Chapter 01

Fantasy Completed 2854

Malam itu, aku dan keluargaku menikmati makan malam bersama-sama. Memandangkan mama dan papa cuti bekerja, aku dan mama memasak bersama di dapur. Selalunya mama dan papa sangat sibuk menguruskan pekerjaan mereka di pejabat manakala aku keseorangan di rumah. Televisyen terpasang membuka siaran berita yang sedang berlangsung. Pembaca berita bersemangat memberitahu kejadian yang berlaku hari ini.

"Kejadian jam 7 petang tadi membuatkan seluruh penduduk warga New York terkejut. Kejadian ini melibatkan seorang pemuda diserang dengan seorang kanak-kanak kecil lingkungan usia 6 tahun. Pemuda itu bertukar menjadi aneh setelah diserang oleh kanak-kanak itu. Pemuda dan kanak-kanak itu ditembak mati sebaik sahaja mereka menyerang anggota-anggota polis disitu. Pakar kesihatan meminta semua warga New York kuaritin di rumah. Pejabat dan sekolah akan ditutup buat sementara."

Aku terdiam. Penyakit apa pula lagi yang merebak. Dulu penyakit nyamuk lepas tu khinzir sekarang ni apa pula? aku memandang mama dan papa bergelak ketawa dan bergurau senda. Aku rindu mereka.

Jam 1 pagi, aku meminta diri mama dan papa untuk masuk tidur. Aku memeluk dan mencium mereka seakan-akan hatiku berkata yang aku takkan jumpa mereka lagi selepas ini. Aku membuang perasaan negatif ini jauh-jauh.

Jarum jam berbunyi "tik tik tik" menunjukkan jam 2 pagi. Aku tak dapat nak memejamkan mataku. Lampu sudah tutup pun masih tak dapat nak lelapkan mata. Aku terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah berderai di dapur. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan turun anak tangga ke dapur. Aku lihat mama dan papa berada di bawah, aku menutup mulutku apabila melihat mama sedang memakan daging papa. Berlumuran darah. Aku menangis. Aku ternampak papa yang masih nyawa-nyawa ikan menyuruh aku melarikan diri.

Segera aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintuku perlahan-lahan. Lantas, aku masuk ke dalam bilik air, memandang cermin lama. Adakah virus yang diperkatakan tadi itu benar-benar terjadi di dalam rumahnya? aku cepat-cepat menukar pakaianku dan memasukkan segala barang penting ke dalam beg galasku. Aku membuka tingkap bilik, sunyi dan angin malam yang sejuk. Mujur rumahku tidak terlalu tinggi untuk aku lompat ke bawah. Aku menjengah melihat di hadapan jalan raya rumah. Aku menekup mulutku apabila ternampak beberapa orang di jalan raya jalan seperti orang mabuk dan ada yang sedang makan daging orang lain.

Ke manakah aku mahu melarikan diri? aku tidak mempunyai sesiapa. Mama dan papa dah tak ada. Aku menangis sambil berlari masuk ke dalan hutan. Itu keputusan sahaja yang aku ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience