3 bulan lalu...
"Ida,tolong panggilkan Ad jap. Aku ada benda nak bincang dengan korang ni" kata Fadzil yang berada di corong telefon.
"Okay jap lagi aku pergi panggil dia" kata Faridah lalu mematikan handphonenya. Faridah memanggil Farhad yang sedang menghisap rokok di luar rumah.
"Weh Ad ! Sini jap" Faridah memanggil abangnya. Farhad membuang puntung rokoknya yang masih banyak lagi bakinya.
"Apa weh weh kau nih. Panggil aku kenapa Ida" kata Farhad.
"Kau ni merokok je kerja kau. Tu Fadzil panggil kita kat laman belakang sana tuh" kata Faridah.
"Ada apa abang kau panggil kita ni" kata Farhad.
"Entah la. Jom lah. Macam penting sangat je" kata Faridah.
Encik Shuhaimi ternampak Farhad dan Faridah sedang keluar dan memanggil mereka.
"Farhad ! Faridah ! Nak pergi mana tuh" kata Encik Shuhaimi.
"Jap ayah ! Fadzil panggil kitorang jap kat laman belakang rumah ni" kata Farhad lalu mereka berlalu pergi.
"Diorang nak pergi mana tu bang ?" tanya Puan Yusnita.
"Entah. Fadzil yang panggil diorang" kata Encik Shuhaimi.
Farhad dan Faridah ternampak Fadzil sedang duduk di atas buaian kayu sambil menghisap rokoknya.
"Ada apa ni Fadzil panggil kitorang nih" kata Farhad.
"Rokok nak tak Ad ?" kata Fadzil sambil menyerahkan sebatang rokok kepada Farhad.
"Malas lah. Aku baru nak sedut tiba-tiba adik kau ni panggil" kata Farhad.
"Aku jugak. Mana la aku tahu kau dah menghisap kat luar tuh. Ni ada apa panggil aku sekali ni" kata Faridah.
"Ada benda aku nak bincang dengan korang nih. Pasal mama dengan ayah" kata Fadzil.
"Kenapa nih. Mana Lina ?" kata Farhad.
"Lina ada je tengah tengok tv. Biarlah dia. Ni pasal hal adik-beradik kita je. Ni Ida aku nak ajak kau pindah esok" kata Fadzil.
"Kat mana kau nak pindah" kata Fadzil
"Shah Alam. Nak ikut aku tak Ida" kata Fadzil.
"Aik sekolah aku macam mana ?" kata Faridah.
"Takper minggu depan aku uruskan sekolah kau nanti" kata Fadzil.
"Fadzil....kau ni kenapa sampai nk bawak si Ida nih. Ida nih sekolah lagi tau. Tak lama lagi nak SPM" kata Farhad.
"Alah kau nih. Ayah ada kan boleh tengokkan mama apa semua kan. Aku bawak la Ida pindah tempat aku. Lagipun aku dengan Kak Lina kerja. So Ida boleh la tengokkan rumah kat Shah Alam tuh" kata Fadzil.
"Ayah nak jaga mama ? Ayah pun sibuk memanjang kat KL tuh. Jadi CEO apa semua. Ingat ayah ada masa ke nak jaga mama tuh" kata Faridah.
"Alah kau nih. Ayah balik jugak kan tengok mama tu. Kau ingat aku nak duduk sangat ke kat sini. Mama dengan ayah tuh tahu nak marah aku bebel je aku nak keluar dengan Lina pun tak boleh la apa la. Baik aku kahwin je pastu aku pindah" kata Fadzil.
"Apa ? Kau kahwin dengan Lina sebab nak jauhkan diri kau dari mama dengan ayah. Apa punya niat kau macam tuh Fadzil ?" kata Farhad.
"Betulla kan ? Baik aku kahwin dengan Lina tuh senang. Lepas kahwin aku duduk jauh. Senang hati aku. Malas nk dengar bebelan mama kau tuh" kata Fadzil.
"Niat kau tak elok la macam nih. Tak berkat kau berumah tangga nanti. Allah marah kau tau tak" kata Farhad.
"Amboi kau Ad. Kau tak puas hati dengan aku ke bodoh ? Soal berkat tak berkat kau siapa nak tentukan" kata Fadzil.
"Habis ? Tak betul cara kau tuh. Mama dengan ayah tegur kau ada sebab nya. Pastu kau kahwin dengan si Lina tuh and nak duduk jauh dari sini. Tuhan takkan berkati rumah tangga kau kalau niat kau macam nih" kata Farhad.
"Kau ni kan...." Fadzil tidak bercakap banyak lalu terus menumbuk muka Farhad sehingga terjatuh.
"Kau takyah nak berlagak nak ceramah dengan aku lah. Solat pun tak buat la pastu tengking mama dengan ayah sesuka hati. Ada hati nak mengajar aku" kata Fadzil.
"Fadzil ! Apa nih sampai tumbuk Ad nih. Betulla apa yang dia cakap. Kenapa kau buat macam tu. Abang jenis apa kau nih" kata Faridah.
"Kau diam la perempuan. Kau budak lagi so kau tak payah nak campur hal rumah tangga aku. Jadi kau ikut aku pindah sana" kata Fadzil.
"Eh aku malas la nak ikut kau. Tak payah lah kalau perangai kau macam nih" kata Faridah.
"Okay fine Fadzil. Kau buat la suka hati kau. Lepas nih aku takkan balik rumah nih. Baik aku berambus tak payah nak balik rumah. Apa jadi kau tanggung lah sendiri and tak payah nak merayu kat mama dengan ayah tuh. Buat tak pakai otak" kata Farhad lalu berlari keluar dari rumah.
"Eh pergi mampus. Takyah balik rumah buat semak lah kau. Kau nak pergi sangat pergi lah. Kalau aku nampak kau balik rumah ni,mati kau aku kerjakan" kata Fadzil.
"Astaghfirullah hal azim Fadzil. Kau dah gila ke apa" kata Faridah. Fadzil terdiam sahaja.
Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita ternampak Farhad keluar dari pagar rumah. Mereka berasa hairan.
"Nak pergi mana tuh Ad. Kenapa mulut kau berdarah nih" kata Encik Shuhaimi.
"Mama. Ayah. Farhad takkan balik rumah ni dah. Fadzil tu bukan abang saya lagi dah. Assalamualaikum" kata Farhad lalu cepat-cepat keluar dari rumah tersebut. Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita cepat-cepat pergi ke laman belakang rumah dan ternampak Fadzil dan Faridah sedang bertengkar.
"Fadzil ! Faridah ! Apa dah jadi nih. Apa yang kau dah buat dengan Ad tuh" kata Encik Shuhaimi.
"Fadzil la dia pergi tumbuk Ad tuh. Gila ke apa dia nih" kata Faridah.
"Apahal kau nih perempuan. Kau nak kena lempang ke" kata Fadzil lalu mengangkat tangannya. Encik Shuhaimi menghalang Fadzil untuk menampar adiknya itu.
"Kenapa dengan kau nih Fadzil. Dengan adik-adik kau nak naik tangan pulak" kata Encik Shuhaimi.
"Ayah. Fadzil nak ajak Ida pindah Shah Alam je. Dia tak nak pulak" kata Fadzil.
"Kenapa kau nak ajak dia pindah. Dia kan sekolah lagi. Tahun ni dia nak SPM. Mana boleh pindahkan adik kau nih sesuka hati kau" kata Puan Yusnita.
"Ayah kan ada boleh tengokkan mama. So biarlah Ida tengokkan rumah Fadzil sementara Fadzil dengan Lina nak kerja nanti" kata Fadzil.
"Fadzil. Ayah sibuk tau. Lagipun esok ayah ada kerja. Ida boleh tengokkan mama sementara ayah sibuk kerja" kata Encik Shuhaimi.
"Ayah ni kan. Selalu sibuk. Tak pernah ada masa dengan family sendiri. Buat apa ntah kat sana. Ayah apa macam nih abaikan anak-anak ayah nih. Entah-entah ayah ada buat benda bukan-bukan belakang mama" kata Fadzil. Encik Shuhaimi terkejut lalu menampar Fadzil.
"Kenapa kau kurang ajar dengan aku nih. Aku kerja siang malam nak cari duit untuk bagi korang makan. Mama kau tuh suri rumah je. Aku yang besarkan korang. Korang tak faham aku nih. Kalau kau rasa kau bagus sangat kau berambus dari rumah nih. Kau jangan datang balik rumah nih" kata Encik Shuhaimi.
"Ayah jangan la halau Fadzil nih" kata Faridah sambil menangis.
"Biarkan dia Ida. Anak derhaka. Kau ambik pakaian semua kau berambus dengan bini kau tuh !!" kata Encik Shuhaimi.
"Abang apa nihh. Halau anak sendiri ?! Abang boleh tak bawak bersabar" kata Puan Yusnita.
"Aku tak boleh bersabar dengan anak kau nih. Berambus kau !!!" kata Encik Shuhaimi. Fadzil menundukkan kepalanya lalu pergi meninggalkan rumah tersebut. Faridah pula berlari masuk ke dalam rumah dan kemudiannya masuk ke dalam bilik lalu menangis.
Encik Shuhaimi pergi ke kereta dan menghidupkan enjin kereta.
"Abang nak pergi mana tuh. Kan bole bawak bincang elok-elok. Saya boleh pujuk Fadzil tuh" kata Puan Yusnita.
"Sayang. Abang nak keluar cari ketenangan. Serabut lah abang asyik fikir semua nih" kata Encik Shuhaimi lalu bergerak meninggalkan rumah tersebut.
Puan Yusnita ternampak Fadzil dan isterinya Azralina membawa beg pakaian.
"Kau nak ke mana tuh nak" kata Puan Yusnita.
"Lina. Saya nak cakap dengan mama jap. Tolong bawakkan beg ni. Pastu tunggu dalam kereta" kata Fadzil. Azralina membawa beg pakaian masuk ke dalam kereta.
"Kau nak pergi mana nih" kata Puan Yusnita.
"Mama. Fadzil mintak maaf sangat-sangat. Fadzil terpaksa pergi dari sini. Mama tolong doakan kebahagiaan Fadzil dengan Lina. Cakap dengan ayah Fadzil nak mintak maaf sebab cara Fadzil cakap dengan ayah macam tuh" kata Fadzil.
"Mama faham. Ayah memang macam tuh. Selalu sibuk dengan kerjanya. Tapi jangan la cakap macam tuh kat ayah. Kesian ayah tuh. Mama faham yang kau tengah marahkan dia. Takper mama boleh tengokkan Ida. Kau jaga la Lina elok-elok kat sana" kata Puan Yusnita.
"Insyaallah mama. Mama pun jaga diri elok-elok. Fadzil mintak maaf semua nih and sebab tumbuk Farhad tadi. Fadzil buat tak fikir pun" kata Fadzil lalu bersalaman dengan ibunya.
"Jaga diri elok-elok Fadzil dengan Lina tuh. Assalamualaikum" kata Puan Yusnita.
"Waalaikumussalam mama. Mama pun" kata Fadzil.
Fadzil meninggalkan rumahnya dan sejak dari pertengkaran antara tiga adik beradik itu,Fadzil dan Farhad jarang pulang ke rumah melainkan hari penting sahaja seperti cuti bekerja dan awal Ramadan sahaja. Faridah pula duduk di rumahnya bersama dengan ibu dan ayahnya. Hubungan adik beradik terputus seketika.
Share this novel