BAB 9

Humor Completed 7396

Sarah dan Arin beriringan masuk ke dalam kelas Muzik2u semula. Selepas 1 jam dihabiskan di taman permainan, mereka kembali untuk mengambil beg mereka. Hari ni merupakan hari minggu. Jadi kelas hanya diadakan 2 jam sahaja berbanding hari-hari sebelumnya. Sarah lega setelah mengetahui gadis yang bersama Arin semalam merupakan gadis yang dipilih oleh mama Arin untuk dikahwinkan dengannya. Tetapi, Arin tidak pernah menyetujui rancangan mamanya kerana hatinya sudah terpikat dengan Sarah. Wah, asal aku rasa aku ni ‘market’ sangat eah. Ramai betul yang minat dekat aku ni.. Wewittt!!!

Sarah dan Arin menaiki lif untuk sampai ke tingkat 5, di mana kelas Muzik2u ditempatkan. Apabila terbuka sahaja pintu lif, Sarah dan Arin cepat-cepat menyorok di belakang pasu bunga yang berada bersebelahan dengan pintu masuk kelas.

“Apa perempuan tu buat dekat sini, Arin?”soal Sarah separuh berbisik.

“Entahlah. Aku pun tak tahu. And apa yang dia bualkan dengan Danny tu? Diorang kenal ke?”Arin kebingungan.

“Aku..”Sarah mematikan percakapannya setelah mendapat isyarat dari Arin menyuruhnya berhenti dari berkata-kata.

“Kau buat tak apa yang kita rancang?”kedengaran suara Danny lantang bercakap.

“Kau ingat aku bodoh? Aku dah buat semua plan kita. Sikit pun tak miss”balas wanita itu pula.

“Kalau kau buat, diorang takkan kembali bersama. Aku suruh kau goda Arin sampai dia gila bayang dengan kau. Tapi haprak pun takde.”Danny mendengus geram. Perempuan dihadapannya dikenali sejak di Universiti lagi. Jadi apabila dia mendapat tahu perempuan itu bakal berkahwin dengan Arin, dimanfaatkan rancangan untuk merampas Sarah sepenuhnya.

“Aku dah goda dia, dah lentok sana, lentok sini. Tapi dia buat ‘don no’ je. Aku nak buat macam mana. Kau tu, haa.Aku dah cakap. Kalau nak goda budak bohsia tu, guna ayat power sikit. Setakat ayat pasar malam, budak bohsia tu takkan layan punya.”ujar Finny. Arin yang mendengarnya bertindak untuk bangun tetapi sempat dihalang oleh Sarah.

“Shh, nanti dulu. Babak kita belum sampai lagi. Biasalah, hero dan heroin kan selalu masuk lambat.”Sarah tersenyum. Arin pula ketawa kecil.

“Baiklah, aku ada rancangan lain. Kau ajak Arin keluar pergi dinner or sebagainya. Kau buat-buatlah kononnya purse kau tertinggal dalam kereta dia. Make sure time tu kau dah order air. Bila dia pergi, kau letak pil khayal dalam minuman dia. Jangan lupa pakai baju seksi-seksi sikit sampai orang yang pandang pun jadi terseksa.Lepas tu, pandai-pandailah.”Danny mengemukakan rancangan jahat tahap setan itu. Finny tersenyum lantas ketawa.

“Sarah pulak?”soal Finny.

“Sarah?Hurmm, aku tak kisah kalau dia nak pergi dekat Arin ke, mat bangla ke or sesiapapun. Tapi sebelum tu, aku mesti jamah dia dulu beb. Biar dia tahu siapa aku sebenarnya. Setakat bohsia 20 sen macam dia tu, berlambak kat jalanan.”Finny dan Danny ketawa bersama-sama.

“Jom masuk. Babak kita dah start.”ujar Sarah.Sarah bingkas bangun dan masuk ke dalam.

PANG, PANG,PANG!!!Tiga tamparan hebat telah diberikan kepada Danny dan Finny oleh Sarah. Ambik kau. Tiga sekaligus. Biar merah pipi korang aku kerjakan.

“Woi bohsia, kau pehal tampar-tampar aku? Mak bapak aku pun tak pernah tampar aku tau.”marah Finny sambil memegang pipinya. Muka Danny jelas menunjukkan reaksi terkujatnya.

“Sebab mak bapak kau tak pernah tampar kaulah kau jadi macam ni. Biadap, kurang ajar. Kalau aku jadi mak kau, aku picit-picit kau waktu aku mengandungkan kau.”balas Sarah pula.

“Rupanya ni kerja korang eah. Nasib baik aku dengan Sarah tak berpisah. Kalau tak, dah lama aku sabit muka korang berdua.”ujar Arin pula. Danny memegang tangan Sarah.

“Sarah, awak salah faham.Saya buat semua ni untuk kita berdua. Saya cintakan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak.”Sarah merentap tangannya. Dia mendengus geram.

“Salah faham bontot kau. Kalau kau cinta dekat aku, kau rela lepaskan aku demi kebahagiaan aku. Itulah namanya cinta. Danny, cinta itu tak semestinya bersama. Cinta itu perlukan pengorbanan.”wah!!Ada macam doktor pakar cinta tak aku ni? Attention please!!Sesiapa yang ada masalah tentang cinta , boleh rujuk kepada Nur Sarah Binti Shahid okay. Jangan lupa ambil nombor..hehe

“I’m sorry.”ujar Danny. Kata-kata Sarah ada kebenarannya jugak. Dia tidak patut bersikap pentingkan diri sendiri. Sekali-sekala, dia harus memikirkan perasaan orang lain juga.

“Dahlah. Aku maafkan kau. Sekarang ni, kau bawak minah gedik ni keluar sebelum dia makan penyepak aku pulak.”ugut Sarah. Danny menarik tangan Finny keluar dari situ. Finny sempat menghentikan langkahnya apabila sampai dihadapan Arin.

“Makwe kau ke tu? Brutal gilerr”ujar Finny dan terus berlalu. Arin tersengih.

“Yup, makwe aku, brutal gilerr”ujarnya perlahan. Dia memandang Sarah yang ketika itu sedang menari-nari di atas meja. Pelbagai gaya ditunjukkan oleh Sarah termasuklah gaya kera kena belacannya itu. Sarah, Sarah…Harap hubungan kita akan berkekalan sampai bila-bila. Brutal, tomboy gaya serupa samseng yakuza pun bantailah, saya tak kisah kerana bagi saya awak perempuan yang unik dan rare, sentiasa jadi mawar di hati saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience