BAB 13

Romance Completed 65433

Faqih memandu pulang kerumahnya dikala jam menunjukkan pukul 8.15 malam.Hmm,budak tu dah balik agaknya.Faqih bermonolog sendirian.

Sampai sahaja di rumahnya.Dia melihat mummynya sedang berbual dengan Fathia di taman mini berhampiran kolam ikan.

"Assalamualaikum mummy."Faqih memberi salam sambil mengucup tangan mummynya.Fathia yang memerhati tersenyum.

"Waalaikummussalam.Ha,Faqih pergi hantarkan Fathia balik kejap.Dah malam ni kesian dia."Datin Farah mengeluarkan arahan.

"Eh,tak apa aunty.Thia boleh aja call mama suruh ambik Thia kat sini."Fathia menolak sopan.Faqih hanya diam.Sebenarnya dia tidak kesah untuk menghantar Fathia.

Disebabkan dia yang membawa patutnya dialah yang hantar pulang.Macam tak gentle man aja.
Datin Farah mengerutkan dahi.

"Tak payah lah susahkan mama kamu tu.Tak apa Faqih hantar."Datin Farah cuba bertegas dalam kelembutan.

"Tak menyusahkan anak aunty ke?Lagipun dah malam.Tak manis orang kata.Apa-apa boleh berlaku."Fathia cuba menolak.

Terjegil mata Faqih tatkala mendengar ayat terakhir Fathia.

"Awak ingat saya ni apa?"Faqih menekankan suara.Ish,budak ni,direct betul!Faqih merengus.Datin Farah tertawa kecil.Apa-apalah si Fathia ni.

"In sya Allah tak ada apa-apa Thia.Dah Faqih hantar Thia balik.Jangan banyak soal."Datin Farah memberikan amaran.

Faqih hanya mengangguk.Wajah Fathia mula berubah kelat.Ah,kenapalah dengan dia ni jugak yang perlu hantar aku balik?Harap muka je handsome!Fathia merengus.

"Oklah,jom gerak sekarang!"Faqih bersuara lalu berjalan ke arah keretanya.Fathia menyalam dan mencium tangan Datin Faraj sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Kereta mewah Faqih bergerak laju meninggalkan kawasan rumahnya.Di dalam kereta Fathia sesekali menjeling kearah Faqih yang tekun memandu.

"Kenapa jeling-jeling macam tu?"Faqih bertany memecah kesunyian mereka.Aduh,Fathia Aleesya apa kena dengan kau ni?!Fathia menjerit dalam hati.Malu,malu,malu!

"Hah,hmm tak ada apa-apa.Orang kata alert!Lelaki ni tak boleh dipercayai."Selamba Fathia menjawab.

"Awak ingat saya ni.macam.tu ke?Heii,kalau awak tak selera pun!"Faqih membalas.Memcerlung mata Fathia.memandang Faqih.

"Ewah sedap.mulut awak!Awak ingat saya ni terpesona ke tengok muka awak yang handsome tu?Taknya!"Fathia membalas sarkastik.

Tersungging senyuman dibibir Faqih.Hehehehehehehe!

"What did you say?Muka saya yang handsome?Hmm,oklah kalau kene puji dengan orang macam awak."Faqih tersengih.

Fathia menepuk dahi.Kau ni dah kenapa pulak Fathia.Sempat puji mamat perasan ni!

"What do you mean by orang macam saya?"Fathia bertanya sebal.Uihh,mulut dia ni! Masa meeting tadi minum air longkang ke?!

"Hmm nothing."Faqih tergelak sinis.Panas cuping telinga Fathia.Ewah,mamat ni tunggu kau!Geretu Fathia dalam hati.

"Ergh,awak memang mencabar kesabaran saya lah!"Fathia terjerit kecil.Dan sekali lagi Faqih ketawa.Seronok mengusik gadis ini.Innocent!

"Hey,oklah.I'm just kidding!"Faqih berkata sambil memberikan senyuman yang digelar 'killer smile' oleh Hani.

Lekas Fathia mengalihkan pandangan.Aduh,handsomenya dia senyum!Eh,ni kali pertama dia senyum pada aku!Wooh,relax Fathia,No men until have a stable job!Fathia mengingatkat dirinya.

Faqih tersenyum melihat reaksi Fathia.Dia cukup senang dengan Fathia,gadis yang bukan seperti Tengku Emylia atau mana-mana perempuan yang pernah cuba untuk mendampinginya.

"Boleh tak berhenti bagi killer smile awak tu?"Fathia menekankan suara.Terangkat kening Faqih sebelum dia tersenyum.

"Apa salahnya.Lagipun senyum itu sedekah.Awak kata apa?Killer smile?Hmm tak apalah saya bagi killer smile pun mana tahu bila awak kena awak dah 'innalillahiwainnailahirajiun'!"Terkekek Faqih ketawa.

"Eh-eh berloyar buruk pulak dia malam-malam ni.Kalau saya innalillah siapa nak jadi PA Tengku?!"Fathia menjelirkan lidah.

"Eh,ramai aja yang nak.Awa aja yang tak tahu.Slow!"Faqih membalas.Aishh,sakit nya hati!!

"Dah lah tu.Rumah awak yang mana satu?"Faqih bertanya.Fathia memerhati sekeliling.

"Ha,yang tu!Awak tinggalkan saya kat sini tak apa.Tak payah susahkan diri.Saya boleh jalan kaki."Fathia tersenyum ikhlas.

"Tak apalah.Tapi saya tak masuk kut rumah awak.Dah lewat ni.Jom saya hantar."Faqih berkata.Fathia hanya membiarkan.

Kemudian kereta mewah Faqih berhenti dihadapan pintu pagar automatik itu.Fathia tersenyum.

"Thank you Tengku."Fathia mengucapkan terima kasih.

"Welcome.Hmm esok siapkan paper lepastu bagi kat HR suruh dia tengok dulu.Lepas HR uruskan baru bagi pada saya!"Faqih memberi arahan.

"Ai,ai bos!"Fathia mengangkat tabik.Nak tergelak Faqih yang tengok.Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

"Tak apalah saya pergi dulu.Assalamualaikum."Fathia meminta diri.Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah pintu pagar,namanya dipanggil.

"Fathia!"Fathia menoleh.Faqih tersenyum memandangnya.

"Goodnight!"Faqih mengenyitkan mata kepada Fathia.Pipi Fathia berona merah.Lekas dia berlari masuk kedalam pagar.

Faqih tersengih sebelum memandu pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience