Chapter 9

Romance Completed 35261

Angin yang ditiup pagi itu mencium kulitnya. Berasa sejuk. Cuacanya tidak cerah seperti selalu. Ini menunjukkan hujan akan turun membasahi buminya tidak lama lagi. Iskandar Faiz hanya duduk termenung di luar balkoni rumah sewanya. Sekejap lagi ada temu janji bersama dengan klien baru. Mindanya berfikir mengenai kekasih, Wahidah Tiara.

“Why are you too stubborn to accept my proposal for our engagement Tia?”

“Is” Iskandar Faiz dengar seorang memanggilnya.

“Yes Tarshan.” Iskandar Faiz membalas Tarshan, rakan rumah sewanya.

“Jauh termenung. Rindu kekasih ke?” usik Tarshan.

Tarshan dan Iskandar Faiz rapat sejak hari pertama masuk ke universiti. Walaupun berbeza agama, Tarshan suka makan makanan masakan melayu. Iskandar Faiz selesa berkawan dengan Tarshan. Sesiapa yang tak kenal Tarshan, mesti menganggap Tarshan berbangsa melayu. Tarshan mahir bertutur bahasa melayu. Kulit pun cerah.

“Tak ada lah Tar.” Iskandar Faiz masih statik di tempat duduknya. Jam tangannya dikerling. Jamnya menunjukkan pukul 8.15 pagi.

“There is something if you are telling nothing. Cuba share dengan aku Is. Mana tahu aku boleh tolong kau.”

“Wahidah, dia tak nak tunang dengan aku Tar. Aku buntu. Abah nak saya tunang dengan Wahidah. Wahidah pula bantah. I am stuck between both of them. One hand is my parents and another hand is Wahidah.” menghela nafas panjang Iskandar Faiz.

Tarshan tahu yang Iskandar Faiz banyak kali mengajak Wahidah untuk bertunang. Namun, setiap kali Iskandar Faiz mengalah. Tarshan pun berasa kasihan dengan Iskandar Faiz.

“Is it the same reason?”soal Tarshan.

“Yes.” Iskandar Faiz mengangguk lemah.

“Is, aku bukan nak campur hal percintaan kau. At the same time, aku bukan nak burukkan Wahidah. Aku just nak share my opinion. This is not your first time you asked Wahidah to accept your proposal to engage. Aku rasa dah 4 atau 5 kali kau ajak dia tunang. Aku terima alasan dia. Tapi aku tak dapat boleh terima apabila dia tunang dengan kau, dia tak boleh tolong ibu dia. Kau ni bukan nak halang apa dia buat kan? So, what is the problem with her now?” Tarshan meluahkan apa yang dia rasa.

Iskandar Faiz pun terfikir apa yang dikata oleh Tarshan. Kenapa Wahidah tetap nak tolak ajakan pertunangan? Walaupun Iskandar Faiz tak halang impian Wahidah Tiara?

“Aku pun tak tahu lah Tar. Kadang-kadang aku rasa macam adakah aku ni mendesak Wahidah? Sebab tu ke Wahidah tolak ajakan aku?”

“Is, aku tak tahu nak cakap apa. Sebab aku tak ada pengalaman bercinta ni. Kau fikir betul-betul. Kau cuba cakap elok dengan Wahidah.” Tarshan menasihati Iskandar Faiz.

“Okay lah Tar. Aku ada appointment dengan klien. Aku gerak dulu. Thanks sebab sudi dengan luahan aku.” Iskandar Faiz menghulurkan tangan untuk salam dengan Tarshan.

“Tak ada hal lah Is.” Tarshan bersalam dengan Iskandar Faiz.


*****************

“Good Morning.” Sofia Amelia mengucap selamat pagi dan terus melompat ke atas katil milik Rohani.

Rohani yang seronok tidur itu terkejut.

“Ya Allah. Sofi! Aku baru je dreaming my love, Ranveer Singh. Baru nak berduet dengan dia. Kau ni kacau betul lah.” Rohani menutupkan mukanya dengan bantal.

“Kau ni Rohani. Ranveer tu dah ada Deepika Padukone lah! Yang kau nak lelaki orang kenapa?” gelak Sofia Amelia kuat.

“He is my first crush okay!”

“Crush konon.” mencebik Sofia Amelia. Beg tangannya dibuka. Telefon bimbit barunya dikeluarkan.

“Wahai Rohani ku sayang, kau tengok ni.” Sofia Amelia menarik bantal dan menunjukkan Iphone yang dibeli semalam.

“Apple iPhone Pro Max!” terbuntang mata Rohani.

Harganya bukan murah. Dekat-dekat RM6000.

“Mahal lah handphone kau ni.” Rohani berkomen.

“Memang lah. Aku kan kaya. Bukan macam kau. RM6000 tu small amount to me. For you it’s big amount. Aku ni boleh dapat apa sahaja dengan duit. Aku boleh beli apa sahaja. I have that power.” berlagak Sofia Amelia.

Rohani terkesan dengan perlian Sofia Amelia. Sehingga sekarang, Rohani sedar limit dia sebagai kawan.

“Dah lah. Baru je kita habis exam. Kita keluar nak? Enjoy-enjoy.” Sofia Amelia bertanya kepada Rohani.

“Nak pergi mana?”

“Sunway lagoon? Nak?” cadang Sofia Amelia.

“Bila?”

“Today?”

“Aku tak ada hal. Christina tak tahu lah ada program apa-apa ke tak.”

“I will tell to her. Kau pergilah bersiap. We move from here at 10am.” ujar Sofia Amelia lalu keluar dari bilik Rohani.


****************

“Sofi, kita mesti main gelongsor air tu! Lepas tu kena rounding kat sunway lagoon. Main puas-puas.” Christina menyenaraikan semua aktiviti yang perlu dilakukan di Sunway Lagoon. Hatinya bersorak gembira apabila Sofia Amelia memberitahu yang mereka akan ke Sunway Lagoon.

“Ye.Ye. Kau mainlah puas-puas. No one here stops you. Enjoy yourself.” Sofia Amelia tidak tahan akan tahap keterujaan Christina.

Selepas 45 minit, mereka bertiga sampai ke Sunway Lagoon. Christina dan Rohani mengeluarkan semua barang-barang yang dibawanya. Sofia Amelia pula pergi ke kaunter untuk beli ticket.

“Girls, sekarang pukul 11.30am. Aku rasa kita tak dapat main semua theme parks. Kita kena balik dalam pukul 5.30pm. So, kita main yang sempat je lah.” Sofia Amelia bertutur sambil tengok map Sunway Lagoon.

“Besarnya tempat ni.” mulut Christina terlopong saat tengok map Sunway Lagoon.

“Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk.” tegur Rohani.

“Tahu lah!” Christina memuncungkan mulutnya. Tidak suka akan teguran Rohani. Sofia Amelia pula hanya menahan tawa melihat gelagat kawannya.


****************

~ 5.30pm ~
~ SUNWAY LAGOON ~

“Dah girls. Jom lah kita pergi mandi. Siap-siap untuk balik.” Sofia Amelia mengajak kedua-dua kawannya.

“Ada 2 theme parks Sofi.” Christina ujar tidak puas hati. Hatinya terpikat dengan Sunway Lagoon.

“Best Sofi. Kalau kita datang awal-awal, we sure enjoy playing at all theme parks.” Rohani berkata sambil membuka beg zip pakaian.

“Next time we come again, okay. Jangan lah sedih Christina! I promise you one day we will come here again.” memujuk Sofia Amelia perlahan. Sofia Amelia tahu Sunway Lagoon adalah tempat kesukaan Christina. Dah lama Christina menyimpan hasrat untuk pergi ke Sunway Lagoon.

“Okay.”

“Okay je? Muka tu happy lah sikit. Smile.” Sofia Amelia cuba untuk membuat Christina senyum.

“Tak nak senyum ye!” Sofia Amelia menghampiri Christina dan menggelitik pinggang Christina.

Gelak tawa sahabat ketiga-tiga itu berdengar di bilik hotel itu.


***************

“Kita makan dulu. And then balik rumah.” kata Sofia Amelia sambil memandu keretanya.

“Okay Sofi. Aku pun lapar.” Rohani sibuk menyelak gambar-gambar yang ditangkap di Sunway Lagoon.

“Christina, ambil handphone aku. Kita buat tiktok.” kata Sofia Amelia.

Christina pun menurut. Iphone milik Sofia Amelia dikeluar dari beg tangan.

“Jom, kita buat tiktok.”

“Sofi, kau ni kan tengah drive. Kita buat dekat kedai makan je lah. Kau fokus driving.” kata Rohani.

“Relak lah. Aku ni pandai driving. Jom lah. Kita buat tiktok.” ajak Sofia Amelia.

Dengan hati yang berat, Rohani pun mengikut Christina dan Sofia Amelia membuat tiktok.

Tiba-tiba,

“SOFI!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience