"Apa yang kau termenung ni kat atas meja itu Ida ! Dah siap ke belum ?" jeritan Puan Yusnita mengejutkan Faridah yang tersedar dari lamunannya.
"Eh mama. Ya Allah terkejut Ida. Siap dah lama pun mama. Mama dah boleh la masak ye. Semua bahan yang mama suruh potong Ida dah potong semuanya. Hihihi" kata Faridah sambil tersengih.
Puan Yusnita pergi ke meja makan dan memerhatikan kerja Faridah yang disuruh telah siap. Hirisan bawang dan kobis yang sudah dipotong oleh Faridah diletakkan di dalam bekas. Telur telah dipecahkan di dalam jag besar.
"Good girl Ida. Mama nak masak tau. Dah hampir pukul 6 ni nanti lambat pulak. Ambik kuali pan pastu hidupkan api. Letak minyak sikit je. Pastu kau buat inti murtabak. Kau tahu kan ?" kata Puan Yusnita lalu mengambil tepung di dalam peti sejuk untuk ditebar menjadi doh murtabak.
Faridah mengangguk lalu membuat kerja yang disuruh oleh ibunya.
Jam menunjukkan hampir pukul 7. Murtabak telah siap dimasak 7 keping. 3 keping untuk dibuat juadah berbuka. Bakinya 2 keping Faridah memberikan kepada jiran sebelah iaitu Puan Milah dan suaminya Encik Kamal.
2 keping lagi Faridah memberikan kepada rakan baiknya,Syira yang berada di depan rumahnya sahaja.
5 minit lagi sebelum berbuka,Faridah sedang leka menonton drama pukul 7 malam.
"Ida ! Meh duduk sini. Nak berbuka nih" kata Puan Yusnita.
"Okay mama" kata Faridah lalu pergi ke meja makan dan melihat juadah berbuka yang disediakan.
"Wah. Nasib baik lah Ida tak keluar pergi bazar kan. Ni murtabak ada,nugget pastu ada kuih seri muka. Air teh ais pulak tuh. Mesti sedap nih" kata Faridah.
"Well Ida. Mama buat sendiri confirm sedap kan. Kita berdua je berbuka kan. Semua sibuk bekerja apa semua. Bila lah kita dapat luangkan bersama. Dah ada orang baru dalam ahli keluarga tapi tak pernah balik rumah pun" kata Puan Yusnita.
Faridah bermuram. Ada sedikit simpati kepada ibunya dan Faridah terasa mahu bertanyakan soalan kepada ibunya.
Tetapi entah kenapa,mulut Faridah terasa berat untuk bertanya.
Faridah berasakan ada kesalahan besar yang telah dibuat dalam dirinya.
"Ibu. Ayah cakap Fadzil tu nak mintak maaf kat Ida dengan ayah. Betul ke ?" akhirnya Faridah bertanyakan soalan itu.
Belum sempat Puan Yusnita menjawab,azan maghrib sudah berkumandang. Puan Yusnita dan Faridah menikmati juadah berbuka.
Setelah beberapa suap Puan Yusnita makan,barulah Puan Yusnita bertanyakan kepada Faridah.
"Apa kau tanya tadi. Oh tadi dah azan,kena lah segerakan berbuka. Nanti makruh pulak" kata Puan Yusnita.
"Takper mama. Ida faham. Ida nak tanya,ayah cakap Fadzil datang rumah nih untuk mintak maaf kat semua orang dalam rumah nih ?" tanya Faridah. Puan Yusnita terdiam sebentar. Faridah mula berasa cuak.
"Kenapa kau tanya macam tuh. Bukan kau macam tak suka je dengan Fadzil tuh" kata Puan Yusnita.
"Mama....Ida serba salah la mama. Ida macam dah buat salah yang besar. Ida nak mintak maaf kat Fadzil tapi Ida takut-takut je. Ida selalu teringatkan masa Ida,Ad dengan Fadzil bergaduh dulu. Ida takut kalau dia still berdendam dengan Ida nih" kata Faridah.
"Subahanallah...Ida. Mama dah agak apa yang kau mengelamun petang tadi. Mama faham. Tapi mama tahu dia bukan Fadzil yang dulu. Dia memang menyesal dengan apa yang di buat dulu kat korang,mama and ayah sekali" kata Puan Yusnita.
"Tak tahu lah mama. Bila teringatkan masa adik-beradik gaduh dulu,Ida macam tak kenal abang sulung Ida sendiri. Ida sakit hati sangat mama. Tapi bila ayah cakap camtu haritu,lama-lama Ida rasa serba salah" kata Faridah.
"Mama tahu sangat-sangat Ida. But Ida and ayah should bagi chance kat Fadzil untuk tebus silap dia. Tapi Farhad tu Ida. Dia mengaku yang Fadzil tu bukan abang dia lagi. Macam mana nak pujuk Ad tuh" kata Puan Yusnita.
"Ayah tak tahu la. Sama la dengan Farhad. Tapi Ad tu mama...keras kepala. Tahu la dia macam mana. Haritu masa Ad datang sini dia cakap apa dengan mama ? Cerai apa semua. Kalau jadi betul-betul macam mana ?" kata Faridah
"Mama tak tahu nak cakap apa dengan Ad tuh. Biarlah dia hidup berdikari. Dia macam makin kurang ajar dengan mama cakap buruk pasal abang dia sendiri. Tapi mama tak boleh buat apa. Sampai sekarang dia tak balik rumah nih" kata Puan Yusnita.
"Mama,nanti ayah balik kita bincang boleh tak pasal benda nih. Ida harap sangat ayah boleh maafkan Fadzil tuh. Tapi ayah pun macam nk tak nak je" kata Faridah.
"Ayah penat tuh. Nanti stres pulak dia. Ayah kan kerja sampai malam. Tunggu la ayah cuti baru kita bincang sama-sama dengan ayah" kata Puan Yusnita.
"Okay lah mama. Mama,betul ke Kak Lina curang belakang Fadzil. Mama kata...Fadzil nampak Lina dengan orang lain kat luar" bisik Faridah.
"Mama tak tahu. Mama cakap dengan Fadzil suruh jangan percaya semua nih. Takut-takut dia stres dengan Lina macam mana kan ?" kata Puan Yusnita.
"Hm tak mungkin la mama. Lina tuh sayang sangat kat Fadzil tuh. Takkanlah dah kahwin still boleh cari jantan lain" kata Faridah.
"Itulah pasal Ida. Mama tak percaya yang Lina buat macam tu. Fadzil salah nampak kot. Takperlah makan la lagi Ida" kata Puan Yusnita sambil mengunyah kuih seri muka.
"Mama...murtabak ni sedap lah. Nanti boleh jual kan. Hihihihi" kata Faridah. Ibunya tersengih sahaja.
"Ida,kau boleh maafkan Fadzil tak ? Kau marah lagi ke kat dia" kata Puan Yusnita.
"Mama...bagi Ida masa. Ida nak hilangkan rasa sakit hati dengan Fadzil tuh. Maybe lama lagi nak baik" kata Faridah.
"Jangan berdendam dengan seseorang Ida. Ingat tuh. Jangan sampai hubungan keluarga kita putus disebabkan dendam kesumat dalam diri kau Ida. Manusia termasuk kita nih takkan terlepas dari buat silap dan dosa" kata Puan Yusnita.
"Ya mama. Ida faham. Ida nak basuh pinggan pastu nak solat" kata Faridah.
"Okay. Lepas solat tu zikir banyak-banyak Ida. Doa bersungguh-sungguh. Allah akan lapangkan hati kau Ida" kata Puan Yusnita. Faridah mengangguk.
11 malam
Encik Shuhaimi baru sahaja mandi dan memakai baju. Encik Shuhaimi baru pulang dari tempat kerja pada pukul 10.45 malam. Kerja seharian di pejabat dari pagi sehingga malam agak memenatkan.
Puan Yusnita berbaring sahaja di atas tilam memikirkan apa yang hendak berkata kepada suaminya tentang anak sulungnya,Fadzil.
"Eh sayang. Mengelamun apa tuuuu. Ni Faridah tengah study ke. Esok exam kan" kata Encik Shuhaimi.
"Iya bang. Alah Ida dah tidur sebelum abang balik tadi. Esok dia exam Math. Tapi dia kata dia nak study pukul 3 pagi. Yelah study malam ni otak tak masuk sepenuhnya" kata Puan Yusnita.
"Ouh i see. And awak nih ? Fikir apa pulak terbaring sampai tak layan abang pun. Abang dari tadi duk tengok laptop je" kata Encik Shuhaimi.
"Abang. Abang macam dengan Fadzil. Abang dah okay ke dengan Fadzil tuh" kata Puan Yusnita.
"Abang rasa dia tak main-main pasal mintak maaf nih. Tapi abang tak boleh padam kemarahan abang dekat dia tuh. Dia macam tak faham macam mana abang cari rezeki susah payah sampai lah kita dapat rumah sendiri" kata Encik Shuhaimi.
"Ya abang saya tahu sangat-sangat. Tapi abang bagi lah second chance kat dia. Dia dah menyesal apa semua. Lina sendiri call mama tadi yang dia cakap Fadzil tu dah berubah. Dia dah start solat lima waktu pastu dia baca Al-Quran. Dulu Fadzil bukan macam tuh" kata Puan Yusnita. Encik Shuhaimi terdiam.
"Abang okay tak. Kenapa abang diam. Abang nak maafkan Fadzil ke nih ?" kata Puan Yusnita kepada suaminya yang terdiam sahaja.
"Boleh bagi ruang kat abang dulu ? Banyak abang yang nak fikir nih. Kalau betullah Fadzil dah berubah...dia akan balik rumah nih. Abang nak turun bawah minum air jap" kata Encik Shuhaimi lalu membuka pintu biliknya dan turun ke dapur.
Puan Yusnita kembali berbaring dan berfikir sejenak. Dia akan terus mencuba untuk memulihkan kembali hubungan ahli keluarganya yang hampir rapuh.
Puan Yusnita telah berjaya memujuk suaminya dan anaknya yang bongsu,Faridah. Walaupun kedua-duanya mengambil masa, Puan Yusnita berharap rancangan yang dibuat olehnya sendiri akan berjaya juga dengan izin Allah. Tinggal Farhad sahaja yang keras kepala untuk memaafkan abang sulungnya sendiri.
Share this novel