DUA - 4

Romance Completed 56101

Kampung Durian Daun, Negeri Sembilan

"Dah lamanya rasa tak balik kampung ni kak kan?"

Adara tersenyum nipis. "Betul"

Aidil hanya diam memandang kedalam air sungai yang mengalir jernih itu. "Ini kalau abang dapat tangkap ikan haruan tu, akak masak gulai lemak sedap ni kak" Kata Aidil tiba-tiba. Haruan yang berenang-renang ceria itu ditenung didalam air.

"Heh! Dari tadi tau kitorang duduk sini teman abang mancing. Sekor pon tak kena. Apa cite?" Sinis Aida berkata.

Aidil memandang slek kearah Aida disebelah kanannya.

"Agak-agak malam ni kita dapat makan tak kak? Rasanya malam ni kita makan telur dadar dengan kicap macam biasa. Haih, kumpau lagilah jawabnya" Sindir Aida lagi. Setiap kali Aidil memancing, memang tak kan mendapatkan hasilnya.

"Sabar boleh tak, Aida? Tak reti sabar ke? Memancing ni melatih kita untuk bersabar tau. Bukan pancing terus dapat. Sikit pon dah mengeluh." Kata Aidil memandang adiknya datar.

Senyuman sinis sahaja balasan Aida.

"Ish jangan gaduhlah. Dahla Aidil. Kita dah lama tau dekat sungai ni. Nak dekat maghrib dah ni. Akak tak masak lagi ni."

"Alaa ikan tak dapat lagi ni kak."

"Esok pon boleh mancing lagi. Barang basah yang kita beli tadi nak buat apa?"

"Yelah. Jom"

Adara tersenyum memandang adik lelakinya yang berjalan dengan perasaan sebal meninggalkan dia dan Aida disitu. Aida menampar dahinya perlahan.

"Macam budak kecik. Dah besar pon merajuk lagi. Macam perempuan!"

"Abang dengar!" Laung Aidil dari jauh.

Adara dan Aida sudah berpandangan.

.

Adara mengangkat telefonnya setelah berkali-kali telefonnya berdering. "Helo?"

"Adara."

Mendengarkan suara itu. Terus Adara dapat menangkap siapa gerangan orang itu.

"Tuan? Ada apa call saya?"

"Call kau pon dah tak boleh ke?"

"Bukan macam tu tuan. Saya cuma terkejut sikit tuan tiba-tiba call saya."

"Aku rindu kau. Kau lama lagi ke kat kampung tu?"

"Esok saya dah balik kesana dah. Cuma tuan, alang-alang tuan dah call saya ni. Boleh tak saya nak mintak izin tuan."

"Apa?"

"Kalau saya bawak adik-adik saya tinggal dekat rumah tuan sementara cuti sekolah ni boleh ke tuan?" Takut-takut dia menyatakan hasratnya.

"Boleh. Eloklah tu. Lagipon lagi ramai lagi seronok. Ceria sikit rumah ni"

"Terima kasih tuan"

"Hm. Cepat sikit balik sini. Aku nak jawapan hasrat aku kelmarin."

"Kak. Jom makan. Aida dah hidangkan makanan."

Adara menoleh seketika sebelum mengangguk. "Okeyy la tuan. Saya pergi dulu." Belum sempat dia menamatkan panggilan.

"Adara." Panggil Ammar dihujung talian.

"Ya, tuan?"

"I love you" Ucap Ammar dengan suara gemersik.

Adara terkedu. Jantungnya berdebar hebat. "Saya tutup dulu tuan" Panggilan ditutup.

Terus dilorot telefonnya ke tilam. Dada dipegang. Bisiknya perlahan. "I love you more, Tuan Ammar" Nafas dibetulkan. Ditampar-tampar pipinya berkali-kali dengan perlahan.

Terus dia keluar dari bilik tidurnya untuk kedapur.

Duduk diambil. Pinggan berisi nasi kosong diambil dari huluran Aida.

"Kak?"

Adara memandang Aidil.

"Kenapa muka akak tu?"

Adara segera menyentuh wajahnya. "Kenapa? Ada jerawat ke?"

"Takdelah. Merah pipi akak tu dah macam bontot babun dah" Balas Aidil seraya ketawa.

"Pfttt" Aida mengulum senyum.

Terus Adara menampar lengan Aidil lalu dijeling Aida yang duduk dihadapannya. Terus hilang senyuman Aida.

"Awas ya!" Adara memberi amaran.

.

Sesudah menggosok kemeja dan seluar slek milik Ammar, dia masuk ke dalam bilik pemuda itu. Diletakkan dengan berhati-hati baju yang digosok tadi diatas katil.

Belum sempat dia keluar, ada satu tangan kekar menarik tubuh itu dari keluar dari biliknya.

Ammar menutup pintu biliknya. Disandarkan tubuh Adara didaun pintu lalu dilekapkan kedua belah telapak tangannya bagi menghalang pergerakan gadis itu. "So how's your holiday that I gave to you, Adara? Dah habis fikir?"

Terkejut dia apabila melihat Ammar yang hanya bertuala paras pinggang itu. Tinggal beberapa cm sahaja jarak mereka.

"Tuan.. Saya.." Ditolak dada Ammar yang terdedah itu menjauh dari wajahnya.

"Jawapan, Adara"

"Saya tak bagitahu adik-adik saya lagi, tuan. Dorang taktahu.."

"Adik? Perlu aku dengar jawapan tidak dari kau ke Adara?"

Adara tidak membalas. Dikemam bibirnya.

Ammar menolak pipinya dari dalam dengan lidah. Diteleng sekejap kepalanya. Kedua belah tangannya dibawa ke pinggang Adara. Ditarik pinggang itu mendekat dengannya sehingga tidak tertinggal langsung jarak.

Adara menelan liurnya. Dia dapat merasakan sesuatu pada bahagian bawah yang seperti sedang bercium. Sengaja Ammar bergerak-gerak tubuhnya. Menggeletis jiwa Adara. Sedaya upaya dia ingin lepas dari pelukan itu. "Tut.. Tuan.."

"Excited Adara? Mesti tak sabar kan nak cuba" Sekilas pandangan dia kebawah.

Sudah fahamlah apa maksud dari kata-kata lelaki itu setelah pandangannya turut turun kebawah.

Didekatkan wajahnya ketelinga Adara. "Kalau nak cuba, kena kawin dulu. Tiap saat, aku boleh puaskan kau, Adara" Bisik Ammar.

.

Ammar turun dari tingkat atas. Ruang makan dituju. Diambil tempat di kerusi utama meja makan.

Adara meletakkan semangkuk besar mi goreng diatas meja makan. Pinggan dihadapan Ammar diambil lalu diisi dengan mi goreng yang masih panas.

Mata berkeliling. "Mana adik-adik kau?"

"Huh? Oh adik-adik saya pegi carik kerja" Jawab Adara. Air teh o dituang kedalam cawan.

Terangkat sebelah kening Ammar. "Buat apa kerja?" Dimula kan suapan pertamanya.

Adara tersenyum nipis mengingatkan kedua orang adiknya itu. "Dorang tu tak suka menyusahkan orang sekeliling. Termasuklah saya. Jadi waktu-waktu free macam ni memang akan ambik peluang untuk carik duit."

"Kau tak mampu nak sara adik-adik kau ke?"

Perbuatannya terhenti. Dia sedikit terkilan dengan pertanyaan itu. Tapi dia tak marah kerana orang takkan tahu apa-apa pasal kehidupan dia adik-beradik. "Dulu ya. Tapi sekarang, lepas saya kerja dengan tuan. Saya dah lebih dari mampu. Saya dah halang dah. Tapi dorang berdegil nak kerja jugak. Nak carik duit lebih katanya. Dekat sekolah pon. Waktu cuti sabtu ahad dorang kerja jugak tuan. Dorang kata tak nak terlalu berharap dengan duit saya. Jadi apa saya boleh buat?"

Ammar hanya diam. Suapan dihabiskan. Jam dilengan kiri diperhati. Hampir pukul tujuh setengah. Dia lantas berdiri. Kot dikepala kerusi dicapai. "Malam ni last, Adara. Aku nak tahu jawapan kau. Aku pergi dulu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience