H23

Crime Series 45700

"Har... bangun... dah subuh..."


Ezhar merengus kecil ketika terasa lengan dielus lembut oleh isterinya


Dafika senyum, lengan kekar suaminya cuba ditarik lagi dari lilitan pinggannya namun sekali lagi lelaki itu memeluk erat.

"Har... bangun, mandi.. nanti terlepas subuh."

Arah Dafika lagi.

"Mmphmm... satu round lagi."

"Har!"

Dafika menjerit halus lantas lengan suaminya ditampar manja.

3 round masih tak cukup lagi ke?!
Bibir Dafika lebar melorek senyum.

Nakal kan Ezhar Iqbal ni?


Ezhar menarik lengannya kemudian kembali menelentangkan tubuh diatas katil.


Ketika merasakan pelukan Ezhar terlerai, Dafika mendudukan badanya.

"Bangun Har... Nanti terlepas nak solat kat surau."

Sekali lagi Dafika mengingatkan suaminya,

Dia tahu Ezhar sekarang makin kerap ke surau bersama Haji Bohari. Lelaki itu sendiri menyatakan dia masih berlajar untuk mendalami agama. Tak mampu untuk solat seorang, dan masih perlu dibimbing.


Ezhar mengangguk lemah dengan arahan isterinya. Badan turut dibangunkan.

Dalam kelam cahaya, dia memandang tubuh Dafika yang sedikit terdedah.

Nafsu yang membuak lagi cuba ditahan.


Tak boleh jadi ni, karang terlepas subuh. Naya!


Dengan malas, Ezhar menuruni katil dan mencapai baju T'shirt yang terdampar dihujung tilam. Kain pelikat yang hampir terlerai, digulung kembali supaya kemas.


Dafika turut bangun, baju dan seluar dikemaskan ditubuh sebelum mengambil tudung yang tersangkut dipaku dan memakainya di kepala.


Ezhar yang memerhati, melangkah mendekati Dafika. Belakang wanita itu dipeluk sebelum dagunya diletak pada bahu Dafika yang sudah berkerudung.

Ah... masih rasa tak mahu melepaskan isterinya.


Jelas kat sini, Ezhar lebih 'Clingy' dari Dafika, Huh!

"Har... lepaslah... "

Dafika cuba mengeluarkan kedua lengan Ezhar dari pinggangnya, namun makin kuat lelaki itu memeluk.



"Fika... Balik dari surau ni kita buat satu round lagi."

Ish Ezhar ni! Nak pergi surau pun masih fikir bukan-bukan?
"Dah lah Har.. pergi mandi,nanti lewat"

Dafika terus mengarah lembut.

"Kita mandi sama?"


Suara garau Ezhar terus tepat menghembus telinga kanan Dafika, membuatkan dia tersenyum lebar

"Jangan nak mengada Har, malu nanti kalau Wan dengan Atuk nampak."

"Mmm.."

Ezhar merengus manja, kaki dihentak ke lantai seakan budak kecil.

"Awak ni Har!"

Dafika turut merengus, tubuhnya dikeluarkan dari kenkangan Ezhar. Badannya dipusing dan memandang suami.

"Awak nak mandi sekarang ke, atau awak nak saya halau awak tidur bilik Arsyad lagi."

Duga Dafika kembali. Sengaja. Kedua tangan sudah dicekak ke pinggang.

"Bukan aku yang masuk bilik kau, Kau yang tarik aku kesini kan?"


Pantas ekor mata Dafika melirik kearah Ezhar, lelaki itu tersenyum sinis.

"Dah la Har.. awak keluar lah."

Rajuk Dafika mula terbit,tubuh suaminya ditolak namun sedikitpun tidak bergerak. Ezhar memakukan kaki di lantai.


Lengan Dafika dicapai dan Ezhar bawa tubuh kecil itu dihadapannya. Kepala ditundukan sedikit menyamai ketinggian wanita itu.
"Fika..jangan jauh dari aku. Aku sedar aku tak kuat tanpa kau."


Tingkah Dafika terhenti, matanya turut melirik pandangan Ezhar. Lidah beku untuk bersuara.

"Fika.. aku tak pandai nak bercakap romantik macam lelaki lain. Tapi bagi aku peluang untuk sentiasa dekat dengan kau. A.. aku sayang kan kau."


Sayang?

Adakah Dafika sedang bermimpi lagi? Betul ke telinga dia mendengar kata sayang dari Ezhar?

"Err.. saya tak dengar ayat last awak tu, boleh awak ulang?"


Ezhar menarik wajahnya menjauh, kening tebal bercantum rapat ketika mendengar soalan Dafika.
"Kau dengar apa aku cakap tadi kan? Kau sengaja nak suruh aku ulang?"


Laju Dafika menangguk kepala lantas mengukir senyum, dia dengar tapi dia teringin mendengar lagi kata 'sayang' itu. Tak salah kan?

"Kau tunggu ye. Lepas aku balik surau, aku nak kau layan aku semula."

Permintaan Dafika tidak Ezhar layan. Dia seolah-olah memberi amaran sebelum kaki melangkah keluar dari bilik.


Makin lebar senyuman Dafika melihat reaksi suaminnya. Masih malu.

******


Tok! Tok! Tok!
"Mama!"

Arsyad mengetuk beberapa kali bilik Dafika sambil melaung nama ibunya.


Pantas Dafika membuka mata, ketika telinganya mendengar suara nyaring Karsyad diluar.

Lengan kekar Ezhar yang masih dipinggangnya ditolak ketepi. Tubuh didudukan sebelum mengerakan suami.

"Awak.. bangun, kita lewat ni."

Kepala Dafika terasa sedikit berpusing, mungkin terkejut dengan suara Karsyad tadi. Tubuh tegap Ezhar digerakan lagi.

"Mmpphhmm. Tidurlah dulu.."


Tidur apanya lagi?! Matahari dah nak tegak ni!
Dafika ketap gigi ketika tangan Ezhar mengapai-ngapai tubuhnya untuk kembali dipeluk.


Subuh tadi selepas Ezhar pulang dari surau. Janjinya dikotakan.

Seluruh tubuh Dafika menjadi santapannya lagi. Lama sudah dia 'berpuasa'. Peluang yang ada tak mungkin di persiakan.


Dafika pula terus lemas dalam belaian suaminya. Dan tanpa sedar mereka kembali melelap kan mata setelah puas 'berperang'.

Hingga lah Dafika kembali tersedar saat pintu biliknya terasa mahu roboh diketuk oleh anak lelakinya.

"Har.. bangun lah.. Saya nak siap sarapan, awak tolong siapkan Arsyad. Kejap lagi kita nak buka kedai."

Arahan terus Dafika beri, tangannya menolak tubuh Ezhar yang bertelanjang supaya menjauh.

"Alaa.... Arsyad dah besarkan, biarlah dia siap sendiri. Sarapan. nanti kita beli je. Baring lah lagi dengan aku, Fika."

Rengek Ezhar berterusan, tangan cuba lagi mencapai tubuh isterinya.

Namun laju Dafika menuruni katil. Baju yang berselerak dikutip dan dipakai ke tubuh. Dia tak perdulikan rengekan Ezhar. Mengada!

"Mama!"

Karsyad di luar masih lagi mengetuk kuat.

"Ye.. ye.. sekejap mama bukak pintu."

Terkoncoh-koncoh Dafika menyauk tudungnya. Wajah dipusing kembali kepada Ezhar.

"Ya Allah Har! tutup la sikit."

Dafika merengus sedikit ketika melihat tubuh terlanjang Ezhar terdampar di atas tilam.. segera dia menarik selimut sebelum menutup separuh badan suami. Nanti kalau dilihat Karsyad. Naya!

"Tutup apanya. Bukan kau dah tengok semua ke?


Sempat Dafika menjeling dengan jawapan suaminya sebelum tangan membuka pintu bilik.

"Mama."

Karsyad menerjah masuk ketika pintu terkuak, tubuh yang sudah lengkap berpakaian sekolah mendakap ibunya.

"Arsyad dah siap ke? Sorry mama lambat bangun, Arsyad tunggu sekejap ye. Mama buatkan sarapan."

Dafika membalas dakapan anaknya. Rasa bersalah mula menyelinap masuk.

"Takpe mama, Arsyad dah makan. Wan siapkan sarapan. Arsyad nak pergi sekolah dah ni."

Jawab Karsyad lancar, sambil melirik kepada Ezhar yang masih terbaring diatas katil.

"Eh papa tidur sini ke malam tadi? Patutlah Arsyad bangun pagi tengok papa takde."

Terkedek-kedek Karsyad menghampiri birai katil.


Ezhar pula sudah mendudukan diri ketika anaknya sampai.

Nak turun dari katil, memang tak la. Dah lah tubuhnya tanpa seurat benang sekarang ni.

"Arsyad dah siap ke? Nak papa hantar kan?"

Kepala Arsyad dielus lembut, sambil Ezhar senyum melihat anak lelaki itu.

"Tak pe lah.. Arsyad pergi dengan kawan Arsyad."

Jawab Karsyad kembali.

"Dah Arsyad, jom keluar, nanti lambat ke sekolah."

Dafika menghampir Karsyad, tubuh anak kecil itu diraih lantas sekali lagi memberi jelingan kepada suaminya.

"Eh, sekejap. Malam ni papa tidur dengan Arsyad atau mama?"

Karsyad menoleh dan bertanya lagi dengan Ezhar.

"Malam ni sampai malam bila-bila pun papa takkan tidur bilik Arsyad lagi. Nanti mama marah lepas tu tarik papa suruh masuk bilik ni."


Spontan jawapan Ezhar membuatkan Dafika terus gigit bibir. Nak je mulut Ezhar disumbat dengan hujung selimut. Takut pulak berdosa nanti.

"Dah lah Arsyad. Jom keluar, jangan dilayan papa lagi. Nanti makin lambat."

Sekali lagi Dafika menarik anaknya sehingga Karsyad terkoncoh-koncoh mengikuti ibunya.


Tawa sinis Ezhar bernaung geram di cuping telinga Dafika.

********


"Fika mintak maaf Wan, tak sediakan sarapan pagi."

Dafika menarik kerusi dihadapan Hajah Salhah dan Haji bohari. Lirikan dari pasangan itu tak mahu dipandang.

"Ala... takpe la... sekali sekala bangun lewat, apa salahnya. Lagipun tak susah mananya. Wan cuma goreng mee dengan rebus telur."


Terasa jugak ayat Hajah Salhah ni. Fika terus tunduk. Selama 8 tahun dia tinggal di rumah ni, hampir setiap pagi Dafika lah yang akan menyediakan sarapan. Ini semua kerana ingin membalas jasa Hajah Salhah yang telah memberi ruangnya untuk berteduh di rumah ini.

"Har mana?"

Kali ni Haji Bohari pula bertanya. Kepala diteleng mencari kelibat cucunya.

"Har mandi sekejap tadi."

Ezhar yang tiba-tiba muncul menarik kerusi sebelah Dafika sebelum melabuhkan punggung.

"Mandi? bukan kau dah mandi ke sebelum ikut atok ke surau tadi?"


Zap!!
Sinis pertanyaaan Haji Bohari membuatkan Ezhar meneguk liurnya sekali. Tak tahu nak jawab apa.


Dafika disebelah turut diam. Sesekali dahinya dipicit ketika terasa agak perit. Mungkin terlewat bangun agaknya tadi.

"Abang ni, ikut pandai Har la nak mandi banyak kali pun, bukannya naik bil air rumah ni."

Hajah Salhah seoalah-olah menyebelah cucunya walaupun dia dah dapat agak suatu perkara ketika mengetahui Ezhar berada dibilik Dafika sepanjang malam.


"Dah lah, Har dengan Fika nak bukak kedai dah lewat ni."

Sengaja Ezhar memusing kata,tak mahu kejadian malam tadi menjadi topik hangat di meja makan.


Melihat Ezhar yang sudah bangun dari duduknya. Dafika turut ingin mendirikan tubuh. Namun pandangan sedikit berpinar, kaki terasa kebas dan sedikit lagi dia ingin terjatuh namun sempat ditangkap oleh tangan Ezhar.

"Kau kenapa Fika?"

Wajah Ezhar berkerut melihat perilaku isterinya.

"Fika okay ke? "

Hajah Salhah turut bangun dari duduknya. Terkejut dengan kejadian itu, wajah pucat Dafika terus dipandang.

"Fika rasa kepala pusing-pusing lah Wan."

Jawab Dafika tergagap, tubuhnya masih diampu oleh lengan Ezhar. Rasanya kalau suaminya tak sambut tadi, dah tentu dia terjelepok atas lantai.

"Kau sakit ke Fika? Badan kau panas lah.."

Ezhar masih memangku tubuh isterinya. Pelik, malam tadi sihat walafiat je si Dafika ni siap berkali-kali lagi 'berlawan' dengan dia. Kenapa pagi ni lemah semacam je."

"Fika rasa mual ke? Rasa pening-pening?"

Soal Hajah Salhah lagi. Dia mula mengesyaki sesuatu.


Dafika pula hanya mengangguk dengan pertanyaan neneknya. Tak mampu lagi untuk menjawab.

"Fika mengandung ke?"

Soal Hajah Salhah lagi. Hujung suaranya kedengaran riang.


Huk! Huk! Huk!
Ezhar yang masih memegang isterinya tiba-tiba terkehel suara menyebabkan dia terbatuk. Wajah Dafika dipandang untuk meminta wanita itu menjawab pertanyaan neneknya.

Dafika faham renungan sisuami. Mana mungkin dia boleh mengandung sedang baru malam tadi bersama.
"Err... tak Wan.. Fika tak mengandung, mungkin Fika penat sikit kot. Tu yang rasa pening."

"Penat? penat kat kedai ke?"

Hajah Salhah terus bertanya.


Pulak... Apa nak jawab?
"Err.. Har bawak Fika masuk bilik dulu ye."

Tanpa menunggu jawapan Hajah Salhah, Ezhar memapah isterinya hingga ke bilik. Pintu ditutup kemas sewaktu tubuh mereka berada didalam.

"Kau okay ke Fika? badan kau panas lah. Kau demam ke?"

Bertalu soalan Ezhar terhadap isterinya sementa tangan membawa Dafika hingga baring diatas tilam.


Dafika turut merasa permukaan dahinya. Memang agak panas. Dan sah-sah dia demam,tapi kenapa? tiba-tiba pulak tu.


Sewaktu Dafika selesa berbaring lurus, Ezhar memagar tubuh wanita itu dengan lengannya. Badan yang duduk dibirai katil di rendahkan sehingga wajahnya hampir mengenai muka Dafika.

"Kau cakap dengan Wan tadi, kau demam sebab kau penat. Boleh aku tahu kenapa kau jadi penat? Sebab malam tadi kan?"

"Har!"

Dafika memaling muka, tak sanggup menatap wajah nakal suaminya.

"Kuat sangat ke apa yang buat pada kau, sampai kau boleh demam?"

Ezhar terus menyakat ketika melihat pipi Dafika makin merona.

Kedua tangan Ezhar memegang sisi wajah Dafika sebelum memusing raup itu agar memandangnya.

Perlahan Dafika menurut.

"Kau rehat ye.. Biar aku jaga kedai,. Nanti Salwa ambik tempat kau."

"Tak susah ke?Takut Salwa tak terkejar nak buat seorang"

Hari ini Dafika memang terasa ingin rehat. Seluruh tubuhnya sengal-sengal. Mungkin sebab pertama kali dia bersama dengan Ezhar.

"Takpe.. aku nak kau rehat je hari ni.. Kalau kau tak cukup rehat. Malam ni siapa nak layan aku lagi."

"Har!"

Ish! laki aku ni tak pernah nak serius kan?

Dafika merengus kasar. Namun hati tetap suka!

"Sudah lah... Kau baring dulu, aku keluar ambik kan panadol.."

Senyum Ezhar masih berbaki. Dia ingin bangun namun langkah terhenti ketika merasa lengannya disauk jemari runcing Dafika.

"Awak... terima kasih sebab sudi terima saya sebagai isteri awak."


Mendengar kata-kata Dafika, Ezhar kembali menghampiri sisi katil. Wajah ditunduk dan bibirnya merapat pada permukaan dahi si isteri.

Sungguh hangat ciuman itu.


Wajah Ezhar kemudian diangkat, pandangan Dafika dituntun.

"Abang pun bertuah sebab sayang sudi menjadi isteri abang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience