Chapter 2

Family Completed 11174

" Amir, kau kenapa? Macam cacing kepanasan je aku tengok " tanya Akmal, rakan satu kelas dengan Tengku Amir.

" Takde apa. Aku tunggu Amiera. Lambatnya dia sampai. " jawab Tengku Amir.

" Tengku Amir! Muhd Akmal Azmi! Saya tengah bersyarah di depan, kamu berdua berbual di belakang ye. Tumpukan perhatian " Tegur Professor Adnan.

" Assalamualaikum, Prof. Sorry saya lambat" tiba tiba Tengku Amiera masuk ke kelas dalam keadaan tergesa gesa.

" Tengku Hanies Amiera binti Tan Sri Razali Ahmad Khairuddin. Why you're late? " soal Professor Adnan kepada Tengku Amiera.

"Sorry, prof. Tadi I pergi melawat orang meninggal. Ikut my mom " bohong Tengku Amiera.

" Now, sit at your place " arah Professor Adnan yang tertipu dengan pembohongan Tengku Amiera.

" Baik, prof " balas Tengku Amiera.

" Miera, siapa yang meninggal? " tanya Nisha.

" Nanti time rest aku cerita " jawab Tengku Amiera. Tengku Amir yang berada di belakang Tengku Amiera tersenyum sendirian.

" Tengku Amir! Why you smile alone? Are you going to be nut? " tegur Professor Adnan.

" Nothing, prof. I'm sorry " jawab Tengku Amir.

" Pay attention " balas Professor Adnan. Tengku Amir sekadar mengangguk.

*** Pilot VS Doktor ***

" Assalamualaikum " Tengku Afiq memberi salam.

" Waalaikumussalam. Eh! Afiq. Datang dengan siapa ni? " Puan Sri Zariana menjawab salam Tengku Afiq.

" Datang sorang. Nak ajak Haniez pergi class sama sama. Dia dah siap tak? " jawab Tengku Afiq lalu memulangkan soalan semula.

" Dah. Aku dah siap dah. Kejap eh. Nak minum air jap " belum sempat Puan Sri Zariana menjawab, Tengku Haniez menjawab pertanyaan Tengku Afiq.

" Ha Afiq. Masuk dalam dulu. Minum dulu. Bonda ada buat cucur udang tu. Jom masuk " ajak Puan Sri Zariana.

" Eh takpe Bonda. Susah susah je. Afiq dah makan kat rumah mummy tadi. Tidur sana malam tadi. " balas Tengku Afiq.

" Ouh, kalau macam tu, malam ni Afiq datang boleh. Bonda masak makanan kegemaran Afiq eh" ajak Puan Sri Zariana lagi.

" In Shaa Allah. Nanti Afiq datang eh " balas Tengku Afiq.

" Ha yelah. Ajak Amir sekali " kata Puan Sri Zariana.

" Ok bonda " jawab Tengku Afiq.

" Dah. Aku dah siap dah. Jom lah. Nanti nak redah jem lagi. Lambat nanti susah " kata Tengku Haniez selepas selesai mengikat tali kasut.

" Ok. Jom. Afiq pergi dulu eh bonda. Assalamualaikum " kata Tengku Afiq sambil menyalam tangan Puan Sri Zariana.
" Haah bonda. Kitaorang pergi dulu bonda. Assalamualaikum " Tengku Haniez pun menyalam tangan Puan Sri Zariana.

" Ha ye ye. Waalaikumussalam " jawab Puan Sri Zariana. Tengku Afiq dan Tengku Haniez terus memecut selepas keluar dari pagar rumah Tan Sri Razali.

*** Pilot VS Doktor ***

" Abang. Nak pergi mana ni? " tanya Puan Sri Zariana kepada Tan Sri Razali.

" Nak pergi main golf. Haniez dengan Amiera dah pergi class dah? " jawab Tan Sri Razali lalu memulangkan soalan semula.

" Dah. Haniez baru je pergi. Amiera lambat pergi class tadi. Lambat setengah jam " cerita Puan Sri Zariana.

" Lambat lagi? Haish. Budak ni. Asyik tidur aje. Macam mana kalau dah kahwin nanti " keluh Tan Sri Razali.

" Tularh yang saya risau tu bang " kata Puan Sri Zariana. " Hmm, Nantilah saya fikir. Ni along, arin, Rizwan, riena, Amin, Iez semua mana? Senyap je ni? " tanya Tan Sri Razali lagi.

" Ada. Diorang kumpul kat tingkat 3. Buat apa ntah adik beradik tu. Arin pergi sekolah. Ada kelas tambahan tingkatan 5. " jawab Puan Sri Zariana.

" Ouh. Kalau macam tu saya pergi dulu lah. Assalamualaikum " ujar Tan Sri Razali.

" Ha yelah. Waalaikumussalam " jawab Puan Sri Zariana.

*** Pilot VS Doktor ***

" Ha miera. Tadi kau kata nak cerita. Ha cerita lah. Siapa yang meninggal " kata Nisha, kawan baik Tengku Amiera.

" Ok macam ni sebenarnya. Takde sape pun yang meninggal sebenarnya. Aku saja je reka cerita supaya tak kena marah " terang Tengku Amiera.

" Ishh, kau ni Miera! Buat aku suspend je. Tak baik tau buat macam tu. Terang terang prof dah tertipu dengan cerita kau. " bebel Nisha.

" Biarlah dia " balas Tengku Amiera.

" Hai korang. Buat apa tu? " sapa Tengku Amir .

" Kitaorang tengah meniaga ni. Tak nampak ke? " jawab Nisha, loyar buruk.

" Niaga apa cik kak? " Tengku Amir yang sememangnya lurus bendul sejak azali bertanya kehairanan.

" Ish kau ni Amir. Lurus bendul lah. Kau tak tahu ke kitaorang ni tengah sindir kau " jawab Nisha.

" Laa. Kau sindir ke tadi. Hehehehe. Sorry. Aku tak dapat nak cam lah " kata Tengku Amir.

" Apasal lah kau ni tak boleh jadi pandai macam abang kau. Afiq tu aku tengok sporting gila. Aku macam dah crush kat dia. Tapi nasib baiklah dah ditakenkan oleh Haniez. So punah harapan " ujar Nisha.

" Nasib baik. Aku pun tak ingin dapat akak ipar macam ni " kata Tengku Amir.

" Siot kau " balas Nisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience