Bab:2 MJ cintakan Ji Eun !

Fanfiction - KPOP Completed 640

"Awak.Oh,awak.Kita dah sampai sekolah ni."Min Jae menggerak Ji Eun.
Sudah tiga hari berlalu,akhirnya,Min Jae membenarkan Ji Eun pergi ke sekolah.
"Terima kasih Min Jae,sebab..."
Kata-kata Ji Eun terhenti apabila Min Jae membuka kaca mata hitamnya lalu mengelipkan mata kanannya.Wink !
Ji Eun kaku di situ.
Min Jae menahan tawanya.Dia mengetuk van putihnya menyuruh driver menjalankan tugasnya.
"Apahal dia ni,main kenyit-kenyit mata kat orang pulak.Sakit mata ke apa.Rasa nak korek keluar biji mata dia tu !"Marah Ji Eun dengan wajah yang membahang.
Dia sudah tidak peduli dengan pandangan orang lain.

Berita MJ menghantar Ji Eun hingga ke depan sekolah sudah tersebar luas.Setiap langkahnya dirasakan diperhati.Ji Eun menelan liur berkali-kali.
"Wah,wah,wah... Ji Eun kita sekarang ni dah bercinta dengan artis K-pop ya?Semua dia nak rahsia daripada kita."Sindir Bohee.
"Dah,jangan merepek.Bohee,aku nak tanya sesuatu boleh?"Soal JinEun sambil menyengetkan kepalanya.
"Tanyalah."Jawab Bohee dengan mudah.
Ji Eun mendekatkan bibirnya dengan telinga Bohee.
"Kumpulan Sexy Girlz dah tak kacau aku lagi dah ke?"Soal Ji Eun,perlahan.
Bohee menarik nafasnya.
"Sejak MJ penumbuk Salyn,diorang dah tak kacau kau pun,kan?"Soal Bohee pula.
Automatik dahi Ji Eun berkerut.
"Macam mana kau tahu Min Jae... maksud aku,MJ penumbuk Salyn?"Soal Ji Eun dengan curiga.
"Alah,waktu dia selamatkan kau tu,aku ada.Waktu tu diorang nak viralkan gambar buruk kau kan?"Ujar Bohee dengan selamba.
Mata Ji Eun membulat.
"Kau ada masa tu?!!"Jerit Ji Eun.Semua mata memandang.Bohee menganggukkan kepalanya dengan polos.
"Aku..."
PANG !
Bohee mahu berkata-kata namun penampar Ji Eun sudah hinggap di pipinya lebih laju.
"Kau berani kata kau kawan aku,tapi kau tak nak tolong aku sewaktu aku memerlukan bantuan?!! Kawan jenis apa kau ni !"Marah Ji Eun.Hilang segala kesopanan di dalam dirinya.Dia sudah tidak pedulikan semua orang ketika itu.
Bohee cuba menahan air matanya.
"Ji Eun... Sexy Girlz ada masa tu,aku..."
Ji Eun terus berlari meninggalkan Bohee yang terkial-kial seorang diri di situ.

"Kenapa kita kena turun ke dewan ni?"Soal Ji Eun kepada classmate nya,Serayh."Katanya,ada artis mahu buat persembahan.Teruja rasanya,kan?!!"Soal Serayh dengan kuat.
Mereka bertolak tolak ketika berada di tangga."AHH !"Ji Eun tersilap langkah akibat ditolak seseorang di belakangnya.
Tubuhnya segera dicempung seseorang.
Hati Ji Eun berdebar-debar.
"Min Jae...?"Panggilnya.Apabila Ji Eun menoleh,ia bukannya Min Jae tetapi ahli sukan terkenal di sekolah mereka yang bernama Kyung Soo.Rambutnya coklat kehitaman,matanya menawan,lesung pipit tehias indah di pipinya.Mempunyai kening yang tebal.Jika disoal siapa lebih tampan,Kyung Soo lah orangnya !
"Ji Eun,awak tak apa-apa?"Soal Kyung Soo lembut sekali.Tangannya mengelus rambut Ji Eun.Ji Eun segera bangun dari pelukan Kyung Soo.Bohee yang melihat dari jauh,merasa cemburu.Sudah lama dia meminati Kyung Soo ! Dia berpindah ke sekolah itu pun kerana jejaka itu ! Takkanlah Ji Eun mahu merampas Kyung Soo darinya semudah itu?
"Saya okey.Terima kasih,Kyung Soo."Ujar Ji Eun,juga lembut.
Kyung Soo menghembus nafas.
Entah mengapa,Ji Eun merasakan seperti Kyung Soo ada hati padanya?Bukan dia tidak tahu Bohee meminati Kyung Soo.
"Ji Eun,saya nak cakap sesuatu ni."Ujar Kyung Soo pula."Apa?"Soalnya.
"Saya sebenarnya suka..."
"Maaflah Kyung Soo,saya kena pergi ni.Nanti takde tempat duduk.Kita sembang lagi nanti ya."Celah Ji Eun dengan sopan.
Kyung Soo mengeluh.
'Melepas !'Jerit hati Kyung Soo yang walang.
Bohee merenung Kyung Soo dengan hati yang berduka.Dia tahu jejaka itu menyukai Ji Eun.Jika begitu,bagaimana pula dengannya?

"MJ ! MJ ! Wah !!!"Dewan sekolah gamat dengan jeritan gadis yang tidak terkawal.Apatah lagi ahli Sexy Girlz yang masih meminati MJ kesayangan mereka.
Jantung Ji Eun bagai mahu terhenti melihat Min Jae yang sedang menyanyi dengan asyik di atas pentas.
Selesai tiga buah lagu yang dinyanyikan Min Jae.Mereka semua bersorak riang kecuali Ji Eun yang masih bingung.
"Sekarang,saya nak bagitahu dua perkara,pertama... sekolah ni memang bersih dan cantik macam pelajar di dalamnya."Sorakan bergenang kuat.
"Kedua,saya cintakan awak,Ji Eun."Akui Min Jae di atas pentas sambil tangannya memegang sekuntum bunga plum segar yang dikutip entah dari mana.
Ji Eun kaku di tempatnya apabila semua mata fokus kepadanya.
"Pergilah,Ji Eun !"Ujar Bohee lalu menolak belakang Ji Eun.
Min Jae berlari mendapatkan Ji Eun yang masih kaku di tempatnya.
Dia melutut sambil menghulurkan bunga tersebut.Ji Eun memandang terkejut.
"Sudi tak awak jadi teman wanita saya?"Soal Min Jae sambil matanya memandang tepat ke arah mata Ji Eun.
Dia mahu Ji Eun jujur dan terima cintanya.
"Saya..."
Ji Eun merasa ragu-ragu.Dia tahu tiada siapa pun disekolahnya yang akan setuju dengan hubungan ini.Bohee pasti suka namun dia sudah putus kawan.Min Jae pula pasti kecewa dan malu jika dia tidak menerimanya.Jadi,apakah keputusan Ji Eun?

"Ya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience