BAB 2

Romance Completed 8619

Hadif ketawa besar. “You sure tak nak ikut I balik?” Sekali lagi Hadif bertanya soalan yang sama. “There’s a surprise waiting for you at home,”

“What surprise?”

“A very pleasant surprise!”

***

TENGKU Irfan memberi salam. Pandangannya melilau mencari kelibat seseorang. Tubuhnya dihempaskan ke arah sofa buatan Itali. Ikatan tali leher yang menjerut batang lehernya dirungkaikan. Puas bersandar, Irfan mengubah posisi tubuhnya. Dia berbaring sebelum melelapkan matanya.

Tubuh kecil gadis itu terjengkit-jengkit menghampiri ruang tamu utama. Tidak mahu kehadirannya akan menyedarkan lelaki yang sedang culas tidur itu. Dia duduk di birai sofa.

“Waalaikummusalam papa!” Jawab Tengku Iman Qistina, perlahan saja.

Pandangannya merayap ke segenap wajah insan yang dipanggil papa itu. Umurnya sudah mencecah 14 tahun dan selama 14 tahun ini juga, bibirnya tidak berkesempatan untuk memanggil seorang wanita dengan panggilan ibu.

Kehilangan ibunya 14 tahun yang lalu di saat kelahirannya membuatkan dia sentiasa menganggap papanya itu bukan sekadar seorang papa bahkan turut mengisi gelaran seorang ibu sekaligus.

Walaupun papanya tidak pernah mengeluh dalam membesarkan dirinya dan menguruskan hal-hal lain, tapi dia tahu. Dia bukannya seorang anak kecil lagi yang boleh diperdayakan. Dia faham kesunyian yang sedang dialami papanya. Ketiadaan seorang wanita di sisi pastinya satu keadaan yang amat menyakitkan.

Dia masih ingat pertama kali dia kedatangan “teman barunya”. Apalah seorang kanak-kanak berusia lewat 11 tahun tahu tentang datang bulan. Menjerit-jerit dia memanggil papanya yang ketika itu sedang menyiapkan sarapan pagi. Bergegas papanya mendapatkan dia yang sedang ketakutan di dalam bilik air atas.

“Kenapa sayang?”

“Papa! Iman takut!” Dia memeluk tubuh papanya.

“Takut? Takut apa?”

“Kenapa ada darah kat dalam panties Iman? Banyak sangat! Lepas tu, perut Iman pun tengah sakit ni,”

Papanya diam. Mungkin sedang berfikir. Akhirnya papanya menyuruh dia membersihkan apa yang patut. Setelah itu papanya beredar. Dia melihat papanya mengeluarkan telefeon bimbit dari kocek seluar lantas menghubungi seseorang. Tidak lama selepas itu, nenda datang dan menguruskannya.

Tapi, tanpa disedari papanya, dia ternampak ada air jernih yang membasahi pipi papanya. Saat itu dia tahu, walau seberapa daya papanya mencuba untuk menjadi seorang ibu kepada dirinya, dia tetap gagal!

Dia terkejut apabila mendapati hidungnya ditarik. “Ala papa ni! Potong stim Iman nak berangan je!” Dia bergurau dengan papanya.

“Iman ingatkan sape ni? Boyfriend Iman ye?” Irfan menggiat anak daranya.

“Haha…very funny papa. Iman mana ada boyfriend. BFF adalah!”

“BFF? Apa tu?”

“Boyfriend forever!” Iman ketawa.

“Ooo…nakal ye anak papa yang sorang ni!” Hidung anaknya yang diwarisi daripadanya ditarik lagi.

“Okey papa! Sorry sorry! Iman main-main ajelah. Hm…papa nak makan? Iman boleh suruh bibik siapkan,”

“Kenapa? Iman masak ke hari ni?”

“Ala papa ni! Nak perli Imanlah tu,” Dia menepuk lengan papanya. Papanya sendiri tahu dia tidak pandai memasak. Kalau setakat masak air dengan maggi tu, bolehlah!

“Hm…papa ingat nak bawak Iman makan luarlah hari ni. Kita pun dah lama tak makan luarkan, sejak papa busy dengan kes baru papa. Iman nak makan apa?”

“Entahlah papa! Iman pun tak tahu!”

“Iman fikir dulu nak makan apa. Papa nak naik mandi. Lepas tu kita keluar. Esok Sabtu, kita tidur rumah Tok Daddy,” Irfan mengucup ubun-ubun anaknya lalu beredar ke atas.

Pandangan Iman mengikut langkah papanya sehingga ke atas. Matanya kemudian singgah pada sebuah potret yang tergantung megah di dinding di tengah laluan tangga. Sejak dari kecil, dia sudah dididik untuk memanggil wanita dalam potret itu sebagai ibu.

Ibu yang tidak pernah ditemui sejak matanya tercelik, memandang dunia. Hanya figura kaku itu menjadi medium ingatannya pada seorang ibu yang syahid dalam perjuangan melahirkan dia ke dunia yang fana ini.

‘Ibu! Iman janji dengan ibu. Iman akan jaga papa sebaik mungkin. Dan Iman akan carikan seorang isteri untuk papa. Yang setanding dengan ibu. Yang boleh menjaga papa macam yang ibu pernah buat dulu, sampaikan sehingga sekarang pun papa tak boleh nak cari pengganti ibu. Iman janji bu! Iman akan cari! Iman sayangkan ibu dengan papa!’ Janji anak gadis itu dengan tekad di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience