BAB 10-PART 2

Romance Series 25069

"Hah? lelaki mana pulak ni yang awak maksudkan?" Aku menyoal namun Khalif merenungku dengan tajam, dia seperti hendak menikam jiwaku dengan pandangan nya. "Lelaki tadi waktu sayang dekat kafe!" Khalif meninggikan sedikit suaranya, lalu mulutnya muncung kedepan. "Ohh..saya ingatkan siapa lah tadi yang awak maksudkan..by the way..lelaki tu nama dia Hakim, dia sekumpulan dengan saya untuk buat assignment yang Pensyarah Zetty bagi". Aku ketawa kecil melihat reaksi suamiku yang agak comel, Ceh! jeles ah tu!

"Awak jeles ehh?" Aku tersenyum sinis, "Mana ada cemburu, abang seriyes!" Khalif tidak mahu mengaku, ehh lelaki ni kalau cemburu memang taknak mengaku kan? mak aiii! betullah cakap mak aku yang lelaki ni ego dia tinggi sikit. "Kenapa mesti ambil ahli kumpulan lelaki? kalau perempuan semua je tak boleh ke?!" Khalif merungut tidak puas hati, "Alah..bukan saya yang nak, Pensyarah Zetty yang minta tiga perempuan and satu lelaki..mana boleh saya bantah". Aku menjawab persoalan Khalif yang seperti tidak puas hati akan jejaka yang bernama "Hakim". Khalif mula mendiamkan diri selepas mendengar penjelasanku terhadapnya, waduhh! dia ni tetap tak puas hati dengan aku! dia ingat aku ni playgirl ke nak ada banyak-banyak lelaki?! lagipun aku dah tau lah yang aku ni ISTERI orang, aku ni bukannya budak-budak lagi tak tau apa-apa bila dah jadi seorang ISTERI.

Dalam beberapa minit Khalif memandu kereta, aku akhirnya terlelap dengan sendiri, ketika aku terlelap..aku secara tiba-tiba dapat merasakan Khalif seperti berhenti memandu, aku terjaga. "Hmm..? dah sampai rumah ke? kejapnya sampai..setahu saya..rumah Mak dengan Ayah saya jauh" Aku membuka mata dengan perlahan, alangkah terkejutnya ketika aku melihat rumah teres yang mewah sedang menghadap di hadapan kereta Khalif. "Aik..rumah siapa pulak ni awak?" Aku memandang wajahnya, Khalif tersenyum. "Rumah kitalah, habistu rumah siapa lagi?" Khalif memandang tepat ke arah anak mataku, "R..rumah kita!?" Aku tergamam ketika melihat rumah teres itu. Betapa cantik dan sempurna nya rumah dihadapan kereta suamiku ini..sudah lama aku menginginkan rumah seperti rumah yang berada dihapanku itu..ALAHAI! RUMAH IDAMANKU MENJADI NYATA!.

"Tapi..awak tak ada bagitau saya apa-apa pun pasal rumah."

"Alahh..abang saja nak buat surprise dekat sayang, tak boleh ke?"

"bukan tak boleh, tapi lepasni kalau ada apa-apa bincang dengan saya..hemm, kenapa saya rasa macam dalam rumah ni dah lengkap semua ek?"

"memang dah lengkap pun..dah lama lengkap."

Aku ternganga sebaik sahaja mendengar jawapan daripada Khalif, "Maksud awak, takkan lah perabot semua dah ada kot??" Aku menyoal Khalif dengan muka yang berkerut. "Kalau dah lengkap tu maknanya dah adalah perabot apa semua..dah lah, sayang jangan risau sangat..abang yakin sayang akan suka dengan design dalaman rumah and perabot-perabot yang ada." Khalif berkata lalu dengan segera dia keluar dari keretanya lalu dia menuju ke pintu kereta belah ku dan membukanya untuk ku.

Kami berdua kemudian menjejakkan langkah ke dalam rumah tersebut, "Ya allah! cantiknya awak!" Aku terpegun akan suasana di dalam rumah itu, perabot, warna and design..semua cantik! "Tapi..sejak bila ye, pensyarah saya ni pandai pulak design kan rumah?" "Hish, apa panggil abang Pensyarah pula ni..panggil abang jelah...and lagi satu, abang memang pakar lah hal-hal rumah ni..abang minat." Aku mengangguk kan kepala..patut lah, cantik..dia minat tentang design rumah semua ni!

"Habistu,kenapa awak tak jadi designer rumah je?"

"Abang bukan taknak, sebab mengajar pun abang minat jugak."

Hmm..suami aku ni macam semua minat jer, baik tak payah tanya, sekarang ni aku patut bersyukur sebab dapat rumah cantik macam ni, oh ya..pasal projek dengan kawan-kawan aku..aduh kena tanya suami aku dulu ni! "Erm..awak...i want to ask you about something" Aku agak gementar untuk meminta kebenaran daripada suamiku..kalau dia tau ada Hakim sekali..confirm dia tak bagi aku pergi esok. "Ha, nak tanya apa tu?"

"Er..esok pukul Tujuh sharp..Ayu dengan kumpulan Ayu nak buat assignment dekat rumah kawan Ayu, alah..rumah si Fatin dengan Fatimah tu. Tapi, macam yang awak tau..Hakim adalah ahli kumpulan saya, jadi dia akan ada sekali..awak benarkan ke saya pergi untuk menyiapkan assignment?"

Khalif diam, dia memandangku dengan wajah yang seperti hendak memakan ku..AHHH TAKUT!
"Abang tak benarkan sayang pergi, kecuali kalau sayang dengan kawan-kawan sayang nak buat assignment tu dekat rumah ni, abang ok je" Dia berjalan ke arah ku dan menundukkan wajahnya..kini muka kami agak rapat, "Kalau sayang tak suka dengan cadangan abang..sayang memberontak..tengok lah apa yang abang akan buat pada sayang.." Dia berbisik di telinga ku, wajahku dengan serta merta bertukar menjadi sebuah tomato. Aku terasa sukar untuk bernafas lalu aku mengundurkan diri daripada nya, "A..awak ni kalau nak bagi amaran ke apa ke tak payah lah dekat-dekat!"

"Saya saja dekat kan muka dengan awak sebab amaran saya ni lain sikit~" Dia memandangku dengan senyuman yang mencurigakan, ahhh Ayu..baik kau lari sebelum terjadi apa-apa dekat kau..karang tak pasal-pasal dia terkam kau macam Harimau yang tengah lapar...ok, satu..dua..LARI! Aku berlari menaiki anak tangga lalu aku memasuki bilik yang bersebelahan dengan MASTER BEDROOM lalu aku menutup pintu dan menguncinya. "Sayang..kenapa lari.?" Aku dapat dengar suaranya di depan pintu bilik tersebut.
"Bukak lah..bagilah abang masuk..sayang..abang nak tidur dengan sayang..abang nak peluk sayang.."
AAAAA SUDAHHH DIA ADA DEKAT DEPAN PINTU TU PULAK! APA AKU NAK BUAT NI!? AKU BUKANNYA TAKUT DENGAN SUAMI AKU TU TAPI, UMM..AH! KORANG PAHAM-PAHAM JELAH!

BERSAMBUNG~

SORRY KALAU LAMA MENUNGGU PUTRI UNTUK SAMBUNG! kebelakangan ni Putri tak sihat sangat so Putri nak apologize for making you guys waiting..apa-apa pun terimakasih kepada pembaca-pembaca novel putri diluar sana! terimakasih korang! ENJOY XD

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience