SCENE 27

Drama Completed 7675

Nediya merancang untuk berkunjung ke rumah Laila. Bukan apa, setelah diajak Laila tempoh hari, dia berasa bersalah pula terhadapnya. Tambahan pula, hubungannya dengan Laila kurang baik sebelum ini. Jadi, mungkin inilah caranya untuk dia menebus semula kesalahannya terhadap Laila. Namun dalam hatinya, dia takut seandainya dia terjumpa dengan Khalif di rumah Laila.

"Abang, Dhia nak minta izin untuk pergi ke rumah kawan Dhia iaitu Laila yang kita jumpa dekat restoren tempoh hari. Kalau abang izinkan, boleh Dhia minta tolong abang hantar ke alamat rumah ni?" pujuk Nediya. Faris yang sedari tadi tersengih-sengih melihat skrin telefonnya membalas kata-kata Nediya tadi.

"Abang ada meeting dengan staf lepas ni. Dhia naik teksi boleh?" soal Faris. Nediya akur. "Kalau macam tu takpe lah, abang. Dhia pergi naik teksi je. Abang jaga diri, ye." Faris mengangguk perlahan. Nediya bersalaman dengan suaminya itu yang ingin ke tempat kerjanya. Sesudah itu, Faris pun berlalu.

Sampai sahaja di hadapan rumah Laila, Nediya menekan buton loceng rumah Laila itu. Dua kali dia menekan buton loceng akhirnya Laila muncul juga membuka pintu gril rumahnya. "Eh, Nediya. Masuklah. Datang sorang je? Mana anak you." Laila teruja melihat Nediya datang ke rumahnya. Nediya melontarkan senyuman kepada Laila.

"Saya datang sorang je, Laila. Qiesha tadi nyenyak tidur. Sekarang ni dia dengan pengasuh dia dekat rumah." balas Nediya dengan bernada halus. Laila mengangguk tanda faham lalu menjemput Nediya masuk ke dalam rumahnya. Nediya teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah Nediya lantas dia bertanya. "Maafkan saya, Laila. Khalif ada kat rumah ke? Kalau ada, next time la saya datang rumah awak."

"Eh, you baru sampai takkan nak balik semula. Don't worry. Khalif masih lagi di oversea. I dengan anak-anak I je ada kat rumah ni." terang Laila. Nediya mengangguk faham lalu memasuki rumah Laila itu. Laila mengajak Nediya ke dapur sambil berbual dengannya.

"Laila, maafkan saya. Tapi saya nak tanya, dah lama ke awak pindah rumah baru ni? Yela setahu saya dulu awak dengan suami awak tinggal dekat lain kan?" soal Nediya. Dia hanya bertanya kerana semasa dia menjalinkan hubungan dengan Khalif suatu ketika dahulu, rumah Khalif terletak jauh dari rumah Laila yang sekarang ini. Laila terdiam buat seketika. Kemudian dia membalas. "Selepas kami berbaik semula dia bawa I pindah ke sini. Nak cari hidup baru." ujar Laila. Nediya mengangguk faham sambil tersenyum.

Nediya dan Laila rancak berbual selepas menikmati masakan mereka berdua tadi. Nediya tersedar bahawa dia sudah menghabiskan masa yang lama di rumah Laila. Sejurus daripada itu, dia meminta izin untuk pulang daripada Laila kerana bimbang anaknya merengek pula dengan pengasuh di rumahnya itu. Tidak lama selepas itu, teksi datang menjemput Nediya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience