Bab 2

Romance Series 106380

SEJAK peristiwa kaki Juwita terseliuh, Juwita banyak mendiamkan diri. Satu pejabat hairan dengan perubahan Juwita.

Apatah lagi bila ada yang melakukan kesalahan, Juwita sendiri yang membetulkan kesalahan itu sebelum dihantar kepada bos mereka.

Perubahan Juwita itu sedikit sebanyak membuatkan Zailani tidak senang duduk. Juwita benar-benar berubah 360°.

"Nok... kau marah aku ke?" Zailani menghampiri Juwita yang sedang berkemas untuk pulang.

Ramai yang tidak betah melihat perubahan Juwita. Walaupun dia digelar Miss Singa dikalangan rakan sepejabat, namun sikapnya yang garang itu tetap dirindui oleh mereka.

Bahkan, ada yang menyalahkan Zailani atas perubahan sikap Juwita.

"Sekali lagi kau bersuara, aku sumbat mulut kau dengan tetikus ni." Juwita capai tas tangannya untuk beredar. Kakinya masih terasa sakit.

Namun memikirkan dateline lagi dua hari, dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menyambung cuti sakit.

"Hek eleh... aku fikir dah bertaubat. Rupanya sama je," perli Zailani. Tanpa sebarang kata, Juwita mengambil tetikus untuk disumbat ke dalam mulut Zailani.

Menjerit Zailani dengan tindakan Juwita. Badannya meliang liuk ke kiri dan ke kanan. Tangannya dikibas-kibas menahan geram. Kakinya dihentak bagai anak kecil menangis tak dapat gula-gula.

"Nok... kenapa kau kejam sangat? Kau.. kalau nak sumbat pun, sumbatlah ais krim ke, gula-gula ke, sedap sikit," ujar Zailani dengan suara yang dikepit.

Juwita tahan hati. Terus dia berlalu meninggalkan Zailani. Namun, dia sempat memijak kaki Zailani dengan tumit kasutnya.

"Rasakan. Kau ingat tak sakit kaki aku ni? Ni baru sikit tau. Sekali lagi kau pedajal aku macam ni, kau tahulah tinggi rendah langit ni." Juwita terus berlalu meninggalkan Zailani yang sedang menahan sakit.

"Aduh... pompuan ni memang tak reti nak lemah lembut ke? Mau cepat monopous kalau asyik marah je," ngomel Zailani seraya menahan sakit.

"Itulah... tak ada penyakit cari penyakit. Badan sado... tapi lembik kalah pompuan. Yang kau cari pasal dengan Juwita tu dah kenapa? Dah warning dia tu tak suka orang sibuk hal dia. Tapi kau degil. Tak padan dengan kurita kau ni, kan?" perli Samad yang duduk selang beberapa meja dari tempat Zailani.

Kebetulan dia baru keluar dari tandas. Jadi, dia nampaklah adegan yang berlaku antara Zailani dan Juwita.

"Sibuklah kau. Suka hati akulah nak buat apa. Juwita tu bukan bini kau, kan? Ke kau syok kat dia?" Zailani jungkit kening sambil jari telunjuknya mengarah ke arah Samad.

"Tapi kan... kalau kau syok kat dia sekalipun, kau tak sesuailah dengan dia." Mengekek Zailani dengan kata-katanya.

"Kau ni, memang nak kena, kan?" Belum sempat Samad menghampirinya, Zailani sudah menjerit dan berlari dalam keadaan terkepit-kepit.

Sampai saja di pintu, dia sempat berpaling kepada Samad lalu menjelirkan lidahnya.

Geleng kepala Samad dengan kelakuan Zailani. Namun, terlepas juga senyuman kecil di bibirnya.

Lucu... itulah yang dirasakan mengenai Zailani. Semenjak Zailani dipindahkan ke situ, ruangan pejabat mereka berubah ceria dengan keletah kurita Zailani.

Biasalah lumrah manusia, apa pun tak pernah puas. Bila yang garang berdiam diri, serba tak kena dibuatnya. Bila yang lembut menceriakan suasana, pun ada yang tak selesa. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.

Zailani mengomel sepanjang perjalanan menuju ke kereta. Dia terdiam kaku saat melihat kereta Juwita masih di situ.

Berkerut-kerut dahinya memikirkan mengapa Juwita masih belum bergerak pulang. Ingin sekali dia bertanya. Namun apabila mengingatkan kes tadi, dia membatalkan hasratnya. Tidak mahu terus menerus mengganggu mood Juwita.

'Lantaklah Si Singa tu. Malas nak tanya. Ada ke patut pijak kaki aku dengan kasut tumit dia. Mujur tak patah jari kaki aku ni.' Zailani terus bergerak ke keretanya.

Baru beberapa langkah Zailani melepasi kereta Juwita, terdengar namanya dipanggil oleh gadis itu.

"Ha... kau nak apa?" soal Zailani menyampah. Tapi apabila dia berpaling dan melihat wajah Juwita yang hitam, terus terhambur ketawanya.

"Kau jadi mekanik ke apa?" soal Zailani dengan ketawa yang masih bersisa. Wajah Juwita mula menyinga apabila ditertawakan begitu.

Terus saja dia berpaling semula ke keretanya. Niat hati ingin minta bantuan tapi lain pula jadinya.

'Aduh... hati tisu pula dah.' Terus saja Zailani meluru ke kereta Juwita.

"Jom aku tolong hantar balik. Sebelum tu, kau lap dulu muka kau yang hitam tu." Zailani menghulurkan tisu pada Juwita. Tanpa sebarang kata, Juwita membersihkan mukanya.

"Kalah pompuan kau ni. Aku pun tak standby tisu basah dalam beg. Lepas ni kenalah standby." Zailani tersengih.

"Banyak gunanya. Bukan untuk pompuan je nok." Juwita mencapai tas tangannya lalu mengunci semula keretanya.

"Zai, aku minta maaf." Zailani tersengih. Dia tak ambil hati pun sebenarnya dengan perangai Juwita.

"Takde hal. Benda kecil je. Aku kan anak jantan." Juwita ketawa. Bahu Zailani ditumbuknya.

"Sakitlah nok." Zailani menjerit kecil.

"Ala... tadi kata anak jantan. Kena sikit pun sakit," perli Juwita. Berkerut dahi Zailani. Belum pernah Juwita bergurau dengannya. Dalam hati berbunga riang.

"Tapi kau tu kasar kalah jantan. Kalau jalan, pergh... orang mesti ingat kau model. Tapi hakikatnya..." Zailani sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Pintu kereta dibuka lantas dia mengarahkan Juwita masuk.

Masuk je ke dalam kereta Zailani, Juwita terpegun. Sangat kemas dan bersih. Tak macam kereta orang lelaki. Sesaat kemudian dia tersedar. Kalau dah perwatakan Zailani lembut macam perempuan, jadi tak mustahil dia seorang yang sangat pembersih.

Tapi tak boleh cakap jugakan? Ada je perempuan yang pemalas kalah lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience