BAB 8

Mystery & Detective Completed 6709

Walaupun Hazlan tak sehebat Hazrul dia tetap seorang lelaki yang harus

melindungi insan-insan yang dia sayang. Pantas lengan lelaki itu dipaut

dan ditolak kebelakang. Menjerit lelaki itu dari tolakkan tangan yang

dilakukan Hazlan.

“Jangan cepat sangat. Game baru nak mula” Hazlan senyum senget.

Hazrul yang bersembunyi disebalik bangunan dah gelabah. “Apa abang ini?”

bisik dia. Dia tak suka tengok Hazlan dalam zone hitam. Bahaya!

Melibatkan abang dia dalam situasi ini pun dia tak suka. Terpaksa! Itu

perkataan yang tepat.

Lantas dia membuat panggilan. Dia perlukan backup team. Team yang ada

sekarang itu dalam keadaan samar-samar. Tadi dia nampak team A ada dua

orang cedera dan tiga dari padanya kritikal.

“Hazrul dari Eagle nombor ahli H009 ibu pejabat, zone jingga pleases”

senafas Hazrul bersuara. Dia menarik nafas lelah.

“Tuan kita perlukan backup time. Zone jingga, ASAP” belum pun sempat

Hazrul habis melapor bunyi tembakan menarik perhatian dia. Beberapa geng

lighter melepaskan tembakan ke arah Hazlan. Namun tembakan itu mengena

ketua lighter, iaitu tembusan yang berada dalam tangan Hazlan. Tak

sangka Hazlan berjaya kawal keadaan.

“Lepaskan dia” bunyi jeritan dari sam, orang kanan Lighter kedengaran.

Hazlan mengundur kebelakang perlahan-lahan diikuti Hamka dan jugak Botak.

Hazrul telan air liur. Hamka hanya mendengar arahan Hazlan. Hazlan

senyum sinis.

“Kalau aku lepaskan dia korang tembak aku nanti. Tak pasal mati” Hazlan

buat gelak. Eleh dia tak bodoh sangat lah.

“Kalau kau lepaskan aku janji akan biarkan kau hidup” Botak buat rundingan.

“Nak menipu pun agak-agak la” kepala Botak diketuk perlahan Hazlan.

“Lepas lah” Botak meronta. Hazlan kemaskan pegangan.

“Kau pergi masuk kereta dan blah”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience