Call Girl 53
"Clear."Ujar Raymond melalui earpiece yang dipakainya.
Kedudukan sniper dibetulkan. Berkerut dahi apabila memandang kawasan itu yang sangat sunyi. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Raymond yang berapa di atas pokok itu mengawal keadaan sekeliling bagi memastikan keadaan selamat.
Mendengar sahaja kata Raymond. Carlos terus menendang kuat pintu kayu di hadapannya. Menyebabkan pintu kayu itu terus tertanggal dari tempatnya.
Rahangnya di ketap. Tubuhnya mengeras saat terpandang mata berkaca milik Zahra yang diam bersandar di atas katil. Mulut ditutup dengan kain dan diikat. Tangan dan kedua kaki Zahra juga di ikat. Tak sanggup dia melihat Zahra seperti itu, Perlahan-lahan melangkah mendekati Zahra.
Melihatkan langkah Carlos yang semakin mendekatnya Zahra laju menggelengkepala. Memberi amaran agar jangan terusmelangkah. Air matanya sudah kembali membahasi wajahnya.
Tolong jangan!
Bukkk!!!
Tubuh Carlos terus terjatuh di atas lantai apabila belakang kepala terasa dipukul kuat oleh satu objek. Berkerut wajah menahan rasa. Tangan naik menyentuh belakang kepala. Sakit.
Zahra memejamkan matanya apabila melihat ada cecair yang jatuh perlahan dari leher suaminya itu. Darah.
"Frere Something wrong here! Bawa ara keluar A.S.A.P." Ujar Raymond jelas kedengaran di earpiece yang di pakai Carlos.
Carlos mendengus Kasar. Matanya tajam memandang Eiyad di hadapannya yang sudah tersenyum sinis memandangnya dengan penuh riak kemenangan.
"Sakit? Kau nak rasa lagi tak."Tanya Eiyad selamba sebelum dia mengangkat tinggi kayu itu. Namun Carlos lebih pantas menepis dengan lengannya.
Rahangnya di ketap menahan sakit, dia masih boleh bertahan. Kaki diangkat menendang kuat perut Eiyad sehingga lelaki itu jatuh terbaring di atas lantai.
"Sakit? Kau nak rasa lagi tak?" Soalan Eiyad tadi sengaja di ulanginya.
Eiyad memegang perutnya Sakit!
Kayu yang terjatuh di angkat Carlos, Lalu dia memegang erat kayu itu di tangan.
"Sakit?" Carlos menunduk sedikit tubuhnya memandang Eiyad dengan wajah penuh simpati. Eiyad angkat kepala. Tajam matanya menikam pandangan Carlos.
"Aku pernah pesan pada kau dulu. Jangan sentuh hak aku dan kau bukan lawan aku. Tapi kau degil. Berlagak kuat tapi lembik.Kelakar kau ni." Carlos ketawa perlahan. Sinis dan penuh dengan nada mengejek.
Carlos senyum senget.
"Kesian kau."Provok Carlos lagi.
Eiyad tidak mengalah. Kakinya naik menyepak abdomen Carlos. Namun Carlos cekap menepis dan Eiyad bangun dan terus menyerang lagi. Bertubi-tubi serangan yang di terima itu tidk melemahkan Carlos. Dia terus mara dan sedaya melawan lelaki itu.
Namun dalam beberapa saat bilik itu di masuki beberapa orang lelaki.
Carlos meretap rahangnya kemudian dia juga turut mara membalas serangan. Lelaki pertama mula menghayun sebuah kayu ke arah wajahnya namun dengan tangkas Carlos pantas menghalang. Kayu tersebut diambil kemudian tubuh lelaki itu dipukul dengan kuat.
Seorang lagi lelaki yang mara ke arahnya juga turut dipukul dengan kuat. Abdomen lelaki itu disepak melepaskan amarah.
Serang daripada lelaki yang keempat berjaya ditepis juga kemudian dia menumbuk rahang lelaki yang kelima. Kali ini amarahnya sudah ke tahap yang maksimun.
Bertubi-tubi serangan yang dia terima namun itu tidak melemahkan dia. Carlos masih mara dan sedaya upaya cuba menepis setiap tumbukkan dan tendangan lelaki-lelaki itu.
Buk!
Kali ini belakangnya menerima sebuah sepakkan yang amat kuat. Terlentang Carlos di kehadapan. Rahang diketap kasar.
Kayu yang berada di tepinya dicapai Carlos. Kasar. Tanpa menunggu lama, kayu itu dihayun ke lelaki yang menyerangnya tadi.tiada riak kesihan atau kemanusian Carlos menewaskan mereka.
Darah yang mula mengalir dihujung bibirnya itu dilap dengan kasar.
Bang!
Satu tembakkan dilepaskan tepat mengenai lengan kekar milik Carlos. Perlahan cecair merah mula membasahi lengannya.
Zahra memejamkan mata tidak sanggup ingin melihat apa yang akan berlaku. Sakit.
Mata Carlos memandang ke sekeliling mencari siapa yang melepaskan tembakan. Tetapi di sebabkan kelekaan sekali lagi dia di serangan dari belakang dan terus tubuhnya rebah di atas lantai.
Darah mula membuak-buak keluar dari mulut mulutnya tatkala bertubi-tubi serangan diterima secara serentak oleh beberapa orang lelaki.
Carlos memejamkan matanya. penumbuk di kepal dia membiarkan dirinya di serangan tanpa dia berniat untuk melawan.
"Faites aussi longtemps que vous le pouvez (Buat selagi kau mampu)," gumamnya perlahan. Lemah
Buk!
Satu sepakkan diterima dirahangnya. Sebuah senyuman sinis terlakar pada bibir Carlos sangat sinis. Wajahnya sudah dipenuhi dengan lebam, namun dia masih boleh ketawa perlahan dan sinis.
"Hubby." Air mata Zahra mengalir.
Wajah Carlos memaling memandang Zahra yang masih terikat di atas katil.Mata dipejam apabila melihat air mata Zahra sudah mengalir cuba untuk menahan dan mengumpul rasa amarah.
Sekali lagi tendangan yang kuat diterima namun kali ini,mata Carlos terbuka.Mata yang melayu itu tadi kini bertukar tajam.
Membunuh.
Serentak itu, Tubuh yang tadinya lemah kembali menyalurkan tenaga Carlos terus bangun dari kedudukannya kemudian sebuah tendangan diberikan kepada salah seorang daripada mereka.
"Rayyan Carlos." Carlos terus berhenti menyerang apabila namanya diseru oleh seseorang.
Tubuh Zahra di tarik kasar. Mulut yang di ikat sudah terlerai begitu juga dengan ikat di kaki dan tangan gadis itu.
"Auch.." Zahra mengaduh sakit.
"Don't. Touch. My. Wife!"Sepatah demi sepatah perkataan itu disebut oleh Carlos. Liur yang sudah bertukar merah itu diludah oleh ke tanah. Setapak demi setapak dia mara mendekati Eiyad.
Eiyad tidak memperdulikan amukkan itu malah dia tersenyum sini lalu glock 17 di letakkan di hujung kepla Zahra.
"Selangkah kau ke depan Bang...Salam takziah aku ucapkan."
Serentak itu membuatkan dada Black berombak kencang. Langkahnya terhenti.
Jiwanya meronta ingin mendekati Zahra. Wajah pucat dan pipinya sudah dibasahi air mata.
"Kau nak tengok siapa Rayyan kan? Ini depan kau lelaki yang paling kejam. kau tengok berapa orang laki kau kerjakan tanpa belas kasihan. Pembunuh sama juga macam bapak kau." Kepala Zahra dia tolak kasar mengunakan Glock 17 ditangan Eiyad. Dan sebelah tangannya melilit kemas di leher Zahra.
"Don't ever dare to touch her bastard!"
Baru sahaja Carlos ingin meluru ke arah Eiyad tubuhnya di tahan oleh dua orang lelaki dan serentak dengan itu tubuh seorang lelaki di tolak kasar di tengah ruangan itu.
Raymond terbaling lemah di tengah ruang itu.
Sekali lagi langkahnya mati.
"Aku ada lagi kejutan untuk kau nak tengok lagi tak?" Ujar Eiyad dengan riak kemenangan.
"Mummy" Mendengar esakkan itu tubuh Zahra mengetar.
Tubuh seorang wanita di tolak kasar dengan kesan lebam di muka dan darah di hujung bibir.Jasmine terbaring lemah di sebelah Raymond tubuh kecil Carol di tarik mendekatinya. Jasmine berusaha bangun dari pembaringannya dan mememuk tubuh kecil itu.
Carlos mengatap rahangnya.Mata Zamrud itu terus renung tajam anak mata Eiyad dihadapannya.
"Kesian kan laki kau seorang demi seorang bakal tinggalkan dia?" Jari Eiyad menyentuh wajah pucat Zahra yang sudah menangis teresak-esak.
"Don't touch her with your dirty hands bartard!"
Eiyad ketawa. Tangan yang memeluk leher Zahra dari belakang di lepas kan lalu tubuh gadis itu dia pusingkan mengadapnya. "Kenapa tak boleh."
Pang!
Satu tamparan yang amat kuat dihadiahkan kepada Zahra sehingga hujung bibir gadis itu pecah. Jasmine memeluk erat tubuh Carol mata kecik si kecil itu di tutup mengunakan tapak tangannya.
"Macam tak cukup merah" Pipi Zahra dia usap lembut sebelum sekali lagi menjadi mangsa tamparan lelaki itu.
Pang!
Carlos memejam mata tidak mahu lihat perkara yang sedang terjadi dihadapannya. Tidak sanggup Isterinya di sakitkan begitu.
"Just kill me.." Carlos memandang Zahra, Raymond, Jasmine dan Carol. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh melutut. Buat pertama kalinya, seorang Rayyan Carlos melutut dan merayu di kaki musuhnya.
Serentak itu Eiyad terus ketawa.
"Tak semudah itu. dan aku tak nak kotorkan tangan aku." Tubuh Zahra di tarik.
"Bunuh aku kalau itu yang buat kau puas!"
Zahra menggelengkan kepalanya dengan tangisan.
"Okey kalau itu yang kau mahukan!" Picu pistol di tangannya ditarik kemudian diacu ke arah Carlos
"Tapi tak menarik kalau aku bunuh kau dulu kan. Macam mana kalau aku bunuh dia dulu." Glock 17 itu kembali naik ke hujung kepala Zahra.
"Kill me, bastard!" Amuk Carlos. Dia bangun dan cuba untuk melangkah mendekati Eiyad namun luka tembakkan di lengannya di tekan.
Eiyad ketawa kuat.
Psiko.
Tangan Zahra di angkat dan Glock 17 itu di letakkan di tapak tangan Zahra. Mengeter tangan itu apabila pistol itu sudah berada di tangannya. Eiyad mengambil pisau rimbo di pinggangnya di keluarkan dari sarungnya lalu di acukan dipinggang Zahra.
"Sekarang baru menarik."
Zahra memejamkan matanya. Kepalanya di gelengkan. Air mata semakin banyak mengalir.
"Kill him!" Arah Eiyad. Tangan Zahra di angkat dan di tujukan menghala ke arah Carlos.
Zahra mengelengkan kepalanya sekali lagi
"Tembak dia Ara atau aku yang bunuh kau dulu." Pisau yang berada di tepi pinggang Zahra di tekan. Cukup sehingga mengeluarkan Cecair merah.
Carlos meretap rahangnya apabila melihat wajah Zahra berkerut menahan sakit.
"Kill me Zahra!" Jerit Carlos kuat.
"Im Sorry." Ujar Zahra perlahan.
Bang!
Serentak itu sedas tembakkan dilepaskan.
Tubuh Zahra mengeletar hebat. Matanya memejam seerat mungkin dan air matanya semakin lebat membanjiri pipi.
Tubuh Carlos yang sudah terkulai lemah dengan darah yang membuak-buak keluar.
"Frere (Abang)."
"Daddy."
Esakkan Jasmine dan Carol kedengaran.Malah kuat rontaan Zahra saat itu apabila wajah Carlos terkulai di situ. Dihadapan mata.
"Yes Yes Yes Kau sama pembunuh macam bapak kau.!"Eiyad melompat sambil bersorak bergema di setiap ruangan rumah usang itu.
Sorakkan itu kini diganti pula dengan ketawa yang amat kuat. Puas hati apabila melihat musuhnya melutut, merayu dan mati dihadapannya.
Bang!
Dan serentak itu Ketawa tadinya bergema perlahan-lahan hilang dan orang-orang suruhan lelaki itu satu persatu rebah menyembah bumi.
Bang.
Bang.
Bang.
"Sorry i'm late." Suara di hujung earpiece Raymond kedengaran agak bergetar. Mungkin juga menahan sakit.
Tidak menunggu lama, Zahra terus mendekati Carlos yang sudah terbaring lemah di atas lantai.Tangan Zahra bergetar, dengan cepat dia memangku Carlos.
"Hubby.." Tubuh Carlos yang sudah lemah itu dipangku di atas riba kemudian kepala carlos dicium olehnya.
"Carlos. Tolong. Ber..Tahan" Mata Zahra dikaburi dengan air mata. Suaranya bergetar hebat.
Carlos tersenyum tipis kemudian tangannya naik memegang wajah polos Zahra.
Jasmine yang memandang situasi itu juga turut sama menumpahkan air mata.
"Daddy.." Carol terus menerpa ke arah Carlos apabila pelukkan Jasmine terlerai.
"Maafkan sayang," ujar Carlos perhalan. Dikucup tangan Zahra yang berada di wajahnya. Zahra merebahkan sedikit tubuhnya dibawa tubuh Carlos ke dalam pelukan.Carol juga sudah berada di tepi Zahra.
"Daddy don't leave me." Semakin kuat tangisan Carol apabila perasan bahawa sekujur tubuh itu sudah tidak terkilau.
"Hubby!"
.....
Thanks sudi baca.. Tolong maafkan Carlos semoga di tenang di sana~~ Sop sop.. ^^,
Share this novel
ooppp