Anya merasa tidak sedap badan selepas mereka makan tadi, dia terasa pening kepala, panas badannya secara tiba-tiba, perasaannya ingin buka baju. Kenapa dengan dirinya? Dia cuba untuk senyum melihatkan pekerjanya yang gembira. Namun tidak dia. Kenapa dengan dia ni?
Dia rasa kehausan, dalam masa yang sama dia rasa terangsang dengan tiba-tiba. "Aku pergi tandas dulu." kata Anya menyerahkan beg dan telefonnya kepada Becky. "Okay." kata Becky, yang tidak menyedari perubahan tingkah laku Anya.
Dia cepat-cepat meluru ke tandas perempuan. Dia membilas wajahnya dengan kasar. Kenapa dengan dirinya. Seakan nafsunya naik secara tiba-tiba. Bajunya dia koyakkan dan tiba-tiba dia ketawa dan menangis dalam masa yang sama. Dia tidak tahu kenapa dirinya.
"Anya.." panggil seseorang, lelaki. Dia tidak dapat cam kerana pandangannya yang samar-samar. "Oh, hello handsome man.." Anya terus berubah watak. "Boleh tak tolong saya, please.. malam ni sahaja." manja Anya terus merangkul leher lelaki itu.
***
Pancaran sinaran matahari menembusi langsir putih. Anya bangun terus memegang kepalanya. Dia melihat sekeliling bilik tersebut. Ini bukan biliknya. Ya, ni bukan biliknya.
"Aku dekat mana?" soal Anya. Dia membuka selimut terkejut melihat satu kot berwarna biru milik seseorang yang panjang sehingga ke lututnya, namun hanya ada singlet dan seluar pendek hitam. "Baik, terima kasih Encik." kata Bahr, menutup pintu.
"Kau dah sedar!" kata Bahr. "Kijap.. kenapa aku dekat bilik kau, kau... kau buat apa dengan aku? Ahh?!! Binatang!" jerit Anya terus membaling bantal dan kotak tisu ke muka Bahr. "Binatang kau Bahr, aku benci kau!" teriak Anya, histeria. Risau, takut semua bercampur. "Anya.. Anya.. Candy.. Candyy.. Listen." Kata Bahr memegang tangannya daripada terus menyerang dirinya.
"Anya Inayla!" jerit Bahr, berdegung suaranya. "Dengar dulu aku nak cakap apa.. jangan terus bertindak macam orang gila. Aku ni walaupun macam ni, aku tak jahil sangat sampai nak rosakkan anak dara orang, terutama sekali kau! Kau orang yang paling aku hormat!" teriak Bahr terus menghentikan perbuatan Anya.
Anya menangis teresak-esak. Keluar Becky dari bilik air lengkap berpakaian. "Kenapa ni? Anya? Kau dah okay?" soal Becky, Becky terus memeluk Anya dan mendudukkan diri mereka di katil. "Bahr buat tak elok dengan aku!" tangis Anya. "Dengar dulu, Anya. Abang Bahr tak akan buat yang elok dengan kau. Sepatutnya kau yang harus terima kasih dengan dia." kata Becky.
"Apa yang terjadi, yang aku ingat.. aku dekat tandas, lepas tu aku tak sedar daa." kata Anya, masih menangis. "Lebih baik Bahr cerita. Dah, aku pergi beli makanan dulu kijap. Rasanya ubat kau pun dah sampai. Aku pergi beli makanan dulu, tak lama sekijap je. Okay?" soal Becky. "Becky.. jangan tinggalkan aku." kata Anya. "Tak. aku pergi sekijap. Better kau dengan Abang Bahr pergi luar tu dulu. Supaya tak jadi apa-apa, nanti aku balik." kata Becky.
Tinggal lah Bahr dan Anya di dalam bilik. "Mari kita keluar dulu, kita duduk dekat pondok sana. Jom." kata Bahr, dia cuba menyentuh lengan Anya yang berlapik kotnya dan mereka duduk di satu pondok berhadapan dengan bilik Bahr yang mempunyai kolam renang sendiri dalam suite yang ditempahnya.
"Apa kau rasa sekarang, masih pening?" soal Bahr. Anya terus memandang wajah Bahr, "maaf pasal tadi. Aku takut, terkejut, aku tak kenapa dengan aku semalam." kata Anya. "It's okay, aku faham.. Asalkan kau dah okay, aku risau semalam tu. Kalau aku dapat orang tu, aku siat dia!" kata Bahr terus menumbuk meja.
"Apa yang terjadi semalam?" soal Anya.
***
P.O.V Bahr Malik
Walaupun pandangan Bahr fokus di muka Sherry, namun dia pelik melihatkan Anya yang secara tiba-tiba berubah tingkah laku, seakan tidak selesa, kenapa dengan dia? Namun, sempat dia melihat Anya yang laju meluru ke tandas perempuan. "Kenapa dengan dia?" soal Bahr. "Kijap ye sayang.. I ke tandas dulu." kata Bahr. Sherry hanya tersenyum manja. Dia melihat Anya juga tiada di sana.
Dia menghubungi seseorang, "sekarang.. kau pergi cek dia dekat mana-mana tandas perempuan. Dapat je dia, kau tangkap gambar... kau dengan dia, atas katil." kata Sherry memberi arahan. Sherry terus ingin merehatkan diri, dia harus ada alibi agar dirinya tidak disyaki. "Zahin, Becky.. I nak masuk tidur dulu. Mengantuk lah. Penat kut jalan satu hari. Nanti kalau Bahr ada, tolong inform dia ye, terima kasih untuk jemputan malam ni." kata Sherry.
Dia terus meninggalkan mereka dengan senyuman sinis, "aku tak sabar esok pagi." kata Sherry.
Bahr mendengar suara Anya yang tiba-tiba sahaja ketawa dan menangis dalam bilik air. Bahr tiada pilihan, dia harus masuk. "Anya, kau okay tak?" soal Bahr. "Oh.. hello handsome man, boleh tolong saya tak, malam ni sahaja." kata Anya terus merangkul leher Bahr. "Anya! Anya, sedar. Kau kenapa ni?" soal Bahr. Tidak membuang masa , dia terus mendukung Anya, dia tahu.. Anya akan marah besar dengan dirinya. "Sorry Anya.." kata Bahr, dia mendukung dirinya terus naik ke biliknya.
Bilik Anya? Dia tidak melihat Anya memegang beg atau kunci biliknya. Dia meletakkan Anya di atas katil. "Tolong saya, please saya panas lah.." kata Anya manja. "Anya.. duduk diam ye, aku call Becky dulu." kata Bahr. Bahr terus menghubungi Becky, "datang bilik aku! Sekarang!" dengan cepat Bahr mematikan telefonnya kerana Anya sudah mulai membuka butang bajunya.
"Anya.. please!" kata Bahr dengan lembut. "Awak tak nak dekat saya ke? Saya ni seksi tau. Ke saya belum cukup seksi. Okay? Anya terus mencampakkan bajunya, dan terbuntang mata Bahr. Dengan pantas Bahr mencapai kot biru panjangnya dan menyelebung badan Anya dengan kot birunya dan mereka berdua terjatuh di atas katil.
"Yes darling.. Please, help me" manja Anya. "Anya.. siapa buat kau macam ni?" soal Bahr, sedikit mengalir air mata lelakinya, siapa yang sanggup buat Anya begini. Ketukan di pintu kedengaran. "Masuk cepat Becky!" jerit Bahr dari luar.
"Ya Allah. Binatang! Kau buat apa dengan dia ahh?" Becky terus mengambil bantal dan memukul belakang Bahr, "dengar dulu gila! Aku tak akan buat Anya macam ni,seseorang dah spike minuman dia." kata Bahr. "Ahh? Habistu, kita nak buat macam mana?" soal Becky. "Kau tutup pintu tu!" kata Bahr.
"Biar dia sampai dia penat. Itu sahaja cara dia." kata Bahr. Dan, buat pertama kalinya mereka melihat sisi menggoda seorang Anya dan kesian kepada Bahr yang dikejar sehingga Bahr terjatuh di kolam renang dan Anya tertidur kerana kepenatan.
"Siapa buat kawan aku ni?" soal Becky, melihat Anya sudah lena. Dia terpaksa menyalin baju Anya yang basah, kini Anya sudah tertidur seperti budak. Bahr pula sudah mandi dan bertukar baju. "Aku pun tak tahu, nasib aku yang jumpa dia.. Becky, kalau orang lain?" soal Bahr.
"Terima kasih Abang.." kata Becky. "Jangan bagitahu orang lain pasal hal ni, kita diamkan sahaja. Aku syak ada culprit dalam kumpulan percutian kita, tapi aku tak boleh syak sesiapa." kata Bahr.
"Terima kasih sekali lagi Abang." kata Becky. Memang tepat, kini masanya mereka lagi melindungi Anya. "Dah, kau tidur dekat atas katil.. biar aku tidur dekat sofa." kata Bahr. Dia harus menjaga mereka berdua. Kerana, dia yakin.. nyawa mereka berdua dalam keadaan bahaya sekarang.
***
(SEKARANG)
"Makan.." kata Becky terus memberikan bungkusan makanan kepada Anya dan Bahr. "Terima kasih, maaf sebab aku menyusahkan korang berdua." kata Anya, bersalah. "Tak perlu Anya. Apalah sangat dengan peluru... Tapi, aku dah tanya semua orang sampailah ke pekerja, semua benda yang sama kita minum. Tapi, kenapa minuman kau seorang je kena spike.." kata Bahr.
"Jadi, buat masa sekarang.. kita buat biasa sahaja, kita tiga. Kita tak boleh percayakan orang lain sekarang ni. Jadi, aku nak korang rahsikan dulu perkara ni, kita buat biasa je. Faham?" soal Bahr.
Mereka berdua menganggukkan kepala mereka.
stay tuned for next chapter :) jangan lupa komen ye
Share this novel