BAB 2

Romance Series 10150

"ASSALAMMUALAIKUM..."

Izwan balik agak lewat dari biasa hari ni. Hari ini juga sudah masuk sebelas bulan Izwan bergelar Inspektor Polis.

"Waalaikumsalam Wan. Lewat Wan balik hari ni?" Tuan Haji Anuar bertanya kepada anaknya.

"Hari ni Wan ada kes nak diselesaikanlah, ayah. Tu sebabnya Wan balik lewat sikit," balas Izwan sambil membuka ikatan tali kasutnya itu.

"Oh... Ye ke? Wan, ayah nak pesan ni, kalau Wan ada operasi, hati-hati. Ingat keselamatan diri Wan juga..." pesan Tuan Haji Anuar.

"Baiklah ayah... Ni malam ni ayah masak apa? Wan lapar... hehehe," soal Izwan sambil tersengih.

"Hmm... malam ni ayah masak makanan kegemaran Wan, tau? Hari ini kan genap sebelas bulan Wan bergelar inspektor polis..." jawab Tuan Haji Anuar sambil menepuk-nepuk bahu Izwan.

"Biar Wan teka... Asam pedas ikan pari?"

"Wah... pandai eh main teka-teka ni?"

"Mestilah... Kan ayah jugak yang cakap tadi... makanan kegemaran Wan..." balas Izwan dengan senang hati.

"Kalau Wan nak, ayah sediakan... Wan pergi mandi dulu. Lepas tu, Wan panggil Abang Azwan yang dah berkurung dalam bilik dia tu... Kita makan bersama-sama," ujar Tuan Haji Anuar mencadangkan.

Izwan mengangguk.

"Okey ayah. Wan nak mandi dulu." Izwan meminta izin sebelum berlari anak mendaki tangga untuk ke biliknya di tingkat atas.

??????

USAI mandi dan menyarung baju melayu dan hanya berkain pelikat. Izwan meluru masuk ke dalam bilik saudara kembarnya, Azwan. Dia melabuhkan duduk di birai katil Azwan yang sedang berbaring sambil mengelamun itu.

"Assalammualaikum..." Izwan memberi salam, namun tiada respond dari Azwan.

Abang aku ni dah kenapa merenung siling aje... Lepas tu tersenyum? Hai... tak boleh jadi ni, gerutu hati Izwan.

Izwan menjalarkan jari-jemarinya menuju ke arah tapak kaki Azwan seraya menggeletek tapak kaki abangnya itu.

"Hahahaha!"

Azwan tertawa besar sebelum matanya membulat besar akibat terkejut melihat Izwan sudahpun tersengih macam kerang busuk duduk di birai katilnya itu.

"Woi! Wan buat apa ni? Bila masa Wan masuk bilik abang? Kenapa tak ketuk pintu sebelum masuk?" soal Azwan bertalu-talu.

Izwan tergelak dengan soalan abangnya itu.

"Dah pintu bilik abang ni dah terbuka luas, buat apa nak ketuk-ketuk lagi? Wan terjah ajelah... Yang abang tersengih-sengih merenung siling tu dah kenapa?" soal Izwan sambil menarik tangan Azwan supaya abangnya itu bangkit dari terus berbaring.

Izwan mendongak melihat keadaan siling dalam bilik itu. "Hmm... Wan tengok tak ada apa-apa yang melucukan pun dekat siling tu. Putih kosong macam tu aje... Tapi, kenapa abang tersengih-sengih memandang siling tu?"

"Eh! Wan ni... abang sekeh jugak kepala adik ni karang! Memanglah siling tu tak ada apa-apa... Ni, abang cuma teringat masa dekat tempat kerja siang tadilah, bongok!" balas Azwan sambil memicit hidung adiknya itu.

"Aduh! Apa abang ni? Main picit-picit hidung Wan pulak ni? Ceritalah apa yang berlaku?"

"Abang terjumpa bidadari syurga, dik!" jawab Azwan, teruja.

Izwan terlopong.

"Wan, dengar tak ni?" Azwan bertanya sebaik sahaja melihat adiknya melopong.

"Wan!" Azwan memanggil lagi. Namun masih tiada respon.

Pappp!!

Azwan menampar peha Izwan.

"Aduh! Apa abang ni? Sakitlah!" marah Izwan sebaik tersedar dari lamunan.

"Ha... sedar pun... Asyik nak melopong aje! Abang panggil, Wan tak dengar!" jawab Azwan selamba.

Izwan pula sudah tersengih menayangkan barisan giginya yang putih melepak itu.

"Bidadari syurga? Maksud abang... Arwah ibu ke?" Soal Izwan, polos.

Sekarang giliran Azwan pula yang terlopong.

"Woi! Wan ni... Ada ke sampai ke situ. Wan dah lupa ke? Kita berdua ni mana pernah jumpa arwah ibu?" balas Azwan sambil memegang bahu adiknya itu.

Izwan terdiam. Tunduk.

Suasana sepi hampir dua minit.

Azwan hanya memerhati adiknya yang sudah diam membisu. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh adiknya ketika itu.

"Dah... dah... jom kita turun makan malam dulu ya? Nanti lepas makan, abang ceritakan pada Wan, okey?" pujuk Azwan sambil memeluk bahu adiknya, Izwan.

"Wan, abang tahu wan ingin sangat nak berjumpa dengan ibu... Abang pun sama, dik. Kita sama-sama tak dapat kenal dengan arwah ibu... belaian kasih sayang dari seorang ibu... abang pun teringin sangat dik.. nak sangat peluk ibu... nak rasa masakan ibu... semuanya, dik! Tapi apa boleh buat, dah suratan takdir kita berdua... ibu pergi di saat kelahiran kita berdua," bicara Azwan sambil memeluk bahu Izwan. Tanpa disedari air matanya menitis keluar membasahi pipi, segera disekanya air matanya itu. Ibu!! jerit Azwan dalam hati.

Izwan masih mendiamkan dirinya, namun ada sedikit esakan terdengar.

"Dah... jangan nangis! Nanti kalau ayah Nampak, macam mana? Seorang pegawai polis menangis! Nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan ayah," pujuk Azwan lagi.

Izwan mengangguk sambil mengelap air matanya dengan lengan baju melayu berwarna biru yang dipakainya.

Izwan bingkas bangun dan diikuti oleh Azwan seraya bersama-sama melangkah keluar dari bilik Azwan untuk turun ke tingkat bawah.

Tuan Haji Anuar sudah menunggu kedua anak kembarnya itu di meja makan. Sudah terhidang makanan kegemaran Izwan dan juga makanan kegemaran Azwan di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience