DIA 12

Romance Completed 131781

Ikram menuruni tangga dengan pantas sekali. Tanpa dia sedari, mata ayahnya, bondanya dan Hazzar tidak beralih dari memandangnya.

"Ikram!" Laung ayahnya.

Langkah Ikram terhenti. Dia mendecit. Ikram menoleh dan langsung tidak berganjak dari situ. Dia memandang mereka tanpa sebarang riak wajah.

"Ikram nak ke mana?" Soal bondanya dengan nada lembut.

"Cari bidadari." Jawabnya ringkas lalu menuju ke keretanya.

Bondanya dan ayahnya saling berpandangan. Hazzar pula mengerutkan dahi.

"Dia nak cari bidadari? Dia tahu ke bidadari dekat mana?" Ujar Hazzar.

"Aii... Hazz pun panggil Hanis bidadari ye?" Ujar ayahnya.

"Eh tak. Ikram yang sebut. Bukan Hazz. Okaylah. Hazz dah lambat nak pergi meeting dengan MRKL, Hazz pergi dulu." Pamitnya.

"Eh kejap." Halang bondanya.

Hazzar menoleh ke arah bondanya. Ada ape-ape ke?

"MRKL tu ape? Mr Kuala Lumpur?" Teka bondanya.

Hazzar tertawa kecil lalu menggeleng kepala.

"MRKL tu, Mark, Ruzaini, Kaef dengan Luqman. Diorang ajak jumpa. Okay bye!" Terus Hazzar berlari keluar, takut-takut ditahan oleh bondanya lagi.

---

"Hanis nak pergi mana?" Soal Syaza apabila melihat Hanis sedang berjalan keluar.

"Nak pergi kerja. Lama sangat cuti ni. Rugi! Syaza tak kerja?" Soal Hanis kembali.

Syaza menggeleng.

"Malas. Arr Hanis..." Hanis menoleh dan mengangkat kening.

"Awak... Tak marahkan perempuan yang cantas boyfriend awak tu ke? Atau... Tak nak tahu ke siape perempuan tu?" Soal Syaza takut-takut.

"Saya hairanlah. Kenape bila awak tanya pasal tu mesti awak macam takut-takut. Kenape?" Soal Hanis kembali.

"Arr... Takut tersalah cakap. Itu je." Terus dia meleret senyum sinis. Hanis mengangguk.

"Urmm... Tak perlu kut nak tahu siape perempuan tu. Biarlah rahsia. Tapi kalau perempuan tu nak memperkenalkan diri, saya terima dan... Saya nak cakap sesuatu dekat dia." Ujarnya lembut.

Syaza mengangguk.

"Boleh saya pergi kerja?" Soal Hanis. Syaza mengangguk laju.

Matanya mengekori pemergian Hanis. Dia mencebik. Patut ke dia bagitahu Hanis segalanya? Tapi, kalau Hanis terima, tak mungkin Lara akan buat benda yang sama. Aduh!

"Susah betullah kalau macam ni. Satu rumah ada kaitan dengan Nazrul. Aaa!" Bebel Syaza dengan nada kecil.

Tangannya naik ke atas kepala. Rambutnya diserabutkan. Tiba-tiba dia dapat idea. Dia capai telefon yang berada disebelah dan mendail nombor seseorang.

"Hi bie! U free tak? I ada benda pentingggg nak bincang dengan U. Boleh tak I pergi office U tengah hari ni? Boleh? Okay, nanti I datang okay? Bye muah!"

Syaza menamatkan panggilan. Kakinya melangkah naik ke atas untuk menukar pakaian.

---

Mark, Ruzaini, Kaef dan Luqman sudah penat menunggu Hazzar. Dia pasti tidak akan datang tepat pada masanya. Kaef sudah muak bermain dengan telefonnya. Luqman pula mengetuk-ngetuk cawan dengan menggunakan sudu.

"Aku tak fahamlah dengan Hazz ni. Balik-balik muka dia jugak yang lambat datang. Ape yang dia sibuk sangat dekat rumah tu? Ada bini ke ape?" Bebel Kaef.

"Kalau dia datang awal tiba-tiba, bukan Hazzar Iskandar lah tu." Sambung Mark.

"Kalau bukan Hazz siapelah?" Soal Luqman pula.

"Saka dia." Terus mereka berempat ketawa mengekek.

Tiba-tiba ada tangan yang memukul meja mereka dengan kuat. Mereka berhenti lalu memandang si dia, Hazzar.

"Lah datang pun. Aku ingatkan kau sibuk tukar lampin anak ke ape." Perli Kaef.

"Haish... Nanti aku datang awal kau cakap aku sawanlah, demamlah. Ni datang lewat pun membebel." Ujar Hazzar lalu mengambil tempat disebelah Luqman.

"Order?" Hazzar menggeleng.

"Ni... Apa yang korang kata nak bincanglah apelah." Soal Hazzar.

"Ni kau ingat Tan Sri Khalid? Dia buat majlis dekat syarikat dia dan dia jemput kau. Kau tak tahukan?" Hazzar menggeleng.

Tak ada masa dia nak ambil tahu pasal benda tu. Lagi banyak benda yang dia nak uruskan.

"Kenape dia nak jemput aku datang sana pulak? Aku bukan rapat sangat dengan dia. Suruh jelah bonda dengan ayah aku yang pergi. Sibuk nak ajak aku jugak." Bebel Hazzar.

"Laa... Kau ni takkan tak tahu lagi, dia kan berkenan nak kau jadi laki si Syaza tu." Balas Ruzaini.

Hazzar mengeluh.

"Habis kalau aku jadi laki si Syaza tu, Nazrul macam mana pulak? Tak kan si Syaza tu nak kahwin 2 pulak. Haram!" Ujar Hazzar.

"Itu aku tak tahu sangat, yang aku tahu dia nak kau jadi menantu dia dan bukan Nazrul. Dia lagi sukakan kau dari Nazrul. Entah ape kurangnya Nazrul tu pun aku tak tahu." Sambung Kaef.

"Aku benci betullah bila orang nak atur-atur hidup aku. Padahal tu hidup aku, bukan hidup diorang." Bebel Hazzar lagi.

"Kau pergi ke tak?" Soal Mark.

Hazzar memandang wajah mereka satu persatu kemudian membuat isyarat 'korang pergi tak'. Mereka mengangguk.

"Kalau macam tu, aku pergi jelah. Bila?"

"Minggu depan, 3 hari bulan." Hazzar mengangguk.

---

Syaza dengan penuh gayanya menuju ke pejabat Nazrul. Semua staff sudah biasa dengan kehadiran Syaza. Kadang-kadang hampir setiap hari Syaza datang ke sana. Sesetengah staff masih tergoda dengan Syaza dan yang selebihnya sudah tidak hairan.

"Nazrul ada?" PA Nazrul, Mia mengangguk.

"Thanks." Walaupun dilihat dari segi luaran dia nampak seperti seorang yang tidak berada atau tidak sopan, tapi sebenarnya Syaza seorang yang mempunyai hati yang baik dan masih boleh di terima oleh orang sekeliling.

Syaza menolak pintu lalu berjalan ke arah Nazrul. Nazrul angkat muka untuk melihat siapa yang masuk, dia menguntum senyuman lebar apabila melihat Syaza. Syaza tarik kerusi di hadapan meja Nazrul lalu duduk di atasnya.

"Apa yang pentingggg sangat tu sayang?" Soal Nazrul lalu tangannya merayap ke lengan Syaza.

"I tak sangka, yang U ni banyak betul peminat kan?" Ujar Syaza lalu melepaskan keluhannya.

"Peminat? Siape? Hanis? I dah putus dengan dia." Balas Nazrul.

"Nope! Lara. Dia minat dekat U. Dia kata dia akan usaha untuk dapatkan cinta hati dia, Nazrul Ashraff." Nazrul mengerutkan dahi.

"Lara? Siapa Lara? Macam mana U kenal dia." Soal Nazrul bertubi-tubi.

Nazrul mengerutkan dahi curiga. Syaza pula terkelu. Takkan dia nak kata dia serumah dengan Hanis dan Lara pulak.

"I... I upah orang untuk siasat pasal Hanis. Lepas tu dia bagitahu pasal Lara. Lara tu kawan Hanis." Tipunya.

Nazrul mengangguk percaya.

"Lara... I rasa I kenal dia tapi I tak rapat sangat dengan dia. Dulu I kenal Hanis pun melalui dia. Tak sangka pulak dia ada perasaan dekat I." Terang Nazrul.

Hanis mengangguk perlahan.

"Tapi U janganlah risau. Tak kisahlah siapa yang minat dekat I, berapa banyak sekalipun, U jugak yang jadi pilihan hati I." Ujarnya.

"So cliche." Sakat Syaza lalu tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience