Umurku telah meningkat . Kini umurku adalah 15 tahun dan aku adalah calon PT3 di sekolah ( dirahsiakan nama ) . Tahun ini aku berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan membanggakan ibu bapaku dengan keputusan PT3 aku nanti .
Setelah Beberapa Bulan . . .
Hari ini adalah 16 Julai 2017 . Ting Tingg .. Kedengaran bunyi telefon pintarku berbunyi menandakan ada whatsapp masuk . " Assalammualaikum , hai darling bakal makmumku #myfuturejodoh " Muka aku mula berkerinyut dan aku mula berfikir siapakah jejaka yang tidak aku kenali ini ? Bagaimana dia boleh dapat nombor aku ? Mengapa dia berkata-kata begitu kepada aku ?
Sambil aku berbaring di atas katil ku yang empuk bersama bantal-bantal ku yang aku suka , aku membalas whatsapp tersebut " awak siapa ? " . Tidak sampai seminit dia telah membalas " saya jodoh awak " . Terdetik rasa marah dan rasa ingin tahu di hati aku . Aku mula menyelidik lagi . Aku bertanya lagi " intro boleh ? " Dia terus sahaja membalas " Saya Akmal , boleh saya kenal dengan awak ? " . Aku juga mula memperkenalkan diriku kepada dia . Ternyata dia menemui nombor telefon aku dari group whatsapp yang aku pernah masuk dahulu .
Disinilah terbitnya bibit-bibit percintaan antara kami . Dia adalah segalanya bagi aku . Dia banyak membantu aku dalam pelajaran dan banyak memberi aku semangat untuk terus berjaya . Dia adalah salah seorang daripada pelajar Kolej Komuniti Bentong . Kami saling menyayangi sehingga tiada rahsia antara kami .
Aku selalu berkongsi segala masalah aku dengan Akmal . Akmal adalah seseorang yang baik , dia tidak pernah menipu aku . Namun , aku adalah yang selalu menipu dirinya . Aku berbuat demikian untuk menguji tahap kesabaran dia . Aku tidak mahu kecewa lagi . Sejujurnya aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki yang telah membuat aku kasih pada dia .
Setelah aku mengenali Akmal , aku mula belajar erti kehidupan . Dia mengajar aku erti kesabaran . Jauh di naluri ku , aku masih terdetik ragu dengan Akmal . Aku mula menyiasat dia bersama rakan-rakanku . Aku bertanya kepada Akmal " Biy , Social media ape je yang biy ade ? " . Jawapannya membuatkan aku bertambah ragu . Dia menjawab " Biy ade wasap je " .
Terdetik dihatiku , tidak mungkin hanya whatsapp yang dia ada . Aku mula mencari dia di instagram . Dan aku kecewa kerana aku terjumpe instagram dia dan ada 5 post tentang kekasih dia . Namun itu bukanlah diriku . Sungguh tidak keruan diriku pada saat itu . Aku seperti tidak percaya dia berjaya menipu aku .
Aku sekali lagi menanyakan dia " Betul ke biy ade whatsapp je ? " . Ketika itu dia lambat membalas mesej aku . Aku makin ragu-ragu . Kemudia dia membalas " ya sayang " . Hakikatnya aku telah tahu bahawa dia mempunyai account instagram . Aku bersikap tidak melayan mesej-mesejnya di whatsapp sehinggakan dia bertanya " kenapa bluetick ni sayang ? " .
Aku menjawab " Tanya la diri sendiri " . Kemudian aku menghantar gambar instagramnya yang telah aku screenshoots . Dia menafikannya dengan mengatakan itu adalah instagram lama . Dan sudah tidak diguna pakai lagi . Aku masih ragu .
4 Hari Kemudian ...
Aku melihat instagramnya dan aku melihat ada gambar baharu yang di upload 54 minit yang lepas . Ternyata gambar seorang perempuan yang mungkin sebaya aku mungkin juga lebih tua daripada aku namun masih bersekolah di sekolah agama ( nama dirahsiakan ) . Manis sungguh wajah perempuan itu .
Aku mula menitiskan air mata . Aku menangis teresak-esak . Dengan rasa marah , aku mesej Akmal di whatsapp dengan Bertanyakan "Siapa perempuan ni ? " " Now i want you to answer my question " " if you choose her , let me go . but if you choose me , let her go or i will go forever " . Akmal mula mengakui itu adalah kekasihnya sebelum aku menjadi kekasihnya . Dia berkata " Biy dah putus dengan sue sayang . sebab biy nak teruskan hubungan kita sampai ke jannah , biy dah mula sayangkan sayang sangat2 . biy tak sangka biy dah betul2 sayangkan sayang " .
Dengan perasaan yang terlalu pedih , dengan air mata yang tidak berhenti mengalir , aku menjawab " tipu ! biy tipu ! buktikan dulu " . Akmal pula membalas mesej aku dengan rasa serbasalah dan menyesal atas perbuatannya " biy mintak maaf , biy janji tak buat lagi . lepasni biy takkan chat mne2 perempuan dah " . Kemudian aku membalas " Delete semua gambar perempuan tu dekat ig & gallery biy . now !! " .
Akmal akur dengan kata-kataku dan mendelete gambar-gambar gadis manis tersebut . Ketika itu , hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan .
Beberapa bulan berlalu . . .
Aku masih bersama Akmal . Kami bahagia seperti pasangan yang lain . Bagi aku biasa jika ada terbitnya salah faham antara kami .
Setiap hari aku berdoa supaya aku dijodohkan dengan lelaki yang baik . Tidak seperti lelaki-lelaki yang telah aku kenal sebelum ini .
Buat pengetahuan pembaca-pembaca sekalian , tak semua lelaki jahat dan tidak berhati perut . Apabila kita belum jumpa dengan lelaki yang baik , kita akan kata semua lelaki sama sahaja . Tidak sama sekali semuanya begitu . Kerana di luar sana masih ada lelaki yang baik dan berniat ingin memperisterikan kita ( Perempuan ) .
Share this novel