Ariana Atilia terdiam mendengar kata-kata suaminya. Kelihatan Adi Ashraf melirik ke arahnya sambil menyilangkan tangan ke dada. Sebuah keluhan kecil keluar dari mulut gadis itu. Tak suka dengan kata-kata yang diucapkan oleh suaminya kepada Haris Irfan.
"Ash... Janganlah macam ni." rengek Ariana Atilia sambil menarik hujung baju suaminya. Telefon pintarnya yang masih dalam pegangan lelaki itu cuba diambil semula.
Adi Ashraf meninggikan tangan yang masih masih memegang telefon pintar isterinya. Terkapai-kapai Ariana Atilia cuba mencapai. Tindakan sia-sia isterinya diperhatikan oleh Adi Ashraf. Mahu melihat sejauh mana kesabaran gadis itu.
"Ash!" jerit Ariana Atilia tak puas hati. Matanya mencerlung tajam ke arah suaminya. Adi Ashraf menjongketkan kening.
Dia menggoyangkan sesekali telefon pintar milik gadis itu dihadapan wajah isterinya. Baru saja Ariana Atilia mahu merampas, tangan lelaki itu cekap menarik semula. Ariana Atilia mula bercekak pingang.
"Nak ni? Ada rasa sakit hati?" soal Adi Ashraf cuba menduga isterinya. Matanya dialihkan ke arah skrin telefon pintar isterinya buat seketika. Ariana Atilia hanya membalas dengan deheman kuat.
"Sakit lagi hati aku." balas Adi Ashraf senada. Jarinya menekan sesuatu pada skrin telefon pintar Ariana Atilia. Gadis itu mula serba salah.
Namun tindakan Adi Ashraf yang mencurigakan itu membuatkan Ariana Atilia memanjangkan leher untuk melihat apakah yang sedang dilakukan oleh suaminya. Malangnya, pandangannya dihalang oleh Adi Ashraf sepenuhnya.
Ariana Atilia menyerah kalah. Malas mahu bertengkar dengan suaminya setelah apa yang terjadi. Tidak menyangka salah faham yang kecil dibesarkan sehingga begini. Dia sendiri tak tahu mahu menyalahkan siapa.
"Nah." ucap Adi Ashraf lalu menyerahkan semula telefon pintar isterinya. Ariana Atilia menyambut lambat-lambat huluran suaminya.
Bibirnya dicebikkan.
Dia membelek seketika kandungan telefon pintarnya mahu mencari jika ada sesuatu yang hilang. Sangkaannya benar sama sekali apabila menyedari hanya ada satu perkara yang hilang atau yang lebih tepat lagi telah dipadam oleh Adi Ashraf.
Iaitu nombor telefon rakan baiknya, Haris Irfan.
Dia menoleh ke arah suaminya dengan pandangan tajam. Lelaki itu berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pandangan daripada isterinya dihiraukan.
"Ash, kenapa kau delete nombor Haris?" soal Ariana Atilia geram. Riak wajahnya diseriuskan cuba menakutkan lelaki itu. Namun tak berjaya.
Adi Ashraf menoleh ke arah isterinya di sebelah. Riak wajah tidak bersalah ditayang. Rasa tak puas hati jelas tersisa dalam dirinya. Atau sebenarnya perasaan cemburu? Eh.
"Kenapa? Salah ke? Kalau nombor Haris tu kisah sangat. Cuba kalau nombor aku. Call pun tak nak. Kalau si Haris tu siap call, jumpa lagi. Sampai jadi BOYFRIEND la sekarang ni kan?" balas Adi Ashraf dengan nada menyindir. Matanya dihalakan ke arah televisyen.
Ariana Atilia mengecilkan mata ke arah suaminya. Perlu ke perli sampai sebegitu sekali? Nampaknya terpaksa lah dia melayan kerenah suami dia seorang ni.
"Ash, aku dah kata kan aku tak sengaja. Aku mintak maaf sebab tak kenalkan kau orang berdua awal-awal. Tapi Haris tu betul kawan aku je. Kawan. Tak pernah lebih dari tu." jelas Ariana Atilia bersungguh-sungguh cuba meyakinkan suaminya. Dia berharap sangat suaminya dapat memahami hubungan dia dengan Haris Irfan.
Dia tak mahu mereka berdua bermusuhan hanya kerana dirinya sendiri. Dia tak pernah memilih kasih antara mereka berdua. Mungkin ada antara mereka yang terasa hati dengan dirinya. Namun itu sememangnya bukan niatnya yang sebenar.
Adi Ashraf diam tak membalas. Dia menadah telinga dengan rela hati untuk mendengar penjelasan dari mulut isterinya. Ariana Atilia tersenyum tawar. Dia meneruskan kata-katanya lagi.
"Aku faham kau marah sebab aku tak bagitahu kau pasal Haris awal-awal. Lagi-lagi, bila dia mengaku jadi boyfriend aku kan? Tapi please tolong jangan salah faham dengan apa yang dia buat. Dia buat semua tu sebab dia cuma nak yang terbaik untuk aku. Dia tak nak aku menyesal dengan keputusan untuk aku kahwin dengan kau." jelas Ariana Atilia perlahan. Dia melihat ke dalam anak mata suaminya.
Pandangan mata Adi Ashraf berubah menjadi redup. Perasaan amarahnya tadi mula reda. Dia menghela nafas lega. Kini baru dia faham tindakan Haris Irfan kepada dirinya. Sebuah persoalan bermain di benak fikirannya.
"Kau... sayang Haris?" soal Adi Ashraf cuba mengetahui isi hati isterinya. Air liur yang ditelan terasa kesat. Takut dengan jawapan daripada gadis itu.
Ariana Atilia terpempan dengan soalan daripada suaminya. Dia menundukkan kepala lalu bermain dengan jari jemarinya. Soalan daripada Adi Ashraf dibiarkan sepi.
Adi Ashraf menundukkan wajah cuba melihat wajah isterinya. Namun setiap kali dia mencuba, Ariana Atilia akan menoleh cuba mengelak. Adi Ashraf menarik nafas panjang.
"Riana... Aku tak marah kau kalau kau sayang Haris. Aku tak pernah cakap nak halang kau dengan dia daripada berkawan kan? Aku cuma takut... kalau kau lebihkan dia daripada aku." ucap Adi Ashraf berterus-terang. Itulah yang ditakutkan oleh dirinya sejak dia mengetahui hubungan isterinya dan Haris Irfan yang agak akrab.
Risau sekiranya jika Haris Irfan benar-benar mahu merampas semula Ariana Atilia daripada dirinya. Dia tahu dia masih tak mempunyai apa perasaan kepada isterinya. Namun, sebaik terbayang gadis itu berada bersama lelaki lain membuatkan dia rasa tak senang hati.
Ariana Atilia mengangkat muka apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Adi Ashraf. Lengan suaminya dipaut tanpa amaran. Adi Ashraf menoleh tanda terkejut dengan tindakan isterinya.
Tersungging senyuman pada wajah Ariana Atilia membuatkan Adi Ashraf mengerutkan dahi. Dia menggerakkan bebola matanya pada lengan yang dipaut kepada Ariana Atilia. Sebagai isyarat mahukan penjelasan daripada tindakan gadis itu. Ariana Atilia tersengih kerang.
"Aku sayang Haris. Tapi macam keluarga aku sendiri. Tapi sayang aku untuk kau lain. So, kau jangan risau sebab aku akan sentiasa lebihkan kau daripada sesiapa. Okay?" ucap Ariana Atilia tanpa berselindung. Dia tersenyum tanpa malu dengan kata-kata yang baru diucapkan oleh dirinya sebentar tadi. Lengan suaminya masih dipeluk erat.
Adi Ashraf terkejut dengan pengakuan daripada isterinya. Pandangannya dialihkan daripada bertembung dengan Ariana Atilia. Dia cuba beriak biasa.
"Hmmm... Kalau macam tu baguslah. Dah, lepaskan tangan aku. Naik lenguh dah ni." ucap Adi Ashraf cuba menutup perasaannya yang mula bercampur-baur itu. Ariana Atilia melebarkan senyuman.
"Kau marah lagi?" soal Ariana Atilia lalu mengetatkan pegangan pada lengan suaminya. Dia cuba menarik perhatian suaminya yang kelihatan tak tentu arah itu. Adi Ashraf membalas dengan gelengan kepala dengan segera.
Dia cuba menarik lengannya daripada dipegang oleh isterinya dengan lebih lama lagi. Ariana Atilia tertawa halus. Kakinya dijongketkan sedikit cuba menyamai ketinggian suaminya.
Bibirnya didekatkan kepada telinga Adi Ashraf. Cuba membisikkan sesuatu sebelum melepaskan lengan lelaki itu. Kenyitan mata dihadiahkan kepada suaminya.
"Marah tu tanda sayang, Ash."
??????
Keesokan harinya, Adi Ashraf pergi ke kerja lebih awal daripada biasa kerana ada urusan penting yang perlu diuruskan bersama Alif Zafran. Mujurlah keadaan dia dan Ariana Atilia sudah kembali seperti biasa.
Langkahnya diatur dengan pantas cuba untuk tidak terlambat. Sebaik pintu pejabatnya berada dalam pandangan, dia menghela nafas lega. Tombol pintunya dipulas lalu menerobos masuk ke dalam.
Beg kerjanya diletakkan diatas meja. Fail-fail projek yang kelihatan tidak teratur diletakkan pada tempat asalnya semula. Tak lama kemudian, Alif Zafran tiba. Lelaki itu kelihatan kelam kabut.
"Sorry, aku lambat sikit. Kau dah lama sampai?" ucap lelaki itu termengah-mengah. Adi Ashraf mengeleng kepala. Dia mempelawa rakannya itu untuk duduk.
Sebotol air mineral yang sudah tersedia diatas mejanya disuakan kepada Alif Zafran. Lelaki itu menerima huluran tersebut lalu mengucapkan terima kasih. Air tersebut diteguk perlahan-perlahan.
"Ha apa yang penting sangat kau nak cakap dengan aku ni, Alif?" soal Adi Ashraf sebaik melihat lelaki itu selesai melegakan tekaknya yang kering. Alif Zafran menghulurkan sekeping gambar kepada Adi Ashraf.
Kelihatan Ariana Atilia bersama seorang lelaki. Namun wajah lelaki itu terhalang dari pandangan kerana sudut kamera yang terlalu terhad. Dari segi tubuh badan lelaki itu, jelas menunjukkan bahawa itu bukan Haris Irfan.
"Mana kau dapat? Siapa dalam gambar ni?" soal Adi Ashraf dengan perasaan yang ingin tahu. Dia semakin tertanya-tanya.
"Kau ingat tak masa kau cakap isteri kau kena serang minggu lepas?" soal Alif Zafran semula. Adi Ashraf mengangguk apabila kejadian tersebut terlintas di dalam kepalanya.
"Aku dah check semua cctv dekat situ. Tempat terakhir lelaki tu pergi berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.
Berkemungkinan besar dia nak hapuskan bahan bukti. Jadi aku pergi tempat tu. Nampaknya apa yang aku jangka betul. Mungkin gambar ni tercicir masa dia sibuk nak hapuskan semua bahan bukti." jelas Alif Zafran cuba menerangkan teorinya kepada Adi Ashraf.
Adi Ashraf terdiam cuba mencerna segala maklumat baharu itu. Terlalu banyak perkara yang telah terjadi sejak kebelakangan ini. Alif Zafran menepuk lembut bahu lelaki itu.
"Jangan risau. Aku akan cari maklumat lanjut pasal lelaki ni. Keselamatan isteri kau lagi penting. Tentang abang isteri kau tu, aku mintak maaf sangat sebab tak ada lagi maklumat yang aku boleh dapatkan." ucap Alif Zafran sedikit kecewa.
Memang tiada sebarang petunjuk yang boleh membawa mereka kepada kedua-dua lelaki itu. Atau mungkinkah mereka berdua adalah orang yang sama? Itu menjadi persoalan yang tak dapat dijawab buat masa ini.
"Eh tak apalah, Alif. Kau dah tolong aku banyak sangat dah sebenarnya." ucap Adi Ashraf cuba melegakan hati lelaki itu. Alif Zafran tersenyum herot.
"Ini memang kerja aku, Adi. Aku cuma tolong kau. Tak apalah, aku pergi dulu. Aku faham kau mesti sibuk kan?" ucap Alif Zafran bangun berdiri. Adi Ashraf turut melakukan perkara yang sama.
" Kau pun apa kurangnya. Setiap masa sibuk memanjang." balas Adi Ashraf mengiringi lelaki itu keluar dari pintu pejabat biliknya.
Sesekali mereka bergurau senda untuk mengalihkan perhatian daripada perkara yang baru dibincangkan tadi. Tak mahu terasa terlalu tertekan.
"Aku pergi dulu. Ada apa-apa nanti, macam biasalah." ucap Alif Zafran. Mereka bersalaman. Adi Ashraf menolong untuk membuka pintu untuk lelaki itu.
Tetapi tidak menyangka, seseorang sedang menunggunya disebalik pintu. Riak mukanya yang terkejut jelas terpapar diwajahnya.
"Riana?"
??????
Ariana Atilia meluru masuk ke dalam bilik suaminya tanpa menghiraukan pandangan daripada lelaki itu. Alif Zafran telah pun pergi sebaik menyedari pertemuan antara suami isteri itu. Tak mahu masuk campur.
"Riana, apa kau buat dekat sini?" soal Adi Ashraf mahukan jawapan daripada isterinya. Dia mengambil tempat di kerusinya semula.
Ariana Atilia mempamerkan riak wajah bersahaja. Langsung tak menunjukkan sebarang rasa serba salah kerana datang tanpa memberitahu suaminya terlebih dahulu. Sengaja mahu membuat kejutan. Cuba mengambil hati suaminya.
"Kau pergi kerja awal sangat. Tak sempat aku nak breakfast dengan kau. So, aku bawakkan kau makanan. Tada!" ujar Ariana Atilia penuh bangga. Beg plastik yang berisikan bekalan makanan untuk lelaki itu ditunjukkan.
Ariana Atilia tersenyum kemenangan. Terasa bagai isteri mithali. Adi Ashraf menyilangkan tangan ke dada. Dia mengeleng kepala. Perasan!
"Sinilah duduk. Kau makan berdiri ke?" tegur Adi Ashraf selamba. Ariana Atilia menjeling tajam. Dia mengambil tempat dihadapan suaminya.
"Kau ni. Cuba bagi aku peluang aku nak bangga kejap. Kau kena bersyukur ada isteri macam aku ni tau." omel Ariana Atilia sambil membuka bekalan makanan untuk suaminya.
Adi Ashraf menjulingkan mata ke atas. Dia menongkat dagu melihat isterinya sedang menyediakan makanan untuk dirinya.
"Kau masak apa?" soal Adi Ashraf cuba melihat makanan yang dibawa oleh isterinya. Memandangkan perut dia memang sedang lapar pada ketika ini.
"Spaghetti." jawab Ariana Atilia sambil mengerakkan kedua-dua keningnya. Dia menghidu masakannya cuba membuatkan suaminya terasa terliur.
"Kau beli eh?" tuduh Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia meraup muka. Penat dia masak awal pagi tadi. Boleh pulak suami dia sesuka hati cakap macam tu. Banyak cantik.
"Aku masaklah!" bidas Ariana Atilia. Tangan sudah mencekak pinggang. Adi Ashraf memandang isterinya tanda tak percaya. Bukan boleh percaya sangat minah ni.
"Meh sini aku tengok." ucap Adi Ashraf cuba mengambil makanan tersebut daripada isterinya. Ariana Atilia menyerahkan dengan rela hati.
"Ha tengoklah. Tengok. Tak percaya sangat kan." ucap Ariana Atilia sinis. Dia tersenyum mengejek.
"Nampak sedap tapi rasa belum tentu lagi." komen Adi Ashraf sambil menjongketkan kening ke arah isterinya.
"Ha rasalah cepat." gesa Ariana Atilia. Tak sabar mahu mengetahui pendapat suaminya. Dia menongkat dagu.
"Kau yakin tak letak apa-apa benda pelik dalam ni. Mana tahu kau buat nasi tangas bagi aku dengar cakap kau." ucap Adi Ashraf sambil mengecilkan mata ke arah isterinya.
Ariana Atilia menendang kaki Adi Ashraf tanpa amaran. Terkejut bukan kepalang apabila kata-kata itu diucapkan oleh suaminya. Gila ke? Dia buat betul-betul baru tahu.
"Hish, tak nak makan sudahlah. Biar aku makan." balas Ariana Atilia tak puas hati. Adi Ashraf menahan kesakitan daripada tendangan secara tiba-tiba dari isterinya.
"Makanlah. Makan cepat." ucap Adi Ashraf sambil menjeling isterinya. Ariana Atilia menarik muka.
"Nak kau suap." balas Ariana Atilia selamba. Adi Ashraf mengeluh kuat. Dah tendang nak mintak suap. Memang memintak.
"Mengada. Nganga cepat." balas Adi Ashraf tak ikhlas. Ariana Atilia tersengih kerang. Mulutnya dinganga luas-luas. Matanya dipejamkan.
Adi Ashraf mengukir senyuman nakal. Garfu yang dipegang mengambil sedikit pasta yang disediakan oleh isterinya. Lalu, disuakan ke dalam mulutnya sendiri. Dia menikmati makanan itu dengan senyap.
Tawanya ditahan apabila melihat wajah isterinya yang masih menunggu suapan dari dirinya sejak dari tadi. Tak lama kemudian, Ariana Atilia membuka mata.
"Apa ni!" rungut Ariana Atilia. Adi Ashraf meletuskan tawa. Dia makan dengan berselera. Matanya dipejamkan sesekali.
"Itu balasan. Padan muka kau." ucap Adi Ashraf lalu mengambil sesuap lagi makanan itu ke dalam mulutnya. Dia tersenyum kepuasan.
Ariana Atilia mendengus geram. Namun idea nakal terlintas di fikiran. Dia mendekatkan wajah ke arah suaminya.
"Kau tak nak suap aku kan? Tak apa. Haris ada-"
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Adi Ashraf menyuap sesudu makanan tersebut ke dalam mulut isterinya. Ariana Atilia tersengih. Tahu takut.
"Ha reti pun nak suap. Jealous cakap." usik Ariana Atilia sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya. Adi Ashraf meneguk air sambil memandang ke arah isterinya.
"Kalau jealous pun kenapa hmmm?" ucap Adi Ashraf perlahan. Ariana Atilia menelan makanan tersebut dengan segera. Dia terbatuk-batuk apabila nyaris tercekik.
Air diambil untuk melegakan tekaknya yang terasa perit. Adi Ashraf melihat isterinya yang sudah tercekik seperti separuh mati itu. Dia mengeleng kepala.
Tisu diambil oleh Adi Ashraf. Lalu, didongakkan wajah isterinya agar menghadap dirinya. Jarinya mengelap bahagian tepi bibir Ariana Atilia yang sedikit comot.
Ariana Atilia kaku. Langsung tidak bergerak. Hanya detak jantungnya sahaja yang berdetak dengan laju. Hembusan nafas Adi Ashraf yang menampar lembut wajahnya membuatkan pipinya mula bertukar warna.
"Makan cuba elok-elok. Tak adanya aku nak jealous ke apa." ucap Adi Ashraf perlahan. Dia menjauhkan jarak antara mereka berdua. Cuba melihat wajah isterinya yang kini sudah bersih daripada sebarang kotoran.
Pipi gebu milik Ariana Atilia ditarik oleh Adi Ashraf sengaja. Hidung mancung milik isterinya turut diperlakukan perkara yang sama. Adi Ashraf mengukir senyuman.
Tindakan lelaki itu yang seterusnya membuatkan Ariana Atilia mula lemah.
Dia takkan pernah penat mendengar kata-kata itu dari terus keluar dari mulut suaminya.
"Sebab kau aku punya bukan Haris atau sesiapa."
Akhirnya!??
Haih jenuh jugak la.
Anyway enjoy reading ?
Stay tune!
Share this novel