknya dan Farazlah Dom jadi begitu. Cacat! Hodoh!

Mengapa awak cakap begini sayang? Tak cintakah awak pada saya lagi? Apa yang awak mahukan sebenarnya?

Tergeleng-geleng kepalanya bagai orang hilang waras. Terlalu banyak perkara! Kedua tangan naik menekup telinga, tak mahu lagi mendengarkan kata-kata gurisan dari mulut cinta dunia akhiratnya itu.

Bualan kedua lelaki itu dalam bahasa Italian tidak difahaminya. Dia sudah tak kisahkan semua itu!

Dengan sukar, Aleena bangun. Pakaiannya ditukar pantas dan dikendong si kecil ke dalam pangkuan berhati-hati. Dia mahu pergi jika perpisahan yang akan dihadapinya.

Dia tak mampu berfikiran rasional dengan keadaannya kini. Pintu bertentangan dengan koridor di sebelah kiri katilnya dilalui, Aleena mambawa diri.

Dia mahu bertenang!

'Hanya seketika.. tolonglah.. berikan aku hanya seketika..' air mata itu mengalir hebat.

~~~~~~~~~~~~~

"You're insane.. How could you said that about her?! Ti pentì amarlo?!" (Kau menyesal cintakan dia?!) Zen melawan.

Tak dia sangka akan mendengarkan kata-kata sebegitu dari Dom. Tidak! Lelaki itu tak akan berkata begitu tentang Aleena!

Wajah berang Dom mulai beransur kendur. Sayu.. tertunduk dia menekur lantai. Terlalu sedih sehinggakan ketawa tanpa sebab.

Memerah wajah cerah itu, tidak menangis. Doa ketawa ,dalam kesedihan. Mata itu berair menahan tangisan.

Gila. Itulah perkataan yang amat sesuai dengan keadaan mental lelaki itu kini.

"Kau masih tak faham aku Zen?" tanya Dom lemah. Senyuman dukanya masih menghiasi bibir.

"Non mi importa di me stesso finchè sono al sicuro... Perchè lui è presentta nella mia vita. La amo troppo. Troppo tardi." (Aku tak kisahkan diri aku selagi dia selamat. .. Salah dia adalah sebab hadir dalam hidup aku. Sehinggakan aku terlalu cintakan dia. Sangat.)

"Non voglio litigare con te Zen.. I came today to visit them. I want to see Aleena.. I want to see my son.. That's all." (Aku tak mahu bertengkar dengan kau Zen..)

Semakin kendur suara Dom. Dia penat. Dia hanya mahu melihat dari jauh, cukuplah sekadar melihat. Dia tak kisah.

Setelah dia sembuh dari kecacatan dia, dia sendiri akan berterus-terang pada si isteri. Buat masa sekarang, biarlah dia yang menanggung segalanya.

"Fine.. masuklah. Signora is sleeping inside with Faraz." lega hati Zen mendengarkan kata-kata Dom.

Fikirnya Dom bermaksud menyalahkan Aleena tentang apa yang berlaku pada dirinya.

Sebelum pintu ditolak, Zen menoleh apabila Dom menepuk bahunya perlahan dari belakang.

"Non posso ripagarti. Grazie mille Zenny." (Aku tak mampu balas jasa kau. Terima kasih sangat Zenny.) ucap Dom dengan senyuman nipis.

Zen mengesat air matanya di tubir dan membalas senyuman. Kepala dianggukkan mengiyakan.

"Come on in Dom." pintu dibuka.

"Signora?"

"Aleena?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience