Isha keluar makan tengah hari bersama Iman seperti yang telah dijanjikan. Isha menolak pelawaan Iman untuk menaiki satu kereta dengannya dengan alasan tidak mahu dilihat oleh staf-staf pejabatnya yang lain. Iman akur dengan jawapan itu dan menunggu wanita itu di restoran. “Hai!” sapa Isha sebaik sahaja sampai di meja yang diduduki Iman. “Hai! Duduklah.” pelawa Iman penuh sopan. Isha mengangguk. Mereka memesan makanan dan memulakan perbualan. “Sorrylah kalau I buat You rasa terpaksa keluar dengan I. I tak bermaksud nak paksa You spend time dengan I but I got something to tell You!” jelas Iman dan memandang tajam ke arah Isha. “Eh! Takpalah! I okey je! Apa yang You nak beritahu I ni?” Isha menyoal penuh minat. “Okey listen.. Before I tell You this, I tak nak You salah faham pasal apa yang I nak bagitahu ni. I bukan cuba nak rosakkan hubungan You dengan Akmal ke apa, I just tell You pasal benda yang I rasa You patut tahu sebagai bakal isteri dia.” Iman menjelaskan pada Isha. “Wait! Apa maksud You, You tak bermaksud nak rosakkan hubungan I dengan Akmal? And mana You tahu nama dia Akmal? You stalk kitorang ke apa?” Isha menyoal keras. Dia tidak menyangka Iman akan menyentuh soal itu. Dia sudah mula curiga dengan sikap lelaki itu. “Isha, dengar dulu apa yang I nak cakap!” bidas Iman. Isha terdiam saketika. Matanya tajam memandang Iman di hadapannya. “Okey! Cakaplah!” balas Isha sambil meletakkan tangannya di atas meja. “Akmal yang You kenal selama ni bukan lelaki yang baik.”Akmal berhati-hati menyusun patah-patah kata. “Apa maksud You? I kenal dia lebih dari You kenal dia! You pun baru tahu nama dia je kan! Tak mungkin You tahu perangai dia macam mana.” Isha cuba mempertahankan Akmal. “Kalau macam tulah You fikir pasal I, you’re totally wrong! I kenal dia lebih dari You!” Iman menceritakan perkara sebenar. Isha mengerutkan dahinya. Dia seakan tidak percaya apa yang diucapkan Akmal. “Actually, I dengan dia dulu satu universiti. Kitorang pernah berkawan rapat masa study dulu. Dia tu tak macam yang You fikir pun.”cerita Iman panjang lebar. “What? Tapi I dengan dia dah bertahun. I tak rasa dia nak main-mainkan I! Buktinya kitorang dah nak kahwin dah pun dua bulan lagi!” Isha membidas kata-kata Iman. “Isha! I nampak dia jalan dengan perempuan lain haritu. Bukan sekali dua, banyak kali.” Iman masih tidak berputus asa. Fikiran Isha semakin bercelaru. Dia tidak tahu sama ada mahu mempercayainya ataupun tidak. “Apa motif You bagitahu semua ni dekat I? I bukan siapa-siapa pada You! I’m not even your family!” Isha menyoal tujuan Iman memberitahu perkara itu padanya. “Sebab I sayang You Isha! Yes I admit! I cintakan You! I fell in love with You since the first time I saw You dekat Perth haritu! Sebab tu I buat macam ni! I tak nak You kena tipu dengan lelaki macam Akmal tu!” Iman akhirnya berterus terang. Isha terdiam membisu. “No way!” ucapnya perlahan. “I’m so sorry Isha! I dah tak sanggup nak tengok You kena tipu macam ni! You berpenat lelah sorang-sorang settlekan preparation untuk wedding you guys, dia pulak boleh seronok-seronok dengan perempuan lain kat luar tu! I nampak dengan mata kepala I sendiri Isha.” tambah Iman lagi. Dia berusaha untuk menyelamatkan wanita itu dari terus ditipu. “Mana You tahu I yang berpenat lelah sorang-sorang uruskan wedding kitorang?” soal Isha penuh curiga. “You baru je jumpa I kat oversea only for a few time, then You tiba-tiba boleh tahu my private life? Who are you Iman?” soal Isya yang semakin curiga. Dia semakin aneh dengan sikap lelaki itu. Dia seakan-akan mengetahui segala gerak-geri wanita itu. “I yang bagitahu.” suara dari belakang tiba-tiba menerjah ke telinganya. Isha pantas memalingkan wajahnya ke arah pemilik suara itu. ‘Nia?’ soal hatinya tidak percaya. “What? Kau kenal dia Nia?” soal Isha yang semakin keliru dengan situasi itu. Nia mengeluh panjang. “Yes! Papa aku kawan baik dengan ayah Iman. Dari situlah aku kenal dia.”Nia menjelaskan perkara yang disembunyikan selama ini. “Tapi kau tak pernah cakap apa-apa pun dekat aku!” balas Isha yang agak terkilan dengan sikap rakan baiknya itu. “Aku mintak maaf sangat-sangat! Aku tak berniat pun nak rahsiakan semua ni dari kau!” Nia cuba meyakinkan Isha. “That’s true! Nia tak salah pun! I yang mintak dia rahsiakan semua ni dari You! Sebab I nak dia jadi spy I masa tu. I mintak maaf sangat-sangat!” Iman menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Nia. Isha masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. Semua itu sukar diterima olehnya. “Kejap! Ni semua gila okey! Aku tak percaya semua ni! Akmal tak mungkin tipu aku! Dua bulan lagi kitorang nak nikah! Takkan dia nak rosakkan hubungan kami macam tu je! Aku rasa korang salah orang! I’m sorry, I have to go!” Isha bersuara dan beredar dari situ. Dia meninggalkan Iman dan Nia terpinga-pinga di restoran itu.
Isha menaiki kereta dan memandu menghala ke Tasik Cendana. Fikirannya bercelaru. Dia tidak memaklumkan perkara itu pada bosnya dan hanya menghilang begitu sahaja. Sampai sahaja di tasik itu, Isha menghirup udara segar sambil berjalan seorang diri di situ. Taman rekreasi di situ masih lengang kerana jam baru menunjukkan pukul tiga petang. Isha duduk di bangku di tepi tasik itu dan melemparkan pandangan ke arah tasik yang damai itu. Cuaca yang redup pada hari itu sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang gundah-gulana gara-gara mendengar cerita tentang Akmal dari Iman dan Nia. Dia seperti tidak percaya yang Nia bersahabat baik dengan Iman tanpa diketahuinya. ‘Apa lagi yang aku tak tahu?’ soal hatinya sendiri. Telefonnya berdering dan terpapar nama Nia di skrin. Isha membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Dia tidak mahu fikirannya bertambah bercelaru dengan masalah itu. Setelah beberapa kali telefonnya berdering, Isha akhirnya menjawab panggilan rakannya itu. “What?” soal Isha selamba. “Kau kat mana beb? Puas aku cari! Bos tanya pasal kau tau tak?” Nia mengomel panjang. “Kat mana-mana jelah! Aku tak nak balik office. Aku serabut!” jawab Isha. “Isha, kau tak boleh buat macam ni!” kata Nia. “Macam apa? I did nothing! Kau dengan Iman yang cerita macam-macam pasal Akmal dekat aku! Salah aku ke?” Isha menyoal tidak puas hati. “Dengar dulu! Bukan tu maksud aku! Susah lah cakap macam ni! Kau bagitahu aku kau kat mana sekarang! Before i tell your parent about this!” Nia mengugut rakannya. Isha mengeluh panjang. “Tasik Cendana. Aku tak nak kau bawak Iman okey!” balas Isha menetapkan syarat pada Nia. “Alright! Tunggu situ.” balas Nia mengakhiri perbualan. Isha melemparkan pandangan ke arah tasik yang tenang itu. Perasaannya berbolak balik. Antara percaya atau tidak, dia sendiri tidak pasti mengenai perkara itu.
Nia sampai setelah memandu kira-kira lima belas minit. Dia bergegas keluar daripada kereta Honda City miliknya dan terus melulu ke arah rakan baiknya. Dari jauh sudah kelihatan Isha yang sedang duduk di bangku yang menghala ke tasik itu seorang diri. Nia melangkah agak pantas dan duduk di sebelah Isha. “Kau okey tak ni?” soal Nia sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Isha. “Kau rasa?” Isha membalas selamba. Nia kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan itu. “Kau tahu tak Encik Zamil tanya pasal kau?” dia menyoal lagi. Isha diam seribu bahasa. Dia malas hendak berkata apa-apa. “Kau dengar tak apa aku cakap ni? Ke aku cakap dengan ikan dalam tasik tu?” Nia yang masih tidak berpuas hati cuba menyindir rakannya yang diam itu. “Ya aku dengar. Habis tu? Kau cakap aku lari pergi tasik ni la?” Isha menyoal. “Takkanlah aku nak cakap macam tu. Aku cakap la kau kena balik. Ada emergency kat rumah.” balas Nia selamba. “What? Elok lah tu. Esok kalau Encik Zamil tanya aku, mula lah merapu cari jawapan untuk cerita dongeng kau tadi kan.” bebel Isha. Nia hanya ketawa sambil mengerling kearah rakan baiknya itu. “Alah kau ni, rileks lah. Encik Zamil je pun!” balas Nia dalam ketawa yang masih bersisa.
“So, apa plan kau sekarang?” Nia menyoal berhati-hati. “Entah lah Isha. Aku sendiri tak tahu nak buat apa. Aku serba-salah. Betul ke apa korang bagitahu aku ni?” soal Isha kembali. Dia benar-benar inginkan kepastian. “Betul Isha. Buat apa aku dengan Iman nak tipu kau. Kau kawan baik aku dari kecik lagi. Mustahil aku nak khianat kau. Aku kenal sangat Akmal tu macam mana. Lagipun aku Nampak sendiri dia keluar dengan perempuan lain berdua!” jelas Nia panjang lebar. “Macam ni la, nanti aku cakap sendiri dengan Akmal.” pinta Isha. Nia hanya mengangguk bersetuju. Mereka pulang setelah matahari melabuhkan tirainya.
“Hai, lambat balik.” sapa Aizal yang kebetulan lalu di ruang tamu. Isha hanya menjeling kearah abangnya. Dia malas hendak melayan abangnya ketika itu. Isha pantas naik ke biliknya dan membersihkan diri serta solat maghrib. Selesai sahaja solat, dia mencapai senaskah Al-Quran di atas rak di dalam biliknya. ‘Dah lama aku tak baca Al-Quran.’ bisik hati kecilnya. Setelah selesai solat Isyak, Faisha terus meluru ke bawah untuk makan. Perutnya sudah mula berkeroncong. “Ibu masak apa hari ni?” soal Isha setelah melihat kelibat ibunya yang sedang mencedok nasi. “Ibu tak sempat masak hari ni. Tadi ibu pergi rumah Mak Ngah. Teman ayah kamu. Balik pun dah lewat. Tak sempat nak singgah beli lauk. Lagipun Mak Ngah kamu ada kirim dua tiga jenis lauk. Ibu masak nasi jelah.” jelas Puan Riana. “Alah, ingat ibu masak.” rungut Isha. “Ish! Makan jelah. Lauk jugak kan.” sampuk Aizal. “Orang nak makan lah ni, bising je.” bidas Isha setelah mendengar abangnya mengomel. “Sudah lah tu. Depan rezeki ni kan.” Encik Faizul akhirnya menegur kedua-dua anaknya itu. “Lambat Isha balik hari ni. Biasanya pukul 6 lebih dah sampai rumah. Ni maghrib baru sampai. Banyak kerja ke dekat office tu?” Puan Riana yang kebingungan menyoal. “Taklah ibu. Isha keluar dengan Nia kejap tadi. Pergi ambik angin dekat Tasik Cendana.” balas Isha cuba menyembunyikan perkara sebenar. Ibu dan ayahnya hanya diam mendengar jawapan itu. Isha menghabiskan makan malamnya dan bergegas naik ke bilik. Baru sahaja menaiki separuh anak tangga, terdengar suara abangnya memanggil. “Isha! Lajunya naik tangga. Tolong ibu basuh pinggan tu. Jangan nak lari!” Aizal bersuara dari ruang tamu. Isha pantas menoleh kearah suara itu. “Isha banyak kerja lah! Abang lah pergi tolong ibu. Semua nak harap orang perempuan.” omel Isha pada abangnya. Isha meluru ke biliknya dan menutup pintu. Dia mencapai telefon dan mencari nama Akmal. Belum sempat menaip sebarang mesej, telefonnya pantas berbunyi. Tertera nama Akmal di skrin. Isha pantas membaca mesej tersebut. ‘Esok malam I jemput U dekat rumah. Kita dinner sekali okey!’ Isha tersenyum membaca mesej yang diterimanya. Dia seolah-olah hanyut dibawa arus cinta Akmal sehingga lupa akan insiden yang terjadi diantara dia, Nia dan Iman siang tadi. ‘Okey!’ Isha membalas ringkas. Dia kemudian bangun dan turun semula ke bawah untuk menonton televisyen. Dia tiba-tiba teringat tentang rancangan tv yang diminatinya pada setiap Isnin itu. Isha hanya memerhatikan remote tv yang berada di tangan abangnya yang sedang khusyuk menonton drama itu. Perlahan-lahan dia mendekatinya dan merampas remote tersebut. “Isha! Bagi balik remote tu. Abang tengah tengok cerita ni.” pinta Aizal pada adiknya. Isha tidak mengendahkan permintaan abangnya itu. “Tengok jela. Isha bukan tukar channel pun.” balas Isha cuba menafikan niatnya. “Jangan nak tipu. Kalau Isha tak nak tukar channel, buat apa Isha ambik remote tu?” Aizal membidas. Tiba-tiba televisyen tersebut bertukar siaran. Seperti yang dijangka Aizal, Isha memang menukar siaran tersebut pada rancangan tv yang diminatinya. Isha tersenyum sinis di sofa yang agak jauh dari abangnya. Aizal berdiri. Serius wajahnya. Dia memandang tajam kearah adiknya. Isha membalas renungan itu. “What?” soal Isha. “Abang dah tengok lama kan. Turn Isha pulak!” Sambungnya lagi. Aizal terus memulu kearah wayar yang berada di belakang tv tersebut dan mencabutnya. Ruang tamu itu sunyi sepi serta-merta. “Bukak balik! Isha nak tengok cerita tu. Dah nak habis dah pun. Kejap lagi Isha bagi lah balik remote ni.” Isha menjerit kearah Aizal. Dia seolah-olah anak kecil yang merengek kerana tidak dapat apa yang diinginkan. “No! Selagi Isha tak bagi remote tu, abang takkan sambung balik wayar tv ni.” Aizal tetap berkeras tidak mahu mengalah. “Apa bising-bising malam-malam ni? Tak malu dekat jiran ke? Dah besar-besar bergaduh macam ni? Geram betul aku budak dua orang ni!” suara Puan Riana dari biliknya mula kedengaran. Dia membebel panjang pada dua orang anaknya itu. “Mari sini ibu laga kepala kamu dua orang!” kata Puan Riana sambil berjalan kearah mereka berdua. Lintang-pukang Aizal dan Isha berlari naik ke bilik masing-masing. Tidak lama kemudian kedengaran pula suara Isha ketawa di dalam biliknya. Dia tidak dapat menahan gelak melihat reaksi ibunya sebentar tadi. Dia juga berpuas hati kerana abangnya tidak dapat menonton rancangan tv pada malam itu. ‘Padan muka!’ getus hatinya. Dia akhirnya terlena sendiri ketika sedang membelek-belek gambar Akmal di telefonnya.
Share this novel