BAB 5

Mystery & Detective Completed 2119

Sinaran matahari memancar terik, masuk ke ruang bilik aku. Mata yang tidak tahan dengan cahaya tersebut, langsung saja bangkit dan mencapai tuala. Untuk mandi di perigi yang terletak di belakang rumah.

Usai sahaja bersarapan, aku telah meminta izin kepada kedua-dua ibu bapaku untuk mengambil udara pagi yang segar ini di sungai yang terletak di tengah hutan. Walaupun agak berat untuk membenarkan, akhirnya kebenaran itu aku berjaya kuperolehi.

Dengan riang, aku memakai selipar dan berjalan masuk ke dalam hutan. Sejuk mencengkam tubuh membuatkan aku berpeluk tubuh. Makin aku jauh ke dalam hutan, bayang-bayang ataupun bunyi air tidak kelihatan dan tidak kedengaran. Aku mulai fikir yang bukan-bukan.

“Yihaaaa… Hahaha… hihihi…” Lembaga itu terbang laju dari arah belakangku. Aku yang takut dengannya pantas berlari. Nafasku tercungap-cungap namun aku gagahkan diri untuk meneruskan larian. Lembaga itu senang ketawakan aku.

“Kau berlari, aku terbang. Sahlah aku yang menang. Hahaha… manusia yang lemah. Usahlah kau mahu lari dari aku!” bergema hutan itu dengan suara yang nyaring dari lembaga tersebut.

Aku menoleh ke belakang. Masih sempat untuk aku melarikan diri! “Jangan kacau aku!” jeritku sambil berlari. Walaupun berkali-kali aku jatuh, namun ianya tidak mematahkan semangat aku untuk menyelamatkan diri dari lembaga itu. Hutan ini rupanya bukan mudah untuk dilalui.

“Argh!” jeritku saat aku terjatuh sekali lagi tetapi tidak mampu untuk berdiri semula. Aku terjelopok ke tanah.

“Nak… kamu kenapa ke mari?” tegur satu suara. Aku mendongak ke atas.

“Saya…” lidahku terasa kelu untuk berkata-kata.

Nenek tua itu langsung saja membantu aku untuk bangun semula. “Errr… nek… saya dekat mana ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience