KARLISA keluar dengan rasa yang sebal. Apa yang Tuan Syed Iqwal tu nak? suka gamaknya buat perasaan takut aku tergantung !
Benjamin yang melihatkan Karlisa atau lebih kepada perangai Nurjihan ini yang sedang berjalan dengan keadaan wajah yang cemberut menimbulkan senyuman sumbing.
Kena kacau dengan Tuan Syed la tu. Cik Nurjihan... Cik Nurjihan...
Laju sebatang pen yang bermain-main di tangannya. Teringatkan wajah isterinya yang berada di dalam ketakutan itu tadi sedikit sebanyak mengubat rindu di hati. Sudah lama dia menginginkan Nurjihan. Sejak pertemuan mereka pertama kali di cafe itu.....
"Be strong, kesakitan tu akan hilang."
Dan di tangga pada malam itu ....
"Menangis la tak apa...jangan di tahan. Biar semua masalah tu tak membebankan kepala kita. Be strong.. kesakitan itu akan hilang".
Kini dia terimbau kembali detik kenangan semasa Tuan Syed Ibrahim masih hidup...
8 TAHUN YANG LALU...
Pemuda itu duduk di kerusi dan kelihatan dirinya di landa tekanan. Tekanan dari orang sekeliling yang manjauhinya kerana gosip liar yang melanda mengatakan ibunya kerana tertangkap skandal kecurangan. Kepalanya di tekapkan di atas lengan yang di silangkan di meja. Menahan sakitnya di ejek di cemuh.
Seketika dia terasa bahunya di pegang dan di sapu lembut. Timbul wajah seorang ayah yang menemani hidupnya dan menjadi kawannya.
"Kenapa Iq? orang kata dekat Iq lagi ke?"
Dia mengganguk. Matanya berkaca. Baginya manusia di luar sana tidak menghormati perasaannya.
"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting Iq tahu, Ami Iq tak curang. Papa yang terpaksa lepaskan Ami Iq pergi jauh. Dia dah banyak berkorban untuk kita Iq."
Tuan Syed Ibrahim menahan rasa mengenangkan isteri tercinta. Sememangnya dia juga tersiksa merindu isterinya yang membawa diri bila di fitnah bapa sendiri.
"Iq rindu Ami. Sakit sangat rasa rindu kat Ami ni."
"Bertahan la Iq, be strong.. kesakitan itu akan hilang."
Tuan Syed Ibrahim menepuk-nepuk bahu anaknya. Biar lelaki itu dapat membina sekeping hati yang teguh dalam dirinya.
Kedua-dua peristiwa itu membuatkan jiwanya memberontak untuk memiliki gadis ini walau dengan apa cara sekalipun. Kebetulan yang terciptakan untuknya !!
Muncul dia yang membuatkan hati ini terpaut.
Ketibaan dia mampu menarik perhatian yang sukar diraih ini. Dia luar biasa. Gadis yang membuatkan aku angau setiap saat. Nurjihan..
HAWA mempercepatkan langkah kakinya dan menyelinap masuk ke setiap pelusuk kedai yang ada di lorong bandar itu untuk mengelak dari Rizal yang hampir sahaja dia bertembung semasa dalam perjalanan pergi kerja.
Sudah satu minggu dia cuba untuk mengelak dari Rizal. Namun itu tidak mematahkan semangat Rizal dari tetap mencarinya.
Hawa melihat semula ke belakang tembok jalan yang dia bersembunyi itu. Bila di rasakan aman dan tidak lagi ternampak bayang Rizal, dia menghembuskan nafas lega.
"Seronok ke buat macam ni?"
Terperanjat Hawa bila tiba-tiba Rizal muncul di depannya. Dari arah mana dia datang?
"Erm..i buat apa?". Hawa menggaru-garu kecil cuping telinganya berasa janggal bila bertanya semula soalan yang dia tahu akan jawapannya.
"Seronok ke buat i jadi separuh gila cari you? kenapa you lari dari i honey? apa yang tak kena dengan relationship kita?".
Hawa mengetap bibir menahan getaran. Mengumpul kekuatan.
"I rasa dah tak sayang dengan you."
"What?! really honey? you tergamak cakap macam ni kat i? apa salah i? apa kurang i ni? please bagitahu i." Rizal meraup rambutnya kecewa.
Terkebil-kebil mata Hawa menahan air mata yang mula berkumpul. Tahan... jangan jatuh depan Rizal please !
"Dah i nak putus. I tak nak lagi ada apa-apa kaitan dengan you." Hawa berlalu pergi.
Pantas Rizal mengejar dan menarik kedua-dua bahu Hawa untuk menghadapnya.
"No...no... i tak nak. I tak nak putus ! kita dah habis belajar dan i nak bawa hubungan ni pergi jauh. Bagi i sikit masa untuk jadikan you suri hati i yang selayaknya."
Tangisan Hawa akhirnya pecah jua.
"I tak sesuai dengan you ! kita ni berbeza darjat. i ni orang miskin yang tak sesuai dengan you. You tak faham ke ?!". Tengking Hawa untuk menyedarkan Rizal.
Rizal menggeleng-geleng kepalanya tidak mahu menelan apa yang di kata oleh Hawa. Terus dia memeluk Hawa.
"I tak pandang semua tu. I tahu you nak jauhkan diri sebab Kak Rania kan?. Biar i yang handle dia nanti. You jangan tinggalkan i eh? i tak nak putus. I terlalu sayang dekat you. Kita dah lama tau dalam relationship ni. Takkan nak sia-siakan macam tu je?".
Hawa mengganguk. Dia juga lemah tanpa Rizal. Dia ikhlas mencintai lelaki itu bukan kerana harta yang ada pada lelaki itu.
KAKINYA di paku di hadapan pasar borong sayur yang pernah menjadi tempat Mak Eton bekerja dahulu. Air mata yang memenuhi tubir matanya kini jatuh mengalir di pipi.
"Mak... orang rindu mak."
Bagai ternampak gambaran Mak Eton yang sibuk membuat kerja di pasar itu. Lututnya lemah berdiri tidak menahan sebak di dada bila kembali mengingati detik mereka berkasih sayang.
"Mak, dalam dunia sekarang ni kan ada lagi ke cerita dongeng macam Cinderella tu?". Tanya Nurjihan sambil memicit-micit kaki Mak Eton.
"Hmm Cinderella? hmm apa tak adanya. Depan aku ni Cinderella la ni. Kau sabar jap mesti ada putera Raja datang nanti."
Terhambur ketawa Nurjihan mendengarkan kata-kata Mak Eton. Selamba badak je emaknya ini berkata.
"Ish mak ni ! apa nak kaitkan dengan orang pulak? Orang ni masih elok je hidup bahagia dengan mak tak ada la kena dera dengan mak tiri ke kakak tiri ke lepastu Putera Raja datang nak selamatkan. Tahyul tu mak."
"Eh bukan tahyul le bendul. Dongeng !". Mak Eton menepuk dahinya.
Eh ? pandai pulak emaknya kali ni. Selalu yang banyak di hentam itu emaknya, kali ni terbalik pula.
"Heheh betul-betul silap pulak."
"Untuk jadi Cinderella tak perlu sama macam dalam tv semua-semua tu. Apa yang pasti versi hidup kau sendiri bakal terjadi. Saat dia lafaz akad guna nama kau, itulah Putera Raja kau dan kau la Cinderella itu.
Terngiang-giang perbualan bersama mak Eton dahulu. Satu ibu di dunia ini yang tak akan terganti. Moga dikau berada di syurga nan abadi ibuku.
Tangisan terhenti melihat ada tangan yang menghulur untuk dia berdiri semula.
Nurjihan mendongak ke atas dan melihat Dr.Haider yang turut sama berkaca matanya.
"Awak jangan lemah macam ni Jihan. Mak Eton tak suka tau anak dia lembik nangis-nangis macam ni."
Dr.Haider terseyum kepada Nurjihan yang membuat dia terpana.
Mereka berjalan beriringan menuju ke pondok menunggu bas pengangkutan awam.
Tisu di hulurkan pada Nurjihan di sebelahnya.
"Awak tahu, masa mak Eton ada dulu, dia sempat pesan saya untuk jaga awak."
Laju dia memandang Dr.Haider.
"Mak cakap macam tu?". Nurjihan terkejut.
Dr.Haider mengangguk. Lalu dia memegang tangan Nurjihan.
Tersentak Nurjihan memandang pelik ke arah Dr.Haider.
"Tolong bagi saya tunaikan permintaan Mak Eton, biar saya betul-betul boleh jaga awak."
Nurjihan sememangnya faham apa yang di maksudkan oleh Dr.Haider itu, Tapi...dia sudah berkahwin dengan Tuan Syed Iqwal. Mana mungkin antara dia dan Dr.Haider dapat memenuhi pesanan arwah dahulu?
Kau isteri orang Nurjihan, kau isteri Tuan Syed ! ingat tu..
Tanggannya di tarik kembali dari pegangan Dr.Haider dan membuatkan lelaki di hadapannya itu terpinga-pinga.
"Saya minta maaf. Saya rasa tak perlu. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Terima kasih sebab Dr. prihatin dengan saya. Jangan risau, saya pandai jaga diri.
Kebetulan ada bas yang sedang menuju ke arah pondok menunggu di situ. Nurjihan bangun dan menahan bas tersebut lalu dia melompat naik ke dalam bas itu dan menundukkan wajahnya tidak sampai hati melihat Dr.Haider yang berdiri di luar bas itu menatap ke arahnya dengan perasaan hampa.
Maafkan saya Dr.Haider. Hubungan antara kita tidak mampu untuk pergi jauh.
Aku adalah bunga yang tidak bisa kau miliki. Aku adalah bunga yang sudah di petik dan terletak kemas di dalam pasu milik yang lain.
Perasaan bersalah yang menggunung di bawa pergi bersama gerakan bas yang mula menjauh dari melihat bayangan kekeliruan lelaki itu.
PINTU utama di tutup setelah Nurjihan pulang pada malam itu. Dia hairan melihat Benjamin yang tegak berdiri di ruang tamu sambil menunduk ke lantai tanpa membalas memandang ke arahnya bila di tegur.
Eh, kenapa dengan Ben ni?
Arghh !
terjerit kecil Nurjihan bila tangannya tiba-tiba di tarik kasar oleh Tuan Syed Iqwal. Gerak badannya hanya mengikuti arah Tuan Syed Iqwal yang menuju ke biliknya.
Weh, kenapa pergi bilik dia? kenapa tiba-tiba?
Nurjihan masih bingung di tarik seperti orang yang dalam kekalutan itu.
Pintu bilik di hempas kuat dan di kunci dari dalam oleh Tuan Syed.
Berlari Syifa dan Benjamin naik ke atas menuju ke bilik Tuan Syed Iqwal bila melihat keadaan Tuan Syed Iqwal yang seperti orang yang sedang d rasuk itu.
Pergelangan tangan Nurjihan di lepaskan kasar.
"Kenapa awak jumpa dia? saya dah cakap kan jangan dekat dengan Megat Haider kalau tak jadi Karlisa !" Tegur Tuan Syed Iqwal dengan nada yang keras namun di kawal ton suaranya sambil menahan getaran.
Nurjihan panik. Tuan Syed Iqwal sedang marahkannya. Dia tidak sepatutnya berlama-lama dengan Dr.Haider tadi.
"Sa...saya terjumpa dia. Bukan saja-saja saya pergi jumpa dia Tuan Syed."
Gigil Nurjihan melihat wajah merah padam suaminya.
"Saya tak suka dia pegang tangan awak. You are mine. Don't you know it? atau nak saya letak tanda dekat awak untuk awak sedar?". Balas Tuan Syed Iqwal kini berjalan mendekati Nurjihan yang memaksa dia berundur ke belakang.
"Ja...jangan.. Tuan Syed. Saya minta maaf. Bukan saya pun yang pegang dia dulu."
Nurjihan termati langkah bila dia sudah hampir bersandar di dinding. Tiada lagi ruang untuk dia bergerak.
Tuan Syed Iqwal merenung tajam ke arahnya. Tanpa dapat di tahan lagi terus dia memagut bibir mugil itu dengan rakus. Dadanya menjadi tempat tumbukan kecil dari Nurjihan untuk melepaskan diri.
"Tak nak... tolong Tuan Syed.. saya tak nak." Rayu Nurjihan setelah dia berjaya menolak Tuan Syed Iqwal menjauh darinya.
Tuan Syed Iqwal tidak peduli. Lampu bilik di tepis kasar jatuh ke lantai sehingga pecah.
Terkejut Nurjihan melihat ke arah lampu bilik yang jatuh pecah ke lantai itu. Dia betul-betul takut.
Pintu bilik di ketuk berlalu-talu oleh Syifa dan Benjamin. Mereka ketakutan jika Nurjihan di apa-apakan oleh Tuan Syed tambahan pula mendengarkan bunyi barang yang pecah. mungkin Tuan Syed mengamuk lagi seperti dulu.
"Tuan Syed !! jangan apa-apakan Cik Jihan !!". Panggil Syifa dari luar. Begitu juga Benjamin yang turut sama untuk memujuk Tuan Syed Iqwal.
Badan Nurjihan di cempung oleh Tuan Syed Iqwal dan di hempaskan ke atas katil. Dia menarik kolar bulat baju Nurjihan hingga jatuh menampakkan kulit bahunya yang gebu. Terus di cium rakus oleh Tuan Syed Iqwal yang sedang di rasuk nafsu.
"Tak nak...saya takut..." Bunyi esakkan dari Nurjihan itu menghentikan perlakuan Tuan Syed Iqwal. Dia hanya terdiam menindih atas badan Nurjihan.
"Takut? awak takut dengan saya? why? dengan Megat Haider awak tak takut?" Bisik Tuan Syed Iqwal.
"Tolong jangan paksa saya macam ni. Saya akan bagi hak Tuan Syed, tapi bukan dengan cara macam ni." Rayu Nurjihan lagi.
Tuan Syed Iqwal mengangkat mukanya dari di benamkan ke leher isterinya dan bangun serta terus duduk di birai katil meneku lantai. Cadar katil itu di genggam kuat oleh kedua-dua belah tangannya.
Nurjihan pula turut bangun dan menarik semula kolar baju itu menutupi bahunya yang terdedah.
Dia melihat wajah redup Tuan Syed Iqwal.
Perlahan-lahan dia memberanikan diri dengan memeluk suaminya. Dia tahu saat ini emosi Tuan Syed Iqwal bercelaru.
Tuan Syed Iqwal membalas pelukan Nurjihan.
"You're mine. Saya tak suka orang lain dekat dekat dengan awak."
Nurjihan mengganguk. Dia tahu Tuan Syed Iqwal cemburu. Dia ada hak. Nurjihan tidak menafikan.
Tuan Syed Iqwal ketakutan sebenarnya. Dia takut jika Nurjihan di ambil darinya. Dia takut untuk kehilangan lagi.
Share this novel