Kereta Honda Civic putih milik Adam meluncur laju di atas jalan.Adam seperti tergesa-gesa untuk balik.Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Tiada satu suara yang bergema termasuk radio.Emma kelihatan bosan.
"Adam.. "
Tiada sahutan daripada Adam.
Emma tetap meneruskan bicaranya.
"Awak nak pergi mana bawak kereta laju-laju ni? bahaya! boleh membawa maut! "
Adam mendengus perlahan.Matanya hanya tertumpu pada jalan.
"Adam.. awak dengar tak?? bawak perlahan-lahan sikit, biar lambat asal selamat. Adam.. "
"Aku tahu la apa yang aku buat.. kau boleh diam tak? dari tadi lagi kau bising.. tak reti nak duduk diam? huh.. "
Emma terdiam.Emma mula teringatkan peristiwa pagi tadi.
"Mummy.. Adam dah nak balik ni.. Mummy jaga diri baik-baik ye.. hujung minggu ni kalau Adam tak busy Adam datang lawat Mummy ye.. "
"Humm.. sunyi la rumah ni nanti.. semua orang dah nak balik.. "
"Alaa... Mummy jangan la sedih macam tu, nanti Adam datang lawat Mummy ye.. "
Adam memeluk erat Puan Aisyah.
"Adam.. mana Emma? "
Tanya Puan Aisyah kerana tiada kelibat Emma
"Ada kat atas, tengah bersiap.. "
"Ohh... ingatkan kamu nak tinggal Emma kat sini"
Puan Aisyah menyakat Adam.Adam tersenyum segaris.
"Ehh.. mana boleh Mummy, Adam... "
Belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya, kedengaran suara Emma.
"Haa.. tu dah siap dah"
Ujar Puan Aisyah
Tiba-tiba muka Adam bertukar masam mencuka.
Emma berjalan beriringan bersama Ammar. Ammar membantu Emma mengangkat beg.
"Mummy.. Emma rasa macam tak nak balik, seronok sangat duduk kat sini.. huhu"
"Takpe Emma.. pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Emma.. Emma datang je bila-bila masa Emma nak.. "
"Wah.. betul ke ni Mummy.. Seronoknya Mummy"
Emma memeluk Puan Aisyah.
"Eleh.. mengada-ngada "
Sindir Ammar
"Biarlah.. wuekk.. "
Emma menarik muka
"Ohh... buat muka ea.. "
Ammar menarik tudung yang dipakai oleh Emma.
"Mummy tengok Ammar ni.. "
Adam menjeling ke arah Emma.
Emma mengejar Ammar.Ammar bersembunyi di belakang Mummy.
"Wuekk.. "
Puan Aisyah tertawa melihat telatah Emma.
Adam mendengus perlahan.
"Dah-dah..korang ni...berbaik dulu..nanti susah dah nak jumpa macam ni"
Ujar Puan Aisyah.
"Haha.. ye la.. ye la.. Ammar minta maaf"
Ammar keluar dari 'tempat persembunyiannya'.
"Ha.. Emma.. "
"Ye la.. Emma maafkan.. tapi kena panggil Kak Emma ye.. "
"Baiklah Kak Timah.. haha.."
"Mummy.. tengok Ammar ni.. "
Puan Aisyah ketawa kecil.
""Pon.. Pon.. Pon.. ""
Bunyi hon kereta Adam. Rupanya Adam menunggu Emma di dalam kereta.
"Emma.. Adam dah panggil tu..pergi cepat..kesian Adam.. "
"Baik Mummy.. "
Emma menyalami tangan dan memeluk erat Puan Aisyah. Emma mengorak langkah kearah kereta.
Lamunan Emma terhenti setelah sampai di perkarangan rumah.Adam keluar lantas menghembas pintu kereta.Emma keluar dari kereta.Muka Emma sedih.
""Mungkin Adam serabut dengan perangai happy go-lucky aku ni""
Bisik hati kecil Emma.
"Emma.. "
Mak Esah bergegas mendapatkan Emma.
"Emma tahu tak , Mak Esah bosan sangat-sangat duduk kat rumah tanpa Emma.. "
Emma tersenyum lantas memegang erat tangan Mak Esah.
"Tu lah Mak Esah, Emma suruh ikut Mak Esah tak nak.. "
"Takpe lah.. Mak Esah tak nak susahkan kamu"
"Tak susah la Mak Esah"
Emma menarik Mak Esah duduk diatas bangku di halaman rumah.
"Mak Esah.. kalau Emma nak tanya sikit boleh tak? "
"Apa yang Emma nak tanya? tanyalah.. "
"Mak Esah.. "
Emma menarik nafas sebelum meneruskan soalannya.
"Apa yang berlaku antara Adam dan Tasya? Ada sesuatu yang berlaku ke? Emma tengok Adam seolah-olah benci dekat semua perempuan kecuali Mummy ,Mak Esah..."
Emma tidak menyambung ayat seterusnya.
"Emma.. Adam bukan macam yang Emma sangkakan.. Sebenarnya....
"Adam.. Mummy nak masuk boleh? "
"Ehh.. Mummy.. masuklah.. "
Adam tersenyum lebar.
"Adam.. Mummy tengok Adam dua tiga hari ni asyik senyum aje.. ada sesuatu ke? "
"Ehh.. takde apa lah Mummy.. Adam biasa je.. "
"Kamu tak payah tipu Mummy.. Mummy tahu..
Apa nama dia? "
Adam tersenyum malu.
"Mummy jangan risau, nanti Adam kenalkan dekat Mummy ea.. "
Share this novel