Hari ini, Munirah terpaksa pulang lambat ke rumah kerana mahu siapkan projek seni kraf tangan yg perlu dihantar sebelum bermulanya peperiksaan SPM nanti. Munirah sangat tekun dan fokus sekali walaupun matanya melihat ramai sudah pelajar mula pulang untuk menyiapkan projek itu di rumah sahaja. Munirah melihat Kyra juga mula mengemas semua barangannya itu. Muka Munirah kembali berkerut dan sedikit tertekan kerana dia tidak dapat menyiapkan kerja ini di rumah memandangkan takut umi dan abahnya akan tahu nanti.
Wehh Rah..kau tak nak balik lagi ke?? dah pukul 3.00 p.m. ni?? Jum..aku nak tumpang kau baliklah. Harini malas aku nak suruh Si abe Wan tu datang ambil aku. Bersuara Kyra masih lagi mengemas sedikit barangan lain yg belum dikemaskannya itu. Dia melihat Munirah dari tadi tidak berehat sama sekali semata-mata mahu siapkan projek ini lebih awal kerana takut akan menganggu jadual belajarnya nanti.
Kau dah nak balik ke..aku ingatkan nak siapkan sikit lagi ni. Kalau kau nak tumpang aku..tunggulah sekejap ehh..pukul 3.30 p.m. kita baliklah. Jawab Munirah sambil membuat muka comel ke arah Kyra yg masih memandang tepat ke arah anak matanya itu. Dia berharap sangat Kyra akan menemaninya seperti biasa. Dari siapa lagi dia mahu meminta pertolongan kalau tak bukan dari rakan baiknya itu.
Hmm..apelah susah-susah kau ni Irah..Kau boleh je kan datang buat dekat rumah aku. Dah..dah jum balik. aku dah lapar ni. Tu kau tengok tu..dari tadi lagi tau Cikgu Azhar setia je tunggu kita siapakan dulu baru dia pulang. Kesian laa aku tengok dia termenung je dekat meja tu. Entoh-entoh teringatkan cikgu Yusra tak?? Kata Kyra seronok saja mahu berbual kosong dengan Munirah. Matanya masih lagi ligat saja memerhatikan susuk tubuh Cikgu Azhar yg tidak jauh dari situ. Cikgu Azhar sedang menyiapkan laporan sambil memerhati beberapa gelagat pelajar yg masih membuat kerja khusus di dalam bengkel itu.
Hmm..kau ni kan. Hilang mood aku nak teruskan semua ni. Dah lah..jum balik. Malas aku nak hadap lagi. Marah Munirah selepas Kyra mahu berbual dengannya tentang Cikgu Azhar. Tetiba saja moodnya hilang untuk menyiapkan kerja ini dalam tempoh yg terdekat. Munirah mengemas semua kerjanya itu sambil menjeling tajam apabila perasan akan Cikgu Azhar mula berjalan menuju ke arah mereka berdua. "Ehh marah pula dia..dah kenapa si Irah ni, sejak kes Cikgu Azhar malukan dia depan semua pelajar time exam haritu..sampai sekarang dia nak bebal lagi?? biar betul." Nguman Kyra tidak menyangka Munirah masih lagi pendamkan amarahnya bila bercakap tentang Cikgu Azhar. Dia faham hati Munirah sangat cepat terasa bila diperlakukan hal begitu tanpa pula Cikgu Azhar adalah lelaki yg dia tidak mahu mengambil tahu langsung. Cikgu Azhar hanya mampu melambaikan tangan ke arah Kyra apabila dia memberitahu mahu pulang dahulu bersama Munirah. Awal lagi Munirah berjalan pergi tanpa berjumpa dengannya dahulu. Senyuman di bibir Cikgu Azhar terus terukir apabila melihat ada juga anak murid seperti Munirah yg cepat sangat marah walaupun sudah berkali-kali dia meminta maaf tentang hal itu. Dia berharap sangat Munirah akan berbaik semula dengannya seperti biasa.
Di rumah, asyik sahaja En Shukri dan Puan Ruziah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Mikhail juga sedang berbaring di bawah sambil makan janjan. Assalamualaikum..Ucap Munirah setelah melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Terkejut Munirah seketika setelah melihat Umi, abah dan juga Mikhail berada di ruang tamu ketika itu. Waalaikumsalam..haa Irah ke mana kamu pergi sekarang baru nak balik?? Jam sudah pukul 5.30 p.m. baru tahu jalan pulang?? Tanya En Shukri berjelanya dekat Munirah selepas melihat jam di dinding itu. Puan Ruziah sudah tidak duduk senang kerana takut suaminya itu akan naik angin tidak tentu pasal nanti. Mikhail juga memerhati gelagat Munirah yg sedang mencari jawapan yg bernas untuk memberitahu abahnya itu. Arr..maaflah abah..Irah ada tuisyen lepas sekolah pastu Irah hantar Kyra balik. Kebetulan ayah dan mak Kyra ada..diorang jemput irah makan dulu. Jawab Munirah sedikit gagap dan cuba kawal suaranya agar mereka tidak tahu perkara yg sebenarnya. Senyuman di bibirnya sedikit kelat apabila En shukri memandang ke arahnya lama sekali. Ermm..baiklah. Pegilah naik bersihkan diri dulu. Lepas tu solat. rehat cukup-cukup. Nanti malam sambung study lagi..okey? Ujar En shukri mempercayai apa yg anak perempuannya katakan itu. Seperti biasa dia akan menetapkan semula jadual belajar untuk Munirah jika waktu jadual belajar asalnya sudah digunakan. Puan Ruziah hanya mengeluh panjang saja apabila suaminya itu suka sangat mengatur jadual belajar untuk Munirah. Dia merasa kasihan apabila melihat Munirah tidak sempat berehat lebih lama lagi kerana sibuk belajar sahaja. Mikhail juga kasihan melihat kakaknya dipaksa begitu sekali. Bukan mudah dikurniakan akal fikiran yg pandai jika tidak memanfaatkannya. Bbaiklah..irah naik atas dahulu. Balas Munirah kelihatan sedih saja raut wajahnya itu. Dia berjalan menuju ke bilik tanpa menunggu apa yg akan En Shukri katakan lagi. Mereka tidak pernah langsung pedulikan apa yg ia lakukan. Malah setiap hari mereka hanya akan mengingati dirinya untuk belajar sahaja. Munirah sangat terasa akan layanan keluarganya terhadap dirinya selama ini. Siapa dia mahu berkongsi segalanya kepada mereka.
Munirah..cikgu nak cakap sikit dengan kamu ni..before tu cikgu nak tanya. Kamu dah makan belum? Tanya Cikgu Yusra setelah memanggil Munirah untuk berjumpa denganya di bilik guru. Dia mahu berbincang tentang masa depan Munirah memandangkan peperiksaan SPM akan tiba tidak lama lagi. Pelajar lain masih lagi semangat untuk hari sukan sekolah tidak lama lagi tetapi bukan bagi Munirah. Dia lebih gemar memegang buku berbanding berlatih sukan bersama pelajar-pelajar yg lain. Sebelum ini Munirah sangat aktif bersukan tetapi selepas En Shukri tidak mengalakkan dia fokus dalam bidang itu, Dia hanya menuruti saja kerana tidak mahu menjadi anak yg derhaka.
Eemm..belum. Kan cikgu yg suruh saya datang ke sini waktu rehat?? Jawab Munirah meleretnya sambil memandang tepat ke arah anak mata coklat milik Cikgu Yusra. Walaupun umurnya sudah mencecah 27 tahun jodoh masih lagi tidak kesampaian. Rupa paras Cikgu Yusra juga cantik seperti artis Anzalna Nasir tetapi versi bertudung. Seronok Munirah memerhati gelagat Cikgu Yusra yg sedang mencari sesuatu di dalam laci mejanya itu.
Owhh yeke?? Sorry..nah ambil roti ni..isi perut awak dulu. Sambil tu kita berbual kosong nak tak? Kata Cikgu Yusra lalu memberikan roti vanila kepada Munirah. Dia sudah tahu Munirah tidak suka perisa Coklat memandangkan coklat bukanlah makanan kegemaran Munirah. Cikgu Yusra juga membuka plastik roti coklat itu dan makan bersama Munirah.
Impian?? Entah..saya pun tak tahu. Macam mana dengan Cikgu pula. Kata Munirah selepas Cikgu Yusra bertanya tentang impian dan cita-citanya itu. Munirah pernah ditanya begitu oleh pengetua mereka tetapi jawapan yg sama juga Munirah berikan. Dia sendiri pun tidak tahu apa yg ia kejarkan selama ini memandangkan semua subjek ia minati. Tidak terlintas di fikirannya untuk memikirkan tentang masa depan kerana En Shukri pasti telah menetapkan segalanya. Dia berkuasa dalam segala aturan hidup Munirah Safiyah.
Ya Allah...saya series ni Munirah Safiyah..Apa impian dan cita-cita awak?? Awak mesti ada impiankan?? Nak sambung belajar dalam bidang apa..bidang kerjaya apa yg awak minat?? Mesti adakan?? Pengetua suruh saya tanya awak sebab kami semua mahu berikan yg terbaik untuk awak. Mahu impian awak jadi kenyataan. Cuba awak beritahu saya Irah..apa yg awak minat..impian awak..dan cita-cita awak. Ujar Cikgu Yusra cuba memahami diri Munirah selepas mendengar jawapan yg sama ia ujarkan sebelum ini. Mereka tahu Munirah sudah menempuhi segalanya memandangkan dia dianugerahkan akal fikiran yg orang lain tidak dapat leraikan. Munirah tidak kisah jika hidupnya terus dikawal oleh orang lain demi kebahagian orang di sisinya. Biarlah dia berkorban sebelum kedua orang tuanya itu pergi meninggalkan dirinya. Cikgu Yusra kasihan melihat Munirah sudah seperti tiada perasan dan jiwa. Dirinya hanyalah menuruti apa yg disuruh oleh sesiapa sahaja untuk masa depannya itu.
Saya....saya tak tahulah.. Tunggulah saya dapat keputusan tu nanti. barulah saya fikir apa yg saya mahu lakukan. Nak letak harapan awal-awal pun tak guna tau bila result pon tak de lagi. Saya tak kisah pun cikgu semua ini. Asalkan parent saya happy itu sudah memadai. Oklah..kejap lagi nak mula kelas dah ni..saya minta diri dulu ye..terima kasib beri air kosong dan roti vanila ni. Assalamualiakum. Balas Munirah terus bangun dan memerikan senyuman kepasda Cikgu Yusra. Ketawanya sedikit selepas melihat Cikgu Yusra masih lagi mahu berbual lebih lama dengannya. Munirah melambai beberapa kali sebelum keluar dari bilik guru itu. Cikgu Yusra perasan senyumannya bertukar suram selepas melihat wajah Munirah di sebalik cermin itu. Ada sesuatu yg ia tidak dapat luahkan kepada sesiapa pun. Biarlah hati ini hadam walaupun perit untuknya menelan.
Biasalah tu..dia masih remaja. Nanti mesti dia faham kenapa kita semua risaukan dirinya.. awak dah cuba faham perasaan dia..saya rasa Munirah juga tahu kenapa dia melakukan semua ini...Mesti ada sebab dan hikmahnya. Bersuara Cikgu Azhar di tepi Cikgu Yusra. Sejak dari tadi lagi dia mendengar perbualan antara Cikgu Yusra dan Munirah di sebalik meja mereka yg bertentangan dengan dinding. Cikgu Yusra hanya mengangguk tanda faham apa yg dikatakan oleh Cikgu Azhar. Ada baiknya mereka tidak perlu memaksa Munirah membuat keputusan terburu-buru dahulu. Mereka berdua masih lagi melihat Munirah berjalan pergi dari situ sehinggalah hilang dari pandangan. Mereka rasa bertangunggungjawab ke atas Munirah untuk memenuhi impian yg disimpannya selama ini. Kerana budi kedua ibu bapa dan harapan sekolahnya Munirah terpaksa gadai impiannya selama ini. Hidupnya bagai dijerat dengan dawai besi saja. Tidak mampu ia lakukan apa pun untuk terus belajar dengan bebas dan normal seperti murid biasa saja.
Impian aku?? Hahaha...siapa yg tak ada impian kan?? haaa...tenangnya duduk sini..rasa macam nak terbang saja seperti burung di awanan itu. terbang bebas yg mungkin.. Tiada sesiapa yg akan menganggu kau lagi..Tapi, Begitulah hidup kalau burung itu jatuh..semuanya akan berakhir juga..hahaha..So..aku ini apa?? Kata Munirah sendiri di tepi anak sungai yg tidak jauh dari perkalangan taman perumahannya. Dia duduk sambil memegang lutut dan fikirannya terus melayang entah ke mana. Ada masanya ia perlu bersendirian buat seketika waktu. Berada jauh dari semua orang yg selalu mengawal hidupnya setiap hari. Munirah mengeluarkan sebuah lukisan dan beberapa peralatan melukis dari beg sandangnya. Dia melihat kawasan sekeliling untuk mencari permandangan yg cantik. Tangannya sudah bersedia untuk melakar apa yg muncul di kotak fikirannya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 p.m. kelihatan Munirah masih lagi tidak beranjak dari tempat duduknya itu. Sudah 3 jam dia hanya menghabiskan masa bersendirian di tepi anak sungai itu. Para pemancing juga mula beransur pulang kerana tidak lama lagi akan masuk waktu maghrib. Okey..done..bersuara Munirah sambil tersenyum gembira apabila berjaya juga menyiapkan sebuah lukisan hanya menggunakan sebatang pensel sahaja. Satu pemandangan ada 3 orang pemancing sedang asyik memancing di muara anak sungai itu. Sudah lama ia tidak menghabiskan masa untuk melukis seperti ini. Kalaulah dirinya boleh berkongsi lukisan ini bersama ahli keluarganya yg lain pasti mereka turut tersenang melihat bakat yg disimpan olehnya selama ini. Tetapi semua itu hanyalah mimpi sahaja. Dibiarkan bakat terpendam ini dibiar sepi tanpa menonjolkan diri. Itulah kehidupan yg perlu Munirah Safiyah lalui sekarang.
Share this novel