37

Romance Series 10716

Wales,

"Arkh" Dengan terasa kepala yang berat, Fea membuka matanya perlahan.

"Ssttt" matanya berbinar apabila cahaya memanah tepat ke netra matanya. Dia mengalihkan tubuhnya ke samping, membelakangi cahaya.

Fea rasa tidak sedap badan. Tubuhnya terasa seram sejuk, nafas dan matanya terasa hangat. Dengan pantas dia menarik selimut dengan hanya menggunakan kaki. Dia menutup seluruh tubuhnya hingga ke dagu.

Tubuhnya kaku! Dia mula tersedar. Adakah dia baru terbangun dari tidur yang panjang? Tapi..

"Hah" dengan gagah, dia bangun duduk. Bukankah Taylor ditembak oleh Hardin?

Fea menampar kuat kedua belah pipinya. Adakah dia sedang bermimpi? Dia kemudian menoleh ke kiri dan kanan ruangan. Raut wajahnya berubah.

"Ceklek" daun pintu bilik dibuka dari luar.
Muncul susuk seorang wanita muda dengan berpakaian seperti pembantu rumah disitu.

"Eh, Cik Fea sudah sedar?" Wanita itu berjalan menghampirinya dengan senyuman lebar.

Dahi Fea berkerut. Adakah dia mengenali wanita ini? Tidak!

"Awak kenal saya? Siapa awak?" tanya Fea was-was.

"Oh.. saya Lara, pembantu disini. Mungkin Cik Fea tak kenal dengan saya, tapi isi rumah di sini, semuanya sudah mengenali Cik Fea dalam tempoh yang agak lama" ujarnya lembut.

"M..m-maksud awak?" Fea memandang ke sekitar.

"Dimana saya sekarang?" soal Fea takut.

"Cik Fea selamat, jangan risau. Cik Fea sekarang berada di banglo mewah keluarga Tuan Freddy."

"Freddy? Siapa Freddy?" tanya Fea lembut.

Suasana hatinya mulai tenang setelah melihat perwatakkan dan layanan Lara terhadapnya.

"Owh, maafkan saya.. Tuan Freddy merupakan pemilik banglo mewah ini, bapa kepada Tuan Hardin" cerita Lara tanpa selindung.

Fea menunduk.
"Hardin Gail..Freddy Hiraldo?" bisik Fea perlahan. Dia mengenali nama belakang Hardin sudah agak lama. Tapi..dia hanya pernah mendengar nama itu dipetik hanya beberapa kali sahaja dulu.

Fea menggigit bibirnya. Bagaimana dia boleh sampai ke sini?

"Boleh saya tahu, dimana saya berada sekarang?" soal Fea seraya mengangkat wajahnya, menatap lembut wajah Lara.

Dengan kedua tangan yang menyatu di hadapan, wanita itu menjawab
"Wales"

Mulut Fea menganga. Bermakna, dia sudah tidak berada di daerah Ireland lagi. Fea menelan ludahnya kasar.

"Err.. dimana kawan saya? B-bukankah Tuan Hardin membawa saya dan teman saya kesini sama-sama?" soal Fea memberanikan diri.

"Teman? Tidak.. Tuan Hardin ke sini hanya membawa Cik Fea seorang, tidak ada orang lain bersama Cik Fea dan Tuan Hardin. Waktu Cik Fea sampai dua hari lalu, Cik Fea tidak sedarkan diri. Kata Tuan, Cik Fea tidak sihat" ceritanya panjang lebar.

Fea menyentuh lehernya. Ya, memang tubuhnya terasa panas.

Tok! Tok!

Terpancul wajah Hardin dimuka pintu bersama seorang wanita separuh usia, berpenampilan anggun dan jelita.

Susuk tubuhnya begitu menawan seperti wanita muda, penampilannya juga menarik dengan dress berwarna biru laut separas lutut. Berambut perang separas bahu dengan wajahnya hanya dikenakan solekkan tipis. Sangat anggun. Ini merupakan kali pertama Fea bertemu dengan wanita ini.

"Sayang dah bangun?" Hardin dengan senyuman lebar diwajah menghampiri Fea, seraya tangannya menyentuh lembut dahi Fea.

Fea tidak mengelak. Sebenarnya, Fea masih bingung dengan apa yang berlaku.

"Sstt. Badan sayang masih panas" ujarnya lembut dan sangat perhatian.

Hardin mengeluarkan handfonennya lalu menghubungi doktor peribadi keluarga mereka.

Sementara dia berbual dengan doktor, wanita separuh usia itu berjalan menghampiri Fea lalu duduk dibirai katil.

Wanita itu menyentuh lembut juntaian rambut Fea lalu diselitkan dibelakang telinga.

"Fea sayang.. badan Fea masih belum sihat. Fea rehat dulu ya.." suaranya lembut sebelum tersenyum.

"Mama sudah siapkan makan tengahari untuk Fea makan."

Mama? Fea terkedu!

Belum sempat apa-apa, seorang pembantu wanita yang lebih kurang sebaya dengan Lara, masuk sambil menatang dulang makanan lalu diletakkan diatas meja bersebelahan dengan katil Fea.

"M-maaf.. Fea tak ada selera" luahnya dengan tonasi suara yang sangat perlahan dan lembut.

"Tak boleh macam tu sayang.. Fea harus makan, sebentar lagi Fea harus makan ubat" pujuk wanita itu lagi lantas mencapai semangkuk bubur. Disenduknya perlahan lalu dihalakan ke mulut Fea.

"Makan sikit ye sayang" pujuknya sambil membuka mulut sedikit seperti mengarahkan Fea untuk ikut membuka mulut sama sepertinya.

Fea menurut. Dia menjamah bubur yang disuapkan oleh Mama Hardin.

Baru beberapa suap,
"Mama, biar Hardin yang suapkan Fea. Mama pergilah rehat. Sejak Fea sampai ke sini sehingga sekarang, Mama asyik temankan Fea, lebih dari Hardin pulak"

Wanita itu ketawa.
"Fea satu-satunya bakal menantu kesayangan Mama, sudah tentu la mama jaga dengan baik. Tambah pulak Hardin bawa pulang Fea dalam keadaan Fea sakit dan tidak sedarkan diri, Mama risau sangat masa tu" Mama Hardin menyentuh dadanya menandakan dia benar-benar bimbang akan keadaan Fea waktu itu.

Fea sekadar menjadi pendengar dan pemerhati perbualan kedua beranak itu.

'Bakal menantu?'
"Uhuk! Uhukk!" Fea tersedak.

"Fea!" Mama Hardin pantas mengambil air lalu disuapkan ke mulut Fea.

"Kamu ni Hardin, pelan-pelan suapnya. Kan Fea dah tersedak tu" marahnya.

"Sorry" ucap Hardin lembut.

..

Fea hanya terbaring dikatil setelah doktor selesai membuat pemeriksaan tadi. Dia disarankan untuk berehat dan makan ubat mengikut ketetapan masa yang dia berikan.

Masalahnya, dia sudah terlebih rehat dan asyik terbaring sudah berhari-hari disini. Dia bosan!

Fea bangun dari baringan, tubuhnya terasa melekit dan rimas. Badannya sudah dibasahi peluh.

Setelah makan ubat tadi, badannya terasa lebih bermaya. Dia bangun dan melangkah ke bilik mandi.

Mulutnya ternganga.
Ini adalah kali pertama dia melihat bilik mandi sebesar, seluas, secantik dan semewah ini.

Ruangan bilik mandi dicat dengan warna putih bersih. Dinding dan lantai ruangan dihiasi dengan bunga² berwarna keemasan yang berkilau. Fea melangkah perlahan menghampiri ukiran bunga didinding lalu ditiliknya. Sekali lagi dia menganga.

"Emas!?" luahnya seraya mendongak ke siling ruangan bilik mandi. Ada ukiran pepohon menjalar di sekeliling siling yang ditatah oleh perak. Fea menangkup mulutnya dengan tangan seolah tidak percaya.
Dia sendiri tidak percaya, keluarga Hardin semewah ini malah lebih mewah dari keluarganya.

Fea melangkah perlahan ke ruangan westafel yang luas dan besar. Disitu dipenuhi dengan pelbagai barangan keperluannya. Set barangan solekkan yang berjenama bertaraf antarabangsa, perfume, hair dryer, skin care dan pelbagai produk penjagaan diri yang memang khas untuk dirinya kerana semuanya baru dan belum digunakan. Bermakna semua itu adalah khas untuknya la kan? Kerana bilik mandi yang dia gunakan ini tidak berhubung dengan mana-mana bilik tidur yang lain selain dari bilik yang ditempatinya sahaja.

Disisi kiri pula terdapat ruangan shower berdindingkan kaca transparent. Pemegang pintu, dan air pancurannya sahaja sudah diperbuat dari emas dan perak. Fea sangat kagum dengan dekorasi dan sentuhan yang diberikan dikamar mandi tersebut. Fea mara ke hadapan. Dia masuk ke ruangan pintu kaca besar, perlahan ditolak.

Sekali lagi dia terpegun. Disitu dia dapat lihat keluasan tab mandi dan kemodenan sentuhan yang diberikan. Tidak jauh dari situ, ada mangkuk tandas dan dihadapannya pula ada dua westafel yang melengkapi pelbagai kelengkapan mandian dan juga aroma terapi. Ruangan ini saja sudah jauh lebih besar dari bilik tidurnya di New York.

Usai mandi, tubuhnya terasa lebih segar. Fea mengambil peluang untuk keluar dari bilik dan mahu mengambil angin di kawasan luar banglo.

Buka sahaja pintu bilik, matanya lebih tertumpu pada dinding disebelah kirinya. Sekali lagi dia terpegun.

Dia mula teringatkan kata Lara siang tadi, 'banglo'. Tidak, ini bukan banglo.. ini adalah big mansion!

Dirinya seolah-olah terasa sangat kerdil berada disitu.

Dinding cermin besar dari atas hingga ke bawah sejauh dan seluas mata memandang. Begitu juga dengan sebahagian lelangit ruangannya. Dia dapat melihat apa yang berada disekelilingnya dengan jelas, bukit dan hutan. Terasa begitu tenang dan mendamaikan.

Disisi kanannya mempunyai satu lorong. Sepanjang lorong itu mempunyai beberapa buah pintu bilik. Dan..tidak jauh dari situ, dia dapat melihat pintu lift.

Tidak, dia tidak berniat untuk naik lift. Dia lebih berminat untuk turun menggunakan tangga.

Kakinya terasa dingin saat jejak ke lantai tangga yang pertama. Mana tidaknya, ia diperbuat dari kaca 100 peratus. Fea awalnya kurang yakin untuk turun kerana dia takutkan ketinggian. Dari anak tangga pertama sahaja, dia dapat melihat sehingga ke lantai bawah yang agak tinggi. Fea menelan ludah.

"Perlukan bantuan?"

Fea tersentak!

Bersambung....

Sekaya itukah keluarga Hardin? Tapi, mengapa dia sanggup bekerja sebagai kuli disyarikat Reynard Co Lockwood sedangkan mungkin dia memiliki syarikat sendiri yang lebih mewah dari itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience