Pagi itu Ayriz dan Fariz tidak bertegur sapa. Semua membuat hal masing masing. Suasana di meja makan sunyi sepi.
“Adik, adik okay tak ni? Makan sikit je. Adik tak sihat ke?” tegur papanya yang sejak tadi memerhati anaknya. Fariz memandang sekilas.
“Adik okay.”
“Betul ni adik okay? Adik masuk kerja bila?”
“Esok pa. Ingatkan nak masuk tengah hari ni tapi nak kemas barang barang dalam beg tu.”
“Ish adik ni. Sibuk dengan kerja dia. Cutikan tak payahlah fikir pasal kerja. Daripada dulu dengan kerja dia je.”
“Ma… please jangan mula.” Sudah kebas telinga mendengar mamanya membebel.
“Dah la awak pun. Budak budak ni nak makan.” tegur papanya.
“Weh Ayriz ni masuk kerja bila? Tak pernah pernah dia cuti lama macam ni.” tegur Ella kepada Reen.
“Kan dia dah cakap dia ambil cuti sebab mama dia dah bising asyik kerja je. Esok dia masuklah kerja. Rindu dia ke?”
“Eh rindulah… kalau tak ada je muka dia kat meja ni. Ni dah berapa hari kosong je.”
“Eleh kau…. dia ada pun bukan dia bercakap sangat dengan kita. Kalau ada benda penting baru dia cakap.”
“Entahlah wey… aku tengok dulu dia tak adalah macam tu, sejak akhir tahun lepas dia jadi macam tu. Tapi nak cakap dia sombong pun tak juga.”
“Adalah tu masalah dia. Eh dah la aku nak pergi tingkat atas ambil fail.” Reen terus beredar dan Ella juga terus menyambung kerjanya.
Ayriz tidak mempunyai rakan rapat. Hal itu disebabkan dia tiada masa untuk keluar dan melepak. Hidupnya bangun tidur, pergi kerja dan balik dan tidur. Waktu cuti juga dihabiskan dengan tidur dan menziarahi rumah saudara maranya. Sudah tradisi keluarganya menziarahi ahli keluarga sekurang kurangnya 2 minggu sekali.
Ayriz bukanlah gadis yang pendiam dahulunya dan dia juga bukanlah bersikap mendatar begitu. Namun satu kejadian sudah membuatkan gadis itu mengubah perangai kepada yang sekarang.
Dua biji kereta sudah tiba di sebuah rumah. Awal lagi Ayriz berkeras ingin membawa keretanya sendiri meskipun sudah dihalang oleh papanya sewaktu di rumah.
“Adik tak payahlah bawa kereta. Nanti nanti je ambil kereta ni.”
“Esok adik nak kerja naik apa?”
“Fariz kan ada. Dia boleh hantar adik kan.” Ayriz memandang wajah Fariz yanf senyum sebaris.
‘Senyum pun tak ikhlas lagi nak aku tumpang dia.’
“Bukan satu jalan pun.” sebenarnya mereka tidak tahu tempat kerja masing masing dimana. Belum lagi mereka memperkenalkan secara rasmi.
“Pa, kitaorang gerak dulu ye.” Fariz meminta mengundurkan dirinya kerana sudah lambat ingin berjumpa Wawa.
end flashback
Ayriz terus mengeluarkan beg pakaiannya lalu terus mengikut langkah Fariz. Fariz tanpa sebarang cakap terus masuk tanpa mempedulikan Ayriz yang bersusah payah mengangkat beg pakaiannya ditingkat atas.
‘Tak guna punya husband, biarkan bini dia tercungap cungap angkat beg sendiri. Kalau rumah ni ada lif macam rumah mama papa tak apalah juga.’
“Tu bilik aku. Kau pepandailah nak duduk bilik mana.” selamba Fariz berkata begitu sambil menunjuk ke arah biliknya. Ayriz membuat muka blur lalu dia terus menuju ke bilik yang dikatakan bilik Fariz.
“Eh aku cakap tu bilik aku kan. Kau carilah bilik lain.” geram Fariz melihat Ayriz yang selamba menerjah biliknya. Ayriz membuat tidak tahu lalu meletakkan begnya di sebelah meja solek.
“Oi kau tak dengar ke apa aku cakap?” sekali lagi Ayriz tidak memperdulikan kata kata Fariz lalu dia terus keluar daripada bilik itu untuk mengambil barangnya yang lain. Fariz memandang Ayriz tidak puas hati.
‘Kau nak main dengan kesabaran aku nampaknya budak. Kau tunggu.’
Fariz terus keluar daripada bilik itu lalu terus mencapai kunci kereta. Setibanya di luar Ayriz masih lagi mengeluarkan barangnya.
‘Eh budak ni tak nak tanya aku keluar dengan siapa ke? Arh lantak kau lah.’ Fariz terus masuk ke dalam kereta tanpa memperdulikan Ayriz. Selang beberapa saat tingkap kereta diketuk.
“Kau nak apa?” soal Fariz sedikit kasar. Ayriz hanya diam dan menghulurkan tangan. Fariz seperti faham dengan perbuatan itu juga menghulurkan tangan namun belum sempat tangan itu singgah di bibir mulus isterinya, dia sudah menarik tangannya. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan beredar. Ayriz hanya melihat kereta itu sehingga hilang daripada pandangan dan kemudian dia mengeluh perlahan.
“You nak apa jumpa I ni?” soal Fariz apabila tiba di meja makan.
“Sayang, why you macam ni. Dulu kalau kita jumpa, you happy je jumpa I.”
“I malu. I malu sebab you still tolak lamaran I depan Ayriz. You betul ke sayangkan I, Wawa?”
“Look, I sayangkan you Fariz. Semalam I just terkejut sebab tiba tiba dia suruh you buat macam tu. Okay I tahu salah I. I minta maaf okay. Janganlah macam ni. Jom kita breakfirst okay.” pujuk Wawa sambil mengenggam lembut tangan Fariz.
“You makanlah. I dah makan tadi.” jawab Fariz perlahan sambil melepaskan tangannya. Memek muka Wawa kelihatan sedih.
“You teman I okay.” Fariz mengangguk perlahan dan membuatkan Wawa kembali tersenyum.
Fariz memandang gadis di hadapannya. Kalau ikutkan kesabarannya, sekarang juga dia ingin meluahkan semua namun dia akan menunggu masa yang sesuai.
“Ya allah dah pukul 12, aku belum masak apa lagi. Tak laratnya nak bangun. Dia balik makan tengah hari ke harini. Sorry husband saya betul betul tak larat hari ni.” bebel Ayriz seorang diri dan terus terlelap di atas katil selepas siap mengemas pakaiannya. Habis dia mengeluarkan semua barang barang Fariz di dalam almari supaya boleh meletakkan bajunya. Barang yang dikeluarkan juga sudah diletakkan di tempat yang mempunyai ruang.
Tepat pukul 2:30 petang, Fariz tiba di rumah. Tiada mood ingin keluar berlama lama. Mahu pergi ke rumah keluarganya, semestinya akan menyoalkan tentang Ayriz.
“Assalammualaikum.” Fariz memberi salam sambil membuka pintu. Keningnya ternaik apabila pintu tidak dikunci.
“Budak ni tak kunci pintu. Kalau apa apa jadi macam mana. Cuai betul lah.” bebel Fariz dan terus ke dapur. Melihat meja makan hanya kosong membuatkan Fariz tersenyum sinis.
“Baru kejap tadi papa kau cakap jaga makan minum aku. Ni satu apa tak ada dekat sini. Pemalas punya budak.” Fariz terus naik ke tingkat atas untuk mencari isterinya. Setiap bilik dia masuk namun tiada orang.
‘Tak akan dia dalam bilik aku?’ Laju kakinya menapak ke biliknya. Pintu dibuka, lalu ternampak seseorang sudah pun lena di atas katil.
“Eh sedap kau tido dekat katil aku. Tak tahu malu punya budak. Dah la makan pun kau tak masak. Orang nak kahwin kau pun nak kahwin pastu buat kerja tak tahu.” bebel Fariz lagi sambil jalan menuju ke arah tubuh itu. Fariz mengerutkan dahi apabila melihat wajah pucat isterinya.
Perlahan lahan tangannya menyentuh dahi Ayriz lalu terus duduk di sisi wanita itu.
“Sejak bila pula dia demam ni.”
“Ayriz.” panggil Fariz lembut tidak sekasar pagi tadi. Ayriz membuka matanya sedikit lalu dia mula teresak sambil kepala diletakkan di atas peha Fariz. Tersentak Fariz melihat perbuatan spontan Ayriz itu.
“Pa…. sakit kepala.” rengek Ayriz seperti budak kecil.
“Sejak bila kau demam ni?” diam tidak menyahut yang tinggal hanyalah rengekan sahaja. Fariz mengeluh perlahan.
“Tunggu sini kejap.”
“Papa nak pergi mana? Tak nak adik tak nak makan ubat. Adik tak nak…..” semakin kuat Ayriz menangis. Fariz sudah garu kepala.
“Okay, okay kita tak makan ubat okay. Aku duduk balik.” Fariz kembali duduk dan meletakkan kepala Ayriz di atas ribanya. Dia mati akal apabila mendengar Ayriz hanya menangis.
“Sakit kepala.” beritahu Ayriz perlahan badan juga terhenjut sedu.
“Sakit kepala? Adu aku mana pandai urut.”
“Sakit…..” rengek Ayriz lagi.
“Okay aku urut tapi kalau sakit bagitahu tau. Aku urut perlahan lahan.” Fariz mula mengurut kepala isterinya. Tidak pernah hayat dia mengurut kepala orang. Ayriz sudah pun berhenti menangis, yang tinggal hanya sedu. Tidak lama itu dia sudah diam tidak bergerak. Fariz menjengah sedikit, benar isterinya sudah terlena di atas ribanya. Setengah jam kemudian Fariz juga turut terlena.
Jam sudah menganjak pukul 6:30. Ayriz terjaga daripada lenanya. Dia melihat sekeliling dan terhenti apabila melihat wajah Fariz yang tersandar di kepala katil sambil terlelap. Ayriz baru perasan yang bantal yang dia buat tidur itu milik peha suaminya. Lantas dia bangun. Malu? Ya dia malu ketika itu. Bukannya dia tidak kenal dengan dirinya, jika sakit pasti manjanya mengalahkan budak budak.
“Hus…. Fariz.” kejut Ayriz lembut. Selang beberapa saat Fariz membuka mata lalu dia menggosokkan matanya.
“Hm.” jawab Fariz masih lagi mamai.
“Lama dah awak balik?” berhati hati Ayriz bertanya.
“2:30. Lain kali kunci pintu. Buat ada perompak masuk macam mana? Cuai betul.” ayat itu mampu membuat Ayriz kembali berair mata. Dia terus baring semula dan membelakangi suaminya. Air mata mengalir di pipi. Fariz yang melihat kelakuan Ayriz mengeluh kasar.
“Siap, kejap lagi pergi klinik.” arah Fariz yang sudah pun bangun. Ayriz hanya menggelengkan kepala.
“Kau tak payah mengada boleh tak? Kang kalau dah terbaring je siapa nak jaga kau? Siap cepat!”
“Ayriz cakap taknak kan! Tak nak lah!” Ayriz pula memarahinya.
“Hah sukahati kau lah! Kau yang sakit! Cukup baik aku ajak kau pergi klinik. Menyusahkan orang je.” bebel Fariz dan terus mengambil tuala mandi. Ayriz masih lagi baring, selimut ditarik dan ditutup kepalanya.
Memandangkan Ayriz tidak masak di rumah, Fariz malam itu keluar makan bersama rakan baiknya Eriq. Eriq adalah rakan sekerjanya.
“Eh kau keluar lama lama ni wife kau tak bising ke? Maklumlah kau sekarang dah jadi laki orang kau tahu.” saja Eriq mengusik lelaki itu. Bukan dia tak tahu cerita apa yang jadi.
“Kau jangan macam macam eh Riq… aku hempuk guna gelas ni kang. Dia demam mana ada masak itu aku ajak kau keluar. Nak harap dia kebulur aku.”
“Habistu kau tinggal dia macam tu je? Eh kau tak bawak pergi klinik ke?”
“Aku dah ajak tapi mengada tak nak. Suka hati dia lah. Aku malas nak lebih lebih.”
“Riz, dia tu bini kau, kau tahu tak. Dah kalau dia tak masak sah sah dia belum makan. Kau tak pandai lagi nak beli apa apa untuk dia. Kang sakit lain pula. Ingat tu anak orang.”
“Kau ni bisinglah kalah mama aku.” Eriq menggelengkan kepala lalu terus bangun.
“Eh kau nak gi mana? Awal lah chaw.”
“Aku nak beli makan untuk wife kawan aku. Mana tahu wife dia berkenan kat aku. Lawa juga wife dia tu aku tengok.” Eriq tersenyum menampakkan giginya. Fariz mengangguk. Tidak lama kemudian dia terus mengangkat kepala apabila ayat itu sudah diproses di dalam otaknya. Tertawa Eriq melihat perubahan air muka Fariz.
“Kau cuba kalau kau nak tengok kereta kau aku bakar. Tak guna punya kawan.” Tergelak besar Eriq dibuatnya apabila melihat wajah rakannya sudah seperti naga.
“Ala kau bukan suka dia pun. Sayang? Jauh sama sekali. So apa kata kau bagi je aku jaga. Aku pun dah lama single. Apa kau nak pergi kat Wawa kesayangan kau tu, aku dah tak halang. Pergilah…. Ayriz kau bagi aku.” Eriq lagi membakar api yang mara. Jelas wajah Fariz bengang ketika itu.
“Riq, aku ni masih sabar dengan kau. Jangan sampai esok aku melawat kau dekat ICU.” sekali lagi tawa Eriq meletus. Sakit perutnya melihat perangai Fariz.
“Tahu pula kau marah…. Dah tu apa lagi pergilah balik bagi bini kau makan. Ni biar aku bayar.”
“Cakap je lah kau halau aku. Jumpa esok.” Fariz terus bangun. “Kalau tak nak dia bagi dekat aku.” sempat lagi Eriq mengenakan Fariz. Sambil berjalan Fariz mengeluarkan jari hantu. Tertawa besar Eriq dibuatnya.
Sampai sahaja dirumah, Fariz melihat ke atas. Lampu biliknya tertutup, nampaknya Ayriz sudah tidur. Bubur yang dibeli tadi di bawa bersamanya. Fariz terus menuju ke dapur untuk mengambir air kosong. Sampai sahaja di bilik, Fariz terdengar tangisan seseorang. Siapa lagi kalau bukan isterinya. Fariz mula cuak, takut juga jika apa apa terjadi kepadanya. Bukak sahaja pintu, kelihatan badan Ayriz ternaik naik teresak. Fariz perlahan lahan meletakkan makanan disebelah meja. Dia naik ke atas katil. Perlahan dia menyentuh bahu isterinya.
“Ayriz….” panggilnya namun Ayriz masih lagi teresak. “Ayriz, kenapa ni?”
“Sakit kepala…..” sekali lagi Ayriz seperti tadi merengek sakit kepala. Fariz menghembus nafas perlahan. Nampaknya tiada guna dia berkasar dengan isterinya.
“Jom makan dulu, aku ada belikan bubur untuk kau. Kau belum makan kan.” pujuk Fariz lembut.
“Tak nak… tak ada selera.”
“Janganlah macam tu. Kau tak makan lagi daripada tadi.” sedaya upaya Fariz bercakap lembut dengan isterinya. Tiba tiba Ayriz bangun dan terus berlari ke arah bilik air. Makin tidak tentu arah Fariz dibuatnya. Mendengar Ayriz muntah dari dalam. Teragak agak Fariz masuk ke dalam bilik air itu. Ayriz tidak muntahkan apa apa hanya air liur sahaja. Ayriz terduduk dan teresak. Ya dia penat, sejak tadi dia masuk keluar bilik air.
“Hey, kau okay tak ni… janganlah nangis macam ni. Bangun jom.” Fariz teragak agak memegang kedua bahu isterinya.
“Penat…..” adu Ayriz yang masih lagi terduduk.
“Daripada tadi ke keluar masuk bilik air?” Ayriz hanya mengangguk. Kepalanya seakan mahu meletop bila bila masa sahaja.
“Okay jom kita bangun. Boleh tak ni?” Ayriz hanya mengangguk. Perlahan lahan dia bangun. Fariz juga turut membantu Ayriz dengan memapah. Sampai sahaja di katil, Ayriz baring semula.
“Bangunlah, makan sikit. Perut kau masuk angin. Last makan bila?”
“Pagi tadi.” jawab Ayriz lemah. Terbit rasa kesian melihat keadaan Ayriz yang pucat.
“Dah bangun makan lepas tu makan ubat.” Ayriz bangun perlahan lahan.
“Tak nak makan ubat… tak sedap.” rengek Ayriz. Dia cukup lemah dengan ubat. Bukannya dia tidak tahu setiap kali dia makan mesti keluar semula.
‘Eh dia macam budak budak. Betullah dia ni anak manja. Nasib akulah dapat kau jadi bini.’
“Memanglah tak sedap… abis nanti macam mana nak sihat? Ni makan bubur ni.” Ayriz hanya merenung bubur yang berada di tangan suaminya. Nak jalan pun dia tidak larat inikan pula makan. Fariz memandang Ayriz yang hanya merenung bubur itu.
“Aku suap.” Ayriz mengangguk. Baru sahaja Fariz ingin mengaul Ayriz menghalang.
“Tak nak tu….” Ayriz menunjukkan daun sup dan bawang goreng di dalam bekas itu.
‘Sabar Fariz, sabar. Dia tengah sakit. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni budak.’
Fariz membuang daun sup dan bawang goreng itu di atas penutup bekas tadi. Sempat dia melihat Ayriz membaca doa siap menadah tangan. Hatinya tercuit melihat terlatah comel isterinya. Ayriz hanya makan 5 suap dan kemudian menolak.
“Sikitnya makan. Makanlah lebih sikit, daripada tadi tak makan.” Ayriz menggelengkan kepala. Fariz mengeluh perlahan.
“Nah minum air pastu makan ubat.” berubah air muka Ayriz apabila mendengar perkataan ubat. Ayriz menggelengkan kepalanya.
“Habistu macam mana nak sihat kalau tak makan ubat. Sakit pun degil lagi.” geram dia melihat isterinya itu. Ayriz terus baring dan membelakangi suaminya. Fariz menarik nafas dalam dan dihembuskan.
“Okay, okay tak makan ubat. Ni minum air dulu.” pujuk Fariz. Ayriz perlahan lahan bangun dan minum air. Ayriz tidak memegang gelas itu, Fariz yang menyuakan ke mulutnya. Fariz merenung wajah pulus isterinya. Satu perasaan tiba tiba hadir. Dia berdehem dan kemudian bangun apabila Ayriz sudah baring semula.
Turun sahaja daripada bilik, Fariz mengambil telefonnya. Dia menarik nafas sebelum dia mencari nombor seseorang.
“Hello. Hah asal? Kau nak aku jaga bini kau ke? Boleh je.” usik si pemanggil.
“Aku kalau rembat muka kau apa tak dapat tau Riq.” terdengar letusan tawa rakannya itu.
“Okay, okay kau nak apa call aku ni?”
“Kau kat luar lagi ke?”
“Haah. Aku otw nak baliklah ni. Asal call?”
“Ni tolong aku kejap. Kau belikan cool fever, minyak angin dengan penadol.”
“Asal bini kau teruk sangat ke? Kalau teruk kau bawak pergi klinik je la bro.”
“Kalau dia nak lama aku bawa. Masalahnya dia dah sakit pon kemain degil lagi. Kau tahu aku balik tadi dah macam mayat muka dia kemain pucat.”
“Itulah kau… dah tahu bini sakit sibuk keluar. Kau bukan bujang kau tahu.”
“Kau ni bisinglah… dah cepat gi beli kang dah sampai kau masuk je rumah. Aku kat bilik.”
“Benci benci pun duduk sebelik. Poyolah kau.” gelak Eriq lagi.
“Kau sibuk asal. Kau belikan jelah apa aku suruh. Dah chaw.” Fariz terus matikan talian. Malas dia ingin melayan rakannya itu. Dia terus mengambil besen kecil dan tuala kecil lalu terus bawa naik ke atas.
Fariz melihat Ayriz melelapkan mata. Dia meletakkan besen tadi ditepi meja kemudian dia membetulkan posisi Ayriz lalu dia menyelimutkan isterinya. Kain kecik itu dibasahkan kemudian meletakkan di atas dahi Ayriz. Tercelik mata Ayriz apabila merasakan ada sesuatu benda sejuk di atas dahinya.
“Tidur. Kejap lagi mandi. Kau belum mandikan?” Ayriz menggelengkan kepala kemudian pejamkan mata semula. Kepalanya masih lagi berdenyut. Fariz terus keluar daripada bilik.
haiii! kalini niena bagi panjang sikit hehehe… korang jgn pelik why niena lebihkan watak diaorang je sebab cerita ni mmg pasal dorang HAHAHAAHA jangan lupa komennn! thankyou!
Share this novel