Mereka membuat keputusan untuk pulang dulu dan akan datang semula kemudian.
Selepas membersihkan diri. Safaa mengeringkan rambutnya dan seperti biasa dia akan memeriksa telefon bimbitnya.
Safaa tersenyum lebar apabila, melihat begitu banyak komen di hantar melalui laman sosial itu. Safaa mula membelek mukanya di cermin. Kulit wajahnya kering dan mudah terkopek.
Kelihatan juga tompok hitam dibahagian dahinya. Safaa mula risau. Dia segera menyapu pelembap untuk mengelakkan kulitnya kering.
Safaa tidak lupa untuk mengambil gambar sebelum tidur dan mengupload gambar itu ke laman sosial dan mengucapkan ‘selamat malam’ kepada semua pengikutnya.
Jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam. Safaa tersedar daripada tidurnya. Dia berasa rimas tidur diatas katil, wajah dan badannya berasa gatal-gatal. Safaa yang tidak tahan terus bangkit dan tangannya tidak berhenti menggaru.
Dia berasa panas seperti melecur. Safaa terus menatap wajahnya dicermin. Dia terkejut apabila melihat kulit wajahnya terkopek dan hitam seperti hangus terbakar. Dia menjerit dan tidak mampu untuk melihat wajahnya dicermin lagi.
Tiba-tiba sahaja Safaa terdengar bunyi hilaian tawa disekitar biliknya, Safaa menjerit sekuat hati, tetapi tiada sesiapapun yang mendengar jeritannya.
“Aku mahu darah!” suara itu menyeru. Safaa yang menggigil ketakutan tidak mampu bergerak daripada situ. Nafasnya juga tersekat-sekat. Dia hanya mampu menyorok dipenjuru katil.
“jangan bunuh aku!!” Safaa menggigil, dia merayu supaya dia tidak diapa-apakan. Safaa akan melakukan apa sahaja supaya wajahnya kelihatan seperti sediakala semula.
“Aku mahu darah!!” suara itu mengulang kata-katanya. Safaa menutup telinganya, suara itu masih dapat didengari. Seolah-olah suara itu sudah sebati didalam mindanya.
Share this novel