Bab 51

Romance Series 113896

"Okey, kita dah sampai, mari" ucap Aniq.

Aniq dan Yus keluar dari kereta dan beriringan tangan. Belum sempat salam diberi, pintu sudah dibuka dari dalam.

"Menantu mummy dah sampai. Mari masuk, Yus, Qib" ajak mummy setelah Yus dilepaskan dari pelukannya. Aniq kemudian bersalaman dengan Puan Sri Sally.

Yus dan Aniq mengekori Puan Sri Sally dari belakang menuju ke ruang makan. Luas dan mewah hiasan dalamannya, dah macam hotel lima bintang pun ada.

"Qib, Yus, dah lama sampai?" tegur Tan Sri Mokthar yang sedang berjalan turun dari tangga warna keemasan itu.

"Baru lagi pa" jawab Aniq.

Kemudian Aniq terus menghampiri Tan Sri Mokthar untuk bersalaman tetapi sebaliknya Tan Sri Mokthar menarik Aniq dalam dakapannya, lama sekali.

Setelah pelukan dilepaskan, Yus pula bersalaman dengan Tan Sri Mokthar.

"Qib macama mana, sihat?" soal Tan Sri Mokthar yang berjalan di kiri Aniq.

"Alhamdulillah makin sihat" jawab Aniq lalu menoleh ke arah Tan Sri Mokthar.

"Syukurlah kalau macam tu. Lama lagi ke cuti sakit?" soal Tan Sri Mokthar lalu melabuhkan duduk di kerusi hujung meja. Manakala Puan Sri Sally sedang sibuk membantu Mak Leha membawa hidangan ke meja makan. Yus yang melihat keadaan itu, pantas bergerak ke dapur untuk membantu.

"Ada lebih kurang tiga minggu macam tu lagi. Hospital beri tiga bulan cuti sakit. Alhamdulillah dah makin pulih" beritahu Aniq lalu melabuhkan duduknya di kerusi kiri meja.

"Mana yang lain-lain. Tak join sekali dinner ke?" soal Aniq apabila tidak terlihat kelibat Daniel.

"Daniel kebetulan ada dinner dengan client, Mona pulak baru pulang ke sana semula. Kita-kita sahajalah" kata Tan Sri Mokthar.

"Oo.. Kesihatan papa pulak macam mana? Mummy cakap sejak akhir-akhir ni selalu sangat sakit" tanya Aniq perihatin.

"Orang tua.. Macam ni la Qib" balas Tan Sri Mokthar.

"Dah, makanan semua dah ada. Kita makan dulu, nanti sambil makan kita sembang-sembang" ucap Puan Sri Sally yang baru tiba di meja makan bersama Yus yang membawa buah dan puding sebagai pencuci mulut.

Sudah lama Aniq tidak makan malam bersama papa dan mummy begini. Jika tidak penuh kerusi di meja dengan isteri-isteri dan anak-anak papa. Hm.. Kisah lama jangan dikenang.

"Abang, mummy tanya tu" tegur Yus yang berada di sebelah kirinya.

"Sorry mummy, lost mind kejap. Mummy tanya apa?" soal Aniq pada Puan Sri Sally.

"Mummy tanya, Qib dan Yus tak nak buat reception wedding ke?" soal Puan Sri Sally.

Terhenti Aniq yang sedang menyuap nasi ke mulut dengan soalan itu. Yus di sebelah dipandang.

"Hm.. Rasanya tak kot, kitaorang dah hampir empat bulan kahwin dah mummy." jawab Aniq.

"Baru empat bulan. Bukan apa, mummy teringin tengok Qib dan Yus bersanding. Lagipun kalau nak tunggu budak duaorang tu ntah bila la agaknya." Puan Sri Sally dah buat muka sedih.

"Hm.. Papa ni pun dah makin tua, teringin nak uruskan majlis kahwin anak. Kalau tunggu takut tak sempat" tambah Tan Sri Mokthar.

Aniq dan Yus sudah saling berpandangan. Terhela keluh perlahan dari Aniq. Serba salah pula rasanya. Tapi kalau ikutkan, majlis hari tu pun jemputan saudara rapat dan jiran-jiran yang hampir sahaja.

"Tak menyusahkan mummy dan papa ke?" soal Aniq.

Yus yang berada di sebelah sudah terkaku, biar betul ni. Pengantin dah basi kot.

"Jadi Qib setuju lah ni. Alhamdulillah.. Kalau macam tu lagi dua minggu kita buat wedding reception ye. Qib dan Yus jangan bimbang, mummy dengan papa akan uruskan. Tak sabarnya Sally bang." kata Puan Seri Sally teruja, begitu juga dengan Tan Sri Mokthar.

"Hah! Dua minggu lagi mummy, cepatnya" soal Aniq terkejut.

"Alah.. Apa nak terkejutnya, bukannya Qib dan Yus belum nikah pun. Lagi pun, cuti Qib ada tiga minggu lagikan. Elok sangat la tu, lepas majlis, Qib dengan Yus boleh pergi honeymoon terus. Papa support semuanya. Sally lepas ni listkan senarai jemputan. Jangan ada yang tertinggal pulak. Yang penting jangan lupa ajak Kina dengan Nasari sekali. Manatau boleh mereka bagi pandangan untuk majlis ni." Tan Sri Mokthar bersuara teruja. Aduh... Bersungguh-sungguh ni.

Aniq dan Yus diam tak terkata. Tak sangka sungguh, makan malam bertukar jadi perbincangan majlis perkahwinan pulak.

"Nanti esok mummy setkan tarikh dan masa untuk Qib dan Yus pilih baju wedding dan ukur badan sekali. Banyak kerja nak buat ni" kata Puan Sri Sally.

Selepas makan malam merangkap perbincangan majlis perkahwinan, Yus dan Aniq bertolak pulang ke rumah. Yang paling Aniq tak boleh terima, lagi seminggu sebelum majlis, Yus kena tinggal di banglo Tan Sri Mokthar. Apa ni.. Seminggu kot.. Yus yang mendengar arahan Puan Sri Sally dah ketawa melihat wajah Aniq yang cemberut. Kata Puan Sri Sally, tak nak seri pengantin hilang. Seri pengantin apanya, dah empat bulan kahwin pun.. Parah.. Parah..

+++

Esoknya mummy buat temujanji dengan butik milik anak rakannya. Aniq dan Yus diminta ke sana untuk memilih warna baju dan ukur. Puan Sri Sally pula, awal-awal lagi sudah ada di butik.

Banyak sungguh pilihannya. Semua cantik-cantik, akhirnya Yus memilih warna light peach, sesuai dengan warna kulit Yus yang putih. Aniq pula hanya mengikut, asalkan Yus suka. Tema pula ala-ala dalam hutan/ taman gitu.

Dalam seminggu ni, Aniq dan Yus memang tidak lekat di rumah, ada sahaja yang Puan Sri Sally mahukan kehadiran mereka. Mujurlah sewaktu memilih cincin kahwin dibuat di banglo Tan Sri Mokthar sahaja. Jika tidak, penat badan asyik ke hulu ke hilir.

+++

"Ha, Qib. Tak nak balik lagi ke? Dah lewat ni. Tak ke mana pun Yus ni. Tak lama, lagi tiga hari dah majlisnya. Hari-hari datang banglo papa jumpa Yus, takkan tak cukup lagi" usik Tan Sri Aniq selepas makan malam.

"Qib tidur sini malam ni tak boleh ke?" soal Aniq buat muka kesian.

Yus dan tersenyum-senyum memandang Aniq.

"Dah, jangan nak mengada, jom ikut mama dan Pakcik balik. Kat rumah tu pun ada lagi yang tak siap" marah Puan Sakina. Puan Sakina dan En Nasari sudah seminggu berada di rumah Aniq selepas Puan Sri Sally maklumkan mengenai majlis perkahwinan itu. Sungguh gembira Puan Sakina dan En Nasari menerima berita itu. Tak sangka, dapat juga melihat majlis perkahwinan satu-satunya anaknya itu.

"Qib, mari balik. Kami balik dulu la ye. Nanti lagi tiga hari kita jumpa di majlis." kata Puan Sakina.

"Ye lah. Ada apa-apa, call Sally terus ye" pesan Puan Sri Sally.

Sebelum balik, Yus pergi ke arah Aniq, tubuh itu dipeluk. Aniq seakan tidak mahu lepaskan Yus, rindu makin membengkak di dada. Aduh... Tiga hari lagi Aniq.

"Abang.. Jangan nakal-nakal tau, lagi tiga hari kita jumpa" kata Yus.

Tanpa ditahan pantas Aniq menindih lembut bibir Yus, lama ianya bersatu. Nasib baik la semua orang sibuk dengan hal masing-masing, jika tidak mana mahu letak muka pun tidak tahu.

"Ehem.." terdengar suara menegur.

"Sudah-sudah la abang.. Macam la tak jumpa dah. Tiga hari je pun" usik Mona yang tiba-tiba hadir di situ.

"Sibuk la, Mona mana tau apa. Shuh shuh, nak bermesra sikit pun tak boleh." marah Aniq dengan tangannya masih lagi melilit pinggang Yus.

"Ish, mengada, tu Makcik dengan Pakcik letih tunggu abang tak keluar-keluar, sampai Mona pulak kena datang panggil. Tak pasal-pasal rosak mata tengok aksi gatal abang" Mona buat-buat gosok mata.

"Mama ni... Tak bagi can langsung la" bebel Aniq.

Aniq kemudian melepaskan pelukan tapi sebelum itu sempat lagi bibir Yus dicium sekilas. Merah muka Yus segan dengan Mona.

"Abang ni kak, kalau dah datang manja dia, kalah kucing siam. Lagi satu.. Asyik nak melekattt... je kerjanya, dah macam ada gam gajah" kata Mona pada Yus.

'Pap' dahi Mona dijentik.

"Sakit la..!" marah Mona sambil dahi digosok.

"Siapa suruh sibuk!" marah Aniq. Hai la...

"Qib... Cepat la. Pukul berapa dah ni.." panggil Puan Sakina.

"Ye.. Ye.. Qib datang ni"

"Sayang, abang balik dulu tau, jumpa lagi tiga hari. Love you sayang" ucap Aniq lalu tangan kanan yang dipegang Yus dicium.

"Love you too abang. Nanti kita video call okey" jawab Yus.

"Macam la tak jumpa dah. Mengada lebih kamu ni Qib" bebel Puan Sakina sebaik Aniq masuk dalam perut kereta.

+++

Hari yang dinantikan pun tiba. Syam sebagai pengapit Aniq manakala Mona pula pengapit Yus. Kedua-dua mereka bersiap dalam bilik yang berbeza di hotel tempat majlis diadakan. Puan Sri Sally kata, kalau bersiap satu bilik, hilang seri dan kejutannya.

"Syam, lama lagi ke?" soal Aniq pada Syam yang duduk di birai katil sementara Aniq pula baru selesai disiapkan.

"Kau ni. Tak sabar-sabar. Rilex la, bersanding jam dua belas kan. Ni baru sebelas setengah. Yus pun tengah bersiap lagi tu" ucap Syam. Tak faham dia dengan Aniq, bukannya baru nikah semalam, dah empat bulan kot. Kalut betul.

"Cuba kau video call Mona, aku nak tengok Yus la" kata Aniq lagi.

"Ish kau ni.. Tak lama dah pun. Macam tak pernah kahwin la kau ni" marah Syam.

"Pasal dah pernah kahwin la jadi macam ni. Kau apa tau. Tu la, aku suruh kahwin tak nak" balas Aniq.

"Aku nak kahwin macam mana.. Orang tu dah tak ada.." jawab Syam perlahan. Ada sayu di matanya.

"Orang tu dah tak ada, apa maksud kau Syam?" soal Aniq tidak faham.

"Tak ada apalah. Kisah lama" kata Syam.

"Kisah lama.. maksud kau Fatin? Arwah Fatin? Kau suka dia Syam? Kenapa aku tak tahu?" kata Aniq perlahan.

Terdengar keluhan Syam.

"Kalau kau tahu kenapa? Kau nak bagi Fatin pada aku masa tu?" soal Syam pulak.

Aniq terdiam dengan kata-kata Syam.

"Aku.. Tak tau dan tak perasan yang kau pun ada perasaan pada Fatin, Syam" ucap Aniq perlahan lalu duduk di birai katil di tepi Syam.

"Dia pernah cakap dulu, dua-dua dia sayang tapi dia lebih sayangkan kau, mungkin kau tak perasan. Masa tu kita fitik kat lapang sasar. Bila dia pilih kau, aku tumpang gembira. Kau dah macam abang aku Aniq." kata Syam dengan wajahnya yang tegak ke hadapan tetapi dengan pandangan yang kosong.

"Aku minta maaf Syam" ucap Aniq lalu bahu Syam ditepuk.

"Perkara dah lepas Niq, tak payah nak kenang" kata Syam

"Tapi kalau kalau kau bagi adik kau Mona pun okey juga. Dapat bapa mertua Tan Sri" tambah Syam lagi sambil tersengih.

"Kalau kau boleh handle budak Mona tak cukup segi tu, sila lah. Aku okey je" jawab Aniq tersenyum.

'Aku tak kisah Syam, aku tau kau seorang lelaki yang baik. Kalau dah jodoh kau dengan Mona, aku terima.' kata Aniq dalam hati.

Tok tok tok

"Masa dah sampai" kata jurumekap yang membuka pintu bilik tempat Aniq bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience