Irene bangun dari tidurnya yang lena. Saat pandangan matanya beralih ke sisi belah kanan, Khairi sudahpun tiada di sebelahnya. Irene mengerut dahi, hairan. Mana pergi suaminya itu? Badan dibangunkan kemudian dia melangkah keluar dari bilik.
"Awak!"
Panggil Irene kuat. Takut-takut yang suaminya itu berada di luar rumah. Tiada sahutan membuatkan Irene cepat-cepat mengambil telefonnya di dalam bilik. Nombor Khairi di dail olehnya.
Tut..
Tut..
Tut..
"Assalamulaikum, awak. Awak ada dekat mana ni? Saya bangun je tengok awak dah tak ada." Irene tidak menunggu lama. Sebaik saja Khairi mengangkat telefonnya, dia sudahpun berbicara.
"Saya ada dekat hospital. Lawat ibu. Tadi saya tengok awak letih sangat. Tu yang saya tak kejut awak. Sorry ye, sayang." Khairi membalas. Irene yang mendengar terus mengukirkan senyumannya. "Ouhh patutlah. Tak apalah awak. Saya mandi dulu. Nanti awak nak makan apa?" Soal Irene kepada Khairi.
"Hmm ikut awak lah. Apa yang awak masak semua sedap." Senyuman Irene makin melebar. Khairi kemudiannya meminta untuk menutup panggilan telefon. Percakapan mereka tamat disitu saja.
--
Khairi masuk ke dalam wad milik ibu. Suasana sunyi membuatkan tapak kakinya kedengaran. Pintu ditutup rapat kemudian dia melangkah pergi ke arah katil ibu.
"Ibu.."
Dia memanggil perlahan. Muka ibu dipandangnya lama. Tiada sebarang reaksi pada wajahnya. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang berada di sebelah katil ibu. Tangan ibu digenggamnya erat. "Bangunlah, ibu. Aku tahu kau dah bangun. Aku dah rajin lawat kau tau." Dia mengukirkan senyuman sinis.
Tangan ibu digenggam lebih erat. Ingin benar melihat reaksi wajah ibu yang sedang kesakitan akibat genggamannya itu. Dahi Khairi berkerut pelik kerana tiada reaksi di wajah wanita tua itu. Genggaman dilepaskan kemudian dia mendengus kasar.
"Bosanlah main dengan ibu ni. Jerit lah. Jerit kuat-kuat. Aku nak dengar." Senyuman Khairi melebar. Dia masih menatap wajah ibu yang berada di atas katil itu. Lama dia menatap wajah ibu sampailah dia menyedari bahawa tangan ibu bergerak sedikit.
Senyuman yang tadinya sudah mati terukir kembali. "Wake up. Dah lama sangat kau tidur. Aku nak main dengan kau lagi tau. Sebelum kau mati kau kena puaskan aku dulu." Khairi menanti sampailah kelopak mata ibu terbuka sedikit.
Jeritan kecil keluar dari mulutnya. Dia memeluk tubuh ibu erat. "Dah bangun! Sayang kau." Dia mengeratkan pelukannya membuatkan ibu menjadi agak sesak. Ibu yang masih lemah sedaya upaya menepuk kuat belakang Khairi yang sedang memeluknya itu.
"Ouh sorry." Khairi meleraikan pelukannya. Dia tersenyum ceria ke arah ibu. Dia berdiri kemudian memandang wajah ibu. "Dia rindu kau rasanya. Khairi." Khairi tersenyum ke arah ibu. Wajah ketakutan ibu membuatkan dia semakin seronok bermain.
"Come on lah, bu. Jerit sikit. Baru seronok. Tak rindu aku ke? Anak kesayangan kau. Mika." Mika tersenyum kecil. Wajah ibu dibelinya lembut. "Aku dah lama tunggu kau tau." Tangan Mika mula berada di leher ibu. Dengan wajah yang tenang dia mencekik ibu tanpa sebarang rasa kasihan. Wanita tua itu meronta-ronta meminta dilepaskan.
"Kalau kau mati senang sikit kerja aku. Menyusahkan betul. Budak Khairi tu jaga betul kau. Aku nak buat apa-apa pun dia halang. Bodoh!" Dia mencekik kuat leher ibu. Membiarkan wanita tua itu merasakan rasa derita sebelum mati.
--
"Irene! Datang hospital cepat. Ib-ibu.." Irene terus bangkit dari duduknya. Dia cepat-cepat berlari keluar selepas mengambil kunci kereta.
Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Bagaikan ingin tumpah air matanya pada saat ini. Irene, kau kena sabar. Kau kena kuat."
Sampai saja di hospital, Irene terus masuk ke dalam mencari keberadaan suaminya. "Awak!" Irene berlari ke arah Khairi. Wajah lelaki itu tampak muram. Mungkin kerana dialah yang menyaksikan detik-detik kematian ibu. Irene memeluk tubuh Khairi erat. Kepala suaminya itu diusapnya perlahan.
"Awak kena kuat."
Dia berkata lembut. Irene kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelah Khairi. Tangan suaminya itu digenggam erat. "Saya tak sedar. Bila saya sedar je, ibu dah tak ada. Apa saya nak buat wak?" Irene memandang Khairi lembut. Dia mengukirkan senyuman kemudian dia bangkit dari duduknya.
"Kita balik dulu. Saya nak tengok ibu dulu. Lepastu kita balik. Awak rest ye." Khairi mengangguk perlahan. Dia masih menunduk tidak memandang wajah Khairi.
Irene sudahpun hilang di hadapannya. Suara-suara yang agak samar bermain di mindanya.
'sedih ke, bro? Bukan ke kau tak suka ibu. Aku buat benda yang patut kau buat lama dulu. Kalau kau tanya Qris pun mesti dia setuju dengan aku. Kan?' - Mika
'Entahlah. Aku rasa kau cepat sangat bunuh dia. Bagilah dia terseksa dulu. Lain kali biar aku yang handle. Asyik kau je yang buat. Bila aku pula?' -Qristine
Khairi mendengus kasar. Rambutnya yang serabai lagi diserabaikan. "Diamlah, sial. Kau dah buat benda bodoh lepastu banggakan benda tu. Sial betul korang ni." Khairi mula meninggikan suara. Dia bagaikan sudah hilang arah akibat kematian ibu.
Hi semua. sehat ke tu?
Share this novel