“GOOD Morning My Baby Pumpkins!!” laung Miss Ruby pada pekerja-pekerjanya. Ruby atau nama sebenarnya, Rubayah.
Wanita berumur 40-an itu melangkah masuk kedalam syarikatnya sambil ketawa riang. Thea yang berjalan di belakangnya hanya tenang dan melihat semua pekerja-pekerja di situ yang sedang memandang ke arah mereka.
Miss Ruby sangat popular dan dikenali dalam industri fesyen dan wanita itu juga merupakan ketua editor di sebuah syarikat majalah fesyen yang bernama GLAMZ Magazine.
Thea menarik nafas dan terus berdiri di sebelah Miss Ruby.
Miss Ruby membuka kaca mata hitamnya lalu dia melihat wajah Laura, pekerjanya yang berkerja di bahagian Fashion and Stylist. Dia terus mengecilkan matanya setelah melihat pakaian Laura.
“Laura Oh Lala! What’s wrong with your blouse? Kenapa tak ada glittering and GLAMZ?!” Soal Miss Ruby sambil memeluk tubuhnya.
Laura memandang Miss Ruby sambil tersenyum malu.
“I minta maaf Miss Ruby. Pagi ni I rushing sangat,” kata Laura sambil tersengih. Dia hanya sempat memakai blouse yang simple sahaja memandangkan, pagi tadi dia agak kalut dengan menghantar anak tunggalnya ke sekolah terlebih dahulu.
Miss Ruby mengangkat keningnya sebelah
“Hmm.. What an excuse… Tapi you kena tahu, company kita ni kena jaga etika pemakaian, and make sure…...” Miss Ruby melihat semua pekerjanya.
“GLAMZ!” jerit para pekerjanya.
“Yes!! That’s right! GLAMZ!” Miss Ruby ketawa lagi. Dia memandang Thea di sebelahnya.
“Tengoklah diorang semua ni, comel sangat kan?” Soal Miss Ruby sambil ketawa.
Thea hanya tersenyum.
Miss Ruby memandang semua pekerjanya sambil berdehem.
“Okay! Actually I nak kenalkan you all semua dengan assitant chief in editor kita yang baru.. ” Dia memandang Thea supaya gadis itu memperkenalkan dirinya.
Thea menarik nafas dan terus tersenyum manis ke arah pekerja-pekerja di situ.
“Hi, my name is Thea Katrina and it is a pleasure to meet you guys.. Well, Let’s do our best for GLAMZ Magazine and make it more succesful. We can do this together.” Kata Thea dengan semangat.
Mereka semua terus mengangguk dan menepuk tangan dengan serentak.
Miss Ruby tersenyum lebar. Dia berdehem perlahan.
“Actually, Miss Thea ni assistant baru i.. Macam yang korang semua tahu, Puan Linda telahpun resign dari GLAMZ Magazine.. So, Miss Thea akan menggantikan tempat Puan Linda.. Korang semua faham kan?” katanya sambil menutup mulut.
Semua pekerja di situ terus mengangguk sambil ada yang tersenyum pada Thea.
Miss Ruby memeluk lengan Thea sambil memandang pekerja-pekerjanya.
“Oh! I lupa nak bagitahu korang semua. By the way, Miss Thea ni baru saja transfer di syarikat kita dan juga pernah berkerja sebagai fashion editor di NYC selama 3 tahun.” Ujarnya ceria.
“What? New York?!” jerit salah seorang dari pekerjanya.
Miss Ruby memeluk tubuh sambil menganggukkan wajahnya.
“Yes. New York.” Balas Miss Ruby dengan bangga.
Thea hanya tersenyum saja.
“Disebabkan achievement dia dekat sana, I offer her to work with us and make our fashion magazine to be more GLAMZ AND GLAMOUROUS!” kata Miss Ruby lagi sambil mendepakan kedua-dua tangannya sambil ketawa. Rasa tidak sabar untuk melihat majalahnya akan melonjak naik di pasaran.
Thea dan pekerja-pekerja di situ terus tersenyum-senyum.
Miss Ruby memakai semula kaca mata hitamnya.
“Okay now, Korang semua ni dah jadi tanggungjawab Miss Thea, okey? Jangan nak manja-manja dah. Well, Tunggu apa lagi? Kenalkan la diri masing-masing!” Kata Miss Ruby sambil tersenyum.
Mereka terus berdiri di hadapan Thea.
“Hi. My name is Laura and I work as a Fashion Director at here. Oh, ini Naim. Our Fashion Assistant.” kata Laura yang berusia 30-an itu sambil menghulurkan tangannya pada Thea.
Thea menyambut huluran itu sambil tersenyum ke arah Naim.
“Nama saya Naim! Hello, Miss Thea!” kata Naim sambil melambaikan tangannya pada Thea.
Thea tersenyum. ‘Looks so young. Maybe around 20s?’ getus hatinya
Dina memandang Thea lalu dia melihat ke arah rakan baiknya, Ema.
“Nama saya Dina. Dan yang ni pula, Ema. Kami berkeja di bahagian Beauty and Cosmetic. Kalau nak buat article tentang kecantikan. Kami berdua yang akan uruskan.” kata Dina sambil tersenyum.
“Saya, Alan. In charge dalam editing. Yang ni pula partner saya, Hazy..” dia terus menyiku lengan Hazy yang sedang mengunyah chewing gum.
“Hi, Miss Thea. Nama saya, Hazy…. Just because my name is Hazy doesn’t mean I’m Lazy.” kata Hazy. Lelaki cina yang memakai kaca mata bulat bewarna hitam dan pakaiannya hanya hoodie dan jeans. Rambutnya juga kelihatan sangat messy.
Thea hanya mengangkat kening sambil tersenyum.
Miss Ruby berdehem sambil memegang bahu Hazy dengan senyuman.
“Hazy.. our cute Tiny Pumpkins. Where’s your… GLAMZ???” Soal Miss Ruby dengan geram.
Hazy hanya menguap dan memakai semula headphonennya ke kepala.
“GLAMZ i tertinggal dekat rumah, Miss Ruby.” kata Hazy selamba.
Miss Ruby terus menjentik dahi Hazy.
Mereka terus ketawa melihat telatah Hazy.
Miss Ruby memandang Thea dan merangkul bahu gadis itu.
”Thea, my dear. I leave Team Editor in your charge okey? Apa-apa hal you boleh aje inform i.. Oh, And the most important is..” Miss Ruby terus memandang kearah pekerja-pekerjanya.
“GLAMZ AND GLAMOUROUS!” Jerit mereka.
“Good!” kata Miss Ruby dan terus berlalu keluar dengan senyuman yang lebar.
Sebaik saja Miss Ruby meninggalkan mereka. Masing-masing memandang Thea dengan senyuman.
Thea mengangkat keningnya.
“Miss Thea! Best tak kerja dekat New York? Omg mesti best kan dapat jumpa ramai celebrity kat sana? Tambah-tambah lagi masa model diorang buat runway!” kata Dina dengan teruja.
Naim memandang Thea dan mengenyitkan matanya.
“Miss Thea! Are you single? I’m single by the way.” Ujar Naim sambil senyum menggoda ke arah Thea.
“Hmm.. Miss Thea nak kerja sini sampai bila?” soal Hazy sambil mengunyah chewing gum.
Thea memandang ke arah mereka. Kali ini, tiada lagi senyuman di wajahnya.
“What kind of behaviour is this?” soal Thea sinis.
Mereka yang melihat terus terkedu. Thea yang kelihatan baik, manis dan cantik tadi telah berubah seratus peratus!
Thea terus berjalan mengelilingi mereka. Dia memandang mereka dari atas ke bawah sambil tersenyum sinis.
“Before I arrive here. I ada buat research pasal company GLAMZ ni.. Well.. I’m quite surprise by the way..” kata Thea sambil menjeling ke arah mereka.
Thea terus duduk di atas meja di situ dan memandang mereka dengan sinis.
“WHERE’S THE GLAMZ?” soalnya dengan nada sindiran.
Dina terlopong. Tidak menyangka perubahan Thea sedrastik itu.
Laura. Pekerja paling matang di situ terus berdehem dan tersenyum.
“Saya nak minta maaf bagi pihak mereka, Miss Thea. Diorang cuma rasa excited aje sebab Miss Thea kan pernah berkerja dekat New York.. dengan pengalaman Miss Thea lagi.. saya yakin, mesti magazine kita dekat Malaysia akan mendapat ranking number satu.” Ujar Laura sambil berdiri tegak.
Thea tersenyum sinis. “Are you sure about that?”
Laura menelan liur. “Huh?
Thea memandang Laura dan memeluk tubuh.
“Selama I kerja dekat New York for 3 years… Diorang tak buat semua ni..” kata Thea selamba sambil tersenyum sinis.
Mereka semua terdiam. Thea menarik nafas dengan dalam.
“You know? Bersembang, Berbual kosong. Bercakap benda-benda yang tak berfaedah. They always professional and passionate about their work..” kata Thea sambil memeluk tubuh.
“But now.. I don’t see any professionalism from you guys!” Kata Thea sambil memandang ke arah mereka dengan tajam.
Semua di situ terus memandang Thea.
Naim memandang Thea dan mengetap bibirnya.
“What..? Tapi Miss Thea kena tahu, sekarang ni kita kat Malasyia. Bukannya kat New York. Lagipun kami semua ada cara kami sendiri. Miss Thea baru aje datang sini. How can you say we’re not professional at work?” kata Naim berani.
Thea mengangkat keningnya lalu dia bangun dari meja itu dn mengambil sebuah majalah lama milik GLAMZ dan membelek majalah itu.
“You guys ke yang buat semua ni?” soal Thea sinis sambil membelek majalah itu.
“Ya lah. Siapa lagi?” bidas Dina. Geram dengan tingkah laku Thea. Baru aje masuk sini dah kerek!
Thea berjalan ke arah mereka sambil memegang majalah itu. Dia menarik nafas lalu mengoyak majalah itu di hadapan mereka.
“What a TRASH!” kata Thea selamba.
Dina terlopong.
“Miss Thea! Apa ni?!” Marahnya.
Thea meletakkan jari telunjuknya di bibir Dina.
“Shh... let me ask you guys one thing.. Sebelum korang publish majalah ni. Korang tak double check balik ke? korang tak rasa ke yang majalah korang ni macam majalah yang tak ada makna? Mendatar.. Hambar. Kosong. and boring to read? Article yang ditulis pun macam tak ada semangat. Is that what we call.. Passionate? Professional?” Soal Thea sinis.
Thea memandang mereka semua dengan tajam.
“Dan i sendiri ada kuasa untuk pecat orang yang main-main dalam kerja. Faham?” Soal Thea dengan tegas.
Dina mendiamkan diri dan terus menundukkan wajahnya.
Thea memeluk tubuhnya sambil menarik nafas dengan dalam.
“No wonder lah sales majalah kita ni tak pernah meningkat!” kata Thea lagi
Semua di situ terus terdiam.
Thea menarik nafasnya.
“So today.. Since I’m your new Assitant Chief in Editor kat sini. I nak korang semua build more idea, more creativity to our next project. Okey? And of course we got a lot of work to do. Go back to your workplace. Now!” kata Thea dengan tegas lalu berjalan ke arah bilik kerjanya.
Dina yang melihat terus menghentak kakinya.
“Eee! Kereknya minah tu! Mentang-mentanglah dia pernah kerja kat New York. Nak jadi berlagak pula kat sini!” Bebel Dina.
Ema turut mengangguk.
“Tulah pasal. Dia ingat dia tu bagus sangat!” Marah Ema pula.
Laura mengetap bibir.
“Sudahlah korang.. Betul lah apa yang Miss Thea cakap tadi.. Ranking magazine kita dah teruk sangat. Korang tengoklah. Sejak Puan Linda dah resign.. Magazine kita ni makin lama makin tercorot.” Pujuk Laura.
“Tapi Dina lebih suka Puan Linda dari minah kerek tu! Puan Linda dah lah baik, lemah lembut.. bukan macam minah ice queen tu! Ish. Geramlah. Kak Laura! Panggil lah Puan Linda kerja kat sini balik!” Rengek Dina.
“You know her decision already.” kata Laura dan menghela nafasnya. Puan Linda mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pembantu Editor Miss Ruby sebaik saja dia berkahwin lagi untuk kali kedua setelah suami lamanya meninggal dunia. Katanya, ingin menjadi suri rumah sepenuh masa.
Dina memuncungkan bibirnya.
Hazy mengunyah chewing gum lalu meniupnya sebagai belon.
POP!
Dina menjegilkan matanya ke arah Hazy.
“Sudahlah. Jom kita buat kerja! Nanti kalau Miss Thea marah lagi, habislah kita semua..” kata Laura dan berjalan ke tempatnya.
Dina mencebikkan bibir sambil mengomel sendirian. Mereka semua terus duduk di tempat masing-masing dan memulakan kerja mereka.
****
THEA melihat semula majalah lama yang berada di dalam rak buku berhampiran meja kerjanya. Semua majalah itu diolah dari pekerja-pekerjanya tadi. Dia terus duduk di atas kerusi sambil menghela nafas berat.
Dia teringat semula kata-kata Miss Ruby sebelum dia masuk dan berkerja di bahagian Editing dan Fashion itu.
Miss Ruby memandang ke arah luar tingkap cafe manakala Thea hanya mendiamkan diri dan melihat ranking majalah GLAMZ di dalam ipadnya.
“I tahu.. cuma you seorang saja yang boleh selamatkan GLAMZ Magazine.” Kata Miss Ruby perlahan.
Thea diam. Walaupun dia sudah mempunyai pengalaman dalam industri fesyen di New York. Tetapi tugasnya ketika itu hanyalah menjadi Fashion Editor! Dan bukanlah orang yang Miss Ruby fikirkan.
“Why you choose me?” soal Thea tanpa memandang Miss Ruby.
Miss Ruby tersenyum.
“You know what, Thea. Masa I pergi event dekat New York tu.. i dah nampak you dekat sana and I already adore you, Thea. You berbeza sangat dengan mana-mana fashion editor yang I kenal. I mean.. you begitu focus, semangat, rajin and very passionate about your work as a fashion editor. I ada interview dengan Leany, your Chief Editor dulu. And she said.. you memang ada ciri-ciri untuk menjadi ketua editor yang bagus untuk future nanti. So that’s why.. that’s why I choose you. And I want you to save GLAMZ. I can’t do it by myself.” kata Miss Ruby dan memandang lama wajah Thea.
“You tengoklah, Thea.. ranking majalah GLAMZ dah semakin jatuh. Kalau keadaan bertambah teruk, mungkin i akan gulung tikar.” Balas Miss Ruby lagi sambil melihat ranking majalah GLAMZ di dalam tabletnya.
Thea terdiam lalu dia memandang Miss Ruby.
“How can you be so sure? I don’t think I can..”
Miss Ruby ketawa lalu menampar lembut bahu Thea.
“Oh dear! Sejak bila Thea yang I kenal ni rasa tak yakin pada diri dia sendiri? Yang I tahu, you ni seorang yang confident! And you have that charisma! I know you can..” pujuk Miss Ruby.
Thea melihat semula gambar team editor GLAMZ di dalam ipadnya. Mereka semua kelihatan ceria dan begitu tekun membuat kerja. Dia memandang Miss Ruby.
“Okey. I agree. And I’ll do my best to save GLAMZ Magazine.” kata Thea .
Miss Ruby menjerit kegembiraan sehinggalah pemandu kereta itu memandangnya di sebalik cermin kereta belakang.
Miss Ruby berdehem lalu memandang Thea dengan gembira.
“Thank you so much my dear!” Miss Ruby terus memeluk Thea.
Thea menarik nafasnya setelah teringatkan perbualannya bersama Miss Ruby itu. Perlahan-lahan dia melihat pekerja-pekerjanya yang mula sibuk membuat kerja.
“GLAMZ huh?” soalnya sendiri sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi.
Dia perlu memikirkan cara untuk menaikkan ranking GLAMZ Magazine dalam industri itu.
Hello lovely readers! Thank you sebab sudi baca novel kedua saya ni! I will try my best untuk novel yang kedua ni. Tq so much for your support! <3
Share this novel