BAB 3

Romance Completed 18280

Sebulan kemudian,

Mariam Syuhada duduk di birai katil. Harini merupakan hari bersejarah buat dirinya. Pagi ini, dia akan dinikahkan oleh ayahnya sendiri. Jantung tak henti berdegup laju. Tangannya sejuk sejak tadi. Hafiza yang setia menemani dirinya langsung tak mampu menghilangkan gemuruh yang bersarang lama. Puas sudah dia membaca segala ayat2 penenang hati. Terkumat kamit mulutnya tak henti berzikir memuji Allah. Dikerling jam di dinding, ada sepuluh minit sahaja lagi sebelum pihak rombongan lelaki datang. Awal2 lagi Hafiy sudah maklumkan jadual kedatangan pihaknya.

"Kau jangan lah gelabah sangat! Tenang je". Bisik Hafiza. Jemari kawannya digenggam erat.

"Kau rasa aku boleh rilek ke? Rasa nak terberak pun ada ni!". Mariam Syuhada merungut.

Memang ini ke perasaan setiap bakal pengantin? Jantungnya berdegup laju yang teramat! Hampir saja nak tercabut dari badannya. Mariam Syuhada tak mampu nak duduk diam lagi. Habis digenggam hujung baju nikahnya. Dia kecut perut!

"Muka kau nampak sangat! Nanti mak mertua kau gelakkan lagi adalah! Baik kau rilek je, senyum. InsyaAllah semua berjalan lancar". Hafiza beriak teruja. Dia membetulkan selendang yang dipakai Mariam Syuhada.

Cantik kawannya harini. Berbaju kurung berona putih berbunga biru lembut. Dipadankan pula dengan selendang berwarna biru dan bunga tangan yang comel dipegang. Tak perlu mekap tak perlu nak berhias banyak. Mariam Syuhada tak mahu berlebihan. Cukup bedak biasa sahaja. Lagipun, tak elok berhias lebih2. Tambahan pula, Mariam Syuhada memang sudah alami cantik.

"Fiza, tudung aku ok ke?".

Hafiza tergelak kecil. Lucu betul melihat Mariam Syuhada seperti itu.

"Ok lah! Hish, pelik betul kau ni. Gelabah lain macam!". Hafiza duduk rapat dengan kawannya. Digenggam erat lengan Mariam Syuhada.

"Pengantin lelaki dah sampai!". Ujar Lina, sepupu Mariam Syuhada. Apalagi, bertambah gelabah lah Mariam Syuhada. Tak henti2 dia berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

Hafiy tiba bersama ahli keluarga dan sanak saudara terdekat. Dia segak berjubah kelabu dan berkopiah. Mengambil mood hari jumaat. Encik Shamsul bersalaman dengan Encik Azhar dan yang lain. Hafiy sempat bersalaman dan memeluk bakal bapa mertuanya. Dia juga turut merasa debarnya. Tempat diambil lalu dia menarik nafas panjang.

"Jadi, yang nak nikahkan bapa sendiri la?". Soal jurunikah dihadapan Hafiy. Encik Azhar mengangguk laju.

Jurunikah memulakan khutbah nikah dan diselangi dengan usikan2 yang bagi Hafiy langsung tak menarik minatnya. Hatinya berdebar kencang. Hafiy tak mampu nak menunggu lebih lama lagi. Dia mahu segera berakhir.

"Hafiy Arshad, kita istighfar dulu ye".

Hafiy menurut. Dia memejam mata rapat cuba menghayati bacaan istighfar yang dialunkan. Suasana majlis akad nikah sepertinya baru terasa. Dia mulai beriak tenang. Sempat dia mengerling pandang mencari kelibat Mariam Syuhada. Tetapi hampa. Wanita itu tiada di ruang tamu.

"Boleh panggil pengantin perempuan la". Ujar jurunikah. Puan Faizah bangun segera lalu naik menuju ke bilik Mariam Syuhada. Kelihatan wajah anaknya yang cantik sedang duduk menenangkan hati.

"Cantik anak umi. Jom, tok kadi panggil turun".

Puan Faizah memegang erat lengan Mariam Syuhada. Dia menghembus nafas perlahan. Masanya sudah tiba. Dia menurut langkah Puan Faizah. Hafiza mengekori dari belakang.

Setiap anak tangga yang dilalui terasa lambat sekali. Hiruk pikuk suara tetamu yang hadir menambahkan lagi debar di dada.

Mata Mariam Syuhada menangkap susuk tubuh Hafiy yang sedang elok duduk bersila menghadap Encik Azhar. Segak berbaju jubah menarik minat Mariam Syuhada untuk memandang lama. Ruang tamu penuh dengan kehadiran sanak saudara.

Mariam Syuhada mengambil tempat tak jauh dari Hafiy. Lelaki itu menoleh. Dia terpegun. Hafiy seolah2 berada diawangan. Cantik sekali bakal isterinya. Tak semena2 dia tersenyum sendiri. Mariam Syuhada tertunduk malu. Bukan dia tak perasan pandangan Hafiy terhadapnya.

"Boleh kita mulakan?". Suara jurunikah menghentikan lamunanya. Hafiy tersengih lalu mengangguk laju.

"Ok, Encik Azhar dah boleh mulakan lah".

Encik Azhar membetulkan duduk. Dia berdehem sebentar sebelum mula membacakan akad.

"Aku nikahkan akan dikau dengan anak ku, Mariam Syuhada binti Azhar dengan mas kahwinnya lima puluh dinar, tunai!".

Tangan digenggam, Hafiy menyahut yakin.

"Aku terima nikah Mariam Syuhada binti Azhar dengan mas kahwin lima puluh dinar, tunai!".

Dengan sekali lafaz dan mereka kini sah menjadi suami dan isteri. Hafiy mengucap syukur di dalam hati. Sempat dia mengerling si isteri. Mariam Syuhada tersenyum. Ada titisan air mata di pipinya. Mariam Syuhada tak mampu nak menggambarkan perasaannya saat ini. Bahagia bercampur sedih. Dia bakal meninggalkan rumah ibu bapanya dan beralih kepada syurga suami nya.

Doa ditadah dan diaminkan oleh segenap hadirin yang datang. Penuh bersungguh Hafiy mendoakan agar rumahtangga yang baru dibina sentiasa bahagia hingga jannah. Mariam Syuhada juga mendoakan yang sama. Taklik dibaca. Hafiy sempat mengesat air mata yang mengalir. Hatinya menjadi sebak seketika. Janjinya agar Mariam Syuhada sentiasa di sisinya.

"Alhamdulillah! Tahniah ye". Ucap jurunikah sebelum bersurai. Encik Azhar dan Encik Shamsul berpelukan bahagia.

Mariam Syuhada sudah menangis di pelukan umi. Sungguh, dia tak sanggup nak berpisah dengan jantung hatinya. Berkali2 Puan Faizah mengusap lembut air mata yang mengalir. Anaknya sudah menjadi milik orang lain. Hafiza tersenyum suka. Akhirnya, Mariam Syuhada sudah berkahwin. Tak sangka dalam diam, dia yang memulakan hidup baru dahulu.

"Umi, terima kasih sebab jaga Syu selama ni". Ujarnya dalam esak tangis. Tisu yang dipegang habis lunyai dengan air mata.

"Jangan cakap macamtu. Umi sayang Syu, tau! Jadi isteri solehah, ya?". Pesan Puan Faizah. Sempat dia membetulkan lipatan tudung anaknya.

Mariam Syuhada mencium kedua2 belah pipi Puan Faizah. Sesudah itu, dia memeluk pula adik kesayangannya yang sudah semestinya tak berhenti menangis. Lama mereka berpelukan.

"Akak sayang adik. Terima kasih tau!". Ujar Mariam Syuhada. Dia mengelap air mata adiknya.

"Syu, tahniah!". Ucap Hafiza teruja. Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Thanks tau! Kau satu2 nya kawan baik aku!".

Mereka tergelak kecil. Tangan digenggam erat. Hafiy mendekati. Mariam Syuhada membetulkan duduk. Tiba2, debarnya kembali. Tak pernah mereka duduk sedekat ini.

"Assalamulaikum". Ujarnya. Mariam Syuhada menjawab perlahan. Tangan Puan Faizah disalam lembut.

Mariam Syuhada kaku. Seram sejuk pulak jadinya. Bau perfume Hafiy kuat menembusi rongga hidungnya. Dia tak mampu nak mengangkat wajah memandang si suami. Mariam Syuhada masih segan.

Hafiy meletakkan tangan diubun2 Mariam Syuhada. Doa dibaca agar perkahwinan ini menjadi satu rahmat buat mereka berdua dan dijauhkan dari fitnah manusia. Mariam Syuhada turut berdoa di dalam hati. Sejuk hatinya bila Hafiy sempat mengangkat tangan berdoa dihadapnnya. Tenang sekali mendengar suara garau itu. Fasih bacaan arabnya. Mariam Syuhada terpikat.

"Sarung cincin je. Tak perlu yang lain2". Sempat Puan Faizah berpesan. Dia begitu menjaga adab dan syariah Islam. Mariam Syuhada juga tersenyum setuju. Tak perlu nak mencium dahi bagai!

Usai menyarungkan cincin dan pemberian mas kahwin, mereka mengambil gambar kenangan bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Saat inilah yang dinantikan Hafiy. Suka bila dapat duduk rapat dengan Mariam Syuhada. Bahu bertemu bahu. Dia dapat merasakan perasaan isterinya yang berdebar. Langsung Mariam Syuhada tak menoleh pandang kearah Hafiy. Tangannya sudah menggigil sejuk. Hafiy pula seolah2 tak memahami. Lagi dia jauh, lagi Hafiy mendekat.

"Syu, aku nak gambar dengan kau, boleh? Kenangan!". Ujar Hafiza setelah selesai sesi bergambar dengan keluarga. Mariam Syuhada menagngguk setuju.

"Thanks beb! Sayang kau!". Mereka berpelukan lagi. Hafiy hanya diam memerhati. Suka melihat gelagat isterinya. Comel!

"Syuhada nak makan?". Hafiy mencelah dalam kesibukan mereka berborak. Mariam Syuhada menoleh.

"Dah lapar ke?". Soalan dibalas soalan. Lembut sekali suara itu ditelinga Hafiy.

"Er.. aku pergi dulu la. Korang pergi la makan, ek!".

Hafiza memahami situasi. Nak tergelak pun ada! Lekas dia menghilangkan diri sebelum sempat Mariam Syuhada berkata apa2.

Hafiy tersengih. Bagus betul Hafiza ni. Sangat memahami.

"Jom! Abang lapar". Dia merengek manja. Sengaja didekatkan wajahnya.

"Er.. ha, jom!". Mariam Syuhada gelabah.

Abang? Aduh, dia tak boleh nak tenang macamni. Mariam Syuhada bingkas bangun menuju ke khemah. Hafiy tersengih. Suka dapat melihat isterinya tersipu malu.

Pinggan diambil. Mariam Syuhada menceduk nasi ke dalam pinghan dengan penuh berhati2. Hafiy mendekati isterinya.

"Nak banyak ke sikit?". Soal Mariam Syuhada sambil menunjukkan pinggan ditangan.

"Cukuplah tu". Hafiy ambil lalu menceduk kuah. Mariam Syuhada mengekori langkah suaminya.

"Syuhada tak makan ke?".

"Tak lapar lagi. Makan la dulu".

Hafiy berkerut. "Tak lapar?".

Mariam Syuhada menggeleng laju. Memang dia tak merasa lapar lagi. Matanya terpandang kelibat Puan Faizah dan Encik Azhar. Mariam Syuhada segera mendekati orang tuanya.

"Eh, Syu! Meh duduk sini makan sekali". Pelawa Puan Faizah. Mariam Syuhada mengambil tempat disebelah umi.

"Syu tak lapar lagi. Nanti baru Syu makan". Jawabnya melihatkan wajah pelik Puan Faizah. Hafiy duduk berhadapan Mariam Syuhada.

"Tak ajak isteri kamu makan sekali ke?". Encik Shamsul bersuara.

"Dia taknak, takkan nak paksa pulak". Jawabnya ringkas. Suapan pertama masuk ke tekak. Nikmat tak terkata!

"Takpe ayah, Syu tak lapar lagi. Syu teman abang makan je". Jawab Mariam Syuhada sopan. Terkelu Hafiy mendengarnya. Ni baru nikah dah macam orang sewel! Hafiy, sabar sikit!

"Lega semua dah settle!". Ujar Puan Faizah.

"Alhamdulillah! Akhirnya, dah selamat pun diorang, ye". Sahut Puan Azila pula.

"Alhamdulillah! Tapi tulah, saya lega dah nikah pun Syu ni. Lepasni, Zulaikha pulak. Rasa macam dah lepas la tanggungjawab tu".

Encik Shamsul tersenyum manis. Bersetuju dengan kata2 besannya.

"Betul tu! Kami ni pun rasa lega dah. Lepasni, pandai2 la bawak diri. Dah ada tanggungjawab sendiri, kan!".

Meletus ketawa mereka berempat. Mariam Syuhada hanya mendengar sahaja. Sempat dia mengerling pandang suaminya yang sedang khusyuk makan.

"Harapnya, pandai2 la diorang jaga diri. Kita ni mampu doakan aja yang terbaik".

"Betul tu, Har! Aku sokong!". Encik Shamsul tersenyum riang.

Riuh mereka berborak. Mariam Syuhada langsung tak berminat nak menyampuk atau mendengar. Pandangnnya kini terarah pada Hafiy. Sopan sungguh suaminya menjamu selera. Segak dimata Mariam Syuhada. Baru dia perasan tahi lalat di kening sebelah kanan Hafiy. Suaminya mengangkat muka.

"Syuhada nak ke?". Soalnya lembut.

"Makanlah. Syu tak lapar pun".

"Habis tu, yang duk pandang abang dari tadi kenapa?". Dia mengusik. Gelabah isterinya seketika.

"Mana ada!". Mariam Syuhada cuba mengawal suaranya sehabis boleh bimbang didengari oleh orang tuanya. Hafiy tergelak suka.

"Iyelah tu!". Hafiy meneruskan suapan. Mariam Syuhada menggigit jari geram. Suka sangat mengusik!

"Hafiy dah settle belum? Jom solat jumaat! Nak masuk waktu dah ni". Ajak Encik Azhar laju. Mereka bingkas bangun dari tempat duduk.

"Ayah pergi dulu. Hafiy nak ke toilet sekejap".

"Haa.. yelah! Jumpa kat masjid nanti".

Hafiy bangun dari tempat duduk. Mariam Syuhada mengekori langkah suaminya. Jam dipergelangan tangan menunjukkan pukul 1 petang.

"Dalam bilik Syu ada toilet". Ujar Mariam Syuhada.

Pintu bilik dibuka. Hafiy masuk buat pertama kalinya ke dalam bilik kepunyaan isterinya. Kemas dan cantik. Hiasan yang simple tapi menenangkan.

"Cantik!". Puji Hafiy sebelum bergerak ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri dan mengambil wudhu semula.

Mariam Syuhada mula membuka tudungnya. Rimas bertambah panas. Dia mula merapikan rambutnya sebelum diikat kemas. Takut juga bila berdua dengan suami di dalam bilik begini. Mariam Syuhada cepat2 menepis perasaan itu. Dia sudah berjanji pada dirinya ingin menjadi isteri solehah buat Hafiy kelak.

Sedang dia leka mengelamun, Hafiy keluar dari bilik air. Terpegun dia melihat wajah Mariam Syuhada. Nasib tak gugur jantungnya. Cantik sungguh!

"Subhanallah!".

Hanya itu yang keluar dari bibir Hafiy. Berdegup laju jantungnya. Matanya tak dapat nak beralih ke tempat lain. Bidadari mana yang turun dari kayangan ini?

Mariam Syuhada tegak berdiri. Malu bila dipandang sebegitu. Puas dia menenangkan hatinya saat ini. Bilik itu diam tak bersuara. Seakan2 ada remote yang menekan punat pause.

Hafiy mendekati Mariam Syuhada. "Cantik! Sangat cantik".

Mariam Syuhada tak tahu nak bereaksi apa. Merah pipinya menahan malu. Wajahnya tertunduk ke lantai.

"Terima kasih". Perlahan suaranya hampir tak kedengaran. Hafiy tersenyum suka.

"Abang nak ke masjid. Tunggu abang".

Hafiy keluar setelah beberapa saat merenung wajah Mariam Syuhada. Pintu bilik ditutup rapat.

"Haish! Macamana nak khusyuk kalau gini!". Dia memegang kuat dadanya. Hafiy tersengih seraya berlalu menuju ke masjid berdekatan.

Mariam Syuhada mula mendapat oksigen. Dia terduduk di birai katil. Bahang mukanya dek manahan malu. Tak sudah dia tersengih suka. Bau biliknya sudah bertukar kepada bau Hafiy. Mariam Syuhada menarik nafas panjang.

"Wangi". Sepatah dia bersuara. Mariam Syuhada tersengih lagi. Nampaknya, dia sudah angau!

"Aku janji aku akan jadi yang terbaik buat dia". Tangannya diletak di dada. Mariam Syuhada bersemangat.

Inilah perasaan yang paling mahal dalam hidup Mariam Syuhada.

Dia bingkas bangun lalu membersihkan diri. Memandangkan selepas ini sudah tiada apa2, boleh lah Mariam Syuhada berehat sebentar. Penat badannya baru terasa. Tuala dicapai lalu segera ke bilik air. Sesudah itu, dia mulai menunaikan solat zohor.

Doa ditadah penuh rendah diri. Mariam Syuhada memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kerana diberi nikmat oleh Allah untuk mengecap rasa bahagia dalam hidup. Sempat dia berdoa agar perkahwinannya berkekalan hingga ke Jannah.

Mariam Syuhada sempat menghabiskan bacaan mathurat dan manzil. Hafiy pulang ketika Mariam Syuhada khusyuk membaca manzil. Dia langsung tak perasan kehadiran Hafiy yang sudah duduk di sebelahnya. Hafiy turut membaca. Mujur dia sudah menghafal bacaan manzil sejak dari sekolah meneng lagi. Sehinggalah habis manzil dibaca, barulah Mariam Syuhada perasan susuk tubuh suaminya.

"Eh, abang! Bila balik?". Terkejut melihat Hafiy. Manzil ditutup kemas.

"Dari tadi. Sedap suara Syu. Bagus isteri abang boleh hafal manzil dengan mathurat".

"Umi yang suruh amalkan. Lagipun, banyak fadhilat kan kalau kita amalkan?".

Hafiy mengangguk setuju. "Erm, betul tu. Pandai isteri abang ni".

Mariam Syuhada tersenyum malu.

"Abang dah siapkan rumah untuk kita. Bila2 Syu dah ready, kita boleh pindah masuk".

"Abang beli rumah?".

"Ha'ah! Senang untuk kita duduk. Takkan Syu nak tinggal dekat rumah mak pulak. Abang nak bagi keselesaan buat isteri abang. Tak jauh dari rumah umi. Kira tengah2. Senang kita nak ulang alik nanti". Terangnya panjang lebar. Mariam Syuhada khusyuk mendengar.

"Syu tak kisah. Mana abang pergi, Syu akan ikut. Tempat Syu disisi abang".

Hafiy tersenyum bahagia. Pipi Mariam Syuhada diusap lembut. Dia sedikit terkejut tapi segera dikawal perasaannya.

"Terima kasih sebab sudi terima abang. InsyaAllah, abang janji akan jaga Syuhada sebaik2nya".

"Ameen. Syu minta abang tegur kalau Syu buat salah. Syu cuba jadi isteri yang terbaik".

"Kita sama2 bentuk syurga idaman kita". Balas Hafiy lembut. Dia mengucup dahi isterinya lama. Ada ketenangan yang menggembur di jiwa.

Mariam Syuhada tersenyum. Lama dia memandang wajah Hafiy. Tenang wajah suaminya.

"Jangan pandang lama2, nanti lain jadi nya". Bisik Hafiy rapat ke telinga Mariam Syuhada. Dia pantas menolak wajah suaminya kuat.

Mariam Syuhada bingkas bangun lalu melipat telekung kemas. Sejadah diletak di ampaian.

"Syu jangan potong rambut tau! Abang suka panjang macamtu".

Hafiy duduk di birai katil memerhati isterinya sedang membetulkan rambut. Cantik isterinya saat ini ditambah lagi dengan rambut yang panjang mengurai. Hafiy semakin terpukau.

"Abang suka kalau Syu rambut panjang?".

Hafiy mengangguk.

"Abang suka Syu macamana?". Mariam Syuhada mendekati lalu duduk disebelah suaminya.

"Maksud Syu?". Dia menoleh pandang kearah isterinya. Rambut Mariam Syuhada dibelai lembut.

"Abang suka tengok Syu macamana? Penampilan Syu". Jelasnya.

"Abang suka Syu berhias untuk abang. Cantik untuk abang sorang. Abang suka Syu bela rambut panjang. Abang suka Syu layan abang dengan suara lembut Syu. Abang suka Syu pandang abang". Hafiy menjawab polos. Matanya masih tak lepas memandang wajah isterinya.

"Ok!".

Mariam Syuhada bangun. Hafiy mengerutkan dahi.

"Tu je?".

"Hurm.. tu je la yang Syu nak tanya!". Dia menjawab tanpa rasa bersalah. Sedangkan suaminya sudah pura2 merajuk.

"Abang ingatkan adalah Syu nak jawab apa2 ke. Takkan ok je? Macamtu je jawapan Syu? Takde nak jawab romantik2 dengan abang ni?". Dia soal kembali tak puas hati. Mariam Syuhada mengangguk laju.

"Tu jelah. Syu dah tau jawapan, dah la". Dia tersengih suka.

Hafiy baring. Dia memejam mata rapat. Sengaja acah2 merajuk mana tau isterinya akan pujuk. Lama dia sebegitu, tetapi tiada tanda Mariam Syuhada mendekati. Hafiy membuka mata. Dilihatnya Mariam Syuhada sedang berdiri memandang kearahnya tak berkutik.

"Syu! Abang marah ni". Hafiy kembali duduk.

"Marah ke? Tak nampak macam marah pun. Lagipun, kenapa nak marah? Syu tak buat apa2 pun". Dia membela diri. Sengaja menambah ramuan untuk menyakat.

Hafiy merenung lama isterinya. Mariam Syuhada cuak.

"Ish, yelah! Syu sorry! Habis, abang nak Syu cakap apa?".

Hafiy mula menguntum senyuman. Dia tarik lengan isterinya agar duduk di ribanya. Mariam Syuhada terkelu.

"Cakaplah yang Syu akan jadi macam yang abang nak. Syu akan berhias hanya untuk abang. Syu akan cantik hanya untuk abang sorang". Suaranya makin lama makin perlahan dan lunak. Mariam Syuhada menggenggam baju Hafiy kuat. Jantungnya berdegup laju. Dia tak berani nak memandang Hafiy lama.

"Cakap la cepat". Makin perlahan suaranya. Mariam Syuhada gementar.

"Jangan la, bang".

Hafiy memegang erat pinggannya. Mariam Syuhada tiada kuasa untuk melawan. Nak tak nak, terpaksa dia mengulang ayat yang sama. Hafiy makin galak mengusik dirinya.

"Good! Abang suka dengar". Dia mengenyitkan mata. Mariam Syuhada terpaku.

Lama mereka dalam keadaan seperti itu. Hafiy suka merenung lama wajah Mariam Syuhada. Tak puas rasanya melihat wajah cantik isterinya. Merah pipi langsung tak dihirau. Nikmat bercinta lepas nikah memang dahsyat!

"Lama lagi ke nak tenung muka Syu ni?". Mariam Syuhada bersuara. Kebas wajahnya saat ini. Suaminya pun tak beragak nak merenung. Nasib tak gugur jantung ni.

"Takkan puas". Jawabnya tenang.

Mariam Syuhada malu. Dia menyembamkan wajahnya ke dada Hafiy. Hafiy memeluk erat isteri tercinta. Bahagia sekali!

Petang itu, Hafiy hanya mampu meluangkan masa sekejap dengan Mariam Syuhada. Isterinya sudah menghalau dia dari masuk ke bilik ataupun duduk berdekatan dengannya sehingga malam. Katanya, selagi kerja diluar rumah tak selesai, Mariam Syuhada takkan melayan Hafiy. Nak tak nak, terpaksa diikutkan juga kata isterinya. Mariam Syuhada pula membantu umi di dapur. Mujur ada Mariam Zulaikha, kerja di dapur menjadi mudah.

Dari mengemas dapur, mengangkat periuk dan kuali naik ke loteng hinggalah menyapu dan mengemop dapur hingga bersih. Semua dilakukan mereka bertiga. Habis sakit pinggang mereka ditambah peluh yang memercik di dahi. Puan Faizah sudah lama tersandar lesu di dinding. Mariam Zulaikha juga hampir saja ingin merehatkan diri.

"Rehat kejap, Syu! Nanti kita sambung". Ujar Puan Faizah perlahan. Kakinya diurut lembut.

"Sikit lagi, umi. Syu nak sudahkan lauk ni". Mariam Syuhada mula mengambil lauk rendang dan dipanaskan diatas dapur gas. Sayang kalau basi nanti.

Mariam Zulaikha mengurut lembut kaki Puan Faizah. Kesian dia melihat umi nya bertungkus lumus menguruskan segala persiapan. Pasti umi penat yang teramat. Pinggang nya juga sakit, apatah lagi umi yang sudah tua.

"Akak, masa adik nanti tak payah masak la, pakai katering aje! Senang kerja semua orang". Ujar Mariam Zulaikha tiba2. Semua memandang kearahnya.

"Dah ada ke?". Usik Mariam Syuhada.

"Haa.. er.. belum la! Tapi adik just bagitau je dulu". Dia malu. Kepala yang tak gatal digaru.

"Takpe, adik! Umi lagi suka kita masak sama2 macamni. Lagi best. Kalau katering nanti, takut tak kena tekak". Bidas Puan Faizah.

"Tapi, kesian umi macamni".

"Takpelah! Tu yang baru seronok!". Puan Faizah tersengih. Diusap bahu anak perempuannya.

"Dah siap semua?". Suara Encik Azhar kedengaran. Mariam Syuhada menoleh. Kelihatan suaminya juga turut ke dapur. Wajahnya jelas kelihatan penat.

"Sudah, bang! Lauk je yang tinggal nak panaskan. Kamu nak makan, Hafiy?".

"Eh, takpe umi. Hafiy tak lapar lagi. Umi kenapa ni?". Soalnya risau melihat Mariam Zulaikha sedang mengurut kakinya.

"Lenguh sikit. Sambil2 tu urut la sikit".

"Saya nak mandi kejap, dah belengas badan ni. Depan tu semua dah berkemas. Pintu pagar je saya tak kunci lagi. Hafiy, nanti bawak periuk yang dah kering tu masuk dulu ye. Ayah ingat nak terus tidur la, penat". Encik Azhar memberi pesan.

Hafiy mengangguk laju. Puan Faizah bangun lalu membontoti langkah suaminya. Mariam Zulaikha juga turut masuk ke dalam bilik. Dia perlu menyiapkan assignment yang masih berbaki.

Tinggal Hafiy dan Mariam Syuhada berdua didapur. Hafiy duduk di meja makan menghadap isterinya yang sedang membelakangkan dirinya. Mariam Syuhada masih diam.

"Abang haus la".

Mariam Syuhada langsung ke peti sejuk lalu menuang baki jus oren ke dalam gelas. Dia menghulurkan kepada Hafiy tanpa sebarang suara.

"Terima kasih". Mariam Syuhada hanya angguk. Hafiy tersenyum kecil.

Lama mereka diam seperti itu. Hafiy mula bangun mendekati Mariam Syuhada.

"Buat apa lama sangat tu?". Bisik Hafiy rapat ke telinga.

Mariam Syuhada kaku. Senduk ditangan digenggam sekuat yang boleh. Yang ni lah dia taknak berlaku. Boleh masuk icu selalu macamni!

"N..nak..mak.an?". Terketar2 suaranya. Lauk yang sememangnya sudah panas, dibiar lebih lama.

"Abang tanya buat apa lama sangat ni? Lauk tu kan dah panas".

Mariam Syuhada mengetap bibir. Oh umi! Syu malu!

"Er, ha.. dah! Nak tutup api la ni". Jawapan paling tak munasabah. Malu oii!

"Takut dengan abang ke?". Dia mula menjarakkan diri. Hafiy kembali semula ke kerusi.

Mariam Syuhada tak menjawab. Dia hanya mampu membebel pada diri sendiri saja saat ini.

"Meh sini, duduk dengan abang". Ajak Hafiy. Kerusi disebelah ditarik. Mariam Syuhada menurut. Sebolehnya dia cuba bernafas seperti biasa.

"Takut abang buat apa2 ke?". Lengan Mariam Syuhada diusap lembut. Suka dia membelai Mariam Syuhada begitu.

"Tak pun!".

"Habis tu?". Hafiy menguji lagi. Dia menopang dagu memandang Mariam Syuhada yang sudah gelabah. Tangan isterinya dibawa ke genggaman.

Hafiy tersengih. "Jangan malu dengan abang. Kita dah kahwin pun. Tapi kan, abang suka la pulak tengok Syu malu2 macamni".

Mariam Syuhada bertambah malu. Mana nak disorok mukanya yang sudah tebal seinci ni.

"Ok, malam ni abang nak dengar suara isteri abang bercerita. Syu boleh cerita kat abang apa saja pasal Syu. Kira kita buat sesi suai kenal la". Dia membetulkan duduk. Anak matanya memandang tepat Mariam Syuhada.

"Suai kenal?".

Hafiy mengangguk.

"Tapi, Syu nak cerita apa? Macam blur pulak otak malam2 ni". Jawabnya ringkas.

"Apa je pasal Syu yang abang perlu tahu. Memang la kita dah kahwin, and nanti abang akan tau sendiri pasal Syu sepanjang perkahwinan kita. Tapi, abang nak kita berborak malam ni. Abang nak dengar suara Syu". Jelasnya lagi.

Mariam Syuhada berfikir seketika. Cerita apa yang ingin dia sampaikan buat pengetahuan Hafiy? Rasanya, dia tak punya cerita apa pun.

"Ok, apa kata kita mula dengan Syu masa sekolah rendah dulu? Atau masa Syu kecil2 dulu? Cerita la kat abang".

Mariam Syuhada tergelak kecil. "Nak filem kan ke?".

"Why not?". Dia turut tergelak. Mariam Syuhada berdehem seketika sebelum mula bercerita.

Bermula dengan kisah ketika Mariam Syuhada kecil hinggalah ke sekolah rendah. Semuanya diceritakan kepada Hafiy tanpa ada kurang langsung. Seronok suaminya mendengar. Sesekali, dia akan tergelak mendengar cerita lucu Mariam Syuhada. Ternyata, kisah Mariam Syuhada ketika kecil sangat menyeronokkan.

"Macamtulah!".

Hafiy mengangguk laju. "Apa benda yang Syu paling tak suka dalam hidup?".

"Contohnya? Syu rasa banyak je". Jawabnya selamba.

"Amboi! Lain macam dengar. Hirm, contohnya macam.. Syu tak suka haiwan apa? Atau.. Syu tak suka orang buat apa kat Syu?". Hafiy bermain dengan jemari isterinya.

"Syu tak suka orang fitnah atau tuduh Syu melulu. Boleh sakit jiwa macamtu! Sebolehnya Syu nak elakkan benda tu. Sebab tu Syu pegang prinsip, kena buat baik dengan orang. InsyaAllah, kita terpelihara dengan benda2 macamtu". Dia tersenyum manis. Hafiy juga begitu.

"Bagus isteri abang ni". Dia mencubit lembut pipi Mariam Syuhada.

"Abang pulak? Asyik Syu je".

"Hirm, abang ni takde yang menarik pun!".

"Ala.. cerita jelah. Syu dah cerita bahagian Syu tau! Sekarang giliran abang pulak". Mariam Syuhada mencebik.

"Okay lah, Syu nak tau apa pasal abang?". Soal Hafiy lembut.

"Semua!". Jawabnya laju. Semestinya dia ingin mengetahui segalanya tentang lelaki yang sudah sah menjadi miliknya. Dia tak mahu kekurangan satu pun tentang Hafiy.

"Ok, nama abang Hafiy Arshad bin Shamsul!".

Mariam Syuhada mengekek gelak. "Itu Syu pun tau!". Dia pukul lembut bahu suaminya. Suka nak bergurau.

"Yelah! Kata nak tau semua. Semua la ni abang nak cerita. Mana la tau Syu tak tahu nama abang ke". Seloroh Hafiy. Seronok pula bergurau senda malam2 macamni.

"Nama dah.. lagi? Haa. Abang kerja dekat Shah Alam. Sebagai perunding kaunselor rumah tangga. Kalau Syu ada masalah, boleh datang jumpa abang!".

Mariam Syuhada mencubit pula lengan suaminya kuat. Mengekek Hafiy ketawa. Mujur semua sudah lena dibuai mimpi. Kalau tak, malu aje.

"Main2, eh! Syu cubit lagi baru tau. Cerita lah betul2!". Dia sudah merungut geram.

"Ok sorry! Abang betul2. Hurm, abang dulu sekolah start dari umur 4 tahun. Mak masukkan abang dekat sekolah tahfiz. Hafal surah2 lazim dulu kat tadika. Then, abang masuk pondok habiskan quran. That was masa umur abang 15 tahun".

"15 tahun abang dah khatam? Hebat nya!". Soalnya terpegun. Terbeliak anak mata Mariam Syuhada tak sangka suaminya seorang hafiz quran.

"Alhamdulillah, berkat mak dan ayah yang didik abang. Biasa je tu". Hafiy merendah diri. Malu pula bila dipuji oleh isteri sendiri.

"Abang ambil Spm macam biasa lepastu ambil diploma macam biasa. Tapi, ada pelik nya kat situ. Diploma abang ambil course lain, ijazah lain and now kerja lain!". Dia ketawa sendiri.

"Apa yang lain?". Dia makin berminat nak mengetahui kisah Hafiy.

"Diploma abang ambil quran sunnah. Masuk ijazah ambil komputer and now abang kerja kaunselor. Pelik kan?".

Mariam Syuhada tersenyum, "Macamana boleh bertukar tu?".

"Abang memang minat komputer. Tapi mak dengan ayah nak abang ambil kaunseling ni. Dia suka tengok anak dia selesaikan masalah orang agaknya!". Dia tergelak lagi.

"Setakat ni, abang dah jumpa masalah macamana je?".

"Macam2 lah. Semua masalah yang ada. Kadang tu, tak masuk akal pun ada".

"Contoh?".

"Hurm.. contohnya.. pasal pen! Ada sorang tu, pasal pen kesayangan suami hilang, terus diceraikan isterinya. Dituduh tak pandai jaga barang suami".

Mariam Syuhada terkejut. Tak sangka sekecil2 hal mampu membuat rumahtangga berantakan. Gerun dia mendengar cerita Hafiy.

"Jangan takut lah! InsyaAllah, kita akan jaga elok2 perkahwinan kita ni". Hafiy cuba menenangkan. Isterinya kelihatan cuak mendengar cerita nya.

Dia sendiri sudah lali mendengar kisah yang bermacam2 saban hari. Pada mulanya, dia juga jadi takut sehingga membuat keputusan untuk tidak berkahwin. Tapi, itu semua atas diri sendiri. Selagi pandai mengemudi, InsyaAllah pasti sampai ke destinasi dengan elok.

"Kesiannya diorang".

Mariam Syuhada bersimpati. Tak sanggup nak membayangkan keadaan klien yang berjumpa Hafiy meminta khidmat nasihat. Pasti keadaan mereka tak terkawal.

"Memang la kesian, tapi nak buat macamana. Hidup diorang perlu diteruskan. Abang mampu bagi nasihat aje. Seterusnya, diorang sendiri". Hafiy menguak rambutnya.

"Ada yang sampai bergaduh kat situ?".

"Ada je". Selamba dia menjawab.

"Habis tu, apa jadi?". Mariam Syuhada tak sabar.

"Abang halau balik la. Silap haribulan abang kena sekali kang!". Dia tersengih.

Mariam Syuhada terdiam. Sungguh, perkahwinan satu perjalanan panjang yang harus ditempuh dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan. Jauh disudut hati, dia berdoa agar rumahtangga yang dibina kekal hingga syurga.

"Syu risau ke?". Soal Hafiy prihatin. Wajah isterinya ditatap lama.

"Syu takut pulak. Hal kecil pun boleh jadi gaduh". Luahnya. Meremang bulu romanya.

"Tak payah risau la. Kita cuba buat yang terbaik. Abang janji akan jaga syurga kita ni sebaiknya". Hafiy tersenyum manis. Dia mengusap kepala Mariam Syuhada perlahan.

"Abang redha dengan pilihan abang ni?".

Hafiy tersenyum manis. Tangan Mariam Syuhada dikucup lembut sebelum dia menjawab pertanyaan isterinya.

"Syuhada jantung hati abang. Kalau Syu takde, abang pun takde". Ringkas jawapannya. Mariam Syuhada terdiam.

"Terima kasih sebab sudi terima Syu. Syu janji, cinta abang akan Syu jaga sampai mati!". Dia mengucup pipi suaminya. Hafiy tersenyum suka. Terasa aktif seluruh urat nadi nya.

Hafiy mengusap pipi isterinya. Lama ditenung wajah Mariam Syuhada. Mereka hilang dalam angan sendiri. Mariam Syuhada juga tak mahu mengalah merenung dalam2 wajah kesayangan hatinya.

"Jom tidur".

Hafiy tersenyum nakal. Mariam Syuhada pula tersenyum malu. Dia bangun mengekori langkah suaminya. Dalam hati, dia berdoa agar segalanya dipermudahkan. Dia ingin menjadi penyejuk hati Hafiy Arshad.

Dan malam semakin gelap. Mereka semakin larut dengan cinta suci yang berkembang mekar di dalam hati.

*** 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience