Aku bangun dan melihat lelaki yang tidak dikenali yang duduk di sebelahku.
Aku memandang sekeliling, aku yakin ni hospital.
Tapi siapa lelaki ni, mana Hyunjin?
Aku mengoncangkan lelaki tu perlahan supaya dia bangun. Lelaki itu membuka mata perlahan².
"Yuri!"
Yuri?
"Dokter!" lelaki itu berlari untuk mendapatkan dokter. Tak lama kemudian, dokter pun masuk.
"Dia ok sekarang. Puan pengsan mungkin disebabkan stress kuat. Puan disarankan rehat secukupnya" ujar dokter.
Lelaki itu menundukkan badannya sambil mengucap terima kasih. Dokter pun pergi.
"Yuri, saya risau tau lepas dapat tahu awak pengsan" kata lelaki itu.
"Awak siapa? Saya Kim Yuri?" tanyaku.
"Memang lah awak Kim Yuri dan...Saya Jaemin, Na Jaemin. Saya boyfriend awak" kata Jaemin sedih.
"Oh awak boy-WAIT WHAT BOYFRIEND?!" aku memandang Jaemin tak percaya.
Bagaimanaaa?!!
Seingat aku dulu, takde lelaki pun nak dekati aku. Tak lelaki, perempuan pun taknak.
"Iye, saya boyfriend awak" kata Jaemin sedikit terkejut sebab aku menjerit takdi.
"Tapi macam mana? Dulu takde siapa pun nak kawan dengan saya" kataku sedih. Jaemin memegang tanganku.
Aku memandangnya, dia memberikan senyuman padaku.
"Saya suka awak selepas awak tolong saya. Takkan lah awak tak ingat?" tanya Jaemin. Aku mengelengkan kepalaku perlahan.
"Mian, saya tak ingat" kataku.
"It's ok. Yang penting, awak still milik saya" kata Jaemin. Aku meneguk air liurku perlahan.
Tapi aku dah cintakan Hyunjin...
Arh Yuri ingat! Hyunjin tu sebenarnya boyfriend Minhee, bukannya aku.
Mungkin aku kena
Lupakan Hyunjin(?)
.___.
Keesokan harinya, aku dibenarkan pulang. Aku akan pergi ke rumah Jaemin memandangkan aku dan Jaemin tinggal bersama.
Aku masuk ke dalam rumahnya. Tak besar sangat, but sokey elok lah untuk dua orang.
Kami berdua duduk di atas sofa. Suasana yang senyap membuatkan aku rasa awkward.
"Yuri, omma appa awak cakap nak datang" kata Jaemin. Tiba² air mataku mula mengalir laju.
"Yuri kenapa nangis?" tanya Jaemin risau. Aku tak menjawab soalannya.
Makin lama, makin kuat esakan aku.
Jaemin memelukku tapi aku tak balas pelukannya.
"Saya rindu omma appa..." kataku. Jaemin mengusap rambutku perlahan.
"Takpe, nanti omma appa akan datang" kata Jaemin lembut.
Perlahan² aku memeluknya kembali. Aku meletakkan mukaku ke dadanya.
"Dan Hyunjin" gumamku perlahan.
.___.
Aku termenung sorang² di dalam bilikku. Aku tengah fikirkan macam mana omma dan appa aku datang nanti.
Ding dong~
"Yuri! Omma appa dah datang!" jerit Jaemin dari bawah. Cepat² aku turun ke bawah.
Aku memandang omma appa sedang berdiri di hadapan pintu. Tanpa membuang masa, aku memeluk mereka.
"Adik rindu omma appa" kataku hampir memangis.
Siapa je tak rindu lepas 4 tahun tak jumpa?
"Haish anak manja omma" omma membalas pelukanku.
Aku tak boleh tahan, aku menangis di dalam pelukan omma.
Pelukan ni, pelukan omma sebenar aku.
"Jom kita duduk dulu" kata Jaemin. Kami meleraikan pelukan lalu kami pun ke sofa.
"Uncle dan auntie bual lah dulu dengan Yuri, biar saya buatkan air" kata Jaemin. Omma appa menganggukan kepala.
Selepas Jaemin pergi, omma appa memandangku dengan senyuman.
"Macam mana Jaemin? Adakah dia sesuai untuk kamu?" tanya omma. Aku menganggukan kepalaku dengan senyuman.
Walaupun aku tak kenal sangat Jaemin, but aku yakin yang dia mesti baik.
"Bagus lah. Appa nak kahwinkan kamu dan Jaemin cepat²" kata appa yang membuatkan senyuman pudar.
Andwae!
Aku tak boleh
"Nak kahwinkan?" tanyaku tak percaya. Appa menganggukan kepalanya.
"Iya, biar kamu ada keluarga sendiri. Omma appa ni dah tua" kata appa. Aku memberikan senyuman palsu.
"Arh...Macam mana kabar unnie?" soalku. Muka omma appa terus bertukar sedih.
"Yuri, kamu lupa ke yang unnie dah meninggal dunia disebabkan kemalangan?" tanya omma. Mata aku membulat.
Tak mungkin
Unnie dah takde??
Aku tak terkata². Aku tak tahu nak respons macam mana. Patut lah appa cakap macamtu takdi...
"Oh..." aku menunduk. Mesti omma appa sedih.
Jaemin keluar dengan sedulang air di tangannya.
"Kamsahanida" ucap omma. Jaemin senyum lalu duduk di sebelahku.
"Appa cadang nak kahwinkan kamu cepat²" kata appa. Jaemin menganggukan kepalanya laju.
"Saya setuju!" kata Jaemin semangat. Semua memandangku yang menunduk.
"Sorry, adik tak bersedia lagi" kataku.
.___.
"Omma appa balik dulu, Jaemin jaga dia tau" kata omma. Jaemin menganggukan kepalanya.
"Ok auntie" Jaemin menghadiahkan senyuman kepada omma.
Omma appa pun pergi. Aku menutup pintu perlahan. Jaemin pergi duduk di atas sofa.
Dia meraup rambutnya perlahan. Aku duduk di sebelahnya dengan perasaan bersalah.
"Jaemin" panggilku. Jaemin memandangku sedih.
"Ya?"
"Awak sedih?" tanyaku. Jaemin mengeluh panjang.
"Tipu lah kalau tak sedih. Saya ingat awak nak cepat² bina keluarga dengan saya" kata Jaemin. Aku terdiam.
Aku dapat dengar esakan perlahan dari Jaemin.
"Jaemin jangan lah nangis" kataku. Jaemin menutup mukanya menggunakan tangannya.
Aku memeluknya awkward. Dia terus membalas pelukanku.
Lama kami berpelukan, aku meleraikan pelukan.
Lah dah tidur si Jaemin ni
Aku mengoncangkan bahunya perlahan.
"Jaemin, jom tidur dalam bilik" ajakku. Jaemin menganggukan kepalanya lalu kami pun masuk ke dalam bilik.
_Sorry kalau korang rasa citer ni berbelit sikit_
Share this novel