VS21

Drama Completed 85761

Eva menarik selimut menutupi hingga menutupi bahagian atas dadanya sedikit.

Telinga ingin terus mendengar perbualan telefon Daim sebentar tadi, namun lelaki itu makin bergerak menjauhinya seolah-olah ingin menyorokan sesuatu.

Hah! Peritnya hati ini....
Eva sedar Farina cinta pertama Daim, namun sejak dia nampak perubahan sikap suaminya. Eva pasti, hubungan mereka akan semakin rapat. Eva juga pasti perkahwinan dia dan Daim akan kekal tanpa ada perpisahan.
Tapi kenapa lelaki itu masih menghubungi Farina?

Daim cuba halang Eva bertemu Lukas, dalam masa yang sama lelaki itu berterusan menghubungi Farina.
Siapa kah yang salah?

Mata dipejam lagi, bayang Daim masih bermain.
Im... boleh tak kau buang cinta Farina?
Boleh tak buka hati kau untuk aku?
Aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan Im...

Sekali lagi selimut ditarik, badan Eva dipusing ke kekiri.

Tiga orang kru yang berkongsi bilik dengannya dah lama dibuai mimpi.

Esok pengambaran akan bermula. Berat sedikit kerana mereka akan menyusur sungai dan memasuki hutan, semua ni bagi mendapatkan imej filem yang lebih sempurna.

****
Seusai menjamah sarapan, hampir kesemua kru bersiap sedia untuk menjalani pengambaran.
Eva bangun awal, walaupun malam tadi dia lewat tidur.

Dan lebih tepat tidurnya tidak lena memikirkan panggilan telefon Daim bersama Farina malam tadi.

“Eva..”
Wajah Eva dipaling sedikit, dia tahu suara garau siapa yang memanggil seksi namanya.

Daim merapati isterinya, ekpresi wajah wanita itu lain, tak seperti malam tadi. Muka kalah mulut Donald Duck.
“Kau okay ke Eva? Dari tadi aku tengok kau menguap?”
Mata Daim memandang kiri dan kanan, takut ada yang dengar perbualan mereka.

Eva tak menjawab, hanya kepala diangguk perlahan. Nak merajuk.
Dan nak mintak Daim pujuk. Boleh?

“Eva..”
Bahu Eva disentuh lembut oleh tangan Daim. Hatinya resah jika wajah Eva terus cemberut.

Kali ni Eva berpaling, mata tajam Daim ditatap dalam.
“Kau berborak dengan Farina ke malam tadi?”

Oooo... cemburu sudah datang... habis lah kau Daim...

Senyuman Daim dilebarkan hingga barisan giginya ternampak sedikit.
“Sebab tu ke muka kau monyok?”

Hujung bibir Eva diangkat tinggi. Dah tahu kenapa nak tanya lagi?

“Eva sayang... kepala kau ni kecik je tau, tapi nak jugak padat-padatkan benda yang tak sepatutnya masuk.”

Eva menolak tangan Daim yang dah menyentuh ubun-ubunnya.

Sekali lagi Daim ukir senyum, merajuk benor ni.
Bibir dirapat ke cuping telinga wanita itu.
“kau jangan berkasar dengan aku, nanti ada yang perasan kau marah-marah, tak pasal-pasal pulak diorang cakap kau alahan pregnant.”

Daim!!!
Bukk!
Kedua tangan Eva menolak kuat dada bidang Daim hingga lelaki itu terandah kebelakang.

“Oii! Pagi-pagi pun bercanda ria ke wei? Cepat masuk bot! Nanti lambat sampai.”
Jerkahan Bahar dari dalam bot, membuatkan dahi Eva berkerut seribu. Semua mata terarah kepadanya.
Malu giler!!!

Sekali lagi Daim melebar senyum, seraya tanganya menarik lengan Eva membawa ke jeti.

Walau hati Eva masih berganda sakitnya, namun diri tetap menurut. Nak merajuk lebih, takut juga kru yang lain perasan.

45 minit perjalanan menaiki ‘Pontoon Boat’ dari sungai tembeling dan memasuki laut, akhirnya semua kru sampai diseberang darat, seakan-akan pulau kecil, walhal ia masih bersambung dengan tanah utama.

Kawasan sekitar sangat cantik, pasir pantai memutih, air laut pun masih hijau kebiruan.

Mungkin tak ramai pelancong yang datang ke kawasan ini, sebab tu ia masih terjaga.

Setelah melabuhkan boat ketengah pantai, kru terpaksa mengharung air untuk ke pesisir.

Daim tak biarkan isteri kesayangannya menongkah pesisir dengan payah, tangan sentiasa memegang lengan wanita itu walau berkali-kali Eva menepis.

Senyum jantannya dibiar terukir, Eva kalau dah marah memang susah pujuk.

Tapi makin perempuan tu marah, makin cute muka dia! Rasa nak cubit-cubit manja!

Setelah semuanya berkumpul di persisir pantai, mereka membina khemah bagi memulakan pengambaran.

Semua kru mengambil peranan masing-masing.

Dari pengarah, jurukamera ( main camera dan Operator Camera), juruteknik, prop kru serta jurumekap dan kru kebajikan, semua berganding tangan dalam menjayakan filem ini.

Encik Gilrbert pengarah utama yang diimport dari luar negara, sangat berpuas hati.

Bahar sebagai pengarah kedua, turut tersenyum lebar apabila Gilbert memuji kebolehan anak buahnya.

Sampai petang, kru yang tiada kerja mengambil masa untuk berehat.

Eva turut melunjurkan kaki dibawah pohon gajus yang tumbuh merendang di persisir.
Kalau ada Zizie, sah-sah dia dah dipayung kan. Tapi nak buat macamana, nyah tu awal-awal lagi taknak ikut.

Wajah Eva ditoleh kepada Zanita disebelahnya, wanita itu sedang menyapu krim penghalang matahari di lengan dan kakinya.

Ye la kerja tengah panas macam ni mesti lah perlukan ‘protection’ dah la mereka semua ni ‘public figure’.

“Miss Eva”

Eva mendongak, Sharul dari team kebajikan berdiri dihadapannya sambil menghulurkan beg silang kecil berwarna hitam.

“Encik Daim mintak miss Eva pegangkan beg dia sekejap, sebab selepas ni dia nak recruit stunt team untuk shoot.”

Errkk.. Eva kerut dahi, peganglah sendiri, nak buat apa suruh aku nya. Menyampah!

Namun tangan Eva tetap mengambil beg yang dihulur oleh Sharul, lantas bola matanya diangkat memandang Daim yang sedang duduk diatas buaian yang dibina khas bagi filem tersebut.

Buaian itu dibina menggunakan tali ‘polyester’ yang mempunyai gentian fiber yang tinggi dan tebal serta kukuh.

Kedua hujung tali itu kemudian disimpul pada kayu jenis Belian yang petak dan nipis dan digantung pada dahan tebal pokok gajus.

Saat wajah Daim bersatu dengan isterinya, lelaki itu mengenyitkan mata sebelum kembali bercakap dengan anak buahnya.

Sekali lagi Eva juih bibir!
Saja nak tunjuk macho la tu!
Tapi memang macho pun.

Kali ni bibir Eva menguntum senyum.

Tubuh Daim terus dipandang dari jauh.
Dengan t-shirt lengan panjang berwarna hitam serta seluar jeans slim fit yang dikenakan pada tubuh lelaki itu sudah cukup mengegarkan naluri wanita nya.

Dan ketika lelaki itu mengambil buku skrip dari huluran anak buahnya dan dengan kusyuk membaca, Jantung Eva terus berlari tak sekata.

Wajah Daim yang serius makin menambah rindu dihatinya.

Sesekali rahang kekar lelaki itu terangkat-angkat menelan liur, urat hijau disisi dahi terbit saat kening lelaki itu dikerutkan.

Ye! Daim Akli lebih kacak tika wajahnya beraksi serius.

Melting doeee!

Mata Eva terus pandang sehingga Daim bangun dan membawa anak buahnya untuk memulakan aksi.

Semua tingkah suaminya diperhati. Rindu!

Saat matanya terus kaku menatap Daim dihadapan, beg hitam milik lelaki itu bergetar kuat.

Eva tunduk, beg dipehanya diangkat dan zip dibuka mengeluarkan telefon bimbit milik suaminya.

Bola mata tertancap skrin.
FARINA

Shit! Apa lagi betina ni nak dengan laki aku?!

Telefon terus bergetar, Eva masih berfikir samaada untuk menjawabnya atau tidak?

Jika dia jawab, dah tentu akan jadi gaduh besar. Dah la masih ramai kru kat sini. Silap- silap hari kes Eva akan viral.

Lama dibiarkan telefon Daim bergetar sebelum skrin kembali gelap dan getaran mula berhenti.
Bawah bibir Eva digigit kuat.

Jika sekali lagi Farina menelefon, sah dia akan menjawab. Nak jadi apa pun jadi lah.

Farina tak berhak nak kacau Daim! Daim Akli suaminya yang sah!

Perempuan yang ganggu suami orang ibarat babi yang menyondol di kebun tanpa diketahui oleh tuan tanah!

Kau jangan aku sama kan dengan BABI, Farina!

Lama Eva menunggu panggilan lagi, namun telefon bimbit Daim masih gelap.

Perlahan jari dilerek untuk membuka. Mujur takde kata kunci, dengan mudah Eva memasuki menu panggilan lelaki itu.

Semalam.
1920 panggilan dari FARINA
2235 panggilan dari FARINA

Hari ini.
0750 panggilan dari FARINA
Dan baru sebentar tadi pun panggilan yang sama dari Farina!

Harrggghh! Dah melampau perempuan ni!

Eva pantas mengeluarkan telefon bimbitnya didalam beg galas yang dibawa.
Nombor Farina disalin dan disimpan kedalam telefon miliknya.

Aku akan jumpa kau juga Farina!

2 jam pengambaran aksi ngeri yang dilakonkan olehb anak buah Daim, selesai.

Pengarah mengarahkan kru untuk pulang memandangkan hari semakin gelap.

Semua menurut, mentelah lah masing- masing sudah kepenatan.

‘Pontoon Boat’ kembali berlayar ke Tembeling River menuju ke Xscape Chalet.
Eva berpeluk tubuh duduk, sambil memandang laut luas didepanya.

Selepas habis pengambaran, beg silang milik Daim, diberi kembali kepada lelaki itu.
Perasaan marah masih terus membara.

Tanpa sedar Daim turut melabuhkan punggung bersebelahanya.
Sedikit jarak Eva dijauhkan tanda masih protes.

“Sayang.. sayang okay ke?”

Sayang?
Tak payah nak sayang-sayang bagai lah!
Geli aku Daim!
Bola mata Eva dibalikkan.

Daim mengesot punggungnya mendekati Eva, jemari wanita itu digengam.
“kau okay ke Eva?”
Suara dipelahankan sedikit takut ada yang mendengar.

Tubuh Eva yang senget dipusingkan sedikit memandang Daim, jarinya masih dalam gengaman lelaki itu.
“Baik kau terus-terang dengan aku, kenapa Farina call kau?”

Kedua bahu Daim dikendurkan. Masih tak habis lagi ke?
Kedua tangan besarnya diangkat dan memegang sisi kepala Eva, bola mata menatap kedalam anak mata hazel milik isterinya.
“Eva... listen... aku dan Farina takde hubungan apa-apa. Aku berani bersumpah dengan kau. Tolong percaya aku.”

“Habis tu kenapa dia call kau.”

Lesung pipit Daim terbit saat bibirnya mengukir senyum.
“Dia call aku, sebab ada perkara penting yang nak dibincangkan dengan aku. takde kena mengena dengan benda lain Eva.”

“Perkara apa?”

Susah jugak dapat bini kaki cemburu kuat ni kan?
Kali ni tangan Daim diturunkan dan merantai kedua lengan Eva.
“Satu saat aku akan ceritakan pada kau, buat masa ni aku nak kau percaya je pada aku. Aku takkan khianati kau Eva.”

Eva melepas keluh, mata terus memandang kedepan.
Sukar untuk dia percaya sepenuhnya kata-kata Daim, Eva perlu kan bukti.

“Eva... esok aku akan balik ke town.”

Kali ni pantas Eva berpaling semula. Dahi dikerut seribu,

“Aku ada kerja yang perlu diselesaikan, kau jaga diri baik-baik tau.”

Oh! Please Daim... rajuk aku masih ada, kau takknak pujuk ke?
Sekali lagi Eva tarik nafas, kedua tangan disilang kedada
Perasaan marah dan cemburu terus memakan hati..

*****

Makan malam secara buffet disediakan lagi oleh pihak penganjur di Chalet Xscape.

Eva awal lagi dah turun untuk makan, Dia tak mahu turun lewat, kerana seusai makan Eva merancang untuk terus merehatkan badan memandangkan scene esok lebih berat. Dia perlu membuat persediaan awal.

“Sayang dah makan?”

Eva tak pandang, dia tahu gerangan siapa yang melabuh punggung berhadapan dengannya saat ini .

Daim menundukan wajah mencari raut Eva yang tertutup oleh rambut wanita itu.
Masih marah ke?

Masih tak menjawab.
Muka Eva terus tunduk sambil menjamah mee hoon goreng yang disediakan oleh pihak penganjur.

Makin merajuk makin cute!
Jari Daim mencubit pipi Eva hingga wanita itu merengus kasar dan menepis kuat tangannya.
Suara garau Daim terbit saat dia tergelak kasar.

Kru yang duduk disebelah menyebelah hanya tersenyum melihat aksi pasangan itu.

“I ambik makanan, you jangan lari tau sayang.”

Makin rapat kening Eva bercantum saat mendengar ayat dari Daim, mee goreng yang dah masuk ke perut rasa nak dikeluarkan balik.
Meluat dengan lakonan Daim yang bersahaja itu.

Daim sudah beratur di meja buffet memilih makanan.
Eva menyandar belakang pada kerusi palstik sebelum melepaskan keluh.
Harus kah dia percaya pada Daim lagi?

Pinggan plastic berisi mee hoon bergerak apabila telefon bimbit Daim yang diletakan diatas meja bergetar.
Cepat Eva merampas telefon itu. Jika ia panggilan dari Farina, Eva takkan teragak-agak untuk menjawab. Dia perlu pertahankan rumah tangganya.

Ketika matanya tertancap pada skrin. Mulut membulat. Memang dari Farina, tapi bukan memanggil, wanita itu menghantar pesanan mesej.
Sekilas bola mata Eva mendongak memandang Daim yang masih memilih makanan di meja buffet, sebelum kembali melirik di skrin.
Jari dileret untuk membuka peti simpanan mesej.
Sekali lagi mulut Eva membentuk ‘O’
Mesej yang dihantar oleh Farina dibaca berkali-kali walaupun singkat.
[ Jumpa di Sense Cafe pukul 3 petang esok]

Farina ajak bejumpa?
Esok?
Apa ni?!

Sekali lagi jemari Eva melirik peti mesej telefon bimbit Daim, kali ni dia nekad untuk menyiasat.
Satu nama baru ditemui.

AKILAH.
Pantas jari terlunjuk Eva menekan nama itu.
[Akilah.. maafkan abang, abang tahu abang salah. Bagi peluang abang untuk betul kan semua ni.]

Abang?!!
Apa kebenda ni?!!
Arrrgghhh!
Eva lantas membangunkan tubuh, telefon bimbit masih dipegang erat.

“I nak ambik angin kat parkin.”
Eva bersuara saat Zanita disebelahnya mendongak ketika Eva tiba-tiba bangun. Wanita itu hanya mengangguk sebelum kembali menjamah makananya.

Laju kaki Eva menuju ke parkin. Sebal!!

Daim yang baru siap memilik makanan, kembali menuju ke meja.
Figura Eva tiada.
Wajah dipusing kiri dan kanan mencari isterinya.

“You cari Eva ke? Dia kata nak duduk kat parkin jap, ambik angin.”

Bola mata Daim mendarat pada Zanita sebelum mengukir senyum.
Eva ni pun. Kan dah janji suruh tunggu, Aishh..
Merajuk tak pernah sudah!

Pinggan makanan diletakkan diatas meja, Daim menyeluk poket, mencari telefon bimbitnya.
Kiri dan kanan poket seleuar jeans slim fitnya diseluk namun tidak ditemui.
Otak memproses kembali untuk mengingati telefon miliknya.

Adesss... tadi aku tinggal atas meja.
Takkan hilang kot.

Ketika Daim terus mencari idea, sekilas terlintas difikirannya akan Eva.
Ah! Tak mungkin Eva ambik telefon dia.

Mata memandang parkin yang jauh ke bawah.
Atau mungkin betul Eva mengambil telefonnya.
No!

Tanpa sempat menjamah hidangan yang diambilnya, Daim membangunkan tubuh dah melangkah panjang menyusur jalan berbatu menuju ke parkin di tebing sungai.

Memang Eva ada disitu, sedang berdiri menghadap aliran sungai dihadapan.

“Eva.. kau buat apa sorang-sorang kat sini, kau tak habis makan lagi kan?”
Kaki Daim menghampiri, bahu isterinya disentuh.
Namun Eva kuat mengelak.
“Apa lagi salah aku Eva... “

Mulut Eva sembut tawa sedikit, tawa perli.
“Siapa kau sebenarnya Daim?.”

Daim melangkah setapak dan berdiri bersebelahan wanita itu.
“Apa maksud kau Eva”

“Aku ingat, selama 30 tahun aku kenal kau, aku tahu semua tentang kau, tapi rupanya banyak benda yang aku tertinggal pasal kau Im.”
Kedua tangan disilang ke dada, keluhan dilepas sejenak.

Daim diam, membiarkan Eva terus berbicara.

“Kau bercinta dengan Farina, then kau biarkan Farina kahwin lain. Kau tolak rancangan untuk berkahwin dengan aku pada mulanya dan kemudian kau paksa aku menurut, dalam pada yang sama kau masih berhubung dengan Farina. Kau nak apa sebenarnya Im?”

Wajah Daim ditoleh kepada tubuh wanita disebelahnya, mata menangkap telefon bimbit miliknya yang berada pada gengaman wanita itu.
Pasti ada sesuatu yang Eva dah tahu!
Halkum Daim bergerak kebawah menelan liur.

Eva pusing tubuh, wajah didongak memandang mata Daim.
Hari ni dia perlu selesaikan semua.
“Mulanya kau bercinta dengan Farina, kemudian kau scandal dengan Bella. Sekarang timbul pula perempuan bernama Akilah! Apa ni Daim!”

“Eva, kau salah sangka.”
Daim cuba merampas kembali telefonnya pada tangan Eva disisi wanita itu, namun Eva pantas melarikan.

“Salah sangka apanya? Kalau dah mesej siap ber ABANG-ABANG bagai! Itu tak salah ke?”

“Eva..”
Daim terus memujuk.

“Kau cakap dengan aku Im, kau kahwin dengan aku sebab terpaksa atau sebab kau nak main kan aku?”

Kepala Daim digeleng berkali-kali.
“Tak Eva... kau salah sangka, bak balik handphone aku, lepas tu kau masuk bilik. Dah lewat ni.”

“No!”
Sekali lagi Eva melarikan telefon di tanganya dari dirampas oleh Daim.
“Kalau kau rasa, kau kahwin dengan aku sebab tanggungjawab, baik kau ceraikan aku Im! Kembali pada perempuan-perempuan yang kau cinta tu!”

“Eva!”
Daim meraup wajahnya.
Suara kembali kendur
“Eva.. kita kat luar ni, kawan kau ramai, kalau kita bergaduh semua akan perasan. Sudah ye...”

“Daim! aku rasa kita kena selesaikan hari ni jugak! Biar public tahu yang perkahwinan kita hanya satu rancangan! Aku taknak lagi hidup dengan kau! Aku taknak hidup dengan lelaki yang tak cinta kan aku! ceraikan aku Daim!”

Pak!
Daim menerkup mulut Eva dengan tapak tangannya yang besar.
“Eva! Aku kata diam! Kau dengar tak!”

Kali ni Eva betul-betul mendiamkan diri, mulutnya tertutup rapat, mata masih turus memandang wajah Daim yang menghampirinya.

“Eva.. mark my word! Walau apa pun yang berlaku, aku takkan ceraikan kau! Kau milik aku selamanya!”
Pak!
Tangan Daim merampas kuat telefon bimbitnya pada tangan Eva sebelum melangkah panjang meninggalkan wanita itu yang masih kaku berdiri.

Bunyi aliran sungai menjadi lagu sedih buat Eva tika ni.
Daim tak mahu lepaskan dia, dan lelaki itu juga berani memaksa Eva untuk meneruskan hubungan, sedang dirinya sendiri akan disakiti!

Eva tak mahu teruskan semua ni!
Demi hatinya dia perlu bertindak.
Biar cintanya merana kerana tak dapat Daim asalkan perasaan tidak merana bila terus disakiti lelaki itu.

Telefon bimbit didalam poket seluarnya diambil, nombor Zizie didail.
“Zizie, kau ambik aku pukul 10 esok, Aku nak balik ke town”
Sepotong sahaja ayat yang keluar dari bibir Eva, sesaat selepas Zizie menjawab panggilan.

Kedua tangan kembali disilang kedada.
Sungai gelap dihadapan terus ditatap, hatinya kini kosong.

Kosong dengan nama Daim Akli!

*Psst.. korang boleh follow ig wee @tengkuhida
boleh tengok rupa abang Daim sebenarnya ^__^*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience