Bab 4 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Never be a prisoner of your past. It was a lesson. Not a life sentence.~

Tengku Nafla Maryam mendapatkan uminya di dapur pada pagi keesokkan harinya. Kelihatan wanita itu sedang sibuk menyediakan sarapan pagi bersama-sama dengan Mak Ning. Semalam selepas teruk dia dimarahi oleh Tengku Naina, Nafla tidak berani lagi untuk membuka cerita panas itu. Tapi pagi ini bila tengok mood uminya kembali pulih, rasanya dia patut ceritakan sesuatu kepada Tengku Naina. Sesuatu yang berkaitan adiknya.

"Assalamualaikum umi, Mak Ning, morning," sapa Nafla terlebih dahulu. Dia singgah di kerusi bar, bertenggek di situ.

"Waalaikummusalam. Morning Cik Nafla." Mak Ning membalasnya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Nafla membalasnya. Seketika kemudian, Mak Ning meminta diri ke ruang makan. Mahu sediakan meja makan. Nafla tarik nafas lega, boleh sembang dengan Umi tanpa rasa sangsi kalau-kalau ada telinga yang curi dengar perbualan mereka.

"Waalaikummusalam anak dara umi. Baru bangun ya?" Tengku Naina membalas sapaan anak daranya, dikerling sedikit kepada Nafla yang ada di belakangnya.

"Dah bangun dari tadi lagi la umi. Acik siapkan kerja sikit. Umi..."

"Ha..ada apa ni? Semacam je ni.." Tengku Naina melirikkan matanya kepada anak daranya. Nafla tersenggih. Dia bergerak mendapatkan Tengku Naina.

"Acik ada nak bagitahu umi sesuatu ni." Nafla segera memulakan topik tanpa tertangguh-tangguh lagi.

"Nak bagitahu apa tu? Cik nak kahwin ke?" Terus Tengku Naina tebak anaknya dengan soalan yang tidak disukai oleh Nafla.

Nafla tarik muka. Dia bergerak ke meja pulau semula, merajuk. Umi ni suka sangat spoiler mood dia. Pagi-pagi lagi dah keluar topik kahwin. Dia tahu, dia bukannya muda belia lagi tapi kalau setakat umur 34 tahun itu, bukan tergolong dalam golongan andartu lagi kot. Huh!

Tengku Naina simpan senyum, tahu sangat yang anak keduanya itu sangat sensitif dengan perkara yang melibatkan nikah kahwin. Anak keduanya itu bukannya tiada yang berhajat tapi dia yang terlampau sibuk dengan komitmen kerjanyanya sampaikan keinginannya untukmemikiran soal hati, ditolak ke tepi. Tengku Nafla bekerkja sebagai pengurus di Tadika Budi Maryam yang dibangunkan sendiri olehnya sejak 2 tahun lepas, sekembalinya dia ke tanah air.

"Acik nak bagitahu apa ni?" Tengku Naina mula bergerak mendapatkan Nafla lalu dilabuhkan punggung di kerusi bar sebelah anaknya. Dapat mengagak Nafla ingin membincangkan sesuatu yang serius.

Nafla tarik nafas dulu, ragu-ragu sebenarnya tapi dia mesti dapatkan jawapan sahih dari uminya. Ini soal janji dan masa depan adiknya.

"Umi, acik cuma nak tahu. Selepas kejadian Han accident dulu, walid ada berjumpa lagi ke dengan Uncle Waazin?"

Tengku Naina sedikit tersentak bila Nafla menyebutkan satu nama yang sekian lama cuba dilupakan.

"Umi, kalau boleh berterus teranglah dengan acik. Acik perlu tahu. Kita perlu tunaikan janji arwah walid dengan Han. Arwad walid juga sudah berjanji dengan Ezz kan?" gesa Nafla bila melihat reaksi uminya yang sedikit tersentak dengan soalannya.

Lama Tengku Naina menyepi memikirkan apa yang patut dia beritahu kepada Nafla. Sesungguhnya kejadian 10 tahun lepas cukup berkesan kepada mereka sekeluarga. Gara-gara seorang anak bernama Eshan Maisur itu, arwah suaminya banyak menanggung akibat dari perbuatan berani Eshan. Eshan bermain dengan api dan tanpa sedar Eshan sendiri yang terbakar. Tengku Naina hembus nafas panjang. Betul kata Nafla, janji terakhir arwah suaminya perlu dipenuhi tapi macam mana?

"Umi bukan tak mahu berterus terang dengan acik, tapi acik sendiri tahu sekarang bukan masa yang sesuai. Acik pun tengok macam mana keadaan Han sekarang. Kalau kita berterus terang dengan dia, agaknya dia dapat ke terima semua tu?"

Perlahan-lahan Nafla menggeleng. Eshan mengalami retrograde amnesia selepas terlibat dalam kemalangan di Turki 2 tahun lepas. Menurut kata doktor, retrograde amnesia itu keadaannya hanya sementara tapi entah bila ingatan Eshan akan pulih sepenuhnya, tiada sesiapa tahu.

Eshan cuma ingat kehidupannya sebelum terjadinya kejadian 10 tahun itu. Eshan hanya ingat dia mempunyai seorang kawan yang bernama Baariq iaitu anak Mak Som, pengasuh mereka ketika kecil dulu. Dan semalam, buat kali pertamanya Eshan menyebut nama Sarah dihadapannya. Ini bermakna, Eshan mula mengingati sesuatu.

"Semalam... Masa kami pergi Mall, kami terserempak dengan orang Uncle Waazin."

"Ha? Betul ke ni acik? Habis tu Han macam mana?" Terlopong Tengku Naina, hatinya terus disapa keresahan. Dia tidak suka dengan berita yang dibawa oleh Nafla kali ini.

Nafla mengangguk saja sebagai jawapan.

"Macam mana boleh jumpa? Kan umi selalu pesan dekat acik supaya hati-hati kalau bawa Han keluar." Tengku Naina sudah meninggikan sedikit suaranya. Geram dengan kecuaian Nafla, sudahlah semalam mereka hampir kemalangan.

"Tak sengaja umi. Acik tinggal Han sekejap, masuk kedai buku. Tengok-tengok ada budak lelaki datang peluk Han. Siap panggil Han, Daddy."

''Ha?" Terkejut kuasa dua Tengku Naina. Mulutnya mahu bertanya tapi belum sempat.

"Tengku, makanan sudah siap dihidang." Mak Ning muncul dari luar.

Keduanya menoleh pada Mak Ning. Terhenti perbualan mereka.

"Terima kasih Mak Ning. Nanti boleh tak Mak Ning jenguk Han? Kalau dia rasa tak sihat, nanti bagitahu saya.''

"Baik Tengku." Mak Ning segera berlalu ke tingkat atas.

"Acik... explain to me, how comes budak tu boleh panggil Han, Daddy?"

"I don't know umi. Spontaneous. Acik dah cuba tarik Han tapi Han sendiri tak berganjak dari situ. Umi rasa budak tu anak Ezz ke?"

"I'm not sure. Tapi setahu umi, Waazin ada dua orang anak. Jadi umi tak tahulah budak tu anak Ezz ke bukan..." Tengku Naina berubah muram.

"Acik rasa budak tu berkemungkinan anak Ezz jadi sebab tu dia panggil Han 'daddy, kan umi?"

"Umi pun rasa macam tu."

* * *

"Assalamualaikum Tuan Han, Mak Ning ni. Boleh Mak Ning masuk?" Mak Ning melaung diluar bilik setelah beberapa kali ketukan di pintu bilik Eshan Maisur tidak dijawab.

Mak Ning pulas sedikit tombol pintu bilik yang tidak berkunci dan menjenguk sedikit ke dalam bilik itu. Dilihat sekujur tubuh sedang elok bergulung dalam gebar yang tebal dan empuk itu.

"Tuan Han..."

Gebar yang meyelimuti tubuh anak majikannya bergerak sedikit tandanya Eshan memberi respon kepada panggilannya. Eshan singkap sedikit selimut yang menutupi keseluruhan tubuh dan kepalanya.

"Ya Mak Ning?'' suara serak Eshan menyapa telinga Mak Ning. Eshan buka sedikit matanya, sebelum dipejam kembali.

"Tuan Han okay tak ni?"

Eshan menggeleng perlahan.

"Kepala saya sakit. Rasa macam nak pecah Mak Ning,'' adu Eshan dengan mata terpejam. Semalam dia tidak boleh tidur selepas menerima panggilan misteri itu. Puas dia fikir siapa disebalik suara misteri itu dan akhirnya dia yang rebah. Sakit kepala yang teramat sangat bila dia terlalu memaksa mengingati sesuatu.

"Sekejap ya, Mak Ning panggilan Tengku." Mak Ning segera keluar mendapatkan Tengku Naina dan Tengku Nafla Maryam. Dia turut rasa tidak sedap hati bila Eshan mengadu sakit begitu.

"Han..." Keduanya sudah kalut mendapatkan Eshan. Eshan tidak lagi mampu memberikan respon yang sama seperti yang diberikan kepada Mak Ning sebelum ini. Tengku Naina segera menyentuh dahi Eshan, ada rasa panas membahang. Tengku Naina mengigit bibir, risaunya dia!

Manakala Nafla dan Mak Ning menanti dengan sabar apa yang bakal terpancul keluar dari mulut Tengku Naina.

"Acik, call Doktor Dzharif. Immediately."

"Baik-baik, umi."

"Han, Han okay tak ni?'' Tengku Naina mengusap perlahan ubun-ubun Eshan. Kedengaran gigi Eshan sedikit berlaga, Eshan mengigil.

''Sa... Sarah... Sa... Sarah..." Eshan mula meracau.

* * *

2006. Pangsapuri Cempaka.

"Maaf-maaf. Saya betul-betul nak cepat. Saya pergi dulu ya." Sarah pamit dan terus berlalu tanpa sempat Eshan menyambung kata.

Eshan sekadar menghantar pemergian Sarah itu dengan ekor mata. Kemana dia mahu keluar malam-malam ni? Eshan jongket bahu, bukan urusannya. Sarah itu bukan adiknya untuk bertanya kemanakah dia mahu pergi malam-malam macam ni. Tapi entah lah, rasa macam mulut gatal mahu bertanya. Arghh lantak dia lah!

Eshan segera berlari mendapatkan Peugeot yang diletakkan di tempat yang sedikit jauh dari Pangsapuri Cempaka. Tempat itu sedikit gelap, terlindung dari simbahan cahaya lampu jalan. Eshan hidupkan enjin kereta, bersedia untuk mulakan pemanduannya. Belum sempat dia masukkan gear, matanya menangkap susuk tubuh Sarah dari kejauhan sedang berjalan menghampiri kereta BMW hitam yang di parking di luar kawasan Pangsapuri Cempaka.

Muka Sarah tidak lekang dengan senyuman mekar terukir, seperti ada sesuatu yang mengembirakan hatinya. Setibanya Sarah di kereta itu, dia sedikit menunduk seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang dari dalam kereta itu. Tidak lama selepas itu, Sarah dilihat masuk di bahagian sebelah pemandu.

Eshan kerling jam di dashboard, jam 9 malam. Tidaklah lewat malam sangat tapi kenapa hatinya jadi tidak selesa bila tengok gadis polos macam Sarah itu keluar malam? Dia jadi tertanya-tanya apa yang dibuat oleh Sarah dalam kereta itu? Siapa yang ada di dalam kereta itu?

Satu jam berlalu, Eshan masih disitu. Masih tidak berganjak dari tempatnya. Hatinya berkeras mahu tunggu saat Sarah keluar dari kereta mewah itu. Pintu kereta BMW itu dibuka, Eshan kelegaan. Sarah keluar sambil membawa sejambak bunga ros biru. Tersentak Eshan melihatnya. Hatinya seperti tersirat melihat adegan itu.

'Shit! Patut lah beria-ria kau keluar dari rumah tadi, sampai terlanggar bahu aku. Rupanya ini sebabnya.'

Sarah melambai-lambai kepada gerangan yang berada di dalam kereta sebelum kereta itu berlalu dari tempatnya. Sarah sudah berpusing tubuh, mahu kembali ke Pangsapuri Cempaka.

Eshan segera tolak pintu keretanya, berlari sepantas mungkin untuk mendapatkan Sarah yang sedang melangkah ke arah tangga untuk ke aras 2 sambil tertunduk-tunduk mencium bunga ros yang mekar mewangi itu.

"Sarah!"

Sarah segera menoleh, terkejut dengar namanya dianggil seseorang.

"Erkk... awak..."

"Kau buat apa dekat luar?" Eshan sekadar bertanya biarpun ia sudah menyaksikan segalanya, sesekali dia tengok jambangan bunga yang terlibat kemas dalam dakapan Sarah. Rasa seperti mahu sahaja dia ambil bunga itu dan pijak-pijak sehingga lunyai.

'Eh hati, kau dah kenapa ni?' marah Eshan.

"Sa... saya turun jumpa kawan..." Tergagap-gagap Sarah menjawab, tidak selesa dengan cara pandangan Eshan itu seolah-olah dia tertangkap curang, padahal mereka bukannya kenal pun.

"Awak... buat apa dekat sini?"

Eshan kalih matanya ke arah lain, berdeham sedikit. Tangan santai semat ke dalam poket.

"Tak ada apa. Aku nak balik rumah aku dah. Kebetulan terserempak dengan kau. Itu je. Hati-hati naik tangga tu."

"Baik.Terima kasih ingatkan saya. Saya naik dulu"

"Emm pergi lah." Eshan tunggu di tangga yang paling bawah itu sehingga bayang-bayang Sarah hilang dari pandangan matanya. Barulah dia rasa lega untuk kembali ke keretanya.

'Serius kau, Han buat macam ni kepada perempuan yang entah apa-apa tu?' Hatinya sudah berteka-teki sendiri dengan tindakan spontan tuan empunya badan.

Kerana satu nama, Eshan kelelahan! Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience