BAB 15

Romance Completed 43245

Afiq Raihan menghela nafas lega. Dia mengukir senyuman penuh makna. Akhirnya rancangannya berjaya. Diharapkan semua berjalan lancar.

Semua orang tersenyum gembira mendengar keputusan Anis Raihanna. Encik Zahid dan Encik Zhafran gembira kerana anak mereka dapat disatukan. Walaupun bukan dengan cara yang baik mereka redha. Mereka hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

"Alhamdulilah, mama dah dapat menantu. Tak ada lah sunyi lagi nanti. Anis nanti panggil mama ye bukan Mak Ngah lagi. Tak sabar nak timang cucu." seloroh Puan Zulaikha. Kata katanya mengundang tawa dari semua orang. Namun bukan daripada Anis Raihanna dan Afiq Raihan. Mereka sekadar tersenyum kekok.

Puan Aimi menarik Anis Raihanna ke dalam pelukannya. Dia mengusap belakang anak gadisnya. Dia bangga dengan keputusan Anis Raihanna.

"Terima kasih anak ibu. Ibu tahu ibu abah tak salah dalam mendidik Anis. Maafkan ibu nak. Ibu salah faham dengan Anis" bisik Puan Aimi ke telinga anaknya. Dia menahan diri daripada menangis. Dia perlu kuat untuk anaknya sebagai ibu.

Anis Raihanna tersentuh dengan kata kata ibunya. Dia membalas pelukan ibunya dengan erat. Dia sendiri tak pasti dengan keputusannya. Namun dia pasrah. Mungkin dia tiada jodoh dengan Haiqal Iskandar.

Anis Raihanna meleraikan pelukan. Ditatap muka ibunya dengan penuh kasih sayang. Dia mengukir senyuman.

"Ibu doakan je kebahagiaan Anis boleh? Itu je Anis mintak." kata Anis Raihanna. Dia mahu ibunya bahagia. Luluh hatinya melihat ibunya yang selalu risaukan dirinya.

"Ya anak ibu. Tapi ibu pun nak minta Anis buat sesuatu untuk ibu boleh?" pinta Puan Aimi pula. Dia tersenyum bahagia. Sejuk hatinya mempunyai anak seperti Anis Raihanna.

Terkerut dahi Anis Raihanna. "Apa ibu? Anis akan cuba tunaikan permintaan ibu tu." kata Anis Raihanna lagi. Tangannya disilangkan ke dada.

Puan Aimi mengulum senyuman. "Ibu nak Anis jaga rumahtangga Anis elok elok jangan sampai roboh. Cuba cintakan Afiq Raihan tu sepenuh hati. Ingat pesan ibu ni. Ibu sentiasa doakan kebahagiaan Anis." kata Puan Aimi lagi sebelum meninggalkan Anis Raihanna sendirian. Satu kucupan diberikan didahi anaknya.

Anis Raihanna terkedu dengan permintaan ibunya. Macam mana dia nak jaga rumahtangganya kalau sampai tiga bulan saja dia berkahwin. Cintakan Afiq Raihan? Mati hidup balik pun dia takkan lakukan perkara tu. Aipp jangan sampai kau menyesal pulak nanti Anis! Getus hatinya. Dia menjuihkan bibirnya. Memang tak lah dia nak suka mamat poyo tu.

"Oi mak cik termenung apa?" tegur Afiq Raihan. Pandangannya hanya tetap pada televisyen. Saja dia kacau Anis Raihanna. Dari tadi termenung sampai orang tengok dia pun tak perasan.

Anis Raihanna menarik muka. Malas nak layan atok tak cukup umur tu. Agaknya macam mana dia perlu hidup dengan mamat tu selama tiga bulan? Mesti bergaduh je kerjanya. Ahh tidak! Bukan itu yang dia mahukan. Dia menghela nafas lemah.

"Wei Fiq,kita kahwin tiga bulan je kan? Pastu kita tak ada apa apa dah kan?" soal Anis Raihanna separuh berbisik. Takut lah ibubapanya dengar pula.

Afiq Raihan menjongkitkan sedikit keningnya. Apa minah ni pekak ke apa masa aku cakap hari tu? Dia tayang muka seposen.

"Tiga bulan la. Kenapa? Kau nak jadi isteri aku selama-lamanya ke? Aku ok je" balas Afiq Raihan selamba. Dia mendekatkan dirinya ke Anis Raihanna. Dia tersenyum nakal.

Muka Anis Raihanna memerah. Memang cari pasal betul mamat ni. Buk! Sebuah bantal dicampak tepat terkena muka Afiq Raihan. Baru puas hatinya. Dia menghamburkan tawa sepuas-puasnya.

"Ha itu makan dia. Main main lagi. Padan muka." kata Anis Raihanna sebelum berlalu pergi. Dia menyambung sisa tawanya apabila melihat wajah cemberut Afiq Raihan.

Afiq Raihan mengukir senyuman melihat gadis itu ketawa. Rasa senang saja hatinya. Dia kembali menonton televisyen.

???

Anis Raihanna cuba melelapkan mata namun gagal. Dia sering teringat akan tunangnya Haiqal Iskandar. Opss. Maksud dia bekas tunangnya Haiqal Iskandar. Dia masih belum mendengar khabar berita daripada Haiqal Iskandar. Dia yakin lelaki itu sudah sedia maklum tentang mereka telah putus tunang. Tetapi tak boleh ke kalau ucapkan selamat tinggal ke apa fikirnya.

Dia mengubah posisi kedudukannya daripada baring dia duduk bersila diatas katil. 'Hmm nak call ke tak nak?' getus hatinya. Dia resah selagi tidak tahu keadaan lelaki itu. 'Kalau dia tak jawab macam mana? Aduh,serabutlah' omelnya sendirian. Rambutnya dikusutkan.

'Ish call jer lah kalau dia tak angkat itu belakang kira'. Akhirnya dia membuat keputusan. Jarinya pantas mendail nombor bekas tunangnya. Dalam satu deringan, talian telah disambungkan.

"Hello,awak.." panggil Anis Raihanna. Dia risau jika lelaki itu tak suka dia menghubunginya setelah mereka putus tunang. Tapi dia mahu juga mencuba nasib. Memang dia jenis keras kepala sikit. Ketegaq!

"Ya,saya. Kenapa awak call saya?" soal Haiqal Iskandar. Sebolehnya dia tak mahu gadis itu menghubunginya buat masa ini. Dia lemah apabila mendengar suara gadis itu. Dia takut dia akan mengubah fikirannya kelak.

"Saja. Awak sihat?" jawab Anis Raihanna. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Dia cuma nak tahu keadaan lelaki itu. Maklumlah,dia tidaak mempunyai seorang abang. Dia sudah menganggap lelaki itu seperti abangnya sendiri. Dia harap mereka boleh berkawan lagi selepas ini.

"Alhamdulilah,saya sihat. Awak?" Dia sekadar berbasa basi. Hatinya sakit apabila memikirkan cinta hatinya akan berkahwin dengan orang lain. Namun dia terpaksa menahan sakit itu buat masa ini.

"Alhamdulilah saya pun sihat. Awak saya nak tanya boleh?" lembut gadis itu bertanya. Dia cuba untuk berterus terang tentang niatnya menghubungi Haiqal Iskandar.

"Boleh. Awak nak tanya apa?" jawab Haiqal Iskandar. Dia pasti gadis itu ingin menanyakan keadaan dirinya. Anis,tolong jangan seksa hati aku. Aku tak kuat. Namun itu hanya terluah didalam hati. Dia tidak nak gadis itu bersusah hati dan bertindak untuk membatalkan rancangan dia. Dia menghela nafas panjang.

"Awak ok ke? Saya nak tahu selepas ni kita masih boleh berkawan kan? Awak marahkan saya? Luahkanlah apa yang awak rasa pada saya,Is. Saya tak nak awak seorang tanggung perasaan tu seorang. Biarlah saya juga merasa." terang Anis Raihanna. Ya dia serba salah dalam hal ini. Dia telah mengecewakan hati seorang lelaki yang ikhlas cintakan dirinya. Dia sendiri tak tahu bagaimana nak hukum dirinya sendiri. Dia mengeluh perlahan.

"Awak saya ok. Memang saya kecewa tapi saya redha Anis. Mungkin tiada jodoh kita bersama. Tolong jangan salahkan diri awak. " balas Haiqal Islandar. Hatinya bagai disiat siat. Kalau boleh dia mahu gadis itu tahu betapa kecewanya dia kerana tidak dapat bersama dengan gadis itu.

"Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak. Kita masih boleh berkawan. Kalau ada apa apa masalah bagitahu pada saya,saya akan tolong" sambungnya lagi. Dia tak salahkan gadis itu dan Afiq Raihan atas perkara yang berlaku.

Bagi Haiqal Iskandar,yang bertangungjawab atas segalanya adalah dalang sebenar. Kalau bukan kerana itu sudah pasti dia boleh melakar bahagia bersama Anis Raihanna. Oleh itu,dia nekad untuk mencari siapakah gerangan yang sanggup merampas kebahagiaanya. Dia percaya setelah semua ini berakhir Anis Raihanna akan menjadi miliknya.
Dia yakin.

Kata-kata Haiqal Iskandar menusuk kalbu Anis Raihanna. Tidak sangka lelaki itu masih sudi berkawan dengan dirinya. Hatinya melonjak kegembiraan. Bibirnya tidak lekaang dengan senyuman. Lega sikit bila tahu perkara sebenar.

"Terima kasih awak. Jadi awak datang tak masa majlis perkahwinan saya?" soal Anis Raihanna tanpa berfikir terlebih dahulu. Apabila tersedar dia dengan segera menepuk mulutnya. 'Ya Allah,macam mana aku boleh tanya macam tu? Mesti dia sakit hati. Tulah kau Anis mulut tak reti jaga' getus hatinya. Apa punya soalan lah yang kau tanya ni,Anis!

Terdiam Haiqal Iskandar apabila ditanya sedemikian. Walaupun dia mencadangkan agar Anis Raihanna dikahwinkan dengan Afiq Raihan tapi dia tak kuat untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Gila ke? Makin sakit hatinya. Tak sanggup dia datang pada hari bahagia yang sepatutnya menjadi miliknya. Dia mengeluh. Otaknya ligat memikirkan alasan yang munasabah untuk diberikan.

"Awak saya minta maaf sebab tanya macam tu. Saya faham kalau awak tak boleh datang. Terima kasih Is sebab terlalu memahami. Awak memang lelaki yang baik. Bertuah sesiapa saja yang dapat awak." puji Anis Raihanna.
Dia cuba mengelakkan daripada Haiqal Iskandar terasa hati. Dia bersyukur ada kawan macam Haiqal Iskandar.

"Terima kasih juga Anis sebab faham saya. Saya harap awak bahagia. Saya letak dulu. Assalamualaikum." Haiqal Iskandar menamatkan panggilan. Hatinya makin lemah. Ya Allah kau berikanlah kesabaran pada hambaMu ini doanya dalam hati.

"Fuhh,nasib baik Is boleh terima. Baik betul dia tu. Kalau aku nangis tak berlagu dah. Sekarang ni macam mana aku nak hidup dengan mamat poyo tu? Pergi kerja muka dia,duduk rumah muka dia. Aduhh. Serabut." bebel Anis Raihanna sendirian. Sekali pandang nampak macam orang gila. Dua kali pandang macam mak nenek meroyan. Apa nak jadilah.

Dia merebahkan semula badannya ke atas katil yang empuk itu. Dia memikirkan nasibnya selama tiga bulan bersama Afiq Raihan. Akhirnya,dia terlena dalam kepenatan.

???

Afiq Raihan termangu sendirian. Wajah gadis yang melanggarnya tempoh hari berlayar di mindanya. Siapa perempuan tu? Kenapa dia buat macam tu? Apa kaitan kami? Pelbagai persoalan bermain difikiran. Terkerut dahinya memikirkan. Persiapan majlis perkahwinan telah siap sepenuhnya. Lagi beberapa hari saja lagi dia akan berkahwin.

Haiqal Iskandar menyuruhnya agar meneruskan rancangan mereka. Dia telah berangkat ke Langkawi lebih awal. Afiq mengeluh lemah.

"Betul ke apa yang aku buat ni?" hatinya bersuara. Dia menyandarkan kepalanya ke kerusi. Dia menutup mata. Cuba mencari ketenangan.

"Wei,pak cik! Nah fail yang kau nak tu." suara Anis Raihanna menerjah ke dalam gegendang telinganya. Aduh,minah sorang ni! Kacau daun betullah. Dia membuka mata. Wajah Anis Raihanna dijeling. Entah kenapa berseri semacam pula muka dia. Seri pengantin kot. Hahaha.

"Apa jeling-jeling? Aku cucuk satgi mata kau tu baru tau. Biar buta. Padan muka kau" ugut Anis Raihanna. Dia dah bercekak pingang. Suka hati mamat tu nak jeling dia.

"Ganas betul la kau ni. Aku tak jadi kahwin dengan kau nanti baru kau tau apa tu erti penyesalan." bidas Afiq Raihan. Fail yang diserahkan oleh Anis Raihanna dibuka dengan kasar. Dia menayang muka selamba.

Menyirap darah Anis Raihanna. Direnung tajam lelaki dihadapannya. Dia mengepal penumbuk. Aku lah mamat ni tak pasal pasal nanti masa nikah nanti lebam mata sebelah tu. Dia menahan sabar. Mukanya dimaniskan.

"Kau kan nasib tau aku setuju dengan rancangan gila kau tu. Sepatutnya kau kena berterima kasih kat aku. Layan aku macam puteri. Bukan main ugut ugut ni. Apa citer?" ujar Anis Raihanna. Dia sengih tayang sebaris giginya yang putih bersih. Dia menyilangkan tangan ke dada.

Afiq Raihan tergelak. Lucu sangat dia dengar kata kata Anis Raihanna. Nak terkeluar air mata dia gelak. Perut dia dah senak.

"Kau buat lawak ke wei? Aku nak berterima kasih kat kau? Layan kau macam puteri? In your dream lah. Kita kahwin sebab keluarga eh. Bukan cinta jadi jangan mengharap sangat ye." tanpa riak dia berkata. Dia tersenyum mengejek. Tak boleh bayang kalau dia betul betul ikut apa yang gadis tu kata.

Anis Raihanna memasamkan muka. Matanya dijulingkan ke atas. Dia tahu apa yang dimaksudkan lelaki tu. Salah dia juga merepek tahap gaban. Apa kau expect Anis dari dia? Kau fikir dia akan buat semua tu untuk kau? perli hatinya.

"Hei,aku just kata ok. Aku pun tak nak lah kau buat macam tu. Tak hamak. " bidas Anis Raihanna lagi. Dia menepuk meja Afiq Raihan. Anis merenung tepat ke dalam mata lelaki itu. Bibirnya tersenyum sinis.

Afiq Raihan yang merasakan dirinya tercabar mendekatkan dirinya ke Anis Raihanna. Dia berjalan ke arah gadis itu. Anis Raihanna hanya mengundur ke belakang. Akhirnya dia terkepung. Ha sudah apa nak jadi ni. Afiq Raihan tersenyum nakal. Dia mengepung gadis itu dengan kedua dua tangannya.

Anis Raihanna dah cuak. Tadi berani sangat kan. Pucat mukanya. Afiq Raihan pula menahan tawa. Lawak betul la minah ni. Jarak mereka hanya seinci. Afiq mengiringkan kepalanya ke tepi lalu membisikkan sesuatu ke telinga Anis Raihanna.

"Tahu pun takut." bisik Afiq Raihan. Dia berundur ke belakang sebelum menghamburkan tawanya. Seronok betul kalau dapat sakat minah ni hari hari. Anis Raihanna menyepak kaki lelaki itu dengan kuat. Terbongkok bongkok Afiq Raihan menahan kesakitan.

"Woi sakitlah!" jerit Afiq Raihan menahan kesakitan. Macam nak patah dah kakinya disepak Anis Raihanna.

"Nak kena lagi? Meh,biar aku patahkan terus kaki kau. Padan muka. Malas lah aku layan kau ni." balas Anis Raihanna. Dijelir lidah kepada lelaki itu. Dia berlalu pergi.

Hampir nak gugur jantung aku dibuatnya. Rasa nak pengsan pun ada. Memang dah gila kot mamat tu.getus hati Anis Raihanna. Anis mengurut dada berkali kali. Dia menarik nafas panjang. Dia sendiri tak tahu perasaan yang dialaminya. Otaknya mula mengatur strategi bagi mengenakan lelaki itu.

"Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience