...
Satu minggu kemudian~
Aku merenung ke arah skrin laptop dengan khusyuk mendengar lecturer mengajar secara alam maya. “Alright, so before we dismiss have any questions?” Lembut je suara madam tu bercakap. “No madam.” Aqil umpama mewakili semua pelajar dalam google meet tu cakap kat madam. So class untuk first day tu berakhir dengan jayanya lah. Maklumlah first class so still dalam perkenalkan subjek tu aenn tak lah stress mana.
Begitu lah kehidupan sehari-hari aku selepas bergelar pelajar Universiti. Kau akan bermula dari A and berakhir ke B. So benda tu akan berulang tiap hari. Kecuali masa lecturer notis class tak ada masa tu or class cancel.
Tempat still same kat rumah aku. Ye lah class fully online kan. Rutin harian aku after class mesti main game tak pun main guitar nak acah penyanyi aenn cipta lagu apa bagai.
[Ringtone IP] Aku tengo lah kat phone aku tu siapa yang call. Awat Syahir call aku ni. Nak tak nak kene jawab lah panggilan tu tak kan biar je aenn. Seperti biasa pembuka bicara “Assalammualaikum, hello kena call” Ujar aku kat Syahir. “Weyhh kau free tak? Aku nak ajak kau pergi main badminton ni. Dalam pukul 17:30 kita jumpa kat dewan.” Masa tu aku dah agak dah yang dia nak bawa aku main badminton sebab tak ada orang lain roger aku kalau nak pergi main badminton tu. Mata aku terus merenung kat raket aku tu.
.....
18:46 jam kat phone aku after siap main satu set. Fuhh!! Penat juga lah and dalam masa yang sama best sebab dapat keluar kan peluh aenn dia macam at least ada lah kau buat aktiviti selain kene attend class online tu.
“Kau okay tak ni Mirul?” Syahir tanya aku macam dia perasan something wrong ngan aku masa tu. Time-time macam ni pula benda tak guna tu datang attack kita aenn. Faham-faham lah ye. Aku masa tu duduk kat kerusi then aku rasa sakit kat area dada aku. Hahh!! dah masuk dah ceritanya. Muka aku nampak pucat giler sampai aku menggigil tau. Takut yang teramat tu membuat aku macam nak hilang arah. Nasip baik masa tu aku tak meronta macam orang histeria. Nauzubillah.
Syahir pun panik ga lah time tu, dia siap hulur aku air then lepas aku minum tu, aku tarik nafas dalam-dalam then hembus. Bila dah relax tu aku story lah kat Syahir apa yang aku alami aenn. Then dia macam tak percaya tau. Walhal dia nampak muka aku pucat time tu. Dia boleh pula cakap macam ni “Alaaa lek ahh tak ada apa lah, maybe sebab kau tak buat streaching kot before main tadi.” Aku kalau boleh bagi dia rasa apa yang aku alami puas hati aku tapi tu lah hanya aku yang tahu apa yang aku rasa so tak boleh buat apa lah aenn
.....
~RUMAH~
Tikkktokktikktokk!!! Aku menyampah pula dengar bunyi jam kat bilik aku tu. Entah kenapa but it's like telinga aku terfokus kat bunyi jam tu je. Aku boleh back to normal ke ni? banyak persoalan yang keluar kat otak aku.
"Bersyukurlah ketika merasa lelah, tidak semua orang bisa sekuat kamu."
Share this novel