Bab 99

Romance Completed 207871

"Abang, cukup ke goodies bag ni" soal Intan pada Caden sambil menyusunnya di meja luar. Bimbang pula tidak cukup untuk tetamu yang hadir.

"Rasanya dah cukup tu" balas Caden pada Intan.

"Sayang tak nak salin pakaian ke, dah pukul berapa ni. Tetamu dah ada yang sampai" soal Caden pada Intan yang dilihat masih berpakaian yang sama sebelum dia ke masjid untuk solat jumaat tadi.

"Nak salin la ni, dah siap pun" balas Intan lalu melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Caden di luar rumah melihat persiapan akhir sebelum majlis bermula. Dari jauh dilihat van yang membawa pelajar tahfiz telah pun tiba. Caden menjemput Ustaz Khairi dan pelajar tahfiz untuk masuk ke dalam rumah.

Tidak lama Intan turun dan dilihat pelajar tahfiz, rakan-rakan dan jiran-jiran sudah bersedia di ruang tamu rumah untuk majlis bacaan yassin dan doa selamat. Waktu itu Caden telah pun bersedia bersama Tuan Rahman, Carlos dan Fahmi.

Intan yang baru turun tangga terus ke ruang dapur.

"Kau ke mana, aku datang tadi lagi tak nampak kau" tegur Shira sebaik melihat Intan melangkah masuk ke ruang dapur.

"Aku naik mandi, tukar baju" balas Intan sambil menoleh pandang di ruang tamu.

"Amboi, cantik baju. Carlos belikan ke?" soal Intan. Shira di sisi sudah tersipu malu.

"Dah tau saja je kan" balas Shira.

Tidak lama terdengar Ustaz Khairi membaca doa dan kemudian doa diaminkan.

Majlis bacaan yassin, doa selamat dan tahlil telah selesai. Rasa sempurna sudah. Hampir jam enam setengah petang, semua tetamu telah pun pulang. Kini para pekerja sedang mengemas khemah serta perkakas katering.

"Sayang penat, naik atas rehat. Dah tak ada apa pun, semua diaorang yang kemaskan. Sayang nampak letih sangat ni" kata Caden.

"Ye lah, sayang naik dulu ya" balas Intan lalu menapak masuk dan terus ke bilik air untuk bersihkan diri. Lega rasa badan bila dijirus air.

+++

"Den, pagi ni ada metting di Putrajaya jam dua petang" kata Carlos yang berada di hadapannya. Caden tidak membalas tetapi hanya termenung sahaja.

"Den" panggil Carlos lagi. Dilihat Caden masih khayal dengan apa ntah yang difikirkannya.

"Den" kali ini disertai dengan ketukan pen di jari Caden.

"Ish, apa kau ni?" soal Caden marah.

"Tak, yang kau ni dari tadi mengelamun kenapa? anything wrong?" soal Carlos. Kuat Caden mengeluh.

"Ada masalah ke?" soal Caden.

"Bukan masalah tapi.. aduh. Hard to explain" balas Caden sambil bersandar di kerusi. Mata dipejam rapat.

#Flashback#

"Sayang, tunggu abang balik?" soal Caden pada Intan yang menunggunya di gazebo.

"Haah, lambat abang balik hari ni" soal Intan lalu tangan Caden dicapai dan dicium kekura tangan itu.

"Banyak kerja sikit, ada dua metting hari ni" balas Caden lalu melangkah masuk ke dalam rumah bersama Intan dan terus ke naik ke bilik setelah pintu rumah ditutup. Waktu itu Kak Sal sudahpun pulang dan hanya ada Caden dan Intan sahaja.

Sebaik melangkah masuk ke bilik, Caden ke bilik kerja dan meletakkan briefcase dan masuk semula ke bilik tidur melalui connecting door. Waktu itu Intan sedang elok menanti Caden di birai katil. Sebaik Intan melihat Caden mahu menanggalkan kemejanya, pantas Intan berlari ke arah Caden. Terperanjat Caden.

"Kenapa?" soal Caden pelik.

"Tak, sayang nak baju kemeja abang" balas Intan sambil menadah tangan.

"Lah.. it's okay. Abang boleh letak sendiri dalam bakul baju" kata Caden sambil membuka kemejanya.

Sebaik ditanggalkan dari tubuh, pantas Intan mengambilnya dan membawa ke bilik kerja di sebelah. Caden yang melihat dah terkebil-kebil.

"Buat apa bawa kemeja ke bilik sebelah?" soal Caden sendiri. Tapi disebabkan malas nak fikir, Caden biarkan sahaja dan dia terus melangkah masuk ke bilik air bersama pakaiannya yang lain dan tuala yang sudah dipakai di pinggang.

Esoknya, masih sama juga. Intan hanya mahu kemeja yang dipakainya dan kemudian dibawa ke bilik kerja. Cukup tiga hari, Caden mengintai apa yang Intan buat dengan baju kemejenya itu.

"Hah! masuk dalam beg sandang? takkan bawa pergi kerja kot" kata Caden sendiri sewaktu lihat Intan melihat kemejanya dan masukkan ke dalam beg sandang. Caden sudah rasa tidak sedap hati. Apa pelik sangat ni..

Sudah lebih seminggu perkara itu berlaku tetapi tidak sekalipun Caden bertanya pada Intan. Ada sekali tu, Caden meminta Carlos membeli dua helai kemeja sama warna, sama brand dan pattern. Apabila mahu pulang, Caden menukar kemeja yang dipakai dengan kemeja yang sama tetapi yang masih bersih. Apabila tiba waktu Caden membuka pakaian, Intan mengambil kemejanya seperti biasa tetapi belum sampai di bilik sebelah, Intan dah mengamuk.

"Abang! ni bukan baju yang abang pakai" marah Intan. Sudah memerah wajahnya mahu menangis. Kalut Caden berlari ke arah Intan.

"Eh, baju ni la yang abang pakai" kata Caden lagi.

"Tak.. tipu. Ni baju baru, tak bau peluh abang pun" balas Intan. Jawapan itu membuatkan Caden ternganga. Nak bau peluh? biar betul.

"Sayang tak kira, sayang nak baju tadi juga" Intan sudah mengongoi. Mujurlah Caden ada membawa balik baju itu bersama. Lalu diambilnya baju tadi dan diserahkan pada Intan. Terus manis wajahnya. Caden sudah tak terkata apa.

Itu baru bab baju, sekarang ni lagi parah bila Intan suka memakai seluar dalamnya untuk tidur malam. Boleh pulak pakai sampai dua lapis. Mujurlah seluar dalamnya banyak, kalau tidak pergi kerja tak pakai seluar dalam jawabnya.

Pernah sekali Caden menengur, terus merajuk satu hari. Puas nak pujuk, nasib baik la ada seluar dalam yang baru dibeli, dipujuk dengan benda tu. Aduh.. apa pelik sangat ni.

#Flashbackend#

Kuat Caden mengeluh.

"Kau ni, dari tadi mengeluh. Kenapa. Whats wrong? apa yang tak kena?" soal Carlos. Simpati pada sahabatnya ini.

"Kau belum kahwin, kalau aku ceritapun kau tak faham" balas Caden lalu tubuh ditengakkan.

"Kau gaduh dengan pretty ke?" soal Caden.

"Ish, tak payah nak pretty kan isteri aku la. Kau dah ada Shira, ha, pretty kan dia!" marah Caden sambil dijelingnya Carlos.

"Aik, marah" balas Carlos.

Caden mengeluh lagi.

"Aku nak cerita pun serba salah" kata Caden lalu bangun menunju ke pantry, fridge dibuka dan air mineral diambil. Penutup botol dibuka dan air diteguk. Sejuk rasa tekak. Kaki kemudian melangkah menuju ke ruang tamu dan duduk dilabuhkan di sofa.

"Aku rasa ada yang tak kena la dengan Afrina" kata Caden.

"Apa yang tak kena?" soal Carlos lalu bangun dan melabuhkan duduk di sofa berhadapan Caden.

"Kau tau tak, bila balik kerja, Afrina akan ambil kemeja yang aku pakai ni dan lipat masuk dalam beg sandang yang dia bawa pergi kerja tu. Hari-hari macam tu" kata Caden. Carlos yang mendengar dah terkebil-kebil matanya.

"Eh, buat apa ambik baju yang dah pakai tu?" soal Carlos.

"Afrina cakap nak bawa pergi kerja. Ada sekali tu sebelum balik aku tukar kemeja yang aku pakai dengan kemeja warna sama yang masih bersih. Dia tau.. mengamuk kau, sehari merajuk dengan aku" kata Caden lagi sambil melurut rambut dengan jari.

"Oh, itu yang kau minta aku beli warna sama dua helai tu?" soal Carlos. Caden hanya mengngguk.

"Cuba kau mintak tolong Shira tengokkan dia di pejabat. Aku risau la." pinta Caden.

"Nanti aku tanyakan Shira. Eh.. tapikan, kalau aku cakap, kau jangan kata aku kolot atau mengarut pulak" kata Carlos pada Caden yang sudah tegak memandangnya.

"Apa?" soal Caden ingin tahu.

"Hm.. Intan jadi macam ni lepas balik dari Bentong hari tu kan?" soal Carlos serius.

"Ye la, tapi dalam dua tiga minggu lepas balik Bentong. Kenapa?" soal Caden sudah tidak sedap hati.

"Kau ada buat yang bukan-bukan ke kat Bentong tu?" soal Carlos.

"Doing what? Ish, kau cakap terus terang boleh tak?" marah Caden.

"Hm.. kau tak rasa Intan tersampuk ke..?" soal Carlos perlahan.

"Aku tak minta kau percaya, tapi tempat tu kan dalam hutan. Mana lah tau" kata Carlos lagi.

Mengeluh Caden. Apa yang tak kena dengan sayang.. jangan buat abang susah hati boleh tak..

"Macam ni, cuba kau tanya Kak Sal. Orang tua, mungkin lebih tau" cadang Carlos.

"Ye la.. nanti aku tanya. Tapi kau tolong tanyakan Shira" pinta Caden.

"Macam ni, kalau petang ni metting tu, kau pergi dengan Fahmi saja boleh ke? kalau boleh aku nak jumpa Shira petang ni tanyakan hal Intan" kata Carlos pada Caden.

"Okay juga. Bagitau Fahmi minta dia bawakan aku metting. Kau jumpa Shira uruskan hal ni" putus Caden.

+++

"Hai awak. Lama sampai?" sapa Shira sebaik tubuh melolos masuk ke dalam kereta.

"Baru lagi." balas Carlos lalu pedal ditekan, laju kereta meluncur. Sebaik sampai di restorant Selera Utara, kereta terus membelok dan masuk ke petak parking. Makanan diambil dan berlalu ke tempat duduk.

"Macam penting je sampai tak boleh nak cakap dalam telefon" kata Shira sebaik Carlos mengambil tempat di hadapannya.

"Intan" kata Carlos sepatah.

"Kenapa dengan Intan?" soal Shira pula sambil menyuap nasi berkuah lemak ke mulut.

"Ada apa-apa yang pelik tak sejak kebelakangan ni?" soal Carlos. Berkerut dahi Shira sebaik mendengar pertanyaan Carlos.

"Pelik macam mana?" soal Shira.

"Apa-apa yang nampak mencurigakan.." kata Carlos lagi. Nasi dipinggan disuap dengan tangan bersama ulam raja. Pandai makan ulam rupanya..

Shira terdiam seketika sambil berfikir.

"Ye la.. ada sekali tu kan, saya ke pejabat Intan selepas makan tengah hari. Sengaja singgah pejabat dia sebab dia tak turun makan. Awak tau tak masa saya sampai pejabat, Intan tengah buat apa?" soal Shira dengan mata bulat memandang Carlos.

"Buat apa?" soal Carlos kembali.

"Dia tengah cium benda dalam beg sandang. Masa tu saya dah ketuk pintu tapi Intan tak dengar, jadi saya buka je la, tengok-tengok dia dok hidu sesuatu dalam beg" kata Shira.

#Flashback#

"Oit! kau buat apa tu?" soal Shira pada Intan.

"Mana ada buat apa" balas Intan lalu dengan kelam kabut menyimpan begnya di bawah meja.

"Kau buat apa tu, kau ambik dadah ke, ke hisap rokok?" soal Shira lalu melangkah masuk ke pejabat Intan dan menunduk mahu mengambil beg tadi. Kalut Intan halang.

"Gila, mana ada. Bukanlah" marah Intan.

"Kalau bukan, bak sini aku nak tengok" pinta Shira lalu menunduk sekali lagi mahu mengambil.

"Ish, kau ni! nah, nak sangat" marah Intan lalu dicampak beg tadi pada Shira. Kalut Shira membuka zip dan sebaik terbuka keluar aroma minyak wangi lelaki dan ada sehelai kemeja. Dikeluarkan kemeja itu dan mahu dibeleknya tapi pantas dirampas Intan.

"Baju siapa?" soal Shira.

"Caden" balas Intan sepatah. Masam wajahnya.

"Ni bukan baju yang dah pakai ke?" soal Shira tidak faham.

"Ye.. ni baju kemeja Caden pakai kerja semalam. Aku bawa datang pejabat. Dah, puas hati?" soal Intan.

#Flashbackend#

"Awak tau Intan cium apa?" soal Shira.

"Baju Caden" selamba Carlos jawab. Shira sudah terkejut, tidak jadi mahu menyuap nasi.

"Mana tau?" soal Shira.

"Caden bagitau. Dah lama dah seminggu lebih pun. Semenjak balik dari Bentong hari tu" sambung Carlos.

"Awak rasa.. Intan tersampuk kat sana ke?" soal Carlos risau. Shira yang mendengar sudah ketawa. Hm.. rasanya aku nak dapat anak saudara ni..

"Awak call Caden sekarang" arah Shira.

"Nak buat apa. Dia on the way ke Putrajaya tu ada metting" kata Carlos.

"Saya cakap call tu call je la.." pinta Shira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience